lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pengisian Islamik Warnai Sambutan Tahun Baru Di Terengganu
KUALA NERUS, 2 Januari - Ambang Tahun Baharu 2019 di Terengganu diteruskan dengan resam yang sama seperti tahun lalu melalui pelbagai acara berbentuk keagamaan sebelum dan selepas detik 12 tengah malam.Sambutan yang bermula kira-kira pukul 6.30 petang di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak di sini dimulakan dengan solat Maghrib beramai-ramai di samping kuliah yang disampaikan oleh Mufti Terengganu, Datuk Dr. Zulkifly Muda dan kemudian jemaah yang hadir menunaikan solat Isyak serta hajat.Solat hajat bagi sambutan ambang tahun baharu itu diimamkan, Imam Besar Terengganu, Mukhtar Salleh.Hadirin kemudian berpeluang menyaksikan persembahan Nasyid Qasidah oleh Kumpulan Soutul Muhibbin Madrasah Al-Muhajirin Bukit Jong sebelum diteruskan dengan acara Terengganu Berselawat bersama Kumpulan Hijjaz dan Hafiz Hamidun di samping Bicara Santai yang dikendalikan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.Acara diteruskan dengan ucapan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan sebaik tiba detik peralihan tahun sebentar lagi, hadirin termasuk Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan barisan Exco kerajaan negeri akan memulakan bacaan zikir Asmaul Husna beramai-ramai.Terdahulu, acara ambang tahun baru yang diadakan sepanjang hari ini dimulakan dengan program kayuhan yang disertai Ahmad Samsuri dan barisan Exco kerajaan negeri di Dataran Batu Burok melalui Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Pasar Besar Kedai Payang ke Wisma Darul Iman.Ia kemudian diteruskan pada pukul 5 petang menerusi Program Bersama Huffaz Cilik di Stadium Tertutup Gong Badak.SUMBER: UTUSAN ONLINE
01 Jan 19
455
Empty Image
Kerajaan Terengganu Ziarah Keluarga Kanak-Kanak Lemas
Zawawi berkongsi ceritanya kepada Hanafiah dan Mohd Soud (dua dari kiri) sambil diperhatikan Abdul Rasul (kanan).RANTAU PANJANG, 1 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan Terengganu kepada keluarga tiga kanak-kanak yang lemas di Pantai Teluk Lipat, Sura, Dungun pada Ahad lalu."Mewakili kerajaan negeri dan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, saya mengucapkan takziah kepada encik Zawawi dan isteri yang telah kehilangan anak dalam sekelip mata."Inilah ujian Allah yang terpaksa diterima hamba-Nya dan kita minta semoga dengan ujian ini bertambahlah ketakwaan keluarga ini kepada Allah SWT."Memang dari segi kata-kata sangat senang untuk diucapkan."Cuma, kita yang hidup ini pasti akan mengalami kematian. Tap-tiap yang hidup akan menghadapi mati dan kita akan balik juga kepada Tuan empunya alam ini.Kerajaan Terengganu berkongsi kesedihan keluarga ini. - Hanafiah Mat"Kita harap keluarganya tabah dan insya-Allah sudah ada wakil mereka di syurga."Semoga keluarga ini mendapat rahmat daripada anak-anaknya yang dah pergi," nasihatnya kepada keluarga dan tetamu yang hadir pada pertemuan di Kampung Rahmat, Gong Periuk itu, semalam.Zawawi Abdul Wahab, 42 dan Nur Syahida Abdullah, 36, kehilangan anak mereka iaitu Nurain Fatma, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Salsabila, 6, yang lemas dihanyutkan ombak besar ketika bermain di gigi air dalam tragedi itu.Jenazah ketiga-tiga mereka ditemui pagi semalam dan selesai dikebumikan sekitar jam enam petang di kampungnya.Hanafiah yang diiringi Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga.."Kita berada di sini hadir untuk menghiburkan sedikit hati mereka," katanya.Dalam pada itu, Zawawi turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu mereka."Terima kasih kepada pihak yang banyak membantu saya terutama orang-orang Dungun dalam pencarian dan menguruskan jenazah kembali ke sini sehingga yang membantu kepada pengebumian."Banyak yang membantu, sampai ke hospital turut ada yang bertanya khabar dan memberikan sumbangan serta pertolongan."Tidak lupa juga kepada yang memberi sokongan moral dan menziarahi kami," katanya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apam Putera, Abdul Rasul Mohamad merakamkan terima kasih atas kunjungan Hanafiah itu."Bagi pihak Kerajaan Kelantan dan keluarga ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Terengganu dan rakyat Terengganu yang memberikan bantuan ketika kami dalam kesusahan," katanya.Kunjungan petang itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, Dato' Nazran Muhammad.Abdul Rasul.
01 Jan 19
69
Empty Image
Terengganu Sasar 5 Juta Pelancong Tahun Ini
Ariffin (dua dari kiri)  menyambut ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus pagi tadi. KUALA NERUS,  1 Januari - Kerajaan negeri meletakkan sasaran kehadiran pelancong ke Terengganu seramai lima juta orang tahun ini walaupun ia satu cabaran besar untuk mencapainya.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri,  Ustaz Ariffin Deraman berkata,  mulai bulan ini kerajaan negeri menggerakkan promosi pelancongan  dengan perancangan sebaik mungkin kerana walaupun sasaran tinggi tetapi ia menasabah untuk dicapai.   "Kalau semua 'player' industri pelancongan termasuk pihak berkuasa tempatan memberikan sokongan dan memainkan peranan masing-masing bersama Duta Pelancongan Terengganu,  Mat Dan, sasaran tersebut tidak mustahil boleh dicapai, " katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.Ariffin (kanan) memasang iklan 'Beautiful Terengganu Malaysia' di sebuah teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus,  pagi tadi. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata,  cabaran kemerosotan kedatangan pelancong berlaku akibat kekurangan kunjungan pelancong asing terutama dari negeri China.  Punca lain termasuk kemerosotan ekonomi dunia menyebabkan berlaku sedikit kekurangan kedatangan pelancong ke negeri Terengganu.   Katanya, kerajaan negeri meletakkan sasaran sebanyak 80 peratus kedatangan pelancong dari negara Malaysia sendiri manakala 20 peratus lagi dari pelancong asing.   Kerajaan negeri sedang merangka strategi khusus untuk menarik pelancong luar ke Malaysia.   Bagaimanapun strategi berkenaan masih dalam perbincang dan beliau tidak berhasrat untuk mendedahkannya kepada umum.   Menurut beliau kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak kira-kira RM40 juta bagi memajukan industri pelancongan negeri Terengganu tahun ini.    Terdahuu dari itu beliau bersama Timbalannya Ustaz Sulaiman Sulong meraikan ketibaan penumpang kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini dalam program meraikan pelancong ke negeri Terengganu sempena Sambutan Tahun Baru 2019 hari ini.   Ia sebagi simbolik bermulanya Kempen Jom Singgah Beautiful Terengganu 2019 berkonsepkan mesra pelancong.   Bermula hari pertama hari ini promosi pelancong akan diadakan sepanjang tahun dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di setiap daerah.
01 Jan 19
175
Empty Image
Makanan Percuma 'Food Truck' Curi Tumpuan Pengunjung
Antara pengusaha 'food truck' siap sedia menyiapkan makanan percuma kepada pengunjung. Oleh : Adli MohamadKUALA NERUS, 1 Januari- Di antara perkara yang mencuri tumpuan pada Majlis Ambang Sambutan Tahun Baru 2019 di sini ialah makanan percuma dari 'Food Truck'.  Pelbagai jenis kuih termasuk Rojak Tonggek Penang, Peeza, Mc Nor Apam Balik, Burger, Keropok, Ais Krim Durian D-24, Kambing Sandwich, kambing golek  dan sebagainya diberi percuma melalui 20 buah 'food truck' di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam. Nor Shamsinar, Pengusaha roti hamlek 'Food Truck', memaklumkan semua makanan yang diberi percuma itu adalah dibayar oleh kerajaan negeri.  "Makanan ringan dan air dibayar RM1,000 dengan dimasukkan ke akaun masing-masing selepas dua bulan.  Antara pengunjung yang mendapatkan ais krim percuma dari 'food truck'."Sempena program ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana cara sebegini dapat memperkenalkan perniagaan 'food truck' kepada khalayak umum," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Perkarangan Stadium Gong Badak, Pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019, di sini semalam.   Menurutnya perniagaan 'Food Truck' kerana mudah dan senang.  "Dengan adanya 'food truck' ini,  saya tidak perlu lagi mengangkat barang-barang perniagaan kerana perniagaan boleh dilaksana di atas 'food truck' sendiri.  "Saya biasa berniaga di 'event-event' yang dimaklumkan bergerak melalui kumpulan termasuk ' Peroda' dan ' T-Truck' yang bergerak secara aktif di Terengganu," ujarnya. Sehubungan itu, Pengusaha keropok lekor 'Food Truck', Nur Fidayu Nafisha, berkata idea beliau menjual secara 'food truck' datnf ketika berkunjung ke Kuala Lumpur.  "Sebelum ini saya berniaga melalui cara membuka kanopi. Setelah berkunjung ke sana, saya memcuba berniaga secara begini (Food Truck)," ujarnya yang berasal dari Kuala Telemong.  Ditanya kenapa memilih meniaga keropok beliau berkata,  makanan itu sudah popular dan begitu digemari ramai.  "Saya turut berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, secara tidak langsung dapat membantu peniaga seperti saya dalam memperkenalkan perniagaan melalui 'food truck' ini kepada orang ramai," jelasnya.
01 Jan 19
327
Empty Image
MB Terengganu Santuni Pasangan Kembar Tahun Satu
Dr. Ahmad Samsuri meluangkan masa bersama pasangan kembar Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman   yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Pasangan kembar yang menyimpan cita-cita untuk menjadi arkitek antara warga baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, yang melangkah masuk ke Tahun Satu pada sesi persekolahan 2016 bermula hari ini berjaya mencuri tumpuan pemimpin nombor satu negeri, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, awal pagi tadi.Kehadiran Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman menceriakan rakan-rakan dan guru sekolah tersebut dengan aksi dan gelagat tersendiri yang kelihatan teruja apabila Menteri Besar Terengganu menyapa mereka dengan penuh kemesraan.Dr. Ahmad Samsuri meluangkan masa kira-kira 10 minit bersama pasangan kembar yang kelihatan ceria dengan memberikan kata-kata semangat untuk memulakan hari persekolahan dan belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang berjaya.Sementara itu, Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman kelihatan gembira meskipun terpaksa berpisah dan ditempatkan di kelas berasingan.Tidak seperti murid yang ketakutan malah ada yang menangis, pasangan kembar berkenaan kelihatan tidak kekok malah gembira berkenalan dengan rakan baharu.Dhiyauddin Arfan berkata, sejak semalam dia dan abangnya asyik menyusun buku dan perkakas sekolah ke dalam beg masing-masing malah turut bangun awal pagi kerana tidak mahu datang lewat.“Saya dan abang bangun seawal pukul 6 pagi kerana tidak sabar untuk ke sekolah hari ini dan rasa seronok dapat pergi sekolah sebab dapat kenal ramai kawan baru dan cikgu baru. "Abang tidak sama kelas dengan saya, dia di 1 Mawar namun tetap semangat nak sekolah walaupun terasa sedih sedikit bila terpaksa berpisah dengan abang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu.Menurut ibunya, Nor Azlina Ismail, 39, anak kembarnya itu memang sudah biasa berpisah sejak belajar di tadika lagi dan mereka tidak kekok apabila diberitahu tidak sekelas di sekolah berkenaan.“Mereka amat teruja untuk mula bersekolah, malah sanggup bangun awal dan menyiapkan keperluan mereka secara berdikari."Pengalaman selama dua tahun di tadika sebelum ini membolehkan mereka berdikari jadi saya tidak bimbang untuk mereka sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ini dan semasa dalam perjalanan ke sekolah tadi mereka cukup teruja dan tidak ada tanda-tanda gemuruh atau takut," katanya.
01 Jan 19
749
Empty Image
Terengganu Negeri Milik Semua
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 1 Januari - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu adalah negeri untuk seluruh rakyat bukan negeri pemimpin dan pentadbir kerajaan semata-mata.Justeru, katanya, rakyat perlu memberi sumbangan idea dan nasihat supaya negeri ini terus berketerampilan sebagaimana slogannya Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Menurut beliau, kerajaan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan kerana kepimpinan sedia ada adalah manusia yang sudah pasti mempunyai kelemahannya tersendiri."Justeru saya bagi pihak kepimpinan negeri dengan rasa rendah diri, ingin memohon kemaafan kepada rakyat sekiranya sepanjang lapan bulan kami memegang tampuk pemerintahan berlaku kelemahan dan kekurangan."Kami adalah manusia di sisi Allah yang lemah, setiap hari kita memohon kepada Allah supaya anggota pentadbiran diberi kekuatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah dipikulkan. Justeru sama-samalah kita membantu kepimpinan yang ada," katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di sini semalam.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-ahli Parlimen.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, tugas yang berat ini tidak boleh dilaksanakan oleh anggota kerajaan termasuk seorang Menteri Besar tanpa sokongan dan dokongan semua pihak."Tugas tersebut akan mampu dipikul sekiranya mendapat sokongan dan dokongan seluruh rakyat dari semua lapisan masyarakat termasuk golongan belia sehingga sampai kepada yang paling tua."Ini termasuk yang duduk di bandar dan di kampung perlu memberi sokongan dan dokongan, memberikan panduan dan cadangan supaya kita dapat membina negeri kita bersama," katanya.Mengenai tahun baru 2019, beliau menyifatkannya sebagai tahun yang amat mencabar dari aspek ekonomi, politik dan semua perkara."Masing-masing di antara kita akan menggalas tugas yang semakin berat. Anggota keluarga akan menggalas tugas untuk mendidik keluarga dan anak masing-masing. "Pentadbiran kerajaan akan mencari jalan menambah baik kelemahan 2018 supaya 2019 ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungajwab masing-masing dengan lebih cekap dan efisyen," jelasnya.Justeru beliau berdoa agar Allah memberi panduan dan keberkatan dalam menggerak dan mengurus tadbir negeri Terengganu sehingga mencapai objektif bagi mendapat keredhaan Allah SWT.
01 Jan 19
24
Empty Image
Ketetapan Hari Jumaat Dan Sabtu Kesinambungan Kerajaan 1999-2004
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) melancarkan Hari Ilmu di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di Kuala Nerus, semalam.KUALA NERUS, 1 Januari - Kerajaan negeri menetapkan hari Jumaat sebagai hari ilmu manakala hari Sabtu sebagai hari keluarga mulai tahun ini agar rakyat Terengganu mempunyai peluang untuk menimba ilmu agama dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka.Sebelum itu, PAS turut berbuat demikian ketika mentadbir negeri itu pada tahun 1999-2004 sekali gus ia satu kesinambungan dan kelangsungan perjuangan parti berkenaan untuk pendidikan dan kebajikan seluruh rakyat negeri tersebut.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri berhasrat menjadikan hari Jumaat bermula tahun ini sebagai hari ilmu di segenap sudut sama ada di daerah-daerah sehingga ke kampung-kampung di seluruh negeri Terengganu.Manakala hari Sabtu pula ialah hari keluarga kerana keluarga adalah satu unit yang sangat penting bagi memberi kestabilan masyakarat sesebuah negeri.Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama kepimpinan negeri Terengganu berdoa sempena Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus semalam."Baik keadaan dan bentuk keluarga kita, akan membuahkan satu masyarakat yang baik keadaannya."Dan baik masyarakat yang ada di depan mata kita di negeri Terengganu ini, negeri kita akan menjadi negeri yang terbaik dan menjadi contoh kepada umat Islam di negeri-negeri lain dalam negara kita hatta kepada umat Islam yang ada di seluruh dunia," katanya ketika menyampaikan perutusan di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di sini semalam.Sempena majlis berkenaan, Menteri Besar telah melaksanakan gimik pelancaran untuk mengisytiharkan kedua-dua hari berkenaan, disaksikan kepimpinan tertinggi negeri Terengganu.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-ahli Parlimen.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut mengucapkan selamat tahun baru 2019 kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dalam dan luar negeri sambil menyatakan majlis berkenaan diadakan setiap tahun tetapi ia diubah suai (rebranding) supaya ia mendapat keberkatan dari Allah SWT.Dr Ahmad Samsuri juga turut melaungkan tiga kali takbir, bagi menyambut detik 12 malam bagi menandakan ketibaan tahun baru 2019.
31 Dec 18
85
Empty Image
Hab Digital Terengganu Beroperasi Selepas Siap Ubah Suai
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Hab Digital Terengganu, TD1303 akan beroperasi sepenuhnya apabila proses mengubah suai tingkat tiga dan empat premis itu siap tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri,  Ustaz Ariffin Deraman berkata, ruang yang beroperasi dan disediakan  kepada orang ramai di tingkat satu  bangunan itu sudah penuh.Katanya, ruang untuk seminar di tingkat bawah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai."Hab Digital TD1303 Ahamdulillah sekarang ini dari segi operasi 70 peratus.Contohnya kita ada empat bilik (pejabat), bilik yang disewa penuh. Permintaan sangat tinggi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ringkas Penyerahan Kunci Pusat Hemodialisis di Telaga Mengkudu, Marang, di sini, semalam.Menurut beliau, ruang di tingkat bawah yang dikhususkan untuk penganjuran acara menjadi tumpuan pemain teknologi maklumat (IT) terutamanya pada hujung minggu."Kemudian kita ada empat bilik seminar pun permintaan sangat tinggi terutama hujung minggu. Kita ada tempat pejabat yang personal, satu-satu (ruang) pun mendapat sambutan yang sangat baik."Ribuanlah yang telah melanggan (ruang premis ) jadi itu perkembangan terbaru TD1303," jelasnya.Menurutnya, TD1303 ialah satu projek usahasama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM12 jutaKewujudan  hab digital itu bakal membawa trend kerja terbaru bagi golongan usahawan muda negeri ini untuk menjalankan perniagaan secara digital dan atas talian (online).Pusat IT tersebut dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada Mei lalu..
31 Dec 18
488
Empty Image
Langkah Proaktif Atasi Kes Lemas Berulang
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kerajaan negeri akan mengambil langkah proaktif untuk menghalang kejadian lemas dari berulang termasuk memasang papan tanda di kawasan yang berisiko seperti laut dan sungai.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mohktar berkata, langkah itu perlu diambil segera berikutan cuaca dan keadaan laut dan sungai yang berbeza mengikut musim terutama ketka tengkujuh.“Penyediaan papan tanda di tempat yang berisiko perlu sebab suasana laut dan sungai sewaktu rakan-rakan kita dari dalam dan luar Terengganu berkunjung ke laut agak berbeza mengikut waktu. Bulan Januari lain, Jun lain dan termasuk Disember ketika musim tengkujuh.“Ini antara peringatan yang perlu di ambil serius oleh ibu bapa  untuk mendengar maklumat dari penduduk tempatan lebih terdahulu sebelum mengambil apa jua tindakan untuk  berada di kawasan air sama ada sungai atau laut..itu secara umumnya,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita  ketika lawatan ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud(SESMA)sempena hari pertama persekolahan 2019, Wakaf Tembusu, di sini, hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar, Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin  dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Dr Samsuri berkata, beliau pernah mengeluarkan kenyataan supaya ibu bapa, anak-anak, guru-guru dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) peka dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan anak-anak tidak terdedah kepada aktiviti berisiko dan merbahaya kepada mereka.“Mungkin kita rasa tidak bahaya tetapi risiko tetap ada jadi bersama-sama jaga kesihatan dan jaga keselamatan bersama-sama. “Bukan dengan niat untuk menghalang rakyat untuk ‘enjoy’ dengan senario dan keadaan yang ada tetapi sebagai peringatan supaya langkah yang proaktif  dapat diambil dari menghadapi sebarang risiko,”ujarnya. Terdahulu, beliau mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa lemas yang melibatkan tiga beradik di pantai Teluk Lipat, Dungun, kelmarin.“Ia merupakan satu tragedi yang  kita tidak mahu dengar atau alami tapi ia tetap dan telah berlaku.“Saya menyeru kepada keluarga mangsa terutama ibu bapa supaya sabar dengan ujian Allah Taala dan InsyaAllah sama-sama kita doakan kesejahteraan ketiga-tiga arwah agar berada dalam keampunan dan rahmat Allah,”ujarnya.Untuk rekod, tragedi pada 6.40 petang kelmarin, ketika tiga beradik perempuan dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kota Bharu bermain di tepi pantai bersama dua sepupu dengan ditemani seorang ibu saudara mereka.Ketiga-tiga mangsa, Nurain Fatma Zawawi, Nurain Sofia Zawawi dan Nurain Salsabila Zawawi itu lemas selepas dipukul ombak besar di Pantai Sura, Dungun sebelum menariknya ke dalam laut.
31 Dec 18
64
Empty Image
MPKK Kenal Pasti Murid Yang Tercicir Untuk Tindakan JPNT
 Shafruddin mengiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau hari pertama sesi persekolahan tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Maryam di sini hari ini.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran menjadi mata dan telinga dalam mengenal pasti murid berkeperluan khas di kawasan masing-masing yang masih belum bersekolah untuk tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata, ketika ini terdapat  4,571 murid dan pelajar berkeperluan khas melibatkan sekolah rendah dan menengah  di seluruh Terengganu.“JPNT akan pastikan mereka ini dibantu supaya tidak tercicir dari arus pendidikan negara tanpa didiksriminasi atau dipinggirkan dan kami beri jaminan tersebut."Oleh itu, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka bersekolah kerana guru yang terlatih akan membantu mereka menjalani sesi pembelajaran yang selesa," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau hari pertama sesi persekolahan tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Maryam di sini hari ini.Seramai 21,160 murid Tahun Satu dan 9,398 murid prasekolah memulakan persekolahan mereka di seluruh Terengganu hari ini.Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai amaran cuaca buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dijangka berlaku esok dan Rabu, Shafruddin berkata, JPNT telah mengarahkan semua pengetua dan guru besar membuat pelan tindakan khas yang sewajarnya.“Kita sentiasa mendapat maklumat terkini daripada Jabatan Meteorologi dan pihak kami mempunyai kumpulan yang dibina dan diketuai oleh pegawai daerah masing-masing untuk bertindak."Saya ingatkan kepada pengetua dan guru besar yang berada di laluan yang berisiko banjir supaya bersedia memantau semua murid dan pelajar agar boleh pergi ke sekolah seperti biasa.“Yang kita bimbang jika banjir berlaku kerugian dari segi harta benda dan fizikal sekolah itu sendiri tetapi kami berharap ia tidak berlaku,”ujarnya lagi.Katanya, aspek keselamatan warga sekolah juga diberi penekanan utama selain meminimakan kerugian harta benda dan nyawa.
31 Dec 18
229