Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Perintis Libatkan MPKK Dalam JKKR Felda
Sebahagian MPKK yang hadir mendengar Taklimat JKKR MPKK Kawasan Felda di Wisma Darul Iman, hari ini.KUALA TERENGGANU, 30 Disember -Kerajaaan negeri berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Felda di atas kebenaran melibatkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebagai salah seorang Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) di seluruh 21 Tanah Rancangan Felda.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, penglibatan ini juga menjadikan Terengganu sebagai negeri pertama yang membuat pelantikan berkenaan."Saya selalu berpesan jika turun ke Felda, ia bukan satu komuniti yang terpisah malah kita anggap satu kampung daripada kampung-kampung yang banyak."Cuma ada sedikit perbezaan dari struktur termasuk pengurusan dan inilah yang nak kita selesaikan," katanya.Beliau berkata demikian kepada wakil-wakil 43 MPKK daripada 20 Tanah Rancangan Felda yang hadir ketika merasmikan Taklimat JKKR MPKK Kawasan Felda di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Sementara itu, menyentuh tentang permohonan daripada kerajaan pusat untuk memasukkan lima orang wakilnya sebagai MPKK, pihak kerajaan negeri tidak mempunyai halangan sebagaimana jawapan Menteri Besar sebelum ini."Kita tiada masalah dan sehingga sekarang masih menunggu cadangan senarai nama dari mereka untuk tambahan bagi ahli jawatankuasa yang sedia ada."Tapi sehingga sekarang masih belum dapat senarai tu dan kita akan tunggu, jika ada kita akan uruskan segera," katanya.
30 Dec 18
125
Kerajaan Pusat Bertanggungjawab Lunas Royalti - MB Terengganu
Dr. Samsuri menerima cenderamata daripada EPIC.KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab meneliti jumlah royalti yang sepatutnya diterima oleh negeri Terengganu dan melunaskan baki yang masih tertunggak.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun bakal memasuki tahun 2019, pembayaran royalti bagi tahun ini perlu disempurnakan."Ia masih lagi menjadi tanggungjawab Kementerian Kewangan."Pada kita, ia adalah royalti walaupun dengan apa sahaja nama yang dipanggil oleh Kerajaan Persekutuan, ia tetap berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan kerajaan pada tahun 1974."Melalui pengiraan kasar pihak kita, terdapat sekitar RM250 juta lagi yang menjadi milik Kerajaan Terengganu."Selepas pilihan raya umum lalu, kita telah menerima pembayaran sebanyak tiga kali berjumlah RM450 juta," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Malam Penghargaan Media anjuran Eastern Pasific Industrial Corporation (EPIC) di Hotel Primula, semalam.Kepimpinan negeri dan EPIC bersama wartawan Terengganu.Majlis tersebut meraikan pengamal media seluruh negeri yang berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Dr. Samsuri juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pengamal media yang hadir."Tidak ada imbuhan dan bayaran yang membolehkan media memberikan laporan yang seimbang tentang negeri ini."Mewakili kerajaan, saya mengharapkan kerjasama yang erat antara media kerajaan untuk tahun 2019," katanya.
30 Dec 18
54
Paya Bunga Hotel Terengganu Kini Dibuka
Dr. Ahmad Samsuri menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Paya Bunga Hotel Terengganu.KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Paya Bunga Hotel Terengganu, hotel patuh syariah yang berada di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu kini dibuka untuk operasi.Berkonsepkan moden kontemporari, hotel dengan 208 buah bilik itu menawarkan kemudahan eksklusif kepada tetamu dari segenap lapisan masyarakat untuk bersantai sambil menikmati pemandangan indah Bandaraya Warisan Persisir Air.Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, bagaimanapun disebabkan beberapa masalah teknikal Paya Bunga Hotel pada masa kini hanya menyediakan 90 buah bilik dan selebihnya dijangka akan dibuka sepenuhnya bermula Mac depan.“Pembinaan hotel ini sudah siap cuma ada beberapa perkara kecil yang perlu dibaiki seperti bilik air dan sebagainya.“Yang sudah dibuka itu semua dalam keadaan sempurna cuma sebahagian bilik sahaja belum lengkap sepenuhnya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Paya Bunga Hotel Terengganu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Camellia Grand Ballroom, Paya Bunga Hotel Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya.Katanya, hotel berkenaan menyediakan tujuh jenis bilik dengan harga terendah sekitar RM200.“Lebih menarik Paya Bunga Hotel turut menawarkan promosi di mana untuk Disember hingga 15 Januari ini harga bilik bermula dari serendah RM75."Malah lokasi strategik hotel ini bukan sahaja memberi pemandangan yang indah, tetapi juga memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati kemudahan yang disediakan dengan tiga kompleks di sekelilingnya iaitu Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Plaza," ujarnya.Katanya, dengan adanya dua jambatan yang menghubungkan antara hotel dan kompleks-kompleks tersebut, tetamu dapat menikmati kemudahan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), Panggung Wayang LFS dan Pusat Bowling Coral Crown Bowl.Tambah beliau, tetamu juga boleh menikmati pemandangan ‘rooftop’ yang indah sekitar bandar raya ini dari perkarangan kolam renang Paya Bunga Hotel Terengganu.“Kolam renang yang berada di tingkat 11 merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu dan menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Kuala Terengganu kepada tetamu,” ujarnya.
29 Dec 18
1988
Amaran Cuaca Buruk Di Terengganu Hingga 3 Januari Ini
Che Adam (kanan) dan Norshilawati memeriksa 'banjir kit' sebelum diagih kepada penerima bantuan.KUALA NERUS, 30 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberi amaran bahawa angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah Barat sehingga Khamis, 3 Januari ini.Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Amaran itu dikemaskini oleh jabatan tersebut jam 9.15 pagi hari ini.Sementara itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi segala kemungkinan berlakunya banjr kerana gelombang ketiga musibah itu mungkin berlaku antara minggu pertama atau minggu kedua bulan Januari ini.Che Adam A RahmanDalam pada itu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman menasihatkan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah dan penduduk di kawasan berisiko tinggi berlakunya banjir supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca tidak menentu itu agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini."Gelombang kedua banjir di Terengganu ini telah berlalu tetapi kemungkinan akan ada gelombang yang seterusnya."Tarikh spesisfiknya kita jangka kemungkinan berlaku minggu pertama atau minggu kedua bulan Januari," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Repsol Malaysia kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu di Pejabat APM di sini hari ini.Turut hadir Senior Consultant, External Relations and Communications, Repsol Malaysia Norshilawati Othman dan wakil Repsol Terengganu, Mohd Rafi Khori.'Banjir kit' diserahkan secara simbolik kepada wakil penerima bantuan (kiri).Katanya, penduduk yang berada di kawasan berisiko tinggi bencana itu sentiasa diberi nasihat oleh sekretariat pengurusan bencana peringkat daerah yang diketuai pegawai daerah masing-masing supaya bersiap siaga lebih awal jika mendapat amaran awal dari Met Malaysia.Menurut beliau, amaran akan diberitahu sama ada air sungai atau laut naik ke paras bahaya, ataupun berlaku hujan lebat berterusan seperti yang berlaku pada 17 Disember yang lalu dalam tempoh tiga jam melebihi 100 milimeter padu (mm) di seluruh negeri Terengganu.'Banjir kit' dipunggah keluar dari lori APM Terengganu sebelum diagih kepada penerima bantuan.Katanya, implikasi dari musibah itu ialah banjir berlaku secara drastik (mendadak) terutamanya di kawasan bandar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu.Dalam pada itu, Repsol Malaysia menyerahkan 50 unit 'banjir kit' kepada wakil-wakil isi rumah penerima bantuan dari beberapa daerah di tempat yang sama.
29 Dec 18
270
Terengganu Sambut Tahun Baru Acuan Islam
Ustaz Mohd Nor Hamzah.KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Kerajaan Terengganu memutuskan untuk mengadakan program sambutan Tahun Baru 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak bermula 31 Disember sehingga tengah malamnya dengan beberapa pengisian penting.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebelah pagi akan dimulakan dengan kayuhan basikal bersama Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar (MB) dan peminat sukan berbasikal."Petang pula diisikan dengan sedikit hiburan yang berkonsep Islam dan kesederhanaan untuk keseronokan anak-anak muda bersama Ustaz Muzaini Abdul Rahman dan beberapa selebriti lain. Manakala malam diawali dengan kuliah maghrib oleh Yang Berhormat Haji Abdul Hadi Awang, juga solat hajat dan munajat di seluruh masjid surau di Terengganu agar Allah mencucuri berkat pada negeri dan rakyat Terengganu jauh daripada musibah dan malapetaka."Kita juga memohon untuk dibukakan hati pemerintah pusat supaya royalti terus jadi milik kerajaan negeri, tidak lain, bagi kepentingan rakyat Terengganu. Kemudian Ustaz Azhar Idrus dan beberapa selebriti akan memeriah malam tersebut diikuti dengan ucapan YAB MB dan doa selamat," ujarnya dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.Katanya, Januari merupakan hari-hari yang ditetapkan oleh Allah. Tahun Baru masihi adalah tahun yang berasaskan kiraan pusingan matahari. Allah menjadikan matahari dan bulan sebagai salah satu tanda kebesarannya."Ia adalah sama sebagaimana hari-hari yang lain. Sambutan ini diadakan bukan untuk menyambut Tahun Baru secara khusus atau mengikut jejak langkah yahudi dan nasrani tetapi atas tujuan pemurniaan dan islah (pembaikan)."Jika Sultan Muhammad Al Fateh telah berjaya mengubah gereja Agia Sofia menjadi masjid di Istanbul, Turki, kami kerajaan negeri pula mahu mengubah sikap dan perangai ummah akhir zaman untuk menyambut awal tahun baru dengan cara yang sesuai dengan Islam," katanya.Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memberitahu, apa-apa perayaan yang bukan keagamaan, Islam tidak menghalang umatnya meraikannya."Oleh itu kita bukan membuat sambutan untuk menyerupai kaum kafir tetapi kita mahu membendung umat islam mengisi malam tahun baru mengikut cara mereka. Sudah menjadi kebiasaan sambutan tahun baru diisi dengan kelalaian dan kelekaan serta banyak juga yang berunsur maksiat."Corak ini mesti diubah. Cara dan sikap ini mesti dimurnikan dengan keindahan untuk membuktikan ianya dibolehkan Islam, tetapi mesti tepat kaedahnya. Inilah antara maksud utama kerajaan negeri mahu mengadakan program ini."Cara ini cara kita, bukan sunnah, juga tiada kaitan dengan ibadat khusus agama kita dan juga penganut agama lain. Jika penganut Kristian mahu menyambut mengikut cara mereka, ianya bebas dan tiada penghinaan serta kritikan buat mereka. Dan untuk itu, sewajarnya, penganut 'non-muslim' khususnya DAP tidak sibuk mempertikaian cara dan kehendak kami."Kami tahu, ada sebahagian mereka bersifat rasis dan cuba memaksa umat Islam berperangai seperti mereka serta asyik mahu mencampuri urusan muslim. Kami akan mengingatkan umat Islam tentang sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sungguh kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan? Nabi SAW menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka," tegasnya.Dalam tumpuan sama, tambahnya, kerajaan negeri juga berhasrat untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari ilmu dan hari Sabtu pula untuk keluarga. Rakyat yang berilmu adalah tunggak kepada kerajaan yang terbaik."Kami memerlukan rakyat dan rakyat memerlukan kami. Kita semua ada tanggungjawab kepada Allah dan manusia, ‘hablun minallah, hablun minanaas’. Oleh itu kedua-dua hari ini adalah penting bagi rakyat mengisinya dengan hal yang sepatutnya kepada Allah dan keluarga supaya hidup kita lebih bermakna dan gembira," jelasnya.
29 Dec 18
494
Kemukakan Bukti Jika Agihan Wang Royalti Kepada Parti - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Haji Ahmad Nawawi Mohamad.KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta pihak berkaitan mengemukakan bukti jika benar wujudnya ketidakadilan dalam agihan wang royalti.Katanya, jika benar berlaku sikap tidak telus dengan mengagihkan wang itu kepada parti dan bukannya kepada pentadbiran kerajaan, pihak terbabit diminta membawa bukti yang sahih."Kerajaan telus berkaitan perkara ini kerana setiap sen duit yang dikeluarkan akan diaudit bagi mengelak penyelewengan. Jadi jelas, perkara yang dituduh adalah tidak benar," katanya.Pada sidang Dun ke-14 lalu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri menerima bayaran royalti minyak dan gas sebanyak RM300 juta yang dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Ogos dan awal Oktober lalu.Katanya, kerajaan Terengganu berharap menerima baki bayaran wang royalti berjumlah antara RM400 juta hingga RM500 juta daripada Petronas sebelum akhir tahun ini.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pesaka Negeri Terengganu di Muzium Negeri Terengganu semalam.Dalam tumpuan lain, Dr Ahmad Samsuri berkata, apa yang dikemukakan Pesaka Terengganu melalui kertas cadangan akan diteliti."Pihak Pesaka ada membuat permohonan berkaitan kewangan, pelaksanaan program, logistik dan semua ini akan dipertimbangkan."Apa yang penting, saya akan memanggil pentadbiran baru Pesaka Terengganu kerana mahu mendengar sendiri apa yang diperlukan," katanya.
29 Dec 18
28
PIPM Pantau Dan Kawal Kuda Terpilih Secara Percuma
Ustaz Wan Sukairi menyerahkan pasport kepada salah seorang pemilik kuda sempena Program Immunisasi, Mikrocip dan Pendaftaran 'PET Passport' (PIPM) kepada kuda terpilih di Pantai Batu BurukOleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU 29 Disember-Persatuan Ekuin Terengganu(PET)dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri melaksanakan Program Immunisasi, Mikrocip dan Pendaftaran 'PET Passport' (PIPM) kepada kuda terpilih di seluruh Terengganu secara percuma.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata mengikut data terkini pendaftaran kuda PET, di Terengganu terdapat 253 ekor dan 112 daripadanya telah mempunyai pasport manakala 141 ekor masih belum mempunyai sebarang rekod pengenalan.Jelasnya, PIPM kuda menyediakan sistem pengenalan dan pemantauan rasmi bagi semua kuda di Terengganu serta membantu dalam mengawal penyakit berjangkit."Melalui program ini, kesemua kuda terpilih akan diberi Immunisasi JE (Japanese Encephalitis), EI(Equine Influenza) & Tetanus secara berperingkat mengikut Zon penempahan kuda."Kuda tersebut juga akan diberi "PET Passport" serta mikrocip dan maklumat berkait kuda berkenaan akan dimasukkan ke dalam pengkalan data JPV serta Persatuan Ekuin Terengganu," katanyaBeliau berkata demikian ketika merasmikan Program Immunisasi, Mikrocip dan Pendaftaran 'PET Passport' di Pantai Batu Buruk, baru-baru ini.Tambahnya, terdapat pelbagai kelebihan jika mendaftarkan kuda-kuda yang ada di negeri ini."Antaranya, mudah mengesan jika kehilangan kuda sama ada hilang atau sebagainya, membuktikan pemilikan kuda di samping mengumpulkan semua maklumat penting mengenai kuda,"ujarnya lagi.Menurut Wan Sukairi, 'PET Passport' adalah dokumen rasmi Kerajaan Malaysia di bawah Projek Sistem Pengesahan Haiwan Malaysia (Malaysian Animal Traceability System(MATs)."Pasport ini dikeluarkan oleh jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) di bawah Peruntukan Akta Haiwan 1953 dan terpakai kepada kucing, anjung, arnab dan juga kuda,"katanya.
29 Dec 18
76
Mini T'mart Cafe Pasar Produk IKS Terengganu
Haji Mohd Nurkhuzaini (kiri) menandatangani plak perasmian Mini T'mart Cafe di Jalan Pahang Barat of Jalan Pahang Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR, 29 Disember - Kerajaan Terengganu, melancarkan Mini T'mart Cafe pertama di Jalan Pahang Barat of Jalan Pahang di sini semalam bagi memasarkan produk makanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) rakyat negeri itu di kota raya.Perasmian pelancaran itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Mini 'outlet' itu dikendalikan oleh Cakna Sdn Bhd (Cakna), anak syarikat Yasasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu. Kira-kira 200,000 rakyat Terengganu yang tinggal di sini dijangka mendapat kemudahan untuk memperolehi produk makanan Terengganu di 'outlet' tersebut di waktu perniagaan. Ketika ditemui pemberita Haji Mohd Nurkhuzaini berkata, 'outlet' itu mempunyai dapur untuk memasak produk sejuk beku seperti ketupat palas dan lain-lain untuk di makan di kiosk berkenaan sambil sembang santai. Katanya, kerajaan negeri berhasrat untuk pasarkan produk Terengganu di kota raya Kuala Lumpur supaya peminat makanan Terengganu boleh mendapatkannya dengan mudah di sini. "Saya mengharapkan konsep mini 'outlet' ini dapat diterima baik oleh masyarakat kota untuk menikmai produk usahawan Terengganu. "Ini kerana peminat makanan Terengganu amat tinggi populasinya, pasarannya pula luas bahkan ia popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara, " ujarnya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cakna Haji A Razak Sulaiman berkata, mini 'outlet' itu dibuka dengan kos sebanyak RM25,000 dengan keluasan tapak 14 kaki kali 15 kaki (210 kaki persegi) yang merupakan kiosk kedua selepas pusat pemasaran T'mart dibuka di Kampung Baru di sini tidak lama dulu. Menurutnya, 'standard' keluasan tapak untuk 'outlet' tersebut ialah 100 kaki persegi (10 kaki kali 10 kaki). Katanya, Cakna mensasarkan 10 buah Mini T'mart Cafe dibuka dan syarikat berkenaan sedia membantu pengusaha IKS untuk membuka 'outlet' berkenaan di sini. Beliau berkata, beberapa strategi pemasaran sedang dirancang Cakna termasuk memasarkan produk melalui media sosial, media massa, menggunakan motosikal untuk penghantaran 'Cash On Delivery' (COD) dan pengedar. "Dua buah motosikal disediakan masing-masing sebuah di Jalan Pahang Barat dan sebuah lagi di Kampung Baru, " jelasnya. Produk yang dipasarkan di 'outlet' tersebut termasuk Kerepok Lekor Asli, Kerepok Lekor 'Chesse', Satar Daun, Satar Ikan Goreng, Ketupat Palas, Nasi Dagang dan lain-lain. Haji A Razak berkata, produk-produk berkenaan dibekalkan oleh beberapa pengusaha IKS Terengganu dan bekalan untuk tujuan tersebut sentiasa ada.
29 Dec 18
1067
600 Pelajar Kemas 'Dibojeng'
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 29 Disember - Program 'bojeng' rambut percuma Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka yang bermula 25 hingga hari ini di lima lokasi berlangsung meriah apabila disertai kira-kira 600 pelajar sekitar.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, program itu sangat membantu ibu bapa terutama yang mempunyai anak ramai sempena sesi persekolahan yang baru bermula 1 Januari ini."Program sebegini memang kita susun agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat."Ianya juga dijalankan susulan Program Agihan Bantuan Pakaian Persekolahan kepada lebih kurang 5,000 orang pelajar sekitar DUN Paka,"katanya selepas meninjau program itu, di sini, semalam.Dalam pada itu, Ustaz Satiful yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, sebelum ini juga turut dijalankan Program Tuisyen Rakyat secara percuma untuk manfaat pelajar DUN Paka."Kita juga telah berjaya melaksanakan tuisyen percuma kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru - baru ini."Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk Pemuda PAS DUN Paka, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), DACS Paka serta semua tukang gunting yang terlibat dalam menjayakan program ini, " ujarnya.Dalam pada itu, pengarah program itu, Muhamad Farhan Yaacob turut gembira dengan sambutan daripada orang ramai yang tidak melepaskan peluang itu."Kita amat bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa sebagai persiapan mereka menghantar anak - anak ke sekolah nanti."Alhamdulillah, ibu bapa juga menyambut baik program sebegini dan bersyukur kerana merek tidak perlu bersusah payah ke kedai gunting serta mengurangkan beban kewangan mereka.Program yang berlangsung selama lima hari bermula 25 Disember lalu dijalankan di lima lokasi iaitu di Balai Raya Tebing Tembah, Felda Kertih Tiga, Dewan Sivik Paka, Durian Mentangau dan Ketengah Jaya.
28 Dec 18
55
Sekolah Di Terengganu Diminta Amal Nilai Syariah Dalam Bersukan
Oleh : Zulkifli MatKUALA NERUS, 28 Disember - Sekolah di seluruh Terengganu diminta supaya turut menerapkan nilai syariah dalam bersukan sepertimana sedang dilaksanakan kerajaan negeri.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, amalan murni dan tuntutan agama itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan melibatkan semua institusi pendidikan dan agensi di Terengganu.Katanya, nilai syariah terutama melibatkan aspek pemakaian dan etika pergaulan itu mampu meningkatkan keimanan kepada hambaNya kepada Allah SWT, sekali gus dapat memajukan umat Islam dan memperolehi keberkatan dariNya."Kalaulah Azrin Nabila mampu meraih kejuaraan dan disebut sebagai ratu pecut SUKMA 2018 dalam keadaan bertudung, mengapa tidak kita lahirkan atlet Terengganu yang juga bertudung dan menutup aurat,"tegas beliau.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR Tahun 2018 Yayasan Terengganu yangdianjurkan oleh Yayasan Terengganu dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di Dewan Sivik Serbaguna Gong Badak, Tepuh, di sini, kelmarin.Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Yayasan Terengganu, Dr Hashim Azmi Che Nuh, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Tengku Azelam Tengku Abdullah dan Timbalan Pengarah iMiTS, Raja Arizal Raja Arif.Seramai 75 orang pelajar cemerlang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018 dalam Parlimen Kuala Nerus menerima sumbangan tersebut.Hishamuddin juga berharap agar wujud kerjasama erat antara pihak guru dan ibu bapa dalam memperkasakan aspek pendidikan kerana hubungan baik itu mampu membentuk suasana yang sejahtera dan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan pelajar."Guru merupakan tunjang kepada sesuatu pembangunan dan berperanan untuk mendidik, memimpin pelajar untuk menjadi insan yang berguna."Sebagai seorang bergelar pelajar, kita mesti menjadikan diri kita sebagai pelajar yang cemerlang, beriman serta menjadi anak yang soleh, insyaAllah akan berjaya di dunia dan juga di akhirat,"tambah beliau lagi.Beliau juga berpesan supaya pelajar yang berjaya dalam akademik meneruskan kejayaan di peringkat kerjaya serta menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara.
28 Dec 18
64