KOTA TINGGI: Dua rentung selepas kereta mereka naiki merempuh pokok dan terbakar dalam kawasan ladang sawit di Jalan Tanjung Balau di sini, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II, Faizal Ahmad, berkata lelaki dan wanita berkenaan dipercayai terperangkap dalam kereta Toyota Vios terbabit.
Katanya, Bomba terima panggilan kecemasan jam 4.48 pagi. Di lokasi didapati ada dua mangsa dalam kereta terbakar selepas merempuh pokok.
"Seorang mangsa adalah lelaki dewasa berusia 21 tahun manakala seorang lagi wanita dewasa yang belum diketahui identitinya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa terperangkap dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kebakaran.
