lightning-solid
Berita :

Artikel "Kesihatan" Terkini

LKIM Pulau Kambing Henti Operasi Susulan Peningkatan Kes COVID-19
LKIM Pulau Kambing Henti Operasi Susulan Peningkatan Kes COVID-19
KUALA TERENGGANU, 8 September - Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Kambing menghentikan seluruh operasinya meliputi perniagaan jualan minyak, air batu dan pusat isytiha susulan peningkatan kes positif Covid-19 yang berlaku di tempat terbabit. Menurut suatu kenyataan daripada LKIM berkenaan, berikutan penutupan bermula hari ini itu, segala aktiviti pendaratan dan jualan ikan tidak dibenarkan selama tujuh hari. "Bagi Vessel yang terlibat dengan pendaratan di Pulau Kambing boleh mendaratkan hasil tangkapan di pelabuhan LKIM Chendering. "Penutupan ini dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Terengganu di atas peningkatan kes berkenaan membabitkan kompleks ini," ujar kenyataan tersebut, semalam   
08 Sep 21
3173
Terengganu Belum Beralih Ke Fasa Tiga Bukan Kerana Vaksin
Terengganu Belum Beralih Ke Fasa Tiga Bukan Kerana Vaksin
KUALA TERENGGANU, 6 September - Terengganu masih belum beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bukan kerana peratusan vaksin rendah, ujar Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri. Menurut Dr. Alias Razak, negeri ini masih kekal di fasa dua disebabkan penggunaan katil di wad kecemasan (ICU) masih tidak mencapai kadar yang ditetapkan sebagaimana dikehendaki Pelan Pemulihan Negara (PPN). "Kalau penggunaan katil kurang daripada 50 peratus baru kita boleh memasuki fasa seterusnya, syaratnya kita tetap perlu mematuhi SOP bagi menghentikan penularan wabak ini. "Rakyat perlu tahu dan sentiasa ingat bahawa dua vaksin lengkap bertindak bagi mengurangkan risiko penyakit yang serius, namun jangkitan akan tetap boleh berlaku. Justeru pematuhan terhadap SOP oleh individu yang lengkap divaksinasi perlu diteruskan," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Besut 2035 (Penggantian) secara atas talian, pada hari ini. Menjawab pertanyaan pihak media dalam beberapa isu berkait kebimbangan rakyat terhadap pesakit yang lari dari Pusat Kuarantin Covid-19 Risiko Rendah (PKRC), Dr Alias berkata ia merupakan kes terpencil di Terengganu dan masih terkawal. Manakala berkait pekerja Hotel Primula selepas anak syarikat kerajaan negeri itu ditutup selama 14 hari susulan terdapat penularan Covid-19, katanya kes itu tidak perlu dibimbangi kerana kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan mereka. "Insya-Allah kebajikan tiada masalah, jangan bimbang. Walaupun ditutup pekerja akan tetap menerima bayaran gaji. "Kita akur dengan arahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak membenarkan premis berjalan seperti biasa, dan insya-Allah apabila telah selamat ia akan dibuka kembali seperti sediakala," katanya.
06 Sep 21
3072
Fasa Endemik Rakyat Boleh Hidup Seperti Biasa Mengikut SOP
Fasa Endemik Rakyat Boleh Hidup Seperti Biasa Mengikut SOP
PUTRAJAYA, 2 September - Malaysia dijangka akan memasuki fasa endemik Covid-19 bermula hujung Oktober nanti selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap vaksin. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu rakyat digesa agar menerima konsep hidup baharu bersama virus berkenaan "Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya Covid-19 menjadi endemik. "Oleh itu kita mesti mengambil langkah-langkah untuk hidup bersama virus ini, dengan adanya vaksinasi usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku dengan usaha mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berterusan, maka kita boleh memasuki fasa baharu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media pertamanya, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Mengulas lanjut katanya pelbagai kelonggaran akan diumumkan apabila SOP baharu diperkenalkan nanti. "Biarpun langkah baharu akan diumumkan tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiada perancangan melonggarkan pemakaian pelitup muka. "Ini kerana berdasarkan pengalaman negara lain, apabila dilonggarkan mereka terpaksa menguatkuasakan (pelitup muka) semula susulan kemunculan varian baharu,"katanya. keputusan bagi melakukan perlalihan tersebut ekoran pendekatan yang diambil banyak negara  setelah berjaya membendung penularan virus tersebut kepada fasa endemik. Dalam pada itu pihak kementeriannya juga akan mempertingkatkan ketelusan dengan mempamerkan maklumat data penuh kepada orang ramai untuk mengakses maklumat dan perkembangan terkini berkait wabak berkenaan bermula minggu hadapan. "Data yang akan diberikan adalah melebihi data yang sedia ada seperti yang dipamerkan selama ini, bagi memastikan tiada tuduhan bahawa kita menyembunyikan fakta dan melindungi kerahsiaan melibatkan Covid-19," katanya.
02 Sep 21
1235
Petugas PPV UniSZA, Penerima Vaksin Pamer Semangat Kemerdekaan
Petugas PPV UniSZA, Penerima Vaksin Pamer Semangat Kemerdekaan
KUALA NERUS, 31 Ogos - Para petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini mengadakan sambutan secara sederhana bagi mempamerkan semangat kemerdekaan dan rasa cinta kepada negara. Pengurus PPV, Dr. Ras Azira Ramli berkata, semangat kemerdekaan tetap dipamerkan walaupun negera masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 ketika ini. "Pada kali ini, kita menyambut Hari Kemerdekaan dalam suasana pandemik bersama para penerima vaksin. "Di antara mereka datang dengan membawa bendera dan mempamerkan bendera di pelitup muka dan sebagainya. Jadi semangat itu masih dirasai," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sambutan tersebut di PPV UniSZA, hari ini. Tambahnya, inilah semangat yang dapat ditunjukkan sebagai barisan hadapan pada masa ini untuk berjuang memerdekakan negara dari pandemik Covid-19. Dalam acara berkenaan, nyanyian lagu negaraku dan lagu Jalur Gemilang serta agihan bendera kebangsaan kepada penerima vaksin turut diadakan. Selain itu, para petugas PPV turut memakai pakaian bertemakan semangat kemerdekaan. Dalam pada itu, penyelaras PPV berkenaan, Dr. Mohamad Ikmal Saharmi menyifatkan, semangat kemerdekaan ini perlu ditanam dalam diri individu selaras suasana pada masa kini. "Biarpun suasana kerja Merdeka tahun ini dalam kekangan pandemik, kami petugas kesihatan tidak kira waktu, sedia berkhidmat. "Bagi merdeka kali ini, kita perlu merdekakan diri kita dari Covid-19 terlebih dahulu, jadi patuhilah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya. Hari ini, PPV UniSZA menerima kehadiran 814 penerima vaksin dos kedua dan sebahagian kecil baki penerima dos pertama yang tercicir di kawasan Kuala Nerus.    
31 Aug 21
787
600 Penduduk Seberang Tayur Terima Suntikan Program Outreach Vaksinasi Covid-19
600 Penduduk Seberang Tayur Terima Suntikan Program Outreach Vaksinasi Covid-19
KEMAMAN, 27 Ogos - Dalam menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai ‘herd immunity’ dalam kalangan penduduk Malaysia, Klinik Kesihatan Seberang Tayur dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih telah menganjurkan program Outreach Vaksinasi Covid-19 baru-baru ini. Bertempat di Klinik Kesihatan Seberang Tayur, dicatatkan sebanyak 600 suntikan vaksin berjaya diberikan kepada penduduk di sekitar Seberang Tayur sepanjang dua hari berlangsungnya program tersebut.  Program itu menyasarkan penduduk di kawasan Kampung Seberang Tayur Hulu, Kampung Seberang Tayur Hilir dan Felda Seberang Tayur. Golongan yang disasarkan bagi program tersebut adalah mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan merupakan penerima vaksin bagi dos yang pertama. ADUN kawasan Air Putih, Ab Razak Ibrahim ketika ditemuramah berkata, Program Outreach Vaksin Covid-19 amat diperlukan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di kawasan ini. "Dengan adanya program seperti ini, sedikit sebanyak dapat memudahkan penduduk setempat khususnya mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk mendapatkan suntikan vaksin memandangkan kawasan ini terletak di pedalaman," katanya. "Jutaan terima kasih diucapkan kepada para petugas yang terdiri daripada staf Klinik Kesihatan Seberang Tayur, sukarelawan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih dan Jabatan Amal Malaysia DUN Air Putih yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini berjaya dan berjalan dengan lancar," ujarnya.
26 Aug 21
284
Suntik Vaksin Di Pusat Pemulihan Dadah, Elak Pelatih Lari
Suntik Vaksin Di Pusat Pemulihan Dadah, Elak Pelatih Lari
KUALA NERUS, 25 Ogos - Permohonan Pondok Remaja Inabah 2  untuk mendapatkan vaksin kepada 84 pelatih  yang sedang menjalani rawatan pemulihan dadah tercapai apabila dipermudahkan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui program pemberian vaksin secara mobil. Timbalan Pengetuanya, Mansor Ibrahim berkata langkah itu memudahkan pihaknya mengendalikan para pelatih berbanding jika dibawa ke PPV kerana dikhuatiri wujudnya usaha melarikan diri. "Ia akan jadi panjang cerita kerana untuk mengawal mereka dalam jumlah tersebut agak sukar dari segi keselamatan serta penjagaanya. "Apabila dimaklumkan pihak UniSZA sendiri akan turun sendiri ke sini selepas kita membuat permohonan melalui MySejahtera pada sebulan yang lalu jadi sangat gembiralah. Kesemua mereka akan menerima dos pertama jenis Pfizer pada hari ini (kelmarin). "Jumlah pelatih di sini ada 96 orang, dah ada antara mereka yang telah menerima suntikan vaksin lebih awal yang mana mereka telah didaftarkan oleh keluarga masing-masing, di mana kita bawa mereka pergi ke mana-mana PPV yang ditetapkan mengikut temu janji yang telah diaturkan. "Jadi dengan program pada hari ini maka boleh dikatakan semuanya telah menerima vaksin pertama, manakala 24 kakitangan  pula telah lengkap menerima dua dos vaksin," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, pada program yang dikendalikan oleh PPV UniSZA , di Pondok Remaja Inabah 2, Sungai Ikan, kelmarin. Dalam pada itu Ketua Pasukan Data dan Penyelaras PPV UniSZA, Norkhairani Abdul Rani berkata program itu diadakan selepas mendapati kesemua mereka mendaftar di MySejahtera menggunakan nombor telefon yang sama. "Justeru kita mengambil langkah untuk mengenal pasti, jadi difahamkan sepanjang menjalani rawatan mereka tidak dibenarkan keluar, tidak boleh menggunakan telefon, malah kad pengenalan pun tidak dibenarkan pegang. "Setelah kita melakukan siasatan kerana tidak hadir walau telah dipanggil banyak kali, baru kita tahu mereka mendaftar melalui pihak pengurusan. "Dalam kes tertentu seumpama ini dengan mengikut pertimbangan dan kesesuain kita bersedia untuk turun dalam usaha memastikan rakyat di negeri ini menerima vaksinasi," ujarnya. Sementara itu, seorang pelatih senior yang hanya mahu dikenali Afzam tidak menafikan cubaan untuk melarikan diri akan sentiasa ada melalui pengalamannya sendiri. "Sini merupakan tempat kelapan, sebelum ini tujuh tempat tidak sempat habis menerima rawatan sebelum nekad untuk membuat keputusan benar-benar berubah dan meninggalkan sejarah hitam yang pernah dilalui. "Jadi insiatif untuk memberi vaksin di sini, merupakan langkah yang baik bagi mengelakkan ada usaha pelatih melarikan diri terutama di kalangan mereka yang baru sahaja masuk ke sini," ujarnya. Untuk rekod Pondok Remaja Inabah ini beroperasi secara sah dari segi undang-undang di mana ia bernaung di bawah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), selain Terengganu ia turut beroperasi di Kedah serta Negeri Sembilan. Sehingga kini, Inabah telah berjaya memulihkan sejumlah penagih untuk membaiki diri dan seterusnya kembali semula ke pangkuan masyarakat dimana lebih 50 peratus berjaya dipulihkan.  
26 Aug 21
695
Tiga Beradik Derita Penyakit Kronik Lega Terima Vaksin
Tiga Beradik Derita Penyakit Kronik Lega Terima Vaksin
KUALA NERUS, 24 Ogos - Tiga beradik di Teluk Pasu yang menghidapi penyakit kronik lega setelah menerima suntikan vaksin dos pertama di rumah mereka dalam program vaksinasi secara mobil yang dikendalikan oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini. Zaleha Awang, 62, serta adiknya, Yusof Awang, 44, menderita penyakit kencing manis manakala seorang lagi adiknya, Rozelan Awang, 54, pula menghidap penyakit strok.  Turut menerima vaksinasi dos pertama berkenaan ialah ibu kepada ketiga-tiga mereka, Mariam Yusof ,78. Mewakili keluarga, Azmi Awang, 57, berkata, inisiatif yang dilaksanakan UniSZA memudahkan ahli keluarganya menerima vaksin bagi melindungi daripada jangkitan Covid-19. "Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana datang terus ke rumah, kerana kami mengalami kesulitan untuk pergi ke pusat vaksin walaupun telah menerima jemputan. "Ini disebabkan kerana kami tidak memiliki kenderaan untuk membawa emak dan adik-beradik yang sakit ini untuk ke pusat vaksin, dengan cara ini ia sangat membantu meringankan kesulitan yang kami hadapi," ujarnya ketika ditemui pihak media, di kediamannya, di sini, pada hari ini. Dalam perkembangan sama, Ketua Pasukan Data dan Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UniSZA, Norkhairani Abdul Rani berkata keluarga itu diberi suntikan vaksin di rumah selepas mereka dikesan menggunakan nombor telefon dan alamat sama untuk pendaftaran vaksin melalui aplikasi MySejahtera. "Siasatan lanjut didapati mereka terpaksa menolak temu janji yang telah diaturkan untuk hadir ke PPV kerana keterbatasan serta kekangan fizikal yang dihadapi oleh mereka. "Jadi melalui bahagian data telah mengadakan perbincangan dengan pengarah PPV yang akhirnya kami buat keputusan untuk hadir ke sini dan memberikan perkhidmatan kepada mereka melalui kaedah mobil," ujarnya. Katanya, keseluruhan ahli keluarga tersebut menerima vaksin jenama Pfizer untuk dos pertama. "Manakala untuk dos kedua bagi melengkapkan vaksinasi, mereka perlu menunggu 21 hari lagi bagi menerimanya," katanya.  
24 Aug 21
222
Belum Ada Kajian Buktikan Ketum Mampu Rawat Covid-19
Belum Ada Kajian Buktikan Ketum Mampu Rawat Covid-19
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Sehingga ke hari ini tiada satupun kajian yang tepat menunjukkan bahawa ketum boleh mencegah atau merawat individu yang dijangkiti Covid-19 sebagaimana yang tular di media sosial bermula Mac yang lalu. Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, walaupun ada dimasukkan ke dalam pelaporan jurnal namun semuanya tidak menemui jalan penyelesaian bagi membuktikannya serta tidak konklusif malah hanya bersifat andaian semata-mata. "Apa yang pasti kajian mendapati bahawa bagi pesakit mengambil bahan terlarang ini boleh mendatangkan mudarat yang lebih teruk berbanding orang lain. "Bahan aktif 'metragynine' yang terdapat dalam ketum itu dikategorikan sebagai dadah berbahaya yang boleh merosakkan mental (psycho-active)," ujarnya melalui suatu kenyataan di facebooknya semalam. Justeru katanya, jangan ada pihak yang menggesa pihak kerajaan mengambil jalan mudah membenarkan penggunaan bahan berkenaan bagi tujuan rawatan penyakit tersebut. "Telah elok pesakit ditempatkan di pusat kuarantin, tiba-tiba semua jadi khayal daripada minum air ketum. Akan jadi cerita lain pula. "Letih pula nanti 'frontliners' hendak melayan 'Mat Ketum'. Dahlah pesakit yang di dalam wad kritikal memerlukan perhatian penuh tanpa diganggu gugat dengan benda yang masih belum pasti, tiba-tiba hendak layan pula permintaan yang belum tentu ini," ujarnya. Tambah pelik ujarnya, timbul kenyataan tidak berasas menyatakan kerana ia menyerupai bentuk 'coronavirus' maka ia mujarab untuk merawat mereka yang didapati positif menghidapi penyakit berkenaan. "Sebagai sebuah masyarakat yang berilmu kita mesti mempunyai disiplin ilmu bagaimana untuk menzahirkan sesuatu dakwaan, tidak boleh semata-mata dilihat dari segi mata kasar dan terus mendakwa bahawa sesuatu bahan itu boleh merawat penyakit begitu sahaja. "Ia mestilah dibuktikan menerusi penerokaan dan kajian yang tepat. Inilah yang diterapkan dalam agama kita sebagai orang yang berfikir dan mengkaji sebab akibat sesuatu itu berlaku," ujarnya.
12 Aug 21
417
PICK Capai 64 Peratus Suntikan Satu Dos Vaksin - Amzad
PICK Capai 64 Peratus Suntikan Satu Dos Vaksin - Amzad
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Proses vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi populasi dewasa yang menerima satu dos vaksin telah mencapai angka 64 peratus di seluruh negara. Timbalan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Dato' Ahmad Amzad Hashim berkata, manakala sebanyak 30 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dos kedua. "Saya dapati, perjalanan program vaksinasi ini juga berlangsung lebih laju daripada jangkaan yang ditetapkan sebelum ini. Namun, kita masih lagi mengekalkan sasaran mencukupkan 80 peratus populasi dewasa untuk dua dos lengkap, sebelum Oktober ini. "Bagi operasi lonjakan kapasiti Lembah Klang yang menjadi keutamaan kita ketika ini, kita telah dapat hampir 100 peratus suntikan satu dos untuk populasi dewasa. "Apa yang kita buat sekarang ialah apabila Lembah Klang mencapai tahap yang memuaskan, seperti yang diumumkan Menteri, Khairy Jamaluddin semalam, kita akan buka secara 'walk in' di negeri-negeri lain pula," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pembaikian paip air dasar sungai oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ir. Azrul Raimee Ramli. Jelasnya, ada beberapa perkara yang sedang dalam proses akhir untuk diumumkan kementerian tidak lama lagi. "Pertama, tentang keperluan 'booster' dos bagi vaksin. Sekarang, kita menumpukan sekurang-kurangnya semua mendapat satu dos vasksinasi bagi melindungi diri dan kedua, dua dos kemudiannya. "Terdapat kemungkinan kita akan mempertimbangkan dos ketiga kerana langkah ini didapati dapat membantu kita berdepan varian Delta yang ganas ini. Keputusan ini juga turut berhubung dengan 'heterogeneous gem', maksudnya sebelum ini jika kita terima Sinovac, kemungkinan kita akan menerima Pfizer atau vaksin lain untuk dos ketiga," katanya. Menurut Ahmad Amzad, pihaknya juga sedang menunggu dapatan klinikal yang lebih jelas berhubung suntikan vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun. "Walaubagaimanapun bagi mereka yang ada keperluan, seperti pelajar 17 tahun yang dapat menyambung pelajaran ke luar negara, mereka boleh memohon suntikan vaksin dengan kebenaran ibu bapa dan ia akan dipertimbangkan," katanya.  
08 Aug 21
207
Terengganu Berupaya Beralih Fasa Tiga Jika Terus Patuh SOP
Terengganu Berupaya Beralih Fasa Tiga Jika Terus Patuh SOP
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Terengganu berupaya mengikut jejak langkah Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) jika terus kekal mematuhi segala peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya opitimis bahawa akan lebih banyak negeri beralih ke fasa berikutnya di mana kerajaan akan terus memacu peranan mengorak langkah ke hadapan dalam memastikan pemulihan negara dapat dijalankan secara lebih sistematik dan selamat. Di samping itu katanya, strategi kerajaaan juga pada ketika ini adalah memastikan seramai mungkin penduduk dewasa di negara ini telah diberikan vaksin. "Ia bagi memastikan pemulihan negara dapat dijalankan dengan lancar. Lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara dan lebih banyak sektor ekonomi yang boleh dibuka dengan selamat," katanya. Beliau berkata demikian menerusi Facebook rasminya selepas mempengerusikan Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vakisn, semalam. Turut serta, Menteri Penyelaras PPN, Tengku Datuk Sri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi membentangkan perkembangan terbaru PPN. Muhyiddin berkata, kemudahan yang bakal dinikmati oleh setiap sektor eknomi juga turut diperhalusi dengan berhati-hati. "Bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar, insya-Allah kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat. "Diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksin lengkap dan juga membantu sektor ekonomi kita dengan mengambil kira keselamatan rakyat," ujar beliau.
02 Aug 21
3697