lightning-solid
Berita :

Artikel "Kesihatan" Terkini

Hospital Baharu Dungun Dijangka Beroperasi Mulai Ogos 2024
Hospital Baharu Dungun Dijangka Beroperasi Mulai Ogos 2024
KUALA LUMPUR, 20 Mac - Hospital Baharu Dungun yang tertangguh sekian lama dijangka akan beroperasi secara berperingkat mulai Ogos 2024. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata beliau menerima jawapan secara bertulis dari Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni semalam. "Alhamdulillah kita telah mendapat maklum balas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan status pembinaan Hospital Baru Dungun," ujarnya. Menerusi surat berkenaan, juga Lukanisman memaklumkan, Jabtan Kerja Raya (JKR) telah melantik kontraktor penyelamat dan sehingga 15 Februari 2024.  "Kemajuan fizikal projek telah mencapai 89 peratus berbanding jadual 87 peratus iaitu mendahului jadual sebanyak 2 peratus, projek ini dijadualkan siap pada 2 Mei 2024," katanya. Wan Hassan berharap dengan tarikh baru ini, Hospital Baru Dungun dapat beroperasi dengan sepenuhnya. 
20 Mar 24
1133
Wan Hassan Persoal Bila Hospital Dungun Boleh Beroperasi
Wan Hassan Persoal Bila Hospital Dungun Boleh Beroperasi
KUALA LUMPUR, 5 Mac - Hospital Dungun yang baru masih lagi tidak dapat beroperasi walaupun tarikh yang ditetapkan sudah habis tempohnya. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata demikian dalam ucapan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam. Katanya, beliau membawa suara rakyat Dungun dengan menaikan isu kesihatan setempat yang berlarutan lama iaitu Hospital Baru Dungun yang telah berulang kali dianjakkan tarikh permulaan operasinya. "Antara jawapan yang telah di umumkan oleh menteri pada sidang dewan rakyat yang lepas. "Jawapan pada 18 November 2021, di katakan telah siap 98.2% dan dijangka beroperasi pada April 2022. Manakala pada 19 September 2023 pula di katakan telah siap 99.86% dan dijangka beroperasi pada hujung Februari 2024. “Hari ini sudah masuk hari ke-4 kita keluar dari bulan Februari 2024, malangnya didapati bahawa Hospital Dungun masih belum beroperasi sehingga kini," ujanya. Wan Hassan memohon menteri berkenaan memberi penjelasan berkenaan tarikh baru Hospital Dungun mula beroperasi. "Selain itu, memandangkan pembinaan hospital ini memakan masa yang terlalu lama. Pohon penjelasan sama ada jumlah kemudahan dan doktor pakar yang bakal berkhidmat di Hospital Baru Dungun ini telah dikemas kini supaya mampu menampung keperluan penduduk Dungun yang berjumlah hampir 190,00 orang," katanya.
05 Mar 24
660
Awas Ancaman Ulat Bulu Laut Ketika Beriadah di Tepi Pantai
Awas Ancaman Ulat Bulu Laut Ketika Beriadah di Tepi Pantai
KUALA NERUS, 11 Januari - Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati ketika beriadah di tepi pantai susulan penemuan dua ekor ulat laut (fireworm) terdampar di pantai di sini, semalam. Ketua Unit Pusat Rujukan & Repositori Laut China Selatan, Prof Madya Dr Izwandy Idris berkata, ulat bulu laut ditemui itu dipercayai daripada spesies 'Amphinome Rostrata' (Pallas 1766) itu dijumpai oleh sukarelawan pusat berkenaan ketika berjalan di tepi pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Katanya, bahagian ulat bulu yang digelar 'chaetae' berbentuk tajam serta rapuh mudah melekat pada kulit apabila disentuh. "Spesies  ini mempunyai kelenjar bisa (venom gland) yang mana ia boleh memasuki badan melalui luka tusukan chaetae yang patah. "Gabungan luka akibat chaetae yang patah dan bisa dari kelenjarnya boleh menimbulkan rasa sakit yang kuat, bengkak di tempat yang terkena serta tindak balas alahan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, pengunjung pantai dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya terjumpa A. rostrata atau mana-mana organisma marin yang mempunyai rupa seakan-akan ulat bulu tersebut. Katanya,Ulat bulu laut merupakan nama panggilan tempatan bagi kumpulan cacing laut (Annelida, Polycheata) yang mempunyai struktur seperti kuku (cheatae) di seluruh badan yang menyerupai ulat bulu. "Namun, dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil fireworm (cacing api) kerana rasa sakit seperti terkena api apabila menyentuh atau memegang haiwan itu. Elakkan daripada menyentuh haiwan ini serta jauhkan dari kanak-kanak," katanya. Izwandy yang juga Pensyarah Biologi, Diversiti dan Ekologi Invertebrat Bentik UMT berkata, haiwan berkenaan dipercayai dihanyutkan ombak yang kuat sehingga terdampar di pantai Terengganu. "Musim Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda Laut China Selatan ketika ini menyebabkan banyak organisma dan benda-benda lain dihanyutkan ke pesisir pantai disebabkan arus dan ombak yang kuat. "Amphinome rostrata merupakan spesies yang banyak berasosiasi (berhubungan) dengan teritip angsa (Goose Barnacle) yang melekat pada benda hanyut seperti kayu serta sampah laut (marine debris) dan dijumpai di lautan seluruh dunia," katanya.  
11 Jan 24
654
COVID-19 : Rakyat Dinasihat Berjaga-Jaga
COVID-19 : Rakyat Dinasihat Berjaga-Jaga
KUALA TERENGGANU, 18 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah meminta rakyat negeri ini mengambil langkah pencegahan ekoran kes Covid-19 semakin meningkat. Wan Sukairi berkata, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa terdapat peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan secara global termasuk juga di beberapa negara jiran.  Katanya di Malaysia, peningkatan ini seiring dengan tren yang berlaku pada setiap hujung tahun seperti dilaporkan di negara-negara lain.  “Majoriti kes Covid-19 di Malaysia mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital. “Kementerian kesihatan akan terus memantau situasi Covid-19 dan varian berkaitan,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman pada hari ini. Tambah Wan Sukairi, beliau meminta agar rakyat mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi. Selain itu katanya, beliau menasihati supaya rakyat membuat penilaian kendiri tahap kesihatan serta tidak hadir ke mana-mana kawasan yang sesak dan menjadi tumpuan ramai sekiranya bergejala. Di samping itu katanya, orang ramai disaran sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutama kepada kumpulan berisiko tinggi. “Seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah, dan ibu mengandung. “Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk terutama kepada kumpulan berisiko tinggi,” ujarnya. Untuk rekod, pada minggu epidemiologi ke-49 (ME 49/2023), sebanyak 12,757 kes Covid-19 telah dilaporkan berbanding 6,796 kes yang dilaporkan pada ME 48/2023 (26 November 2023 hingga 2 Disember 2023).  Secara keseluruhan, peratus kes kematian COVID-19 dari 25 Januari 2020 sehingga 9 Disember 2023 adalah 0.72 peratus.                        
18 Dec 23
337
Kesal Tindakan Menteri Kesihatan Khianati Janji Hapuskan Tabiat Merokok
Kesal Tindakan Menteri Kesihatan Khianati Janji Hapuskan Tabiat Merokok
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Rata-rata Ahli Parlimen menzahirkan perasaan kesal dan kecewa atas tindakan Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa yang tidak menunaikan janji bagi menghapuskakan tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, ia jelas menunjukkan tiada kesungguhan daripada pihak Kerajaan Madani ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (RUU KPDMKA) baru-baru ini hanya mengawal produk merokok. Ujarnya, Generasi Penamat Rokok (GEG) tidak lagi diperuntukkan dalam RUU tersebut yang telah pun pernah dibahaskan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. "Malah RUU yang hampir sama telah pun dibentangkan oleh Menteri Kesihatan pada 12 Jun 2023 yang lalu, GEG adalah satu dasar yang bertujuan untuk menghapuskan tabiat merokok dan penggunaan Produk Merokok dalam kalangan generasi musa secara beransur-ansur sehingga tahun 2045. "Lebih mendukacitakan saya dan persatuan-persatuan berkepentingan jelas melihat Menteri Kesihatan tidak jujur apabila membuat kenyataan menangguhkan bacaan kedua yang sepatutnya dibacakan pada hari kedua dalam sidang Dewan Rakyat pada kali ini. "Dengan alasan memberikan laluan aturan mesyuarat lain di dalam senarai aturan mesyuarat, walhal memang sudah ada perancangan untuk menggugurkan GEG daripada RUU KPMDKA ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman, di sini, semalam. Tegas Dr Alias, sikap ditunjukkan Menteri Kesihatan itu jelas tidak konsisten serta tidak bertanggungjawab. "Saya mengecam tindakan ini kerana telah mengkhianati janji dan komitmen beliau untuk melaksanakan GEG dalam RUU KPTM (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok) yang telah pun dibentangkan dalam parlimen pada 6 Oktober yang lalu. "Dengan pengguguran GEG ini maka sasaran untuk mengurangkan jumlah perokok sehingga kurang daripada lima peratus menjelang tahun 2045, pada pendapat saya adalah sukar untuk dicapai," katanya. Tambah beliau, GEG adalah wajar untuk diteruskan kerana ia lebih berhemah, berkesan dan mendasari kesihatan rakyat berbanding KPMDKA yang tidak meletakkan had generasi umur bagi individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2027. "Kerana ia menekankan pendidikan, kesedaran, sokongan dan pencegahan bagi mengurangkan permintaan dan penawaran Produk Merokok dalam kalangan generasi muda. 'Pada pendapat saya GEG tidak menjejaskan hak dan kebebasan individu untuk membuat pilihan sendiri berkenaan dengan penggunaan produk tembakau," tegas beliau.  
01 Dec 23
168
EPIC Terus Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
EPIC Terus Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
KEMAMAN, 29 Oktober - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad atau Kumpulan EPIC) menerusi anak syarikatnya, Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB) meneruskan sokongan kempen penanaman 100 juta pokok peringkat negeri. Semalam anak syarikat EPIC itu telah menganjurkan program 'KPK Grow Grenn 2023- Tree Planting at East Whart' yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan melalui program berkenaan sebanyak 300 anak pokok spesies 'Kelat Paya' tetah ditanam di lokasi yang ditetapkan dengan bantuan 100 sukarelawan syarikat. Pengurus Besar KPKSB, Ashari Mohamad berkata program berkenaan juga diadakan bagi meningkatkan kawasan liputan hijau di sekiutar Dermaga Timur kelolaan anak syarikat tersebut. "Ia mencerminkan komitmen yang digalas bersama bagi merealisasikan aspirasi EPIC Berhad untuk mentransformasi pengoperasian dan pembangunan Pelabuhan Kemaman ke arah menjadikannya sebuah pelabuhan hijau," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di program berkenaan yang diadakan di Dermaga Timur Pelabuhan Kemaman, semalam. Turut hadir, Pengerusi KPKSB, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim. Dalam pada itu, Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata pihaknya menyambut baik usaha yang dijalankan syarikat bagi mewujudkan lebih banyak kawasan liputan hijau sekali gus memupuk kesedaran akan tanggungjawab memelihara alam sekitar yang perlu digalas semua pihak. "Dalam menjalankan perniagaan secara lestari dan mampan, kita bukanlah sekadar mencari keuntungan semata-mata, tetapi juga menyumbang tenaga dan usaha demi menjaga khazanah alam yang tidak ternilai harganya," ujar Amzad.
30 Oct 23
163
Hospital Dungun Dijangka Beroperasi Februari Depan
Hospital Dungun Dijangka Beroperasi Februari Depan
KUALA LUMPUR, 20 September - Hospital Baharu Dungun yang diklasifikasi sebagai projek sakit dijangka beroperasi Februari tahun depan.  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berharap pengumuman Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat semalam akan menjadi kenyataan.  "Besarlah harapan kita di Dungun agar ia benar-benar dapat digunakan pada hujung Februari 2024 setelah penantian sekian yang begitu lama," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman semalam. Sebelum itu, dalam Persidangan Dewan Rakyat, Wan Hassan memohon supaya Kerajaan Persekutuan menyatakan perkembangan hospital terbabit. Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menyatakan perkara sama sambil mengharapkan pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu itu tepat pada masanya kerana ia berkait dengan keperluan rakyat. Sambil berseloroh Presiden PAS itu berkata, di negeri Terengganu ada hospital yang telah dibina berpuluh tahun.  "Tetapi tidak boleh digunakan kerana tidak  lulus," katanya.  Ketika menjawab soalan lisan berkenaan, Dr. Zaliha berkata projek berkenaan dijangka siap pada 24 Januari 2024.  "Masalah kelewatan projek pembangunan Hospital Dungun, kontraktor asal telah ditamatkan pada 14 Julai 2022 semasa kemajuan kerja fizikal telah pun mencapai 99. 86 peratus,  "Kontraktor penyiap telah dilantik oleh JKR pada 5 Mei tahun ini dan dijangka siap pada 24 Januari tahun depan dan dapat digunakan selepas itu," jelasnya.
20 Sep 23
791
Percepat Proses Bina Hospital Pakar Marang
Percepat Proses Bina Hospital Pakar Marang
KUALA LUMPUR, 14 September- Kerajaan Persekutuan digesa mempercepat proses membina Hospital Pakar di daerah Marang dan pembesaran Pusat Kesihatan Bukit Tunggal. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata, gesaan tersebut dibangkitkan berikutan kapasiti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang berfungsi sebagai nadi utama fasiliti kesihatan  awam Terengganu terlalu sesak. "Tiada lagi ruang tanah HSNZ untuk diperbesarkan atas faktor geografi kerana dikelilingi oleh bangunan dan laut. "Begitu juga, Pusat Kesihatan Bukit Tunggal berdepan situasi serupa justeru, saya berharap kerajaan menambah peruntukkan bagi membesarkan pusat kesihatan tersebut," katanya. Beliau berkata demikian semasa membahaskan kajian separuh penggal (KSP) rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam. Selain itu, beliau turut membangkitkan isu royalti sejauh manakah tangungjawab Kerajaan Madani untuk melaksanakan reformasi yang dicanang selama ini.  "Saya memohon barisan kepimpinan Kerajaan Madani pada hari ini bersikap lebih matang dalam berpolitik agar semua pihak tidak dizalimi," katanya.
15 Sep 23
1275
Saringan Kesihatan Pastikan Masyarakat Sihat
Saringan Kesihatan Pastikan Masyarakat Sihat
KUALA TERENGGANU, 7 September - Konsep tawakal sebenar dalam perihal menjaga kesihatan ialah dengan berikhtiar melalui saringan dan pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan rawatan apabila memerlukan.  Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, konsep berserah diri kepada Allah bulat-bulat adalah salah di sisi Islam dan tidak sepatutnya di amalkan. Katanya, untuk sembuh dari penyakit setiap orang perlu beikhtiar mencari jalan dengan berjumpa doktor dan makan ubat serta mendengar nasihat mereka. Menurutnya setiap orang tidak boleh lari dari ditimpa penyakit termasuk Nabi s.a.w. sendiri juga demikian. "Tinggal lagi bagaimana kita menangani masalah penyakit tersebut sama ada kita menyerah bulat-bulat kepada Allah untuk disembuhkan atau kita berikhtiar berubat," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Pharmacy Integrated Community Care di Kampung Kolam, Kuala Ibai di sini hari ini. Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Dr Fatimah Muda dan kira-kira 30 peserta dari komuniti setempat. Sementara itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk mengalu-alukan program komuniti sebegitu kerana segalanya perlu bermula dengan kesedaran dan diikuti dengan tindakan.  "Saya difahamkan dari program integrasi komuniti  yang dilaksanakan oleh Unit Farmasi dan Unit NCD Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu ini, sebanyak 68 peratus peserta mencapai penurunan kawalan kencing manis, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 65 peratus," ujarnya. Justeru Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan mengharapkan program itu dapat diperluaskan lagi agar  memanfaatkan lebih ramai pesakit.
07 Sep 23
109
Hasrat Bantu Lebih Ramai Orang Dorong Pengamal Perubatan Jadi 'TikTokers'
Hasrat Bantu Lebih Ramai Orang Dorong Pengamal Perubatan Jadi 'TikTokers'
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos- Hasrat untuk menjadi orang yang memberi manfaat mendorong pengamal perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang, 37, bergiat sebagai pencipta kandungan di aplikasi Tik Tok serta media sosial lain bagi menyampaikan ilmu serta maklumat berkaitan kesihatan kepada masyarakat. Menurut pemilik kepada tujuh buah klinik itu, usaha yang dimulakan ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu memberi kepuasan tersendiri kepadanya. "Aplikasi ini saya lihat suatu ketika dahulu terkenal dan dipenuhi 'content' joget-joget, saya terfikir mengapa tidak saya gunakan ia untuk berkongsi ilmu?  "Jadi, saya mula kongsikan dalam semua media sosial saya terutama Tik Tok dan ramai suka serta memberikan reaksi balas yang baik membuatkan saya rasa tertarik untuk terus memberi manfaat kepada lebih ramai orang menerusi alam maya," katanya. Hasil pendekatan tersebut menjadikan beliau pempengaruh terkenal yang mempunyai 1.5 juta pengikut di TikTok, 645,000 (Facebook),240,000 (telegram), 165,000 (Instagram) dan 70,000 (Twitter). Dalam masa sama, Dr. Samhan juga dipilih sebagai salah satu calon yang berentap dalam Anugerah TikTok 2023 bagi kategori Best Of Education, yang berlangsung Ahad ini. "Kadang-kadang untuk membuat kandungan ini tidak mudah, saya bermula merakam, menyunting dan memuat naik sendiri, tetapi setiap kali saya rasa lelah saya akan tanya diri kenapa saya bermula. "Salah satu sebabnya ialah saat ketika saya hampir hilang nyawa akibat tersedak susu soya yang dimasukkan melalui hidung selepas saya selesai menjalani pembedahan membuang tulang rahang akibat Ameloblastama (penyakit tulang rahang pipi) pada tahun 2016. "Ketika itu, saya tidak dapat bercakap kerana leher ditebuk dan gigi diikat, saya hanya mampu berdoa pada Allah SWT sekiranya saya ditakdirkan mati, saya memohon pengakhiran yang baik. "Tetapi, jika dipanjangkan umur jadikan saya orang yang memberi manfaat. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT saya dipanjangkan umur," katanya. Pengasas Forhimclinic.com itu kini gembira dengan penglibatan lebih ramai pengamal perubatan yang berkongsi ilmu di media sosial. Tambahnya, ia secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan kesihatan. "Rakyat Malaysia memang sangat dahagakan ilmu terutama berkaitan kesihatan dan sering mencari tips kesihatan untuk menjadi sihat. "Sekarang sudah ramai doktor yang berkongsi, saya tengok dan sangat gembira apabila lebih ramai dapat memberi manfaat untuk masyarakat dapat maklumat dan ilmu walaupun tidak datang berjumpa doktor. "Ini sekurang-kurangnya membantu mengelakkan mereka berbuat sesuatu yang salah (tentang kesihatan diri) atau mengambil rawatan yang tidak sepatutnya," katanya.        
25 Aug 23
272