lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Kerajaan Terengganu Komited Perkasa Kewangan Islam di Semua Peringkat
Kerajaan Terengganu Komited Perkasa Kewangan Islam di Semua Peringkat
Oleh - Pok Abbas KUALA TERENGGANU, 17 November - Kerajaan Negeri komited memartabatkan kewangan Islam sebagai asas utama dalam pembangunan ekonomi negeri, dengan tumpuan pada pematuhan prinsip syariah di setiap peringkat. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah, dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata komitmen itu merupakan langkah strategik untuk memastikan ekonomi negeri berkembang secara beretika dan mampan. “Kerajaan Negeri sangat komited menjadikan kewangan Islam sebagai teras utama pembangunan ekonomi.  "Melalui program seperti seminar ini, kita dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai kewangan Islam, memastikan setiap keputusan diambil selaras dengan prinsip syariat,” katanya  Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Islamic Finance Seminar 2024 di Hotel Paya Bunga, di sini, baru-baru ini. Dr. Khalil turut menekankan bahawa kewangan Islam mempunyai potensi besar dalam pembangunan ekonomi, bukan sahaja untuk negeri Terengganu, tetapi juga untuk Malaysia secara keseluruhan. “Kewangan Islam bukan sekadar alternatif, tetapi satu penyelesaian yang menawarkan keadilan, ketelusan, dan keberkatan dalam pengurusan kewangan.  “Sistem ini berupaya mencipta impak positif di pelbagai sektor ekonomi,” jelasnya. Beliau juga menyifatkan seminar ini sebagai platform penting untuk membincangkan cabaran yang dihadapi serta peluang yang wujud dalam industri kewangan Islam.  “Dengan menghimpunkan pakar, pembuat dasar, dan pemain industri, seminar ini membuka ruang untuk berkongsi pengalaman serta mencetuskan idea baharu. “Melalui pendedahan seperti ini, kita bukan sahaja dapat merapatkan jurang pengetahuan, tetapi juga membina ekosistem kewangan yang lebih mampan dan bersedia menghadapi cabaran global. “Inilah masanya untuk kita memanfaatkan sepenuhnya kewangan Islam sebagai alat penting untuk membina negeri dan negara yang lebih maju,” ujarnya.  
17 Nov 24
136
Pendebat Terbaik Bahasa Arab Terima Anugerah Khas EXCO Pendidikan
Pendebat Terbaik Bahasa Arab Terima Anugerah Khas EXCO Pendidikan
Penerima Anugerah Khas EXCO Pendidikan, Wan Amzar Izzuddin bukan sahaja pernah mencipta nama di pentas dunia sebagai peserta terbaik Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Qatar malah merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
17 Nov 24
135
Program Advokasi Undang-Undang Tingkat Kesedaran Hak Wanita
Program Advokasi Undang-Undang Tingkat Kesedaran Hak Wanita
KUALA TERENGGANU, 17 November - Program pementoran berfokuskan advokasi undang-undang dilihat berupaya memperkasakan golongan wanita, khususnya mereka yang tidak berlatar belakang undang-undang. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Zuraida Md Noor berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman wanita terhadap hak mereka dalam aspek kehidupan, seperti isu keluarga, pekerjaan, dan hak peribadi. "Program ini diadakan agar golongan wanita, termasuk di kawasan luar bandar, lebih mengetahui dan memahami hak mereka sebagai wanita, ibu, isteri, dan anak.  "Separuh daripada rakyat negeri Terengganu adalah wanita dan perlu ada suara yang nak mengangkat isu-isu kaum hawa dan mempunyai undang-undang serta dasar wanita. "Besarnya kuasa dan suara wanita menjadi "check and balance" (semak dan imbang) kepada pihak kerajaan," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pementoran Kemahiran Advokasi  Undang-undang  di Bilik Seminar FHC Corpation, di sini, baru-baru ini. Katanya, selain memperkasakan dan mendidik serta melindungi wanita, advokasi ini perlu disebarluaskan di kampung-kampung. "Program ini berfungsi sebagai platform untuk beri pendidikan dan pendedahan undang-undang yang penting kepada wanita. "Di samping memperkasakan wanita dengan kemahiran advokasi iaitu keupayaan untuk menyuarakan  hak dan pandangan secara efektif dan mendorong mereka menjadi lebih berdikari dalam membuat keputusan serta menyelesaikan masalah berkaitan undang -undang," katanya. Beliau menambah, kerajaan negeri turut menyambut baik inisiatif ini dan menyokong pemerkasaan wanita sebagai salah satu agenda utama negeri Terengganu. "Saya berharap agar program ini dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain supaya lebih ramai wanita dapat menerima manfaat yang sama dan memperkuatkan lagi jaringan advokasi undang-undang bagi golongan wanita. "Semoga usaha ini akan terus memberi impak positif serta membawa manfaat jangka panjang kepada masyarakat," tambah Zuraida.  
16 Nov 24
225
Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
LONDON, 13 November - Chicken Cottage, jenama makanan segera halal milik anak syarikat Terengganu Inc, telah mencipta sejarah dengan pembukaan 'outlet' terbarunya yang ke-67 di Camden Town, London.  Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pembukaan premis terbaru itu sebagai pencapaian penting bukan hanya untuk jenama itu tetapi juga untuk ekonomi setempat.  “Pembukaan outlet baharu Chicken Cottage di Camden Town ini bukan sahaja mencerminkan daya saing jenama ini di pentas antarabangsa, malah membuka peluang pekerjaan serta menyumbang kepada ekonomi tempatan.  “Kami berbangga dengan pencapaian jenama ini dan berharap agar syarikat ini terus berkembang maju,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perasmian Pembukaan 'Outlet' di sini, hari ini. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom; Dato’ Zakri Jaafar, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc; Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Chicken Cottage; Greg Milne. Majlis pembukaan ini bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 Chicken Cottage, yang kini semakin kukuh di United Kingdom (UK), walaupun industri makanan dan hospitaliti berdepan pelbagai cabaran.  Chicken Cottage yang terkenal dengan hidangan ayam goreng dan panggangnya, telah membina reputasi sebagai jenama makanan halal berkualiti dengan kehadiran lebih 60 'outlet' di UK termasuk di kota besar seperti Glasgow, Newcastle, Cambridge, Oxford, dan Canterbury. Dalam pada itu, Burhanuddin Hilmi juga mengulas tentang sambutan hangat pelanggan terhadap jenama tersebut yang memiliki pelbagai menu untuk memenuhi cita rasa ramai.  “Camden ialah 'outlet' ke-10 yang dibuka pada tahun 2024, melengkapkan rangkaian outlet di lokasi strategik lain seperti Carnoustie, Hemel Hempstead, Hounslow East, Northwood Hills, Houghton Regis, Chiswick, Holloway Road, Aylesbury dan Borough High Street. “Ini adalah bukti komitmen Chicken Cottage untuk terus berkembang,” ujarnya. Untuk rekod, transformasi Chicken Cottage menjadi semakin jelas sejak dua tahun lalu apabila Greg Milne menerajui syarikat ini dan memperkenalkan reka bentuk dalaman moden, kios digital, serta aplikasi mudah alih bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan.  Greg Milne menyatakan bahawa pembukaan outlet di Camden ini mencerminkan kekuatan dan daya tahan Chicken Cottage untuk terus berkembang di pasaran UK.  “Pada saat banyak syarikat lain terpaksa mengurangkan operasi, Chicken Cottage tetap memilih untuk berkembang dengan yakin, sekali gus membuktikan asas kukuh jenama tersebut serta komitmen mereka dalam menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. “Kehadiran outlet terbaru ini bukan sahaja memudahkan penduduk Camden menikmati hidangan halal berkualiti, tetapi turut menarik perhatian pelancong yang mengunjungi London,” jelasnya. Chicken Cottage kini memperkukuh visinya di peringkat global dengan merancang pembukaan dua lagi outlet di Oban dan Brixton sebelum akhir tahun ini. Ia akan dikendalikan oleh usahawan terkemuka Nigeria, Mohammed Adebola Sheidu, yang juga Pengerusi Eksekutif Brains & Hammers, salah satu syarikat hartanah terbesar di Nigeria. Selain mengukuhkan kehadiran di UK, Chicken Cottage juga akan meluaskan empayarnya ke Afrika dan Timur Tengah dengan tujuh outlet baru di Kenya serta beberapa outlet di Oman.
13 Nov 24
6058
Ibu Mentua Abdul Hadi Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Rusila
Ibu Mentua Abdul Hadi Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Rusila
MARANG, 13 November - Ibu mentua kepada Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung (Kg) Rusila selepas solat jenazah yang diadakan pada jam 10 pagi di Masjid Rusila. Ahli Parlimen Marang yang juga merupakan Presiden PAS telah mengimamkan solat jenazah ibu mentuanya, Dayang Abdullah yang meninggal kerana sakit tua di kediamannya, Kg Belubur, Rusila pada jam 12.20 pagi. "Terasa sebak dan sedih di jiwa mendengarkan khabar pemergian ibu mentua. Pemergiannya menggores rasa pilu buat seluruh anggota keluarga yang sangat rapat dengannya," ujar Abdul Hadi menerusi hantaran di facebooknya di sini, hari ini. Dalam pada itu katanya, meski tidak bersama, doa terhadap ibu mentuanya itu akan sentiasa mengalir mengiringi perjalanan menuju tanah abadi. "Semoga mendapat rahmat daripada Allah SWT, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin," ujarnya.
13 Nov 24
320
Pendebat Terbaik Bahasa Arab Terima Anugerah Khas EXCO Pendidikan
Pendebat Terbaik Bahasa Arab Terima Anugerah Khas EXCO Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 13 November - Penerima Anugerah Khas EXCO Pendidikan, Wan Amzar Izzuddin bukan sahaja pernah mencipta nama di pentas dunia sebagai peserta terbaik Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Qatar malah merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Dia merupakan antara 120 orang  yang diraikan  dalam Majlis Hafl Al-Takrim Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM 2023  peringkat negeri Terengganu . Anak kepada  pasangan guru , Wan Mohd Azlan Wan Ahmad  dan  Rubiha Ali, berjaya merangkul 11A dalam SPM baru-baru ini melahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang dikecapinya itu dan merakamkan penghargaan kepada kedua ibu-bapanya. "Di sebalik kejayaan ini sudah tentu adanya kedua orang tua saya yang mendidik saya sejak dari kecil dan memberikan pendedahan bagaimana menjadi seseorang yang berjaya. "Tiada dilupakan guru-guru yang mengajar saya di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) yang telah mentarbiad diri ini serta pihak-pihak pentadbiran sekolah khususnya kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JAPINT)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas menerima anugerah tersebut pada majlis berkenaan di Dewan Utama, Al-Riyadah Residence, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sini, semalam. Anak kelahiran Jerteh itu berkata dia kini  masih lagi belajar di SMAASZA dan akan menghadapi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun hadapan turut menjadikan kejayaan di peringkat SPM itu menjadi pencetus semangat untuknya sekali lagi berusaha menjadi pelajar terbaik. "Kini saya masih memikirkan sama ada untuk menyabung pengajian di luar negara ataupun dalam negara. "Saya menyimpan cita-cita untuk menjadi seseorang yang memiliki kepakara dalam bidang undang-undang sivil ataupun syariah bagi memastikan syariat Islam yang syumul dapat ditegakkan di dalam negara," katanya. Sementara itu katanya, peluang terpilih menjadi ADUN Belia Negeri Terengganu mewakili DUN Kota Putera membantunya untuk memastikan apa yang didebatkan setiap kali menyertai pertandingan debat dapat dipraktikkan di lapangan. "Saya juga terlibat aktif dalam Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) Sahabat Sejahtera yang meurpakan pihak bertanggungjawab dalam mengerakkan dakwah dalam kalangan belia dan beliawanis di negeri ini," katanya. Untuk rekod, antara pencapaian lain yang cukup membanggakan diterima olehnya ialah menjadi Tokoh Pendidikan Ulul Albab Daerah Besut juga meraih gelaran Speaker Terbaik di International School Debating Competition 2023 di Doha dan Syed Abdul Rahman Al-Junied Arabic Championship pada tahun ini di Singapura.  
13 Nov 24
624
Kerajaan Negeri Utamakan Pendidikan Selari Teras Induk PITAS 2030
Kerajaan Negeri Utamakan Pendidikan Selari Teras Induk PITAS 2030
KUALA NERUS, 13 November - Bidang pendidikan sentiasa menjadi fokus utama kerajaan negeri dan ia selari dengan salah satu teras Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) yang memfokus pembangunan insan melalui pemantapan pendidikan. Pengerusi Jawatankuasa pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, ia terbukti dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Darul Iman (SMIDI). Katanya, pembangunan islam berteraskan prinsip Islam akan melahirkan masyarakat yang intelek dan berdaya saing perlu diyakini. "Saya juga berharap agar seluruh warga Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu termasuk Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, pengurusan sekolah dan guru-guru akan dapat terus memanfaatkan segala peluang yang ada bagi bekerjasama dan berusaha dengan lebih tekad. "Dengan tekad yang bulat dan semangat yang teguh, kita mampu memastikan sekolah di negeri ini akan terus melakar kejayaan dalam pelbagai bidang, sama ada akademik, ko-kurikulum mahupun bidang lain yang akan mengangkat nama Terengganu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hafl Al-Takrim Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM Tahun 2023 di Dewan Utama, Al-Riyadah Residence, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di sini, semalam. Menurut Satiful, majlis yang diadakan itu merupakan satu penghargaan yang amat bermakna meraikan kejayaan 120 orang pelajar yang mencatat keputusan paling cemerlang di dalam peperiksaan terbabit. "Kita mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan anak-anak pelajar yang telah berusaha gigih dalam pelajaran mereka. "Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang menerima penghargaan pada hari ini. "Kejayaan ini bukan sahaja hasil usaha pelajar yang tidak pernah putus asa tetapi juga berkat doa ibu bapa serta bimbingan guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing," ujarnya.
13 Nov 24
501
Belanjawan 2025 : Rakyat Mahu Pelancongan Diperkasa Jana Ekonomi
Belanjawan 2025 : Rakyat Mahu Pelancongan Diperkasa Jana Ekonomi
KUALA TERENGGANU, 11 November - Menjelang pembentangan Belanjawan 2025 (Terengganu) pada 18 November depan, rata-rata rakyat mahu Kerajaan Negeri menjana ekonomi baharu dengan memperkasakan sektor pelancongan. Pandangan itu dilontarkan berdasarkan situasi Terengganu yang kini menjadi destinasi pilihan utama rakyat Malaysia. Menurut seorang rakyat Terengganu, Zulfakri Amin Manaf, peluang berkenaan yang ada pada waktu ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk mencari alternatif terbaik bagi memastikan Kerajaan Negeri akan terus berperanan membantu rakyat di saat royalti dinafikan. "Jadi saya mengharapkan belanjawan pada kali ini akan ada pengumuman untuk menaik taraf sektor pelancongan. "Berdasarkan pengamatan saya untuk tahun 2024 ini, sektor pelancongan menunjujkkan peningkatkan, alhamdulillah, sebab kita menerima pelancong yang ramai jadi perlu ambil kesempatan ini dengan apa jua cara bagi memastikan ia akan menjana peluang pendapatan untuk orang Terengganu," ujarnya. Dia yang juga merupakan peniaga Pasar Chabang tiga berkata demikian ketika ditemui, di sini, baru-baru ini. Mengulas lebih lanjut katanya, dari segi memajukan pembangunan dengan mewujudkan bangunan-bangunan bersaiz besar katanya ia tidak menjadi keperluan di negeri ini. "Dari segi binaan bangunan-bangunan atau pasar raya saya rasa tidak perlu kerana orang datang ke negeri ini pada kebiasaan mereka hendak 'healing' lari daripada kesibukan," ujarnya. Dalam pada itu, Abdullah Ibrahim pula menyuarakan perasaan bimbang dengan hala tuju kerajaan Malaysia hari ini dilihat tidak mampu dan masih belum memiliki langkah penyelesaian terbaik bagi menoktahkan kemelut kos sara hidup yang kian meningkat. "Walaupun saya peniaga tetapi saya dapat rasakan yang rakyat sangat tertekan dengan kenaikan harga barang, misalnya saya sendiri berniaga santan dahulunya yang dijual pada harga RM10 sekilogram tetapi kini terpaksa dijual RM14 bagi sekilogram. "Bayangkan harga kelapa yang dahulu dibeli daripada pembekal RM2.00 sekarang mencecah RM2.70 sebiji, keadaan ini sudah tentu membebankan para pemberi," katanya yang mengharapkan Kerajaan Negeri menampung kelompongan itu. Sementara itu seorang anak muda, Mohd Arif Raidi pula berharap pembentangan belanjawan oleh Kerajaan Negeri pada kali ini tidak mengabaikan aspek pembangunan belia dan beliawanis negeri ini. "Insya-Allah dengan perhatian dan fokus yang diberikan akan menjadi pendorong untuk kami menjadi modal insan yang baik untuk negeri Terengganu selayaknya sebagai aset yang berperanan menyumbang kemajuan kepada negeri ini secara khusus dan Malaysia secara amnya," katanya.  
11 Nov 24
863
Pembinaan Kolam Khas Wanita di La Hot Spring Capai 70 Peratus
Pembinaan Kolam Khas Wanita di La Hot Spring Capai 70 Peratus
Pembinaan kolam dan laluan khas untuk wanita di Kolam Air Panas La kini mencapai 60 hingga 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa satu atau dua minggu lagi, bergantung pada keadaan cuaca. 
11 Nov 24
144
Norimrana, Nesalata Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Norimrana, Nesalata Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
KUALA NERUS, 11 November- Norimrana Mujahid Ali, 24, dipilih sebagai penerima  Anugerah Pelajaran Diraja dalam Majlis Idul Ilmi (Istiadat Konvokesyen) Ke-16 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian itu berjaya mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.82. Selain Norimrana, turut menerima Anugerah Pelajaran Diraja ialah Nesalata A/P Gunasekaran,24, iaitu graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian bersama pencapaian PNGK 3.71. Norimrana berkata, beliau menanam tekad dari awal untuk merebut angerah tertinggi universiti itu untuk dihadiahkan kepada kedua ibu bapanya. Katanya, bapa, Mujahid Ali Mohd Shafi, 58, seorang penjaja kecil manakala ibunya, Siti Noor Omar, 48, hanya suri rumah dan pengiktirafan yang diterimanya pada hari ini bukti kesungguhannya untuk mengubah nasib keluarga. "Disebabkan kedua ibu bapa saya bukan orang yang berpendidikan (buta huruf), nak baca tulis pun tidak pandai, ia menjadi pembakar semangat kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh. "Dengan kejayaan ini, ia merupakan hadiah terindah buat ibu bapa saya sekali gus membuktikan bahawa walaupun dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan namun ia bukan penghalang untuk seseorang itu meraih kecemerlangan dalam pendidikan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang pertama Majlis Idul Ilmi (Istiadat Konvokesyen) Ke-16 UniSZA di sini, semalam. Norimrana berkata, untuk mencapai kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan banyak pengorbanan. “Antara cabaran yang saya lalui adalah terpaksa memulakan pengajian semester pertama dan kedua secara dalam talian kerana kekangan pandemik Covid-19 ketika itu yang menghalang pembelajaran secara bersemuka. “Sepanjang empat tahun belajar di UniSZA, saya juga jarang balik ke kampung di Tumpat ketika cuti semesta sebab mahu memberi tumpuan terhadap pelbagai aktiviti kokurikulum dan sukan di universiti,” ujar anak ketiga dari lima beradik itu yang kini bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara. Sementara itu, Nesalata A/P Gunasekaran pula berkata, berbekalkan kecemerlangan yang diraihnya itu, beliau berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sehingga Doktor Falsafah (PhD).  
11 Nov 24
283