lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Pembinaan Kolam Khas Wanita di La Hot Spring Capai 70 Peratus
Pembinaan Kolam Khas Wanita di La Hot Spring Capai 70 Peratus
BESUT, 11 November - Pembinaan kolam dan laluan khas untuk wanita di Kolam Air Panas La kini mencapai 60 hingga 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa satu atau dua minggu lagi, bergantung pada keadaan cuaca.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris mengucapkan terima kasih kepada Majlis Daerah Besut dan pegawai Pejabat Daerah atas tindakan pantas melaksanakan cadangan pengasingan ini.  “Idea ini timbul selepas lawatan terdahulu, di mana saya mendapati kolam yang ada ketika itu dikongsi oleh lelaki dan wanita. “Cadangan kita untuk mengasingkan kolam lelaki dan perempuan di La Hot Spring ini adalah satu corak pengasingan yang cukup bagus sebagai langkah pertama.  “Ini membuktikan kerajaan negeri mengambil serius dalam memastikan lunas-lunas agama Islam terjaga di tempat pelancongan seperti ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media semasa Lawatan Kerja Ke Produk Pelancongan Kolam Air Panas La, disini, semalam. Menurut Razali, pada fasa pertama pengasingan ini, sumber air tetap dikekalkan dalam keadaan asalnya.  “Pengasingan ini tidak mengakibatkan air kolam berbeza daripada punca asal, suhu dan kepanasannya juga kekal asli dan original. “Sesiapa sahaja yang hadir ke sini dapat menikmati pengalaman yang sama di kolam yang dikhususkan untuk lelaki dan wanita,” jelasnya. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada langkah proaktif kerajaan negeri Terengganu untuk mengasingkan tempat mandi bagi lelaki dan wanita, bagi memberikan keselesaan serta privasi yang lebih baik kepada para pengunjung.  Selain pengasingan kolam dan laluan, Razali turut berkongsi pandangannya tentang keunikan La Hot Springs sebagai salah satu tarikan pelancongan istimewa di Terengganu.  “La Hot Spring ini adalah satu produk yang luar biasa di Negeri Terengganu. Kalau kebiasaannya kolam air panas terletak berhampiran gunung berapi, di Terengganu kita tiada gunung berapi, namun tetap ada kolam air panas semula jadi. “Terdapat sejarah penyembuhan penyakit yang dikaitkan dengan kolam air panas ini, menjadikannya tarikan utama bagi pengunjung tempatan dan juga antarabangsa," katanya. Beliau turut melaporkan bahawa pagar yang rosak akibat banjir besar tahun lalu telah dibaik pulih sepenuhnya, manakala tandas yang ditambah baik kini tersedia untuk kemudahan pengunjung.  “Semua kerja baik pulih ini dijalankan dengan kerjasama komuniti setempat dan JPKK, yang menunjukkan kerjasama erat antara pihak berkuasa dan masyarakat. “Dengan penambahbaikan dan pengasingan kolam ini, saya yakin La Hot Spring akan menjadi destinasi pilihan bagi pengunjung tempatan dan luar negara, serta berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu pada masa akan datang,” ujarnya.  
11 Nov 24
1675
Terengganu Jadi Negeri Pertama Miliki Pejabat Satelit MyIPO
Terengganu Jadi Negeri Pertama Miliki Pejabat Satelit MyIPO
KUALA TERENGGANU, 11 November - Terengganu menjadi negeri pertama memiliki Pejabat Satelit Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang beroperasi di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU). Pengerusi MyIPO, Ts Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, pembukaan pejabat satelit pertama itu akan memudahkan rakyat Terengganu khusunya kalangan usahawan untuk berurusan dengan MyIPO bagi urusan harta intelek. Katanya, dengan adanya kemudahan itu, pemilik harta intelek di negeri ini tidak lagi perlu ke pejabat MyIPO di Kuantan, Pahang bagi membuat pemfailan. "Kita akan buka pejabat di setiap negeri dan kita akan mengorak langkah pertama di Terengganu sebelum disusuli negeri-negeri lain. "Untuk Terengganu, kita bekerjasama dengan YPU di bawah kerajaan negeri bagi menjalankan operasi pejabat satelit dan kita jangka pendaftaran ini akan meningkat berbanding sebelum ini," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perasmian Pejabat Satelit MyIPO Kuala Terengganu dan penyampaian sumbangan zakat di sini, semalam. Dalam pada itu katanya, didapati masih banyak hak cipta dan hasil karya dari Terengganu yang selama ini belum didaftarkan. "Dengan adanya kemudahan ini, ia sekali gus boleh dimanfaatkan oleh lebih 14,000 usahawan yang bernaung di bawah YPU. "Sejak 2019 hingga Oktober 2024, sebanyak 1418 permohonan harta intelek dari negeri Terengganu diterima dan ia sebenarnya mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan perlindungan harta intelek sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri,"ujarnya.
11 Nov 24
868
225 Pelajar Terima Sumbangan Ke IPT
225 Pelajar Terima Sumbangan Ke IPT
BESUT,10 November - Seramai 225 pelajar telah menerima sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka yang berjaya melanjutkan pengajian tinggi ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau swasta (IPTA/IPTS). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, berkata inisiatif diberikan itu sebagai peransang agar kesemua mereka yang akan menyambung pengajian tinggi itu bersungguh-sungguh menimba ilmu di menara gading. "Pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah. Saya berharap agar semua pelajar dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya dan terus berusaha mencapai kejayaan," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada para penerima sumbangan tersebut di Dewan Sivik Kampung Baharu, di sini, baru-baru ini. Ujarnya, walaupun ada pelajar yang tidak hadir kerana telah memulakan pengajian namun bantuan itu tetap diberikan melalui ibu bapa mereka. "Saya memohon maaf diatas kelewatan sumbangan ini dan juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima atas pencapaian cemerlang dan berharap agar sumbangan ini akan dapat meringkan beban kewangan. "Serta menjadi pendorong untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," ujarnya. Dalam pada itu Salah seorang penerima sumbangan, Ahmad Ikram Zulkefli, yang bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam di University Sains Islam Malaysia (USIM) berkata sangat menghargai sumbangan yang diberikan itu. "Saya amat berterima kasih kepada Azbi Salleh atas sumbangan ini. Ia benar-benar membantu saya dan keluarga dalam persediaan melanjutkan pengajian. Saya akan berusaha untuk mencapai kejayaan demi membanggakan keluarga dan masyarakat,"katanya.  
11 Nov 24
180
Pulau Bidong Diwartakan Sebagai Taman Negeri Lindungi Khazanah Biodiversiti
Pulau Bidong Diwartakan Sebagai Taman Negeri Lindungi Khazanah Biodiversiti
Dalam usaha melindungi kekayaan biodiversiti negeri, Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat keputusan bersejarah untuk mewartakan Pulau Bidong sebuah pulau yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sejarahnya sebagai sebuah Taman Negeri. 
10 Nov 24
155
Mesej 'Keluarga Bahagia' Perlu Sampai ke Akar Umbi
Mesej 'Keluarga Bahagia' Perlu Sampai ke Akar Umbi
Program berbentuk kekeluargaan di peringkat akar umbi sangat penting dalam memastikan mesej dan manfaat dapat sampai terus kepada masyarakat setempat, termasuk mereka yang berada di kawasan pedalaman atau komuniti kecil.
10 Nov 24
55
Kerjasama Khas Antara Negeri dan Persekutuan Perkasakan Biodiversiti
Kerjasama Khas Antara Negeri dan Persekutuan Perkasakan Biodiversiti
Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu mengadakan kerjasama khas dari segi kepakaran saintifik dan teknikal, data yang komprehensif, sumber kewangan dan juga penyelarasan dasar agar dapat memperkasakan lagi biodiversiti di Terengganu. 
10 Nov 24
37
Sultanah Terengganu Titah UniSZA Kembalikan Konsep Khalifah Sebenar
Sultanah Terengganu Titah UniSZA Kembalikan Konsep Khalifah Sebenar
KUALA NERUS, 10 November- Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dapat mengembalikan kepercayaan terhadap konsep khalifah yang hakiki selari dengan moto universiti tersebut iaitu ‘Ilmu Demi Faedah Insan’. Titah baginda yang juga Canselor UniSZA, ketika ini, dunia berhadapan dengan pelbagai krisis dalaman termasuk politik, diplomasi, nilai dan peradaban. “Ia berpunca daripada tidak memahami konsep khalifah yang diamanahkan oleh Allah SWT, misalnya, peperangan dan pembunuhan yang melanggari undang-undang yang sedang berlaku,” titah baginda pada Majlis Idul Ilmi (Istiadat Konvokesyen) Ke-16 UniSZA yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah di sini, hari ini. Baginda bertitah, graduan yang berwibawa akan berjaya mewujudkan kesejahteraan sejagat tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa dan agama. “Beta yakin graduan yang bermutu tinggi perlu diukur dengan nilai, adab dan ilmu yang dipelajari.  “Justeru, penekanan nilai adab dan akhlak di universiti ini perlu diperkasakan dari semasa ke semasa.  “Ia akan membawa kepada keberkatan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara,” titah Sultanah Nur Zahirah. Dalam pada itu, baginda turut merakamkan penghargaan kepada UniSZA kerana berjaya memperoleh penarafan di kedudukan 1,001 hingga 1,200 dalam Times Higher Education World University Ranking. "Beta ucapkan tahniah dan syabas. Beta mengharapkan pencapaian ini boleh dijadikan kayu ukur terhadap kejayaan yang seimbang dari aspek spiritual dan fizikal. "Beta juga amat berbangga dengan perkhidmatan kesihatan Hospital Sultan Zainal Abidin yang telah beroperasi. "Ia adalah kejayaan besar bagi rakyat negeri ini. Mereka dapat menikmati kemudahan perubatan yang terbaik," titah baginda.  Sehubungan itu, Sultanah Nur Zahirah menitahkan barisan lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, kakitangan akademik UniSZA agar terus menjalankan tanggungjawab dengan lebih cemerlang berpaksikan kepada moto universiti. Seramai 2,818 graduan ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma bakal menerima sijil masing-masing  pada majlis konvokesyen selama empat hari bermula hari ini.
10 Nov 24
743
Hanafiah Terima Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat APM
Hanafiah Terima Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat APM
KEMAMAN, 8 November - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Hanafiah Mat menerima pangkat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam), semalam. Beliau berkata, pelantikan ini bukanlah suatu anugerah, sebaliknya tanggungjawab dan amanah besar bagi memartabatkan peranan agensi ini dalam menguruskan keperluan rakyat terutamanya apabila berlaku bencana dan sebagainya. "Terima kasih Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang telah memberikan kepercayaan ini kepada saya," katanya kepada pemberita. Hanafiah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai turut mengharapkan mampu menggalas dan melaksanakan tugas ini dengan sebaiknya. Sesi Penyerahan Vest dan Watikah Pelantikan Pegawai kehormat itu telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Majlis itu berlangsung di Hotel Park Royal A'Famosa Melaka Resort, Alor Gajah, Melaka sempena Mesyuarat Penyelarasan Antara YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB).  
08 Nov 24
636
Pulau Bidong Diwartakan Sebagai Taman Negeri Lindungi Khazanah Biodiversiti
Pulau Bidong Diwartakan Sebagai Taman Negeri Lindungi Khazanah Biodiversiti
KUALA TERENGGANU, 7 November - Dalam usaha melindungi kekayaan biodiversiti negeri, Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat keputusan bersejarah untuk mewartakan Pulau Bidong sebuah pulau yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sejarahnya sebagai sebuah Taman Negeri.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris menyifatkan Pulau Bidong yang sebelum ini dikenali sebagai tempat perlindungan dan tapak sejarah bagi pelarian Vietnam, kini akan menjadi permata ekologi yang dilindungi sepenuhnya. “Seiring dengan hasrat melindungi kepelbagaian biologi negeri, saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mewartakan Pulau Bidong sebagai sebuah Taman Negeri. “Terletak di Daerah Kuala Nerus dengan keluasan sekitar 231.3 hektar, pewartaan ini juga meliputi kawasan 1 batu nautika dari garis air surut pulau tersebut. “Langkah ini akan memastikan pulau tersebut, dengan flora dan fauna uniknya, berada di bawah pengurusan rapi dan pemantauan berterusan di bawah urustadbir Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penutup sempena Seminar Biodiversiti Terengganu 2024, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, disini, semalam. Menurut Razali, proses pewartaan ini akan diselaraskan dalam masa terdekat dan akan diiringi dengan program-program yang bertujuan untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perlindungan biodiversiti di negeri ini. “Dengan menjadikan Pulau Bidong sebagai Taman Negeri, Terengganu memberi isyarat yang jelas bahawa perlindungan alam sekitar dan kekayaan biodiversiti adalah komitmen yang kukuh dan akan terus diperjuangkan. “Dengan usaha berterusan ini, kami berharap kesedaran individu dan masyarakat akan terus meningkat terhadap pentingnya memelihara biodiversiti, kerana kesedaran adalah asas utama untuk memastikan kelestarian khazanah alam yang sangat bernilai ini. Langkah ini juga selaras dengan kesedaran global yang semakin tinggi terhadap pemeliharaan alam sekitar. Razali juga menyeru untuk memupuk kesedaran dan meningkatkan struktur pengurusan bagi melindungi kepelbagaian biologi di Terengganu adalah sebuah visi yang bukan hanya menekankan keperluan masa kini, tetapi juga keberlangsungan masa hadapan. “Sebagaimana titah penyempurnaan perasmian oleh Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin pada sesi pagi tadi, marilah sama-sama kita berusaha yang terbaik untuk memupuk kesedaran, seterusnya meningkatkan struktur pengurusan didalam melindungi kepelbagaian biologi. “Dengan adanya usaha yang holistik dan berterusan, Terengganu mampu menjadi model unggul bagi pengurusan biodiversiti yang mampan. “Menjadi negeri contoh dalam aspek ini bukan sahaja akan membawa manfaat kepada penduduk tempatan dari segi ekonomi melalui ekopelancongan, tetapi juga memberikan faedah tidak ternilai kepada generasi akan datang. Mereka akan mewarisi bumi yang kaya dengan kepelbagaian biologi, menikmati udara bersih, air jernih, dan keindahan semula jadi yang tidak ternilai,” jelasnya.
07 Nov 24
480
Tengku Seri Bijaya Raja Bersara Sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu
Tengku Seri Bijaya Raja Bersara Sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu
Tengku Seri Bijaya Raja, Dato' Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu.
07 Nov 24
273