lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Terengganu, Persekutuan Sepakat Rangka Kerjasama Strategik Pertanian
Terengganu, Persekutuan Sepakat Rangka Kerjasama Strategik Pertanian
KUALA LUMPUR, 8 Januari – Kerajaan Terengganu terus meningkatkan jalinan bersama Kerajaan Persekutuan bagi membentuk dan merangka pelan kerjasama yang strategik. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata usaha ini diteruskan demi kelangsungan dan keterjaminan makanan negara yang amat penting. "Kerajaan Persekutuan ada dana, Terengganu pula mempunyai tanah, air, perancangan strategik dan kumpulan yang siap bekerja. Maka kita perlu bekerjasama demi memperkukuhkan program keterjaminan makanan negara," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan kunjung hormat Kerajaan Negeri Terengganu kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Bilik Mesyuarat Wawasan Galeria Putrajaya. Tambah Dr. Azman, Terengganu sentiasa bersedia memberikan kerjasama dan hasil perbincangan bakal dimanfaatkan kepada rakyat khususnya petani, penternak dan nelayan. "Petang ini, delegasi Kerajaan Negeri Terengganu mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak serta pegawai-pegawai kanan kementerian. "Banyak perkara berkaitan program dan projek-projek keterjaminan makanan yang dibincangkan serta diambil kata sepakat dalam rangka membentuk kerjasama strategik Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah," ujarnya.
09 Jan 25
650
Video Promosi VisitMalaysia2026 Perlu Mencerminkan Majoriti Masyarakat Majmuk
Video Promosi VisitMalaysia2026 Perlu Mencerminkan Majoriti Masyarakat Majmuk
KUALA LUMPUR, 8 Januari- Video promosi Visit Malaysia 2026 yang diterbitkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu lebih mencerminkan identiti majoriti kaum di Malaysia serta peranan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris bekata, seni bina masjid sebagai simbol keindahan Islam, harus ditonjolkan dalam promosi tersebut untuk memberi gambaran sebenar tentang keunikan Malaysia. “Masjid bukan sekadar tempat ibadah, ia adalah simbol perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. “Elemen ini penting untuk menonjolkan identiti Malaysia sebagai negara Islam yang kaya dengan warisan budaya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis kerajaan negeri bertempat di Hotel, Sunway Putra, hari ini. Razali turut menyeru MOTAC agar lebih sensitif dalam memberi gambaran tentang kemajmukan agama dan budaya di Malaysia. Tambahnya lagi, dengan memaparkan elemen-elemen seperti seni bina masjid, adat Melayu, dan pakaian tradisional akan memberi impak yang lebih bermakna kepada promosi antarabangsa. “Video promosi itu perlu mencerminkan realiti Malaysia, di mana Islam menjadi teras identiti negara, sambil meraikan kepelbagaian kaum dan agama yang lain. “Ini bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi juga memperkukuh semangat patriotisme rakyat,” ujarnya. Beliau berharap agar video promosi tersebut dapat dipinda dengan menampilkan lebih banyak elemen budaya Melayu dan seni bina Islam, khususnya masjid-masjid ikonik seperti Masjid Kristal dan Masjid Putra.                    
08 Jan 25
156
BPIM Bertepatan Teras Strategik PITAS2030, Mengukuh Pembangunan Insan
BPIM Bertepatan Teras Strategik PITAS2030, Mengukuh Pembangunan Insan
KUALA TERENGGANU, 6 Januari - Bulan Penghayatan Israk dan Mikraj (BPIM) bertepatan dengan teras yang terkandung dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) iaitu mengukuhkan pembangunan insan bagi melahirkan masyarakat beragama, bermasyarakat dan berkebajikan. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun ia dijenamakan semula dari Bulan Penghayatan Ibadat Solat (BPIS) yang dilaksanakan sebelum ini namun masih memiliki matlamat yang sama. Ujarnya, sambutan rakyat terhadap pelancaran BPIM itu jelas membuktikan rakyat negeri ini menyambut baik setiap usaha dilakukan oleh kerajaan negeri melalui setiap pelaksanaan yang dilakukan mencapai objektif yang dihasratkan. "Ini menandakan bahawa rakyat Terengganu memang dahaga dan cintakan ilmu. Masing-masing berlumba untuk hadir ke (setiap) majlis-majlis ilmu yang dianjurkan. "Insya-Allah sepanjang bulan ini, kerajaan negeri akan menganjurkan pelbagai program yang telah dirangka dan disusun. "Oleh itu, saya menyeru kepada semua masyarakat mengambil bahagian dalam setiap program yang dilaksanakan pada kali ini," ujarnya menerusi satu hantaran, di facebooknya, semalam. Tambah beliau, adalah menjadi harapan agar matlamat mengukuhkan pembanguan insan itu akan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT. "Sekalung penghargaan juga kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus  untuk menjayakan program BPIM yang diadakan sepanjang bulan ini,"ujarnya.
08 Jan 25
108
Jangan Anggap Kehadiran Pelancong Menyusahkan Akibat Berlaku Kesesakan
Jangan Anggap Kehadiran Pelancong Menyusahkan Akibat Berlaku Kesesakan
Jangan pernah melontarkan kata-kata negatif serta membina naratif bahawa kehadiran pelancong ke negeri ini menyusahkan kerana berlaku kesesakan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
07 Jan 25
60
Kampung Cina Street Sport Challenge Dijadikan Acara Tahunan
Kampung Cina Street Sport Challenge Dijadikan Acara Tahunan
Kampung Cina Street Sport Challenge akan dijadikan acara tahunan yang berpusat di Pulau Warisan bermula tahun ini.
07 Jan 25
104
Terengganu Bawa Identiti Negeri Ke Pentas Antarabangsa
Terengganu Bawa Identiti Negeri Ke Pentas Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 7 Januari – Terengganu terus memperkenal identiti negeri ke peringkat antarabangsa sempena pelaksanaan Kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya akan memfokuskan promosi produk pelancongan yang mencerminkan identiti budaya, alam semula jadi, dan konsep pelancongan Islamik. “Kami akan memanfaatkan sepenuhnya keindahan alam seperti pulau-pulau indah, serta aktiviti tradisional seperti candat sotong yang berpotensi menjadi acara nasional. "Selain itu, elemen pelancongan Islamik akan ditonjolkan, termasuk program-program yang sesuai dengan nilai dan budaya Islam, sejajar dengan identiti Terengganu sebagai sebuah negeri yang kaya dengan tradisi dan kesenian Islam,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Pelancaran Kempen Melawat Malaysia 2026 bertempat di Hangar 6, MAB Engineering Complex, KLIA, semalam. Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Razali berkata, melalui kempen ini, pihaknya berharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap keunikan Terengganu dan menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan utama yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan. “Kempen ‘Visit Malaysia 2026’ ini dijangka memberi impak positif kepada industri pelancongan negara, dengan peningkatan ketara dalam jumlah pelancong yang akan mengunjungi Malaysia, khususnya Terengganu," ujarnya. Terdahulu, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) telah mengumumkan bahawa dua program pelancongan Terengganu, iaitu Fiesta Candat Sotong Terengganu dan Program Pelita Raya Terengganu, akan dimasukkan sebagai atur cara utama dalam kalendar pelancongan negara. Pengumuman tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, sewaktu sesi penggulungan jawapan Titah Tuanku Agong di Dewan Negara.                      
06 Jan 25
1522
BPIM Didik Rakyat Capai Kesempurnaan Solat
BPIM Didik Rakyat Capai Kesempurnaan Solat
Bulan Penghayatan Israk Mikraj (BPIM) yang merupakan penjenamaan semula program Bulan Penghayatan Ibadat Solat (BPIS) bermatlamat untuk terus mendidik dan memotivasikan rakyat ke arah mencapai kesempurnaan mengerjakan rukun Islam kedua itu
06 Jan 25
116
Pulau Perhentian Jadi Lokasi Paling Pesat Terima Kehadiran Pelancong Antarabangsa
Pulau Perhentian Jadi Lokasi Paling Pesat Terima Kehadiran Pelancong Antarabangsa
KUALA NERUS, 4 Februari - Pulau Perhentian kini menjadi destinasi baharu paling pesat menerima kehadiran pelancong antarabangsa sebagaimana yang diumumkan platform percutian digital Agoda. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pulau tersebut kini menjadi pilihan komuniti nomad digital yang menjadikannya sebagai pejabat atau rumah kedua. "Pelancaran program 'Nomad Digital' yang kita buat di Perkampungan Budaya pada tahun 2024 telah membuahkan hasil serta maklum balas yang cukup baik. "Komuniti Nomad Digital ini dia pilih lokasi pulau yang mempunyai infrastruktur cukup lengkap dan 'coverage internet' yang kuar kerana mereka hendak gunakan sepanjang masa. "Sebagai contoh orang Amerika duduk di Pulau Perhentian dia buat kerja sambil melancong sehingga ia menjadi viral dan Pulau Perhentian menjadi tumpuan dan diakui bertaraf antarabangsa,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas hadir ke Program Bersih Pantai Monsun Terengganu 2024 : Platform Pemuliharaan Pantai, di Pantai Batu Burok dan Pantai Seberang Takir, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut, Razali berkata komuniti digital nomad dari Timur Tengah serta Eropah yang paling ramai memilih Pulau Perhentian untuk dijadikan rumah kedua atau tempat mereka bekerja. "Dengan memiliki keindahnya yang mempersonakan, pantai yang cantik dan pemandangan di bawah laut yang memukau menyebabkan pelancong boleh menginap berbulan-bulan,"katanya. Dalam pada itu, Razali berkata pihak kerajaan negeri bercadang untuk turut memastikan Pulau Redang akan turut menjadi pilihan utama. "Kita berhasrat hendak pasarkan lagi Pulau Redang serta besarkan lagi nomad digital di pulau tersebut serta akan turut memperluaskannya ke Pulau Kapas, Pulau Tenggol dan lain-lain untuk 'full swing' bagi dijadikan nomad digital ini. "Justeru, saya terlah berbincang dengan beberapa pengusaha menara telekomunikasi bagi memastikan setiap pulau di negeri Terengganu sekurang-kuranya mendapat 70 peratus liputan internet," ujarnya.    
05 Jan 25
306
Jangan Anggap Kehadiran Pelancong Menyusahkan Akibat Berlaku Kesesakan
Jangan Anggap Kehadiran Pelancong Menyusahkan Akibat Berlaku Kesesakan
KUALA NERUS, 5 Januari - Jangan pernah melontarkan kata-kata negatif serta membina naratif bahawa kehadiran pelancong ke negeri ini menyusahkan kerana berlaku kesesakan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kehadiran pelancong ke negeri ini tidak boleh dihalang sebaliknya ia merupakan pintu rezeki kepada rakyat dan menyumbang kepada limpahan ekonomi. "Kalau boleh kita hendak ramaikan lagi kerana ia menyumbang kepada pendapatan terus kepada rakyat yang akan menerima hasil berganda. "Mengenai kenyataan yang minta supaya pelancong jangan datang ke negeri Terengganu itu hanya cakap-cakap luar yang tidak berasas dan sangat tidak wajar kerana Terengganu kini menjadi destinasi pilihan utama untuk pelancong datang berkunjung ke negeri ini. "Kita hendak seramai mungkin datang ke negeri ini, cuma kita akan cari jalan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku dengan melakukan kajian untuk mewujdukan 'smart traffic'," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas menghadiri Porgram Bersih Pantai Monsun Terengganu 2024, di sini, semalam. Mengulas mengenai sasaran jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini pada tahun 2025, Razali berkata pihaknya masih belum menetapkan jumlah kerana ingin melakukan beberapa perubahan baharu. "Tahun ini kita hendak berbincang lagi dengan beberapa agensi supaya mendapat dapat menjangkakan jumlah yang lebih efisien untuk memastikan akan berlaku lonjakan yang lebih ketara. "Saya rasa kita boleh mencapai angka lebih 7.8 juta sebagaimana yang dicatatkan pada tahun lalu bagi tahun ini,"katanya.
05 Jan 25
176
Peniaga Santan Terharu Terima Sumbangan
Peniaga Santan Terharu Terima Sumbangan
Seorang peniaga santan, Rozimah Abdullah, 47 tahun, dari Kg Gong Kekabu, Bukit Payung, tidak dapat menahan perasaan sebak apabila menerima sumbangan berharga melalui Program Komuniti Usahawan.
05 Jan 25
74