Artikel "Utama" Terkini
Garis Panduan Penting Dalam Memastikan Keharmonian Bersama
Mufti Terengganu, Dato' Dr. Mohamad Sabri Haron berpendapat, cadangan mewujudkan garis panduan mengenai pembabitan umat Islam ke majlis atau upacara di rumah ibadat bukan Islam bukan sahaja penting untuk menjaga seorang Muslim tetapi melibatkan masyarakat bukan Islam dalam memastikan keharmonian bersama.
12 Feb 25
75
Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Sediakan Peluang Pekerjaan
KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Karnival Indahnya Hidup Bersyariat tidak hanya menyajikan program ceramah perdana, bengkel solat, pameran agensi ataupun sukaneka semata-mata sebaliknya ia turut menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang sedang mencari kerja.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu terhidang apabila Terengganu Human Reource Development Centre (THRDC) akan membawa majikan ke program itu nanti.
"Ia akan memberikan peluang pekerjaan sempena Karnival IHB dan Bulan Penghayatan Isra' Mikraj Peringkat Daerah Marang.
"Antara majikan yang menawarkan pekerajaan (di program itu) adalah, TM One, Bumi Teraju Resources Sdn Bhd. In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. E-Beca dan Tarbiyaah Kreatif," ujarnya melalui satu kenyataan di facebooknya, di sini, kelmarin.
Justeri beliau menyeru agar mereka yang sedang mencari pekerjaan untuk hadir ke program terbabit terutama komuniti berada berdekatan Masjid Rawai, Marang yang menjadi lokasi pilihan pada kali ini.
"Jangan lepaskan peluang ini untuk menghadiri temuduga terbuka pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 13 hingga 14 Februari.
"Jom daftar untuk temuduga terbuka di link atau scan kod Qr dalam poster https://bit.ly/tprogramterkini,"ujarnya.
Selain itu apa yang menarik di Karnival IHB yang menjadi tumpuan ramai ialah Pasar Berkat yang menawarkan harga sangat berpatutan iaitu ayam RM10 seekor, daging RM23 sekilogram, sayur-sayuran RM1 seikat serta satu treler ikan murah.
12 Feb 25
208
Sultan Mizan Rasmi Buku Permata Negeri Terengganu: Setiu Wetlands
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan buku mewah bertajuk 'Permata Negeri Terengganu: Setiu Wetlands' yang diterbitkan oleh WWF-Malaysia dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic).
11 Feb 25
160
Raja Muda Terengganu Mula Bertugas di Wisma Darul Iman
Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli memulakan tugas rasmi di Wisma Darul Iman ,Kuala Terengganu.
11 Feb 25
1058
Garis Panduan Penting Dalam Memastikan Keharmonian Bersama
KUALA TERENGGANU, 11 Februari - Mufti Terengganu, Dato' Dr. Mohamad Sabri Haron berpendapat, cadangan mewujudkan garis panduan mengenai pembabitan umat Islam ke majlis atau upacara di rumah ibadat bukan Islam bukan sahaja penting untuk menjaga seorang Muslim tetapi melibatkan masyarakat bukan Islam dalam memastikan keharmonian bersama.
katanya, garis panduan itu bertujuan bagi memupuk rasa hormat-menghormati antara semua pihak selain mengelakkan sebarang ketegangan yang mungkin timbul akibat salah faham dalam isu berkaitan agama.
"Pada asasnya garis panduan ini penting sebab ia bukan sahaja menjaga umat Islam tetapi juga melibatkan bukan Islam. Maknanya semua pihak akan lebih menjaga dan menghormati keperluan masing-masing.
"Ia baik untuk menjaga keharmonian semua pihak bukan sahaja pada umat Islam tetapi bukan Islam supaya saling berhati-hati dan menjaga kehormatan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas sebuah program di sini semalam.
Mohamad Sabri berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam muzakarah pada bulan ini sebelum dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.
"Mengenai lokasi (muzakarah) difahamkan diadakan di Kuala Lumpur. Jadi bagi saya perkara itu (garis panduan) elok tetapi ia akan dibawa dalam muzakarah dan kita pun tidak pasti macam mana.
"Kita akan tengok dahulu sebab ia melalui proses dan selepas dari muzakarah ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan, jadi kita tunggu resolusi dahulu,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mohamad Sabri menyatakan perbincangan secara menyeluruh terhadap isu tersebut adalah penting bagi memastikan garis panduan tersebut dapat diterima oleh semua pihak.
11 Feb 25
157
'Terengganu Showcase' Catat Jualan RM100,000 Di Mesra Mall
KUALA TERENGGANU, 10 Februari- Seramai 16 usahawan Terengganu berjaya mencatat kejayaan memberangsangkan melalui penyertaan di Terengganu Showcase 2025 yang berlangsung di Mesra Mall, Kemaman, dengan jumlah jualan keseluruhan sekitar RM100,000.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) tempatan mengetengahkan produk berkualiti yang memenuhi permintaan penduduk setempat.
“Prestasi ini jelas membuktikan bahawa produk keluaran IKS kita mempunyai permintaan ramai.
"Malah Terengganu Showcase juga berupaya menjadi platform strategik untuk mempromosikan produk-produk anak tempatan yang berkualiti tinggi, inovatif, dan berdaya saing,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kilang Rempah Cap Bunga Rose dan Kilang Kopi Amiexa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, program anjuran YPU yang diadakan selama tiga hari berakhir semalam itu menampilkan pelbagai barangan dipamerkan peserta dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Antara barang yang menjadi pilihan pengunjung termasuk batik, songket, sutera, keropok, ketupat palas, rempah ratus dan pelbagai makanan tradisonal Terengganu,” katanya.
Justeru Ariffin berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan kepada usahawan tempatan agar mereka dapat manfaatkan peluang untuk terokai pasaran yang lebih luas.
10 Feb 25
260
Raja Muda Terengganu Mula Bertugas di Wisma Darul Iman
KUALA TERENGGANU, 10 Februari – Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli memulakan tugas rasmi di Wisma Darul Iman hari ini.
Keberangkatan tiba baginda pada jam 8.55 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Nara Setia, Penasihat Undang-undang negeri, Mohd Nawawi Ismail, serta Pegawai Kewangan negeri, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham.
Baginda kemudiannya berangkat ke Pejabat Menteri Besar Terengganu di Tingkat 16, Wisma Darul Iman, diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan barisan pegawai kanan kerajaan.
Ketibaan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, dan satu pertemuan rasmi diadakan bagi membincangkan urusan pentadbiran negeri dalam suasana penuh muafakat.
Usai pertemuan tersebut, Yang Di-Pertuan Muda berangkat ke Bilik Gerakan Negeri di Tingkat 17 bagi sesi taklimat berkaitan pentadbiran negeri.
Sesi ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menyentuh pelbagai aspek utama pentadbiran, termasuk Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Jawatankuasa Pembangunan Negeri, Jawatankuasa Keselamatan Negeri, serta hubungan strategik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Setelah selesai sesi taklimat, baginda berangkat ke Tingkat 13, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), bagi memulakan tugas rasmi.
Ketibaan baginda di UPEN disambut dengan penuh adat dan istiadat, dimulai dengan gimik perakam waktu masuk sebagai simbolik permulaan tugas baginda.
Imam Besar Negeri, Engku Omar Amiruddin Engku Ali turut hadir untuk memimpin bacaan doa selamat, memohon keberkatan atas amanah baharu yang dipikul oleh baginda.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) kemudiannya mengambil alih sesi penerangan berkaitan pentadbiran dan cara kerja di UPEN, bertempat di pejabat rasmi Yang Di-Pertuan Muda.
Sesi ini memberi peluang kepada baginda untuk lebih memahami peranan UPEN dalam merangka strategi pembangunan negeri yang lestari dan berdaya saing.
Menariknya, Program Penempatan baginda tidak terhenti di UPEN sahaja.
Mengikut jadual rasmi, baginda akan berkhidmat di UPEN sehingga 31 Julai 2025, sebelum meneruskan penempatan kedua di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) bermula 1 Ogos 2025 hingga 31 Januari 2026.
Seterusnya, baginda akan ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus mulai 1 Februari hingga 31 Julai 2026. Akhir sekali, bagi melengkapkan pengalaman pentadbiran, baginda akan berkhidmat di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Januari 2027.
Program Penempatan di Jabatan-Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu ini juga merupakan langkah strategik dalam memperkasakan pemahaman baginda terhadap sistem pentadbiran negeri secara lebih mendalam sejajar dengan peranan baginda sebagai pewaris pemerintahan Terengganu.
10 Feb 25
43955
Terengganu Bantu Pesawah Terjejas Serah Nama Kepada PM
KUALA TERENGGANU, 6 Februari – Kerajaan negeri akan berusaha membantu pesawah di negeri ini yang terkesan dengan kenaikan kos input pertanian.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya akan membantu memudahkan urusan menghantar senarai nama pesawah yang terjejas dengan peningkatan kos pengeluaran termasuk kos harga bahan input dan jentera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, tindakan itu dibuat sebagaimana diminta Anwar dalam sesi Parlimen baru-baru ini.
"Kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan kebajikan pesawah di negeri ini terbela dan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam mencari penyelesaian terbaik.
"Kami telah mengenal pasti semua pesawah yang mengalami kesan langsung akibat kenaikan harga baja, racun, benih, dan jentera pertanian. Insya-Allah, nama-nama mereka akan dihantar kepada PM dalam masa terdekat," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus berusaha membantu golongan pesawah termasuk melalui insentif khas dan usaha menstabilkan kos input pertanian.
“Di Terengganu ada seramai 4,714 orang pesawah yang berdaftar. Semuanya terkesan kerana kenaikan kos baja, racun, benih dan pelbagai jentera pertanian.
“Insya-Allah nama-nama mereka akan sampai kepada PM sebagaimana diminta dan kita akan bantu untuk permudahkan,” ujarnya.
Sementara itu, para pesawah di Terengganu berharap agar langkah ini akan membawa penyelesaian segera terhadap bebanan kos pengeluaran yang semakin meningkat.
Terdahulu dalam sesi Parlimen, PM telah meminta agar nama pesawah yang terkesan diserahkan kepadanya bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
06 Feb 25
286
Dua Anak Syarikat EPIC Berhad Terima Anugerah Pencapaian Cemerlang
KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Dua anak syarikat EPIC Berhad iaitu Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) dan EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB) telah menerima anugerah Star Excellence Recognition Award daripada ExxonMobil Explorattion and Production Malaysia Inc. (EMEPMI).
Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedua-dua anak syarikat itu memperolehi anugerah tersebut sempena EMEPMI 2025 Senior Contractor Management Forum.
"Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen tinggi dan kecemerlangan syarikat dalam memberikan perkhidmatan terbaik.
"Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus maju dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan," ujarnya melalui suatu kenyataan rasmi di facebooknya, hari ini.
Atas kejayaan yang dicapai itu, Samsuri mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan yang membabitkan kedua-dua anak syarikat EPIC Berhad atas kesungguhan serta komitmen yang dilakukan selama ini sehingga mendapat anugerah berprestij itu.
"Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan PBKSB dan EOGSB di atas pencapaian cemerlang yang diterima,"ujarnya.
06 Feb 25
267
Pesalah Khalwat Berulang Sokong Sebatan Di Khalayak Ramai
Pesalah khalwat berulang yang menjalani hukuman sebat di khalayak ramai pada penghujung Disember tahun lalu, menyokong hukuman tersebut terus dilaksanakan kepada pesalah-pesalah khalwat dan kesalahan berkaitan syariah di negeri Terengganu.
06 Feb 25
868