lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

DUAT Ajak Pengunjung Pasar Payang Hayati Agama Sambil Beli Belah
DUAT Ajak Pengunjung Pasar Payang Hayati Agama Sambil Beli Belah
KUALA TERENGGANU, 5 Februari- Program Santai Daei Pasar Payang yang julung kali diadakan di Laman Payang di sini adalah usaha Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) mendekati pengunjung pasar berkenaan sekali gus menyampaikan dakwah secara santai. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen untuk melihat Pasar Payang sentiasa segar dan dikunjungi orang ramai. “Tahniah kepada pihak DUAT atas penganjuran program yang bagus dan bermakna ini. “Pengunjung yang datang dapat sama-sama menikmati persembahan ‘busking’, bual bicara dan juga diselit dengan nasihat-nasihat agama, sudah tentu selain membeli belah mereka dapat hiburkan hati dan mendapat sesuatu yang bermakna,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Daie Pasar Payang di Laman Payang di sini, hari ini. Mengulas lanjut Ahmad Shah berkata, kaedah menawan orang ramai mengikuti program keagamaan adalah dengan menyelami kegiatan mereka. “Sebab itu program yang kita susun ini sebagai suatu perkara permulaan, bukan setakat berhibur (mematuhi syariah) tetapi dalam masa yang sama memberi manfaat lain kepada pengunjung. “Kita cuba tarik lebih ramai ke Pasar Payang, jadikan sebagai lokasi untuk mereka datang membeli belah, berehat dan dapat faedah ilmu agama,” ujarnya. Justeru katanya, pengunjung mahupun peniaga diharapkan terus memberikan sokongan kepada program Santai Daie Pasar Payang demi kebaikan bersama. “Bukan kali pertama dan terakhir program ini diadakan di sini tetapi jika mendapat sokongan orang ramai ianya akan berterusan,” ujarnya.  
05 Feb 25
106
Terengganu Bukan Negeri Kebajikan Tetapi Berkebajikan
Terengganu Bukan Negeri Kebajikan Tetapi Berkebajikan
Konsep negeri berkebajikan terus diperjuangkan di Terengganu dengan penekanan bahawa bantuan kepada golongan memerlukan adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan dan masyarakat.
05 Feb 25
314
MBKT Sedia Tiga Tapak Perkampungan Moreh Sempena Ramadan
MBKT Sedia Tiga Tapak Perkampungan Moreh Sempena Ramadan
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menyediakan tiga perkampungan moreh sepanjang Ramadan tahun ini.  Datuk Bandar MBKT, Datuk Rosli Latif berkata, lokasi yang ditetapkan adalah kawasan tempat letak kereta di Jalan Persinggahan, tapak Payang Walk dan di Pulau Warisan. Menurut Rosli, perkampungan moreh berkenaan akan dikendalikan Persatuan Peniaga dan Penjaja atau Pertubuhan Kebajikan. "Kita menyediakan perkampungan moreh yang mengetengahkan konsep kekeluargaan bagi memberi peluang kepada masyarakat merasai sendiri suasana berbuka, bermoreh dan bersahur," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Medan Selera Muara Utara di Kampung Hulu Takir, di sini, hari ini. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai medan selera terbabit, beliau memaklumkan, ia akan dibuka selewat-lewatnya Khamis depan. "Medan Selera Muara Utara yang membabitkan kos pembinaan kira-kira RM4 juta, menyediakan 72 ruang niaga termasuk 36 gerai makanan dan minuman, manakala bakinya adalah gerai pelbagai," ujarnya. Dalam pada itu, Rosli berkata, MBKT menyediakan kira-kira 3,000 lot tapak bazar Ramadan di dua daerah iaitu di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Katanya, sebanyak 12 tapak bazar Ramadan disediakan di daerah Kuala Terengganu, manakala tujuh di daerah Kuala Nerus. "Kita juga turut menyediakan empat tapak bazar Aidilfitri di kawasan bandaraya Kuala Terengganu dan satu di daerah Kuala Nerus. "Tapak bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri akan dikendalikan Persatuan Peniaga dan Penjaja serta Persatuan Kebajikan," katanya. Mengenai kadar sewa tapak bazar Ramadan dan tapak bazar Aidilfitri pula, Rosli berkata, MBKT mengeluarkan garis panduan kadar sewaan tapak bazar ramadan dan bazar Aidilfitri.
03 Feb 25
1693
Terengganu Terus Didik Rakyat Selami Keindahan Syariat Islam
Terengganu Terus Didik Rakyat Selami Keindahan Syariat Islam
Kerajaan Terengganu terus mendidik rakyat negeri ini memahami syariat Islam melalui program Karnival Indahnya Hidup Bersyariat yang diadakan di setiap daerah.
02 Feb 25
75
RMK13 : Peluang Terengganu Jangkau Pasaran ASEAN
RMK13 : Peluang Terengganu Jangkau Pasaran ASEAN
KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Terengganu kini bersiap sedia untuk mengharungi revolusi ekonomi melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang bukan sahaja menawarkan peluang baru bagi negeri ini, tetapi juga membuka pintu kepada pasaran ASEAN yang besar, dengan lebih 700 juta penduduk. Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron, menegaskan bahawa Terengganu perlu melangkah lebih jauh daripada pasaran domestik.  "Kita tidak boleh hanya melihat pasaran 30 juta penduduk di Malaysia.  "Produk dan perkhidmatan kita perlu merentasi pasaran ASEAN yang besar,” katanya dalam Sesi Libat Urus RMK13 di Primula Beach Hotel, di sini baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri; Dato’ Nara Setia, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu; Dato' Mohd Nor Hamzah, Pegawai Kewangan Negeri; Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham. Menurut Nor Azmie, RMK13 membawa pendekatan baru dalam meningkatkan daya saing Terengganu dengan menumpukan perhatian kepada eksport dan pasaran luar negara.  "Dengan sokongan infrastruktur moden seperti East Coast Rail Link (ECRL), Terengganu kini mempunyai akses lebih mudah ke pasaran ASEAN dan dunia," tambahnya. Tambah beliau, ECRL memberi kelebihan dalam pengangkutan barangan dari Terengganu ke pelabuhan tempatan dan antarabangsa, menjadikan eksport lebih efisien dan lancar.  "Infrastruktur ini adalah asas utama untuk membuka peluang besar dalam eksport ke negara ASEAN dan seterusnya,” jelasnya. Nor Amie turut menegaskan bahawa selain sektor pembuatan, peluang besar juga terbuka dalam pertanian, makanan, dan perkhidmatan.  "RMK13 bertujuan untuk menjadikan Terengganu sebagai hab ekonomi utama Pantai Timur yang berdaya saing di peringkat global. "RMK13 dijangka akan memberi impak besar dalam pembangunan ekonomi negeri, serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Terengganu, seiring matlamat mencapai kemakmuran yang lebih inklusif dan berdaya saing," ujarnya.
02 Feb 25
282
Israel Lemah, Rancangan Takluk Palestin Gagal
Israel Lemah, Rancangan Takluk Palestin Gagal
BESUT, 2 Februari - Zionis Israel dilihat lemah apabila segala usaha dan perancangannya untuk menakluki bumi Palestin terus gagal sehingga terpaksa berunding dengan pihak Hamas untuk memeterai perjanjian gencatan senjata fasa pertama. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, berdasarkan situasi semasa yang berlaku di Gaza pihaknya yakin Perdana Menteri negara haram Israel akan meneruskan perjanjian gencatan senjata fasa seterusnya. "Saya mengandaikan bahawa pihak Zionis Israel akan menilai apa yang berlaku ini kerana mereka mendapati bawa semua objektif (menakluki Palestin) yang mereka gariskan tidak tercapai. "Apa yang penting ialah kita dapat melihat bagaimana rakyat Palestin begitu cekal, mempunyai keazaman yang tinggi walapun dibom, ditembak, diruntuhkan rumah dan keperluan-keperluan asas mereka, tetapi masih tidak berganjak," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas hadir merasmikan program Karnival Indahnya Hidup Bersyariat, di Masjid Al-Islah & Dewan Terbuka Kampung (Kg) Limbongan, di sini semalam. Mengulas lebih lanjut, Khalil berkata kini seluruh dunia dapat saksikan puluhan ribu rakyat Palestin tidak pernah keluar dari bumi Gaza dan kini rakyat mereka yang berada dalam tahanan zionis berpuluh tahun telah kembali ke rumah masing-masing yang telah hancur musnah diletupkan rejim negara haram itu. "Ini menunjukkan bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan yang sebenar, perjuangan untuk menuntut hak mereka yang dirampas oleh Zionis Israel. "Sebenarnya Zionis Israel yang mesti dikeluarkan dari bumi Palestin, bukan rakyat Palestin yang mesti keluar dari bumi mereka sendiri sebagaimana yang disarankan oleh Presiden Amerika, Donald Trump,"katanya.
02 Feb 25
168
Jual Arak Di Premis Terbuka : Nga Kor Ming Perlu Hormati Hak Majoriti
Jual Arak Di Premis Terbuka : Nga Kor Ming Perlu Hormati Hak Majoriti
BESUT, 2 Februari - Permintaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menilai semula sekatan jualan arak di kawasan majoriti Islam adalah tidak wajar. Malah ia juga disifatkan tidak menghormati hak majoriti rakyat negara beragama Islam sekali gus akan menimbulkan keadaan hura-hara serta kacau-bilau. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tidak dinafikan rakyat dalam negara terdiri daripada masyarakat majmuk namun perlu ditegaskan bahawa Malaysia adalah negara umat Islam sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan. "Maka masyarakat bukan Islam perlu menghormati umat Islam dalam negara ini apabila kita bercakap mengenai hak ia bukan sahaja membabitkan hak minoriti tetapi majoriti dalam negara yang merupakan umat Islam. "Kalau kita hendak berikan kebebesan supaya arak oleh dijual secara terbuka, semua premis boleh jual arak atas orang hendak pergi beli atau tidak itu merupakan hak masing-masing jadi ia tidak kena daripada sudut 'Maqasid Syariah'. "Jika hendak mengambil logik sebegitu, kalau kita izinkan semua orang jual dadah, ganja, pil kuda dan lain-lain, tidak perlu ada undang-undang dan peraturan yang menghalang penjualan perkara yang memudaratkan tersebut, sudah tentu masyarakat akan jadi kacau bilau, jadi sebagai masyarakat bertamadun perlu mempunyai peraturan dan undang-undang,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas hadir merasmikan Program Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Peringkat Daerah Besut, di Masjid Al-Islah & Dewan Terbuka Kampung (Kg) Limbongan, di sini, semalam Mengulas lebih lanjut, Khalil berkata Islam merupakan agama yang memandu kepada kehidupan bertamadun, sebab itu arak diharamkan secara jelas kerana boleh menimbulkan perkara yang memudaratkan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang ramai. "Jadi masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang mempunyai peraturan dan undang-undang, kadang-kadang saya pelik dengan menteri dalam Kerajaan Madani ini mereka sendiri pun tidak faham apa maksud madani. "Madani itu maksudnya masyarakat yang memiliki undang-undang adil di situ kita lihat perlu ada di sana peraturan khusunya dalam konteks penjualan arak di premis-premis perlu ada kekangan sebagaimana yang diamalkan serta perlu diperkasakan lagi. "Alhamdulillah, kita di negeri Terengganu menitik beratkan perkara ini dan ada Enakmen Jenayah Syariah yang meletakkan hukuman ke atas mereka yang meminum minuman kerasan dengan batasa had 356 sebagaimana yang kita maklum,"tegasnya.
02 Feb 25
198
Terengganu Terus Didik Rakyat Selami Keindahan Syariat Islam
Terengganu Terus Didik Rakyat Selami Keindahan Syariat Islam
BESUT, 1 Februari - Kerajaan Terengganu terus mendidik rakyat negeri ini memahami syariat Islam melalui program Karnival Indahnya Hidup Bersyariat yang diadakan di setiap daerah. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, melalui karnival yang diadakan itu ia menjadi kesungguhan kerajaan negeri untuk mendidik rakyat secara berterusan agar memahami bahawa syariat Islam bukanlah bertujuan menyusahkan kehidupan manusia sebaliknya memandu mereka ke arah yang lebih baik. "Kita hendak mendidik rakyat Terengganu bahawa syariat Islam ini merupakan satu perkara yang indah, penting untuk diamalkan dalam kehidupan kerana ia mudah, senang, diturunkan oleh Allah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam anggota masyarakat. "Ia juga selari dengan dasar dan polisi kerajaan negeri yang meletakkan agenda Islam sebagai perancangan utama dalam pentabiran dan insya-Allah kita akan meneruskan karnival ini di setiap daerah yang lain serta akan disusuli di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN),"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas hadir merasmikan program karnival Indahnya Hidup Bersyariat, di Masjid Al-Islah & Dewan Terbuka Kampung (Kg) Limbongan, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjur Dr. Muhammad Khalil berkata pendidikan kepada masyarakat merupakan perkara subjektif yang perlu diusahakan secara berterusan bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi melibatkan semua pihak termasuk individu, keluarga dan seluruh anggota masyarakat. "Jadi bila kita buat (karnival Indahnya Hidup Bersyariat) ia akan menjadi satu syiar dalam masyarakat, apabila begitu dengan sendirinya akan dirasai oleh mereka bahawa negeri Terengganu ini penuh dengan program-program yang berlandaskan Islam. "Bertujuan untuk mendidik rakyat Terengganu ke arah rakyat yang beriman dan berpegang kepada ajaran Islam,"ujarnya. Dalam pada itu beliau menyeru agar rakyat di negeri ini untuk memberikan sokongan dan hadir beramai-ramai ke Karnival Indahnya Hidup Bersyariat di setiap daerah kerana ia sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, wanita dan anak muda. Pelbagai segmen yang diadakan pada karnival itu antaranya pengisian agama melalui kuliah perdana, forum, Pahlawan Subuh, selain itu adanya pameran dari agensi dan jabatan serta jualan Pasar berkat yang menawarkan segala barang keperluan dengan harga yang rendah serta berpatutan.  
01 Feb 25
319
Tahun Melawat 2027 : Transformasi Pelancongan Jadi Keutamaan
Tahun Melawat 2027 : Transformasi Pelancongan Jadi Keutamaan
Dengan keindahan semula jadi yang memukau dan kekayaan warisan budaya, Terengganu kini giat merancang strategi pelancongan mampan menjelang Tahun Melawat Terengganu 2027.
28 Jan 25
138
Jangan Lampias Kemarahan di Jalan Raya
Jangan Lampias Kemarahan di Jalan Raya
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa memastikan kesihatan diri dalam keadaan tertinggi dan menguruskan tekanan dengan baik sepanjang memandu dan menunggang kenderaan.
28 Jan 25
104