lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Hanya Dua Das Tembakan Dilepaskan Dalam 15 Tahun- APMM
Hanya Dua Das Tembakan Dilepaskan Dalam 15 Tahun- APMM
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos - Selepas 15 tahun beroperasi sejak 2005, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menegaskan, hanya dua das tembakan telah dilepaskan terhadap nelayan asing yang bertindak agresif ketika dikesan menceroboh perairan negara iaitu dalam insiden yang berlaku di Kelantan dan Johor, baru-baru ini. Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som, sebagaimana agensi penguatkuasa lain, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan ‘Rules of Engagement’ penggunaan senjata api sebelum mengambilkan tindakan terhadap mana-mana bot nelayan asing. Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil. “Kita ada SOP dan perlu mematuhinya mengikut tahap tertentu. Sekiranya wujud kejadian yang mengancam nyawa anggota serta menyebabkan kerosakan harta benda kerajaan barulah kita bertindak. "Ia termasuk tembakan amaran ke udara bagi mempertahankan diri, nyawa dan aset kerajaan sekiranya bot nelayan terbabit bertindak mengancam keselamatan. Itupun selepas kita memperkenalkan diri dalam keadaan memakai uniform. Sepatutnya nelayan asing faham dan perlu menghentikan bot masing-masing," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pameran Maritim Malaysia oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim di galeri Skybridge, jambatan angkat Terengganu (drawbridge) di sini malam tadi. Ahmad Amzad merasmikan pameran Maritim Malaysia bersama Mohd. Zubil (kiri) dan disaksikan Maliaman (dua dari kanan). Turut hadir, Pengerusi TI Properties Sdn. Bhd., Maliaman Kassim, Pengerusi dan Pengarah TI Properties Sdn. Bhd., Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pengarah Maritim Negeri, Muhammad Suffi Mohd Ramli. Mengulas perkembangan mengenai insiden tembakan antara APMM dan nelayan asing itu, Mohd. Zubil berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada kedutaan di kedua-dua negara dan kes itu masih dalam siasatan polis. Terdahulu, APMM Kelantan terpaksa melepaskan tembakan ke arah satu daripada dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara selepas pasukan keselamatan itu dibaling bom diesel serta dilanggar oleh bot asing berkenaan. Kejadian itu telah meragut nyawa seorang nelayan Vietnam apabila serpihan tembakan amaran itu terkena salah seorang daripada krew mereka. Manakala, kejadian kedua pula berlaku di Johor di mana seorang tekong mati terkena tembakan ketika bergelut dengan anggota APMM selepas cuba menyeludup burung murai di perairan Tanjung Kelesa, Bandar Penawar.    
31 Aug 20
475
Jiwai Semangat Merdeka, Perangi Jenayah Setempat
Jiwai Semangat Merdeka, Perangi Jenayah Setempat
  Oleh: Ahmad Mawardi HULU TERENGGANU, 30 Ogos - Sempena Sambutan kemerdekaan,  Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir tekad pupuk semangat untuk memerangi jenayah khususnya dalam kawasan berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, sambutan yang julung kali diadakan itu bertujuan memupuk semangat patriotik petugas agensi kerajaan selain itu membanteras jenayah untuk capai erti kemerdekaan yang sebenarnya. Katanya, beliau berharap agensi tempatan bertangungjawab dan optimis untuk terus kekal membanteras dan tidak hanya pada Hari Kemerdekaan sahaja. “Untuk hapuskan gejala jenayah keseluruhannya adalah mustahil, akan tetapi kita bersama berperanan untuk mengurangkannya adalah kewajipan semua pihak. “Pada masa sama, kita perlu perbanyakkan program kesedaran di setiap kampung untuk capai matlamat sebenar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Program Semarak Merdeka @ Komuniti 2020 (Info On Wheels) peringkat DUN Manir di Dewan Terbuka Pusat Komuniti Pulau Bahagia, semalam. Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Saharuddin Muhamad, Ketua Balai Polis Manir, Tuan Roslan Mat Yunus, Penghulu Mukim Manir dan semua Pengerusi Majlis Pengurusan Kampung MPKK DUN Manir. Tambahnya lagi, sudah tentu kemerdekaan sebenar belum tercapai sehingga lengkapnya nilai-nilai Islam dalam undang-undang negara untuk membanteras jenayah. "Islam adalah agama rasmi persekutuan dan seorang muslim tidak boleh berasa tenang sekiranya urusan negara masih lagi tidak dapat melengkapi seperti dikehendaki oleh Allah SWT,"ujarnya.  
30 Aug 20
384
Lahirkan Kesedaran Semarak Kemerdekaan
Lahirkan Kesedaran Semarak Kemerdekaan
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-63, kerajaan negeri menyarankan seluruh rakyat Terengganu bersama-sama menyemarakkan kempen sambutan kemerdekaan dengan memasang bendera di premis kediaman dan kedai masing-masing.  
30 Aug 20
167
Pusat Penyelidikan Buluh Pertama Malaysia Dibina Di Terengganu
Pusat Penyelidikan Buluh Pertama Malaysia Dibina Di Terengganu
Surau Buluh yang akan berfungsi sebagai Pusat Penyelidikan Buluh akan dibina dalam tempoh terdekat di Dataran Tembesu, Kuala Nerus.
30 Aug 20
314
Tiga Exco Terengganu Bertemu Mata Dengan PERANTAU Perak
Tiga Exco Terengganu Bertemu Mata Dengan PERANTAU Perak
Seramai tiga orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bertemu mata kira-kira 150 orang ahli Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Perak dalam satu Majlis Ramah Mesra di sebuah hotel di Ipoh, baru-baru ini.
30 Aug 20
112
Enam Lokasi, Enam Tarikan Berbeza Ketengahkan Warisan Budaya Terengganu
Enam Lokasi, Enam Tarikan Berbeza Ketengahkan Warisan Budaya Terengganu
  KUALA TERENGGANU, 28 Ogos -  Terengganu Cultural Festival atau Festival Kebudayaan yang  menghimpunkan warisan kebudayaan dan kesenian tradisional negeri mula beraksi di enam lokasi terpilih selama 11 hari bermula 27 Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata, enam hotel dan pusat penginapan serta beberapa lokasi pelancongan terpilih di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan dijadikan sebagai lokasi festival. "Festival Kebudayaan ini adalah cetusan idea baharu untuk menghimpunkan kesemua warisan seni budaya bagi menggantikan Festival Pantai di enam lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. "Kita ingin menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu ini sebagai hub pelancongan kepada pelancong, baik dari dalam negeri, luar negeri ataupun dari luar negara. "Antaranya nelayan berkolek di Primula Beach Hotel, cerita duyong di Duyong Marina & Resort, wau sobek (Permai Hotel), alunan gamelan sari (warisan sari), flying gasing (Paya Bunga Square & Hotel) serta caritera langkasuka di Terradala. di mana setiap produk mempunyai tema tersendiri,"ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Festival Kebudayaan di Primula Beach Hotel, di sini, semalam. Tambahnya selain bertujuan memulihara dan memelihara khazanah seni budaya negeri, program itu juga dapat memartabatkan kebudayaan dan kesenian yang ada agar terus diwarisi generasi akan datang. Ariffin turut berkata, Festival Kebudayaan kali ini tidak dijalankan secara 'mass market' memandangkan negara masih dilanda pandemik koronavirus (Covid-19) dan terikat amalan operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. "Semua lokasi yang terpilih akan mempraktikkan SOP yang ketat dan pengunjung dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan sebagai usaha mengekang penularan Covid-19," katanya.
28 Aug 20
1115
Penyertaan Bersatu Kukuhkan Muafakat Politik
Penyertaan Bersatu Kukuhkan Muafakat Politik
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Muafakat Nasional (MN) diyakini mampu memperkukuhkan persefahaman politik sekali gus menghasilkan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan MN yang menerima penyertaan Bersatu adalah petanda positif dan sangat dialu-alukan semua pihak. “Saya ada baca satu kajian yang mengatakan bahawa peratusan rakyat yang bersetuju dan mahu tiga parti ini iaitu PAS, UMNO dan Bersatu bergabung adalah tinggi. “Alhamdulillah, saya juga sangat teruja dengan perkembangan semasa ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Manis FM dan Bernama Radio di Damai Lounge, U2, Wisma Darul Iman hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS menegaskan, situasi terkini politik itu akan dipastikan bergerak dengan jaya termasuk penerimaan di peringkat akar umbi. Katanya, peranan pimpinan setiap parti dalam memberi penjelasan sangat penting bagi merealisasikan hasrat dan matlamat MN. “Sudah menjadi adat, perkara baharu ini biasalah, ia memerlukan sedikit masa sebelum ia mampu difahami dan dilaksanakan dengan sempurna di peringkat sana. “Samalah macam anak-anak kita pergi sekolah, hari, minggu dan bulan pertama masih belum dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam persekitaran baharu, selepas beberapa tempoh barulah semuanya akan serasi. “MN benda baharu, jadi mereka memerlukan sedikit masa untuk mereka membuat ubah suai kefahaman dan cara bertindak dalam masyarakat,” tambah beliau.
27 Aug 20
520
Penguatkuasa Syariah Sukarela Dilantik Bagi Cegah Maksiat
Penguatkuasa Syariah Sukarela Dilantik Bagi Cegah Maksiat
HULU TERENGGANU, 27 Ogos - Kerajaan negeri melalui pejabat agama daerah secara rasminya telah melantik penguatkuasa syariah sukarela bagi melaksanakan tugas 'amar makruf nahi mungkar' yang dianggotai oleh lelaki dan wanita di kawasan berkenaan. Pegawai Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid berkata bilangan penguatkuasa syariah sukarela ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat setelah melalui syarat yang ditetapkan. "Kita secara rasminya telah melantik penguatkuasa sukarela ini dengan setiap masjid mempunyai empat sukarelawan dan mereka semua ini mempunyai keinginan bagi melaksanakan amar makruf nahi mungkar serta menerapkan nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat, "Pelantikan ini tidak terhad kepada lelaki, bahkan kita juga melantik mereka yang dari kalangan wanita bagi mengatasi masalah atau maksiat yang berlaku di tempat ini," katanya.     Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Terengganu berkata demikian, ketika merasmikan Seminar Pemantapan Sukarelawan Syariah bagi daerah Hulu Terengganu yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, baru-baru ini. Menurutnya, usaha ini merupakan satu kewajipan apabila menjadi pemerintah bagi menangani maksiat yang berlaku di dalam negeri. "Ini merupakan satu kewajipan bagi kita dalam membanteras maksiat yang berlaku di persekitaran kita. Maksiat ini suatu perkara yang Allah murka dan kerajaan perlu buat sesuatu bagi menanganinya dan ini adalah satu usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri," jelasnya.   Turut hadir dalam perasmian seminar itu ialah  Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Zulkefli Othman, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) , Adnan Abdullah, Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, YM Engku Omar Amirudin Engku Ali, Ketua Sukarelawan Syariah Daerah Hulu Terengganu, Encik Mohd Syarif Jusoh, Ketua Sukarelawan Syariah Negeri Terengganu, Saudara Yasin Muda.
27 Aug 20
1410
Projek Alam Mutiara Fasa 1 Penuhi Syarat Amalan Terbaik MBKT
Projek Alam Mutiara Fasa 1 Penuhi Syarat Amalan Terbaik MBKT
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos- Projek Pembangunan Bercampur (Alam Mutiara Fasa 1), Mukim Pengadang Buloh berjaya memenuhi amalan-amalan terbaik rekabentuk fizikal persekitaran yang ditetapkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, projek penswastaan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dengan usahasama pemaju Tentuan Dacing Sempurna Housing Sdn. Bhd itu telah mematuhi 11 syarat ditetapkan MBKT. “ Majlis penyerahan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan kunci bagi projek ini diadakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pemaju kerana telah melaksanakan semua syarat kelulusan. “Pihak kerajaan negeri mengharapkan skim pembangunan ini akan menjadi contoh dan ikutan oleh pemain-pemain industri lain dan seterusnya menjadi penanda aras baharu kualiti pembangunan perumahan di Terengganu,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis tersebut, hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Shahidan Embok serta Setiausaha LTAWNT, Abd Razak Abd Rahman. Menurut beliau, pihak pemaju telah melaksanakan syarat kelulusan berkaitan amalan-amalan terbaik dalam rekabentuk fizikal persekitaran antaranya mereka bentuk laluan pejalan kaki yang bersambungan dan mesra pengguna ke arah menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk. ‘Taman rekreasi yang lengkap, tanaman pokok-pokok teduhan bagi mewujudkan suasana persekitaran yang nyaman, kemudahan infrastruktur dan ulititi yang lengkap, disamping pembinaan bonggol dan papan tanda bagi melancarkan lalulintas dan keselamatan penduduk, susun atur dan reka bentuk kediaman yang mengambil kira 'natural surveillance'. “ Juga lorong belakang rumah teres dinaiktaraf untuk landskap dan pencahayaan, hutan nipah didikekalkan sebagai ekosistem semulajadi sungai, menyediakan parker OKU serta ramp di laluan beranda kedai, perletakkan feeder pillar dan fire hydrant yang teratur serta menerapkan ciri-ciri Manual Saliran Mesra Alam (MSMA),” ujarnya. Alias berkata, projek berkenaan yang telah diluluskan Kebenaran Merancang pada 19 Disember 2017 dan kelulusan pelan bangunan pada 21 Mac 2018 siap dalam jangkamasa dua tahun mengikut  tempoh ditetapkan. “Ianya mengandungi 21 unit kedai pejabat dua tingkat, 73 unit rumah teres dua tingkat dan lain-lain kemudahan berkaitan di atas tapak tanah seluas 20.85 ekar. “Harga jualan bagi projek kormesial ini adalah sekitar RM399,000 hingga RM420,000 bagi kediaman teres dan antara RM650,000 hingga RM685,000 untuk kedai pejabat,” ujarnya.  
27 Aug 20
3447
RM76 Juta Untuk Dua Masjid, Bangunan Persekutuan Di Hulu Terengganu
RM76 Juta Untuk Dua Masjid, Bangunan Persekutuan Di Hulu Terengganu
  HULU TERENGGANU, 27 Ogos - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM76 juta bagi pembinaan dua masjid baharu dan bangunan Persekutuan di kawasan Parlimen Hulu Terengganu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Rosol Wahid, berkata tender untuk pembinaan masjid baharu  Kampung Langgar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang dan Masjid Kampung Jak di DUN Ajil membabitkan peruntukan keseluruhan RM6 juta akan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR). "Setakat ini reka bentuk masjid di Kampung Langgar yang boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah dan masjid di Kampung Jak, yang boleh menampung kira-kira 200 jemaah sudah siap. “Pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan,”ujarnya. Terdahulu, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu bersama Jurutera JKR Daerah Hulu Terengganu, Alif Zuwairi Baharuddin melawat tapak projek pembinaan masjid baharu di Kampung Langgar. Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu  juga berkata bagi kemudahan penduduk di Parlimen Hulu Terengganu berurusan, cadangan telah dikemukakan untuk menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di satu lokasi secara berpusat. Tambah beliau, kerajaan negeri telah meluluskan tapak seluas kira-kira 20 hektar bagi membolehkan projek pembinaan bangunan guna sama persekutuan dibina. Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada dasarnya bersetuju dengan cadangan tersebut untuk menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di lokasi itu. Justeru itu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri kini sedang membuat penilaian serta kajian terutamanya peruntukan yang dianggarkan melebihi RM70 juta. "Semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di daerah Hulu Terengganu sudah diarah membuat kertas cadangan termasuk keluasan lantai diperlukan. "Jika projek bangunan usaha sama Persekutuan itu siap, masalah jabatan dan agensi kerajaan yang terpaksa menyewa bangunan persendirian serta menumpang jabatan lain selesai, selain mampu memberi keselesaan kepada penduduk membuat urusan," katanya.
27 Aug 20
448