lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PEMULIH : Berita Baik Buat Pengusaha Kantin, Sukan, Taska Dan OKU
PEMULIH : Berita Baik Buat Pengusaha Kantin, Sukan, Taska Dan OKU
KUALA TERENGGANU, 28 Jun – Kerajaan persekutuan meneruskan bantuan kepada golongan khusus seperti pengusaha kantin sekolah, industri sukan dan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam membela nasib semua dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan RM1,000 kepada semua pengusaha kantin berdaftar setelah melihat situasi di sekolah yang masih ditutup dan menyebabkan hilang mata pencarian. “Sementara itu, Kerajaan sedar bahawa pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya turut terkesan dan mereka hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga PPN nanti. “Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan one-off sebanyak RM3000 kepada mereka,” katanya ketika pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), di sini hari ini. Mengulas lanjut, Muhyiddin turut mengumumkan bantuan kewangan RM500 seorang selama tiga bulan kepada golongan OKU yang telah kehilangan pekerjaaan atau ketiadaan kerja, dan bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada. “Untuk itu, RM30 juta diperuntukkan bagi memanfaatkan seramai 20 ribu orang OKU,” katanya lagi. Tambah Muhyiddin, Kerajaan telah menerima banyak permintaan supaya bantuan kewangan yang diberikan kepada pusat asuhan anak-anak dan tadika pada tahun lepas dapat diperkenalkan semula. “Sehubungan itu, Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Taska yang berjumlah RM3,000 kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan. “Diharapkan dengan pemberian bantuan ini, ia dapatlah digunakan antaranya untuk keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyahkuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika,” jelasnya.
28 Jun 21
590
'Mamat' Akhirnya Terjerat
'Mamat' Akhirnya Terjerat
KUALA TERENGGANU, 28 Jun - Buaya jantan yang dikenali sebagai 'Mamat' berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri hari ini. Pengarahnya, Dr Abdul Malek Mohd Yusuf, berkata kaedah tangkapan secara menjerat telah dilakukan pada jam 4.30 petang tadi setelah pemasangan tiga unit perangkap buaya kawasan lombong tinggal di Kampung Tepoh, Kuala Nerus sejak pertengahan bulan Mei tidak berjaya. "Reptilia berukuran 12' 8" telah berjaya ditangkap pada jam 5.45 petang menggunakan perangkap buaya dengan operasi tangkapan oleh 17 anggota dan operasi tamat pada jam 6.30 petang. "Buaya itu akan dibawa ke Paya Indah Wetland (PIW) bagi menjamin keselamatan orang awam dan dalam masa sama menjamin kelangsungan hidup reptilia terbabit," ujarnya. Terdahulu, seekor buaya tembaga digelar Mamat muncul semula di kawasan lombong tinggal di Kampung Tepoh, dan dikatakan semakin membesar. Sebelum ini, pada 2019 kisah Mamat menarik perhatian penduduk di sekitar kampung itu apabila ia muncul kembali setelah menghilangkan diri selama dua tahun di kawasan lombong tinggal berkenaan.
28 Jun 21
1135
PEMULIH : Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
PEMULIH : Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
PUTRAJAYA, 28 Jun - Kerajaan mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran termasuk pinjaman pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa agensi kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dengan pemberian moratorium bersasar kepada peminjamnya. "Pertama adalah memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN. “Kerajaan juga bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan. “Ketiga, menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan,” ujarnya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. Selain itu katanya, penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) turut diberikan selama tiga bulan. Tambah beliau lagi, nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah 400 juta ringgit dan akan manfaatkan seramai 1.6 juta rakyat. Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
28 Jun 21
324
PEMULIH : Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat
PEMULIH : Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat
PUTRAJAYA, 28 Jun - Kerajaan bersetuju memberi moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak ada sebarang syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan. Katanya, permohonan perlu dibuat dan kelulusan akan diberikan secara automatik, malah kemudahan tersebut ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas. "Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini. "Tidak perlu mengemukakan dokumentasi  untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan dan ia tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. "Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
28 Jun 21
832
Dua Angka Bukan Jaminan Ke Fasa Dua
Dua Angka Bukan Jaminan Ke Fasa Dua
Kes positif sebanyak dua angka setiap hari sejak dua minggu lalu bukan jaminan Pelan Pemulihan Negara fasa kedua dapat dikuatkuasakan di negeri ini.
28 Jun 21
226
Gelandangan : Realiti Hidup 'Penghuni' Kaki Lima
Gelandangan : Realiti Hidup 'Penghuni' Kaki Lima
KUALA TERENGGANU, 28 Jun – Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat akan golongan gelandangan di sekitar bandar raya dengan prinsip tiada yang tertinggal dari sudut kebajikan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelbagai usaha telah dijalankan kerajaan negeri namun langkah jangka masa panjang perlu difikirkan dengan kerjasama pelbagai pihak. “Saya membaca satu komen di hantaran Facebook oleh seorang wanita dan saya amat berterima kasih atas keprihatinannya terhadap golongan gelandangan di Terengganu ini. “Sebelumnya, pihak kami bersama pelbagai agensi telah turun padang di Stesen Bas Kuala Terengganu pada tahun lepas untuk menyelami realiti kehidupan mereka. “Setelah dikesan identiti dan maklumat diri mereka, rata-ratanya mempunyai rumah, keluarga dan latar belakang kehidupan yang baik sebelum ini. Ada juga dikalangan mereka merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya. Tambahnya, faktor seperti gangguan emosi di luar kawalan, disisih keluarga, penyalahgunaan dadah, kemurungan, tidak mempunyai punca pendapatan serta tidak ada hala tuju mendorong mereka untuk keluar dari rumah dan tinggal di stesen bas mahupun kaki lima. “Sebagai mendokong prinsip kesaksamaan dan mengutamakan kebajikan buat semua rakyat tanpa mengira latar belakang, kerajaan negeri dengan kerjasama JKM telah menghantar golongan itu ke rumah masing-masing sebagai usaha untuk mengajak mereka kembali ke kehidupan seperti biasa. “Namun, usaha itu terbantut kerana selang beberapa hari ada di kalangan mereka datang kembali ke bandar Kuala Terengganu. “Sebilangan mereka tinggal untuk meneruskan kehidupan disana atas faktor bosan, tidak bebas untuk bergerak dan lebih selesa tinggal secara gelandangan," jelasnya lagi. Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu, selain daripada kerajaan negeri, semua lapisan masyarakat dan persatuan dalam negeri perlu bekerjasama dalam membantu golongan tersebut secara konsisten serta bagi jangka masa panjang.
28 Jun 21
320
Premis Makanan Boleh Dibuka 6 Pagi Hingga 10 Malam Bermula Esok
Premis Makanan Boleh Dibuka 6 Pagi Hingga 10 Malam Bermula Esok
KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Premis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi sehingga jam 10 malam berkuat kuasa esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan. Katanya, sebelum ini operasi premis kedai makan dan restoran sebelum ini hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam. "Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa esok," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.    
27 Jun 21
1263
RM118,100 Untuk Bantu Pengusaha Pelancongan Tasik Kenyir
RM118,100 Untuk Bantu Pengusaha Pelancongan Tasik Kenyir
HULU TERENGGANU, 27 Jun - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan RM118,100 untuk membantu pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir yang terjejas susulan penularan pandemik COVID-19.  Pengerusinya, Dato' Razali Idris berkata bantuan insentif kewangan 'one off' itu diberikan kepada 277 pengusaha rumah bot serta bot laju dan pengusaha kedai di pusat pelancongan itu. "Bagi pengusaha yang telah berkahwin, mereka akan menerima RM500 manakala yang bujang pula sebanyak RM300. "Insentif ini merupakan  yang bertujuan meringankan beban para penggiat pelancongan yang terjejas pendapatan ekoran PKP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19,"ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian intensif berkenaan kepada wakil persatuan di Pusat Penerangan Tasik Kenyir, hari ini. Tambahnya, bantuan tersebut yang merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat KETENGAH adalah kesinambungan bantuan pada PKP tahun lepas.   "Pada fasa pertama terdahulu iaitu PKP 1.0 pada  21 Jun 2020, KETENGAH telah menyalurkan sejumlah RM152,700 kepada 86 orang pengusaha rumah bot bagi memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk," ujarnya lagi. Dalam perkembangan sama, Razali turut memohon pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya sektor pelancongan di Terengganu beroperasi kembali. "Ia bagi memperkasakan semula sektor pelancongan domestik yang terjejas sejak pelaksanaan PKP 3.0. "Ini berdasarkan jumlah kes di negeri ini sehingga kini kekal dua digit sejak kebelakangan ini dan paras itu adalah antara tanda yang menyakinkan bahawa kita semakin pulih. "Lagipun semua pengusaha industri pelancongan terutama di Tasik Kenyir bersedia beroperasi mengikut syarat ketat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," jelas beliau.
27 Jun 21
418
Kekurangan Tidak Halang Gadis OKU Jadi 'Runner'
Kekurangan Tidak Halang Gadis OKU Jadi 'Runner'
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan alasan Nur Safra Abd Halim, 30, untuk mencari rezeki sebagai gadis penghantar barangan. Dia yang juga bekas atlet para olahraga Terengganu menggunakan laman sosial Di Facebook dan WhatsApp sebagai iklan perkhidmatan selain kaedah 'mulut ke mulut' yang dipromosikan oleh pelanggan yang berpuas hati dengan khidmatnya. Antara barangan yang sering dipesan pelanggan ialah bahan mentah seperti ikan dan ayam serta keperluan dapur seperti susu, rempah masakan dan tepung. "Syukur alhamdulillah, usaha penat lelah saya, walaupun agak terbatas pergerakan namun berjaya memperolehi hampir RM500 sebulan hasil bekerja sebagai penghantar barangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lepas. "Dulu saya kerja sebagai jurujual kereta Proton tapi pendapatan terjejas teruk setelah PKP. Jadi, saya ambil keputusan bekerja sebagai penghantar barangan...walaupun RM500 itu tidak banyak, namun ia cukup untuk menampung belanja hidup saya seorang, yang penting saya tidak membebankan keluarga kerana  mereka pun hadapi masalah kewangan akibat situasi getir ekonomi ketika ini. "Kerana pernah merasai pengalaman kesusahan tidak mempunyai pendapatan sewaktu PKP,  saya tidak menetapkan sebarang kadar caj bayaran kepada pelanggan.Ikut kemampuan mereka untuk bayar upah dan saya terima," ujarnya yang   kaki kanannya menjadi tempang sejak 2010 akibat kemalangan jalanraya. Tambah Nur Safra, beliau cukup rasa bertuah kerana sejak berkecimpung dalam bidang itu, mempunyai pelanggan yang tidak 'berkira' dalam memberi upah dan sering membayar lebih daripada jumlah sepatutnya terutama pelanggan dari luar Terengganu yang membelikan barangan untuk ibu bapa mereka di kampung. "Dalam pada itu, saya sentiasa menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) setiap kali menghantar barang pada saat wabak pandemik masih lagi tinggi. "Saya pernah tersesat, pelanggan gagal dihubungi, terpaksa pergi ke beberapa lokasi berlainan untuk membeli barangan dikehendaki pelanggan, hujan lebat dan cuaca sangat panas ketika ini namun itu semua tidak pernah mematahkan semangat untuk meneruskan kerjaya ini,"ujarnya lagi.   Pemenang pingat emas acara lempar cakera dan rejam lembing pada temasya Sukan Para Malaysia (Para Sukma) 2018 itu berkata, tidak ramai yang menyedari kecacatannya kerana telah memasang 'tumit' untuk kasut kaki sebelah kanan supaya langkahnya lebih sempurna dan kecacatannya tidak kelihatan jelas. "Saya tidak mahu orang merasa simpati dengan kekurangan yang ada dan lebih suka mereka gembira dengan perkhidmatan yang saya lakukan," jelasnya.  
27 Jun 21
235
PKPD Mukim Bukit Besar, Serada Tamat Esok
PKPD Mukim Bukit Besar, Serada Tamat Esok
KUALA TERENGGANU, 25 Jun - Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada, Kuala Terengganu pada 26 Jun 2021 jam 11.59 malam. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Sepanjang tempoh itu, KKM telah melakukan 3,374 ujian saringan dan 31 daripadanya disahkan positif COVID-19. "KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Untuk rekod, pelaksanaan PKPD diadakan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut susulan berlaku peningkatan kes yang ketara.
25 Jun 21
472