lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

JPJ Keluarkan 834 Saman Cermin Gelap Di Terengganu
JPJ Keluarkan 834 Saman Cermin Gelap Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 834 saman melibatkan kesalahan pemasangan cermin gelap dalam operasi di seluruh negeri sepanjang Julai lalu. Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, penggunaan cermin gelap antara enam kesalahan teknikal paling 'popular' di negeri ini. Menurutnya, lima yang lain ialah tiada lesen kompeten CDL (320 kes), membawa muatan berbahaya (207 kes), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan (187 kes), kesalahan mengubah suai kenderaan (164 kes) dan tiada lesen GDL (15 kes). "Bagi tempoh itu juga, sebanyak 27,561 kenderaan diperiksa melibatkan 3,633 buah motosikal, 16, 470 kereta, 2,078 lain-lain kenderaan persendirian, 611 membabitkan bas serta masing-masing 10, 565 kenderaan barangan dan 204 untuk kenderaan lain-kain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad. Sementara itu, Zulkarnain memberitahu, JPJ Terengganu merekodkan 115 urusniaga melibatkan bayaran kompaun hanya dalam tempoh empat hari bermula pada 18 Ogos hingga hingga Sabtu selepas tawaran diskaun 70 peratus dibuat sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64. "Jumlah urusniaga ini menunjukkan peningkatan berganda jika dibandingkan tempoh 17 hari bermula 1 Ogos lalu sebelum penawaran kompaun yang hanya merekodkan 308 urusniaga," katanya. Sebelum ini, JPJ menawarkan potongan 70 peratus kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk disenarai hitam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64. Tawaran pengurangan saman itu dibuat bagi meringankan beban rakyat berikutan kemelut ekonomi akibat pandemik Covid-19. JPJ dalam satu kenyataan menyebut, tawaran potongan itu akan berlangsung hingga 16 September depan. Potongan pembayaran saman itu bagaimanapun tidak membabitkan kes yang masih dalam sebutan mahkamah, termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan
23 Aug 21
1873
Terengganuans Can Sound Good in English Too!
Terengganuans Can Sound Good in English Too!
Author: Nurul Atiqah Roshali from TrenglishxCommunity, Yayasan Terengganu Let me get this straight: English is a looney language. Try pronouncing these without confusing yourselves: ‘discount’ and ‘viscount’. Only with a slight change of the initial letter, and suddenly the ‘s’ is silent. You get what I mean.  Back in my school days, writing was a breeze. However, when it comes to speaking English, I too stammered like the jammed printer in my office; not only did it sound bad, the words were indecipherable too.  A while ago, a certain local celebrity made a quite heated Twitter post that triggered Terengganuans. It implied that action is needed on the state’s education system to improve English learning and performance. However, the fact that Terengganu always topped all states in National Public Exams refuted the implied statement. Acing interviews, conferences, and academic presentations in English during studies have been a challenge to some Terengganuans. We read a plethora of new words and memorized them but the real culprit is our strong dialect.  Trying to master the English pronunciation overnight would be a hefty task to any second language learner. Therefore, let’s break it down into little parts so we will be aware of the do’s and don’ts as a Terengganuan when speaking English :   1.The infamous Terengganuan nasal ‘NG’ [ŋ]. Yes, this is the ultimate giveaway to us Terengganuans and our signature phoneme. Yes, we Terengganuans are proud of it; however, it could hinder good English pronunciation. The [ŋ] sound usually comes up at the end of words in the Terengganuan dialect i.e: makang (makan) - ‘eat’, badang (badan) - ‘body’, pinggang (pinggan) - ‘plate’.  We have to be extra careful in pronouncing English words with the letter ‘N’ at the end of it such as broken, collagen, champion, cinnamon, etc.  Of course, if the English words have the suffix -ing, do what you do best, Terengganuan tongues!  Knowing this phoneme could help us be more careful in English pronunciation whenever we have the ticks to do so.   2. Stresses aren’t all bad, ‘ya know. In the Terengganuan dialect, each syllable receives equal importance (there is stress, but each syllable has its length), and different stresses in a word on a certain syllable convey different meanings. Surprisingly, this characteristic also exists in English. Curious? Read on. Our dialect generally uses syllabic stresses, one of the functions is to differentiate meanings. We can hear them in: nyapu (penyapu) - ‘broom’ or nnyapuh (menyapu) - ‘sweeping’ , kije (kerja) - ‘work’ and kkije (bekerja) - ‘working’ and etc. What does this have to do with English you might ask? We can apply syllabic stress in learning English pronunciation too. There are some English words that also use syllabic stresses for different meanings.  For example, the word ‘suspect’. When the first syllable is stressed, ‘SUS-pect’ means someone who might have committed a crime. Meanwhile, when the second syllable is stressed, ‘sus-PECT’ means to have a feeling or thoughts on something.  Now that we know about this property, soon we should be able to listen and pronounce more cautiously when speaking English. Thanks to Terengganuan dialect syllabic stress, we can now start improving on English pronunciation!   3. Mind your substitutions. If you are not a Terengganuan and thinking just adding the [ŋ] sound at the end of every word makes the whole Terengganuan dialect, please hold back.  Terengganuans also tend to substitute [p] with [k], i.e: cakak (cakap) - ‘speak’, kejak (kejap) - ‘a while’, cukuk (cukup) - ‘enough’. Also substituting [r] with [x] or as linguists termed the voiceless uvular fricative sound, which sounds like /kh/.  Just like that baby penguin meme trying to pronounce the Arabic ﺥ, Terengganuan words sound like these: khepok (keropok) - ‘fish cakes/crackers’, khete (kereta) - ‘car’, khande (keranda) - ‘coffin’. However, because of the substitution's influence in the Terengganuan dialect, it meddles with the English [r] pronunciation. Imagine pronouncing ‘crack’ in Terengganuan dialect’s sound [x] , /kh-rek/.  I know you are not the only one cracking up in laughter now. Even the /r/ sound in English is also not a true [r]. Hold up! What? Then, how would a pure-blood Terengganuan ever succeed to pronounce the English [r]? Keep reading.  Since the English [r] is not as rhotic as the Spanish word rabiaré, most of the English [r] sounds are silent or have pseudo-vowel sounds. In British English, ‘remember’ is pronounced as /re-mem-buh/.  Ta-dah! The /r/ disappeared. Getting to the point, Terengganuans can pronounce the English [r] just like our casual standard Malay [r], i.e: Rabu - ‘Wednesday’ and by all means, please drop the /kh/ sound. By acknowledging these substitutions in the dialect, Terengganuans should be more aware of our tongue placements in English pronunciation.    4. Do you even listen to yourselves? In learning another language, we have to listen to ourselves. One of the methods is to record our speech and from there we improve our pronunciations so that we don’t offend native speakers when we communicate with them. On another note, I think I offended Mr Whiskers when I meowed back at him because he hissed at me.  Keep in mind that there is no perfect pronunciation but we do have RP  (Received Pronunciation). Let’s not start another long rant on that. Anyhoo, we all have accents. Born Terengganuan built our tongue with the language properties mentioned above, but that doesn’t mean we can never improve. Sure we can. Even English native speakers have their own English accents.  We only need to work a bit harder to sound as close to their native sounds as possible and to make it decipherable. Again, we are not like my jammed office printer.  As mentioned previously, mastering the whole pronunciation needs a hefty amount of work for us as second language speakers. Try pronouncing syllables one by one at once and slow down until we get it right, and repeat. Trust the process and soon we could see improvements.  Here’s a pronunciation poem by Dr. Gerard Nolst Trenité to get our gear grinding for practice, have fun!   “Now I surely will not plague you With such words as vague and ague, But be careful how you speak, Say break, steak, but bleak and streak. Previous, precious, fuchsia, via; Pipe, snipe, recipe and choir, Cloven, oven; how and low; Script, receipt; shoe, poem, toe.”   5. Do Follow Us at TrenglishxCommunity Online Did you know that you can also learn English online with TrenglishxCommunity (TxC)? While the concept of online learning is nothing new and there are tons out there to choose from, TxC is special because it is a program by Terengganuans for Terengganuans. TxC has social media pages that you can visit to get daily English learning tips and fun language content including pronunciation content. These will come in handy as you practice your English. TxC is on Facebook, Instagram, and also YouTube. You can follow these pages so that you will receive updates. Stay tuned because TxC also offers online classes from time to time. Every practice is a learning process, and mistakes are opportunities to learn. All these tips above would help you become the English speaker you want to be. We are from Terengganu and we can speak English well!
23 Aug 21
952
Terengganu Peruntuk RM250,000 Kepada Pengusaha Melon Manis
Terengganu Peruntuk RM250,000 Kepada Pengusaha Melon Manis
KUALA TERENGGANU, 22 Ogos - Terengganu memperuntukkan RM250,000 kepada pengusaha fertigasi tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata insentif yang diberikan kepada 47 pengusaha MMT itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap sektor pertanian yang merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi di Terengganu. "Kita beri bantuan ini sebagai dorongan kepada mereka untuk terus produktif dalam usaha meningkatkan pengeluaran buah yang menjadi identiti bagi negeri Terengganu. "Bantuan 'input' dalam bentuk benih, baja, racun, sistem pengairan, EC meter, PH meter, Basilus dan beberapa input lagi bagi memperkasakan industri ini," katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas penyerahan input kepada  penerima secara 'drive thru' bagi memperkasakan tanaman Melon Manis Terengganu di TKM Peradong, Manir, hari ini. Dalam pada itu, Dr Azman berkata, pengeluaran hasil bagi tanaman MMT tidak terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula fasa pertama pada Mac tahun lalu.  "Aktiviti tanaman melon manis di Terengganu tidak terjejas termasuk di kawasan-kawasan terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memandangkan sektor ini termasuk dalam sektor 'essential' yang berkeperluan dan dibenarkam beroperasi.  "Jadi tiada berlaku isu lambakan atau buah tidak laku malah hasil pengeluaran bagi tahun ini juga sama seperti tahun lalu iaitu mencecah 500 tan setahun," katanya.  MMT adalah ikon buah di negeri itu yang mempunyai keunikan rasa tersendiri kerana ia lebih manis, rangup dan berlemak berbanding 3,000 varieti melon lain di seluruh dunia. Lebih istimewa, varieti buah itu yang eksklusif dan hanya terdapat di Terengganu tidak pernah ditanam di Malaysia sebelum ini menjadikannya sentiasa laris di pasaran dalam negara ketika ini dengan harga RM10 untuk sekilogram.
22 Aug 21
664
Pengharaman Jualan Telur Penyu Dikuatkuasa Sepenuhnya Tahun Depan
Pengharaman Jualan Telur Penyu Dikuatkuasa Sepenuhnya Tahun Depan
KUALA TERENGGANU, 22 Ogos - Kerajaan negeri dijangka akan melaksanakan penguatkuasaan pengharaman jualan telur penyu dan tuntung pada tahun 2022. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pindaan Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) kini dalam semakan akhir sebelum dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), November ini. Katanya, selepas itu, proses undang-undang akan mengambil masa agak lama tetapi yang penting ia mendapat kelulusan sidang DUN nanti. "Sebelum ini, larangan hanya melibatkan telur penyu belimbing tetapi spesies lain (agar, karah dan tuntung) dibenarkan menyebabkan ia dijual secara terbuka termasuk di Pasar Payang, Kuala Terengganu. "Ada pihak pernah bertanya kepada saya tentang penjualan telur penyu di Terengganu tetapi peraturan mengizinkan buat masa ini. "Oleh sebab itu kita perlu pinda peraturan ini supaya larangan penjualan semua jenis telur penyu dikuatkuasakan segera," katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas penyerahan input kepada 47 pengusaha secara 'drive thru' bagi memperkasakan tanaman Melon Manis Terengganu di TKM Peradong, Manir, hari ini. Katanya, pihaknya sedar Terengganu satu-satunya negeri yang masih membenarkan penjualan telur penyu di negara ini. Tambah Dr. Azman, antara pindaan enakmen ialah kadar denda bagi kesalahan bunuh, ganggu penyu dan sebagainya "Ada kadar denda yang kita cadangkan untuk dinaikkan kerana angka tahun 1987 dah tak praktikal dengan keadaan sekarang kerana hukuman terlalu ringan dan tak mampu untuk mencegah. "Kita nak supaya peruntukan dalam enekmen ini bersifat pencegahan. Bila hukuman agak tinggi, secara tidak langsung akan menakutkan orang untuk melanggar peraturan ini," jelasnya.
22 Aug 21
833
Pertanian Pacu Pembangunan Rakyat Setiu
Pertanian Pacu Pembangunan Rakyat Setiu
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos – Kerajaan negeri menyasarkan pembangunan di daerah Setiu melalui sektor pertanian selepas pelbagai faktor tempatan dan projek besar yang sedang dijalankan diambil kira. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim memaklumkan, sasaran tersebut menjadi keutamaan kerana keistimewaan Setiu adalah 70 peratus rakyatnya terlibat dalam sektor perikanan, pertanian, penternakan. “Berdasarkan faktor sedemikian, menerusi Pelan Strategik Pertanian Negeri 2019-2023, pada tahun ini 73 program dan 13 projek dijalankan dan sebahagian besar bertumpu di sini. “Antaranya seperti pemilihan Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu melihat kepada beberapa faktor antaranya daerah ini masih lagi mempunyai tanah pertanian berskala komersial untuk diusahakan di dalam sesuatu kawasan. “Kita melihat keperluan rakyat setempat, oleh itu antara dasar yang kita letakkan buat syarikat dan pelabur luar adalah tiga persoalan iaitu apakah tujuan datang di sini?, bagaimana kerajaan negeri boleh bantu dan apa rakyat boleh tukar?,” katanya. Beliau berkata demikian semasa siaran langsung Dialog Rakyat Terengganu Peringkat Setiu, di Facebook TVDI, baru-baru ini. Sementara itu, Dr Azman turut menceritakan pelaburan asing dari Amerika Syarikat melalui McCormick Global Ingredients Malaysia Sdn Bhd yang mampu memberi manfaat secara langsung kepada penggiat tani di sekitar daerah itu. “Dengan tanah seluas 500 hektar, 100 hektar daripada itu akan digunakan untuk rakyat kita seperti petukaran kemahiran dan teknologi dengan bakal pengeluar komersil yang terbesar lada hitam di Asia Tenggara itu," jelasnya. Tambahnya lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, beliau menyeru agar semua pemain taruh dalam industri tersebut bergerak sebagai satu pasukan. “Rantaian pembuat dasar, pegawai pelaksana dan rakyat yang mendapat manfaat tidak boleh putus, kita perlu saling melengkapi dan sasaran agar rakyat boleh kebaikan dari inisiatif ini,” katanya lagi.
22 Aug 21
1598
Terengganu Capai 40 Peratus Lengkap Vaksin
Terengganu Capai 40 Peratus Lengkap Vaksin
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos – Kadar pemvaksinan di Terengganu telah mencapai 40 peratus bagi dos kedua dalam kalangan populasi dewasa semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKVAV). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak walau bagaimanapun berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) walaupun telah menerima lengkap disuntik. Ini kerana katanya, individu yang disuntik masih lagi berisiko untuk dijangkiti. “Yang paling penting, ini bukan nak membimbangkan saudara-saudari, tapi kita tidak kebal, suntikan vaksin kalau dijangkiti hanya mampu mengurangkan kesan gejala (kategori 1 dan 2) dan akan sembuh melalui kuarantin sehingga 14 hari. “Sentiasa patuh SOP elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat, amalkan 3W (Amalkan Wash, Wear dan Warn) serta sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan,” katanya ketika bersiaran langsung di TVDI. Terdahulu, Terengganu dijangka beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) September ini, kata Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Sebelum ini, indikator bagi membolehkan peralihan ke Fasa 3, adalah usaha vaksinasi dua dos perlu mencapai kadar 40 peratus, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) di tahap selamat, dan kes harian COVID-19 berada di bawah angka 2,000.
21 Aug 21
657
Ismail Sabri Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-9
Ismail Sabri Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-9
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat. "Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. "Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9," katanya melalui  kenyataan rasmi di media sosial Istana Negara, hari ini. Tambah beliau, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada esok (21 Ogos 2021), jam 2.30 petang, di lstana Negara. Kenyataan itu dikeluarkan pasca Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung selama dua jam setengah bermula pada jam 2.30 petang tadi. Dalam perbincangan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu, susulan daripada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu. Istana Negara juga telah menerima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat, masing-masing menerusi surat akuan (statutory declaration) pada 18 Ogos 2021 lalu.  
20 Aug 21
179
Kadar Vaksinasi Di Terengganu Meningkat Dua Kali Ganda
Kadar Vaksinasi Di Terengganu Meningkat Dua Kali Ganda
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos – Terengganu mencatatkan peningkatan hampir dua kali ganda dalam pemberian dos vaksin harian berbanding minggu lepas, menurut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKVAV). Berdasarkan sumber Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), jumlah pemberian dos vaksin pada kelmarin adalah sebanyak 28,479 suntikan terdiri daripada 19,825 dos pertama dan 8,654 dos kedua. Ia merupakan kenaikan berbanding sejumlah 10,179 dos pada 9 Ogos lalu, menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, Terengganu yang kini mempunyai 25 lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) merupakan negeri ketiga tertinggi dalam suntikan vaksin pertama dibawah Johor (33,092 dos) dan Sabah (30,602 dos). “Kerajaan negeri bersama pelbagai pihak sedang ‘all out’ memastikan PICK diteruskan secepat dan sebaik mungkin melalui pelbagai PPV seperti program ‘Outreach’, Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK). “Jangkaan pada hujung bulan ini, kita akan mencapai 40 peratus (808,400 orang) lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa dan mencapai nilai ambang salah satu indikator nilai ambang bagi peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). “Sekitar Ogos juga, negeri ini akan menerima sebanyak 583,120 dos vaksin yang merupakan lagi berita baik buat masyarakat supaya dapat mencapai kelompok imuniti,” katanya ketika bersiaran langsung di TVDI, petang tadi. Secara keseluruhan, jumlah kumulatif pemberian dos pertama kini mencecah 41.2 peratus daripada jumlah populasi (518,691 dos pertama) manakala 24 peratus telah lengkap suntikan kedua-dua dos.  
19 Aug 21
1609
700 Jalur Gemilang Diagih Kepada Penerima Vaksin
700 Jalur Gemilang Diagih Kepada Penerima Vaksin
Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 19 Ogos - Sebanyak 700 Jalur Gemilang  dan  pamplet Rukun Negara diagih kepada penerima suntikan vaksin COVID-19  bersempena Program Kempen Kibar Jalur Gemilang : Drive Through.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kempen anjuran Jabatan Perpaduan Negara itu bertujuan memupuk  semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia. "Rakyat perlu menghargai perjuangan generasi dahulu di dalam berjuang menentang penjajah, gabungan tenaga dan buah fikiran ulama - ulama dahulu, negara kita berjaya dibebaskan daripada terus dijajah," katanya.  Alias berkata demikian selepas majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang (SMKAKA) di sini. Pemilihan SMKAKA adalah kerana mengambil peluang orang ramai yang hadir untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sempena Program Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK). Turut hadir, Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu, Rosli Alias, Pegawai Perpaduan Negara  Daerah Dungun,  Tengku Mazilawati Tengku Muhamad dan Penghulu Mukim Abang, Abdul Ghafar Abu Bakar. Alias turut menyeru agar rakyat sentiasa menjaga perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum, agama, dan bangsa.  "Dengan menonjolkan nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tidak di cengkam penjajah dalam bentuk baharu iaitu dengan menjajah minda rakyat supaya menetang kerajaan yang ada hari ini," ujarnya.
19 Aug 21
211
Pelbagai Pihak Tampil Bantu Lancarkan Proses Pemberian Vaksin
Pelbagai Pihak Tampil Bantu Lancarkan Proses Pemberian Vaksin
Oleh :Nooreni Abu Bakar  DUNGUN, 18 Ogos- Pelbagai pihak tampil memainkan peranan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, sebelum ini prosesnya agak perlahan sehingga merisaukan orang ramai.  "Alhamdulillah dengan usaha yang diambil oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT) di Masjid Serdang ini memberi peluang masyarakat yang tinggal berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, ini sudah tentu memberi kemudahan kepada mereka.  "Manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang (SMKAKA) pula, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan Program Jejak Vaksin UniSZA selama dua hari dan seramai 1,400 orang disuntik vaksin dos pertama dari seluruh DUN Rantau Abang," katanya ketika ditemui di SMKAKA di sini.  Sementara itu, Penghulu Mukim Abang, Abdul Ghafar Abu Bakar memberitahu bertempat di SMKAKA juga akan diteruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dibawah Program Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) bermula 17 sehingga 21 Ogos ini. "Dimana selama lima hari sebanyak 700 dos pertama disediakan, menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 3,500  orang,"jelasnya. Setiausaha PAPISMA Cawangan Dungun, Dr Mardziah Mohamad, menjelaskan PAPISMA cuba membantu kerajaan untuk merancakkan pemberian vaksin setelah melihat prosesnya agak perlahan di Daerah Dungun.  "Sehingga kini, Masjid Serdang adalah 'Outreach' ketiga, selepas dua di Paka dan tumpuan kita adalah di kawasannya jauh daripada PPV utama," ujarnya lagi.  Manakala seorang warga emas, Tengah Abdul Rahman, 74 yang ditemui, bersyukur telah selesai dos pertama tanpa perlu ke bandar Dungun.  "Alhamdulillah, buat program cucuk vaksin di Masjid Serdang ni, tidak perlu gi jauh-jauh, " katanya yang tinggal di Delong.
18 Aug 21
413