Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Tingkatkan Vaksinasi Sebelum Musim Tengkujuh
KUALA TERENGGANU, 13 September – Kerajaan melalui agensi berkaitan sedang giat mempertingkatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi menaikkan kadar suntikan sebelum menghadapi musim tengkujuh di Terengganu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, antara strategi diambil adakah meningkatkan jumlah vaksin bagi bulan September buat negeri ini dan negeri berpotensi dilanda banjir seperti Kelantan, Pahang, Kedah dan Sabah.
“Dengan ada jumlah dos mencukupi, kita ada sasaran jelas untuk dicapai, walaubagaimanapun, sesetengah negeri hampir mencapai pemvaksinan penuh daripada mereka yang berdaftar dibawah aplikasi Mysejahtera.
“Bagi mengatasi cabaran ini, pertemuan bersemuka atau pengumpulan nama oleh Pusat Kesihatan Daerah serta ketua masyarakat adalah penting dalam ‘ramp-up’ vaksinasi.
“Oleh sebab itu, MOSTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan program ‘Outreach’ bagi menyuntik golongan yang tidak mampu ke Pusat Pemberian Vaksin serta tidak berupaya untuk mendaftar melalui Mysejahtera,” katanya ketika ditemubual selepas program vaksinasi ‘Outreach’ di Taman Desa Paloh, pagi semalam.
Tambahnya yang juga Pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Terengganu dijangka mencapai kadar peratusan populasi dewasa lengkap divaksinasi 80% pada minggu akhir bulan September 2021.
“Terengganu juga telah memperluaskan vaksinasi 'walk-in' di mana inisiatif tersebut telah dibuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas di PPV tertentu di semua daerah. Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 PPV telah menerima vaksinasi walk-in untuk semua populasi dewasa," katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh bermula pada awal November ini hingga Mac tahun hadapan dengan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku sepanjang tempoh tersebut.
13 Sep 21
311
Sidang DUN : ADUN Diminta Manfaatkan Peluang Sepenuhnya
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU, 13 September – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu diseru memanfaatkan peluang sebaiknya demi kebajikan rakyat semasa bersidang dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 yang diadakan hari ini sehingga 15 September.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, mereka harus memberi tumpuan dalam berbakti kepada masyarakat dan memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada pihak kerajaan.
“Usah kita pertikaikan perkara-perkara picisan yang menyebabkan perbalahan sesama sendiri dalam era pandemik seperti ini.
“Setiap wakil rakyat perlu bersatu, berganding bahu demi kemaslahatan rakyat,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pembukaan sidang DUN tersebut yang dibuka dengan rasminya oleh titah perutusan Sultan Terengganu, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dibacakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurutnya, setiap wakil rakyat mestilah mengambil peluang yang ada dengan sebaik-baiknya dalam menguruskan kepentingan politik dan kehidupan bermasyarakat.
”Kita boleh berbeza pendapat dalam perkara-perkara cabang (furu') tetapi atas nama kita sebagai umat Islam tidak ada apa-apa alasan lagi untuk kita tidak boleh bersatu.
“Selain itu, wakil rakyat perlu mengekalkan sifat bermuafakat dalam perkara dasar (usul) demi kepentingan masa depan agama kita, bangsa kita dan 'survival' generasi yang akan datang,” ujarnya.
Sebelum itu, beliau turut memohon maaf kepada semua ADUN sekiranya peraturan dan SOP yang ditetapkan bagi menghadiri sidang pada kali ini agak ketat yang mungkin akan menyebabkan tidak selesa.
“Keputusan yang dibuat umpamanya mewajibkan setiap Ahli Yang Berhormat (AYB) menjalani 'swab test' sebelum persidangan dan setiap hari perlu membuat 'saliva test' secara kendiri.
“Serta mereka yang bergejala tidak dibenarkan masuk adalah untuk memastikan keselamatan kita bersama, insya-Allah,” tambah Yahaya.
13 Sep 21
218
Persidangan DUN Terengganu Bermula Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 13 September - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 telah bermula pagi ini dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat.
Persidangan telah bermula pada jam 9.30 pagi dengan perutusan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibacakan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sidang DUN tersebut diikuti dengan ucapan Yang Dipertuanya, Dato' Yahaya Ali kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas-kertas kerja Dan laporan-laporan pada jam 10.30 pagi ini.
Pada hari kedua, pergerakan sidang bermula dengan soalan-soalan yang telah diberi notis (soalan lisan dan bertulis) kemudian Usul Di Bawah Perkara 30 (jika ada). Pada jam 11.00 pagi, Usul Menjunjung Kasih seterusnya Perbahasan Perutusan KDYMM Sultan.
Manakala pada hari terakhir, pengisian melibatkan penggulungan ke atas perutusan KDYMM Sultan, pelantikan Ahli Dewan Negara dan Rang Undang-undang.
Untuk pengetahuan liputan persidangan sehingga 15 September boleh diikuti melalui siaran secara langsung melalui pelbagai platform kerajaan negeri seperti Portal Rasmi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan TV Darul Iman.
13 Sep 21
382
Lebih 93 Ribu Remaja Terengganu Layak Divaksin
KUALA TERENGGANU, 12 September – Seramai 93,262 remaja di negeri ini telah dikenalpasti layak untuk diberikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang akan dijalankan di sekolah-sekolah.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tarikh bagi pelaksanaan vaksinasi tersebut bergantung kepada petanda awalnya iaitu selepas kadar peratusan populasi dewasa lengkap divaksinasi mencapai 80 peratus pada minggu akhir bulan September.
“Keputusan kerajaan untuk melengkapkan pemberian vaksin dewasa terlebih dahulu, jika kita melepasi petanda 80 peratus itu, maka MOSTI akan berkomunikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan melancarkan gerak kerja seawal mungkin.
“Untuk makluman, Terengganu telah berjaya mencapai kadar peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa melebihi 66.73 peratus pada 10 September 2021. Sementara itu, lebih 90.03 peratus daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya dos satu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program vaksinasi ‘Outreach’ di Taman Desa Paloh, pagi tadi.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dato' Dr Kasemani Embong dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah.
Tambahnya, berdasarkan pembentangan pemantauan pengedaran vaksin COVID-19 semasa Mesyuarat CITF, Terengganu bakal menerima bekalan vaksin sebanyak 643,187 ribu dos sepanjang bulan September ini.
Terdahulu, PICK akan memulakan vaksinasi mengikut keutamaan iaitu remaja (12 hingga 17 tahun) yang mempunyai masalah penyakit kronik, diikuti individu remaja (12 hingga 17 tahun) tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur, kata Menteri Penyelarasnya Khairy Jamaluddin.
12 Sep 21
415
Tiada Institusi Pondok, Sekolah Agama Di Terengganu Gulung Tikar
KUALA NERUS, 12 September – Tiada institusi pondok persendirian atau sekolah agama rakyat di Terengganu terpaksa menutup operasi akibat kekangan dana sebagaimana yang dilaporkan berlaku di negeri-negeri lain baru-baru ini susulan wabak COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, tidak timbul isu gulung tikar dalam 142 institusi berdaftar sehingga kini akibat terputus sumber kewangan.
“Kerajaan negeri baru-baru ini telah mengagihkan dana melalui Skim Al-Ghazali dengan memberi insentif secara bulanan kepada guru-guru sekolah agama swasta dan seumpamanya.
“Kita telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta daripada awal Januari sehingga Disember sebanyak RM900 seorang guru,” katanya baru-baru ini.
Tambahnya, bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM1.14 juta dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut memastikan institusi pendidikan agama dapat terus beroperasi.
Sementara itu, menyentuh usaha pemvaksinan bagi pelajar dan guru pondok dan tahfiz, Satiful menjelaskan, nama-nama terlibat sudah berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JAPINT) dan telah diarahkan supaya menerima suntikan.
“Kita beri keutamaan kepada mereka kerana golongan pendidikan ini juga dapat dilihat sebagai barisan hadapan, ada juga dikalangan pelajar pondok berusia 17 tahun keatas,” katanya lagi.
12 Sep 21
434
Kes Positif Hampiri 1000, Kuala Terengganu Tertinggi
KUALA TERENGGANU, 12 September – Terengganu mencatatkan peningkatan kepada 953 kes positif harian COVID-19 dan lima kematian, dengan kes tertinggi dicatatkan di bandar raya Kuala Terengganu.
Menurut laporan disediakan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sehingga semalam, kes teratas mengikut pecahan daerah diikuti Besut (235 kes) dan Kuala Nerus serta Marang (104 kes).
“Daripada 38 kluster di dalam negeri, kluster komuniti iaitu Selasih Jertih merekodkan bilangan kes baru tertinggi dengan 20 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan 149 kes sejak dikesan pada awal bulan ini.
“Sementara itu, kes melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) menunjukkan angka 26 kes positif,” katanya menerusi Facebook rasmi JKNT, semalam.
Dalam pada itu, menurut analisa laman web rasmi COVIDNOW oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dalam negeri mencatatkan 68.9 peratus dengan 43.8 peratus menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Manakala, peratusan kapasiti katil di hospital dalam mencecah 80 peratus (termasuk untuk penggunaan kes bukan COVID-19,” katanya lagi.
12 Sep 21
4060
Kerajaan Timbang Salurkan Subsidi Kepada Pengeluar Ayam Utama
HULU TERENGGANU, 11 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi membincangkan pemberian subsidi kepada 20 pengusaha ladang ayam utama di negara ini.
Timbalan Menterinya, Dato' Rosol Wahid berkata, ia sebagai usaha kerajaan bagi mengawal kenaikan harga ayam yang kini membebankan para pengguna.
Katanya, terdapat kira-kira 20 pengusaha ternakan ayam terbesar yang kini beroperasi di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak yang mengeluarkan 80 peratus ayam untuk pasaran seluruh negara akan terlibat dalam cadangan pemberian subsisi tersebut.
"Kenaikan harga ayam ketika ini dikatakan berpunca daripada peningkatan harga makanan ayam kerana komponennya iaitu soya dan jagung diimport sepenuhnya dari luar negara.
Cadangan subsidi ini dilihat sesuai untuk mengawal kenaikan harga ayam dan ia terbukti sebagaimana kita laksanakan ketika kawal kenaikan harga minyak sawit dalam botol satu ketika dahulu
“Pelaksanaan sistem subsidi ini sesuai untuk mengawal kenaikan harga ayam dan telah terbukti berjaya semasa kita buat untuk mengawal kenaikan harga minyak pada Jun lepas,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke Pasar Ajil di sini hari ini.
Rosol berkata, harga jualan ayam tertinggi yang direkodkan setakat ini ialah RM11/kg di Pasar Basah Gopeng, Perak.
"Purata harga semasa jualan ayam di pasar basah seluruh negara ialah RM9.00 hingga 10.50 sekilogram," tambahnya.
Dalam pada itu, KPDNHEP turut mengadakan pertemuan dengan wakil persatuan penternak ayam bagi memantau pengeluaran bekalan ayam di seluruh negeri.
"Semalam, pihak KPDNHEP telah adakan perbincangan bersama-sama 20 syarikat penternak ayam utama bagi membincangkan isu kenaikan harga ayam yang agak membebankan orang ramai.
"Kita harap kesemuanya dapat memberikan kerjasama untuk meminimumkan kenaikan harga ayam dan mengelak kenaikan secara mendadak di semua peringkat rantaian pengedaran," ujarnya lagi.
Sementara itu, Rosol berkata,
sepanjang Ops Catut (Pasar) 8.0, penguat kuasa KPDNHEP telah mengeluarkan 12 Surat Pemberitahuan yang meminta peniaga menyemak semula harga jualan ayam dan menurunkan kadar harga jualan.
Tambahnya lagi, sebanyak 63 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dan 56 Notis Bertulis (NB) dikeluarkan kepada peniaga untuk siasatan lanjut sekiranya berlaku unsur pencatutan dalam jualan ayam hidup, ayam standard dan ayam super.
11 Sep 21
239
Mantan Exco Terengganu Meninggal Dunia, Hilangnya Permata
KUALA TERENGGANU, 10 September – Mantan Exco Kerajaan Negeri, Dr Abu Bakar Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.28 malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehilangan Almarhum diibaratkan seperti kehilangan sebutir permata yang banyak menyumbang bakti dalam bidang pendidikan buat ummah dan kerajaan pada tahun 1999 sehingga 2004.
“Khabar duka diterima lewat malam tadi, Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah telah kembali menemui pencipta. Takziah buat seluruh ahli keluarga,” katanya menerusi Facebook rasminya pagi tadi.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, antara jasa beliau adalah membangunkan pusat pendidikan bersejarah, Institut Berakan dan juga Maahad Tahfiz wa Tarbiyah, Tok Jiring bersama Allahyarham Dato' Abu Bakar Chik.
“Seorang tokoh ulama yang tidak pernah kenal erti rehat dari medan dakwah dan perjuangan sehingga diuji dengan stroke yang menyebabkan pergerakan Ustaz sangat terbatas beberapa tahun lalu.
“Insya-Allah akan menjadi pahala jariah beliau yang panjang disamping pengajaran dan penulisan ilmu, dakwah dan perjuangan politik Islam yang beliau dokong sehingga ke akhir hayat.
“Beliau gigih menyumbang bakti bersama Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Terengganu dan berpengalaman panjang menyumbang jasa kepada rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim memaklumkan menerusi sosial media rasminya, Solat Jenazah buat Almarhum Dr Abu Bakar Abdullah akan diadakan selepas selesai Solat Jumaat di Masjid Jamek Tok Jiring (MTT) dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan MTT.
“Manakala, bagi yang berhalangan untuk hadir dan juga keperluan menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP), Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu menyarankan agar dapat dilaksanakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum selepas Solat Asar hari ini,” jelasnya.
10 Sep 21
1065
PKPD Tujuh Lokaliti Di Dungun Dilanjutkan
KUALA TERENGGANU, 10 September - Tujuh lokaliti di Dungun dilanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 24 September depan.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelanjutan tersebut diputuskan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta jangkitan Covid-19.
“Lokaliti tersebut melibatkan Bandar Paka; Gong Gemia; Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas yang membabitkan sejumlah lebih 10,000 penduduk," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Terdahulu, pelaksanaan PKPD sejak 28 Ogos itu akibat Kluster komuniti iaitu Kampung Limbong melibatkan seorang penduduk tempatan bergejala yang berusia 55 tahun disahkan positif Covid-19 pada 16 Ogos dan menjangkiti 53 orang akhir bulan itu.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), kluster tersebut hari ini merekodkan satu kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif virus itu sebanyak 122 kes sejak Ogos lalu.
“Terengganu mencatatkan peningkatan kes sebanyak 910 kes positif COVID-19 dan 22 kes adalah dari Dungun," katanya menerusi laman Facebook rasmi JKNT.
10 Sep 21
1301
Terengganuans Already Know Some English!
Author: Nurul Syuhada Rozeli from TrenglishxCommunity, Yayasan Terengganu
This title is not clickbait. Terengganuans genuinely already know a number of words in English even if we have never studied the language.
English words and language patterns are everywhere in the Terengganu dialect; identifying them enlightens us to a knowledge base of it that we didn’t even know we had.
In this article, we are going to discover the similarities between the Terengganu dialect and the English language.
To help you along your language learning journey, let’s get a foot up and get yourself into believing it can be done.
For the purpose of illustration, we will use accented letters to denote some sounds in Terengganu words. The letters are:
é - the sound of the letter E as in the English word ‘end’
ö - the sound of the letter O as in the English word ‘cot’
1. English Vocab in Ganu Dialect?
English loanwords exist in the Terengganu dialect and they are here to make our life learning it easier than we thought possible.
But first, what are loanwords?
Loanwords refer to words borrowed from another language. We usually borrow words when they are not readily translated into our mother tongue. This is not an exception for the Terengganu dialect.
It may have been years since the British colonizers left but our dialect still has words borrowed from their language. Believe it or not, we bleed English too. Here is one example:
“Muke ye lék lék pe Angelina Jolie.” – “She looks like Angelina Jolie.”
English has the word “like” which is believed to be the origin of our dialect word lék lék that is meant to refer to things that are similar.
We also adopted a word for a state of drowning or speaking with a lot of water in one’s mouth that is closely related to the English word bubble. Imagine drowning and speaking with water inside our mouth, it sounds bubbly. Eureka! There goes our dialect version, böbök! It is fascinating how we make it easier for our tongue to pronounce that.
And these ones speak for themselves!
Stak – Start
Blébér – Blabber
Peréh – Press
Segerét – Cigarette
Loyar – Lawyer
Gohék – Go ahead
Also, remember our signature phoneme ‘NG’ /ŋ/ mentioned in the article Terengganuans Can Sound Good in English Too? We have /ŋ/ in almost every word that ends with /n/ such as these:
Gostang – Go astern
Kareng – Current
Poméng – Foreman
Döktong – Downtown
And this one deserves some extra attention: mat salleh.
Mat and Salleh are typical Malay names. A Mat Salleh however is not at all a Malay person. There are some stories behind why Terengganuans call every English, American, or European person mat salleh. Who is Salleh though?
One story is that there were many drunk English sailors loitering around on Terengganu shores. It was a bother to the locals so some British officers apologized to Terengganuans while referring to those drunkards as mad sailors.
Predictably, Terengganuans made the pronunciation more convenient for their tongue and used mat salleh which has almost indistinguishable sounds from mad sailors.
However, some words retain their original pronunciation but have totally different meanings. For instance, térer which we use to mean the quality of being extremely good comes from the English word terror that means extreme fear. You may want to note this.
There are more examples out there and it'll be good to discover them to avoid misunderstanding when we are trying to use them in English. Do drop us a comment with any other examples that you found!
Guys, are you a ‘The Key What Attack’ clansman? Pronounced in Terengganuan as “Deki wat éték”, it's literally translated as “If you’re jealous you should do it too”.
Guess which word in the sentence is actually used in the same sense as its English word? Good, it’s “attack”! The éték used by Terengganuans is also from the English word “attack”, ya know that?
“Attack means ‘serang’ laa.” Okay peeps, take it easy.
Let’s add some extra knowledge on this. English too has developed itself by borrowing words from other languages such as German, Italian, and French throughout history. It blew my mind too when I found out the primary definition of attack is ‘to join battle’, with etymology in Germanic attaccare. This has nearly the same meaning as the Terengganuan éték – to join in doing something. Take a look at this:
“Mung nok gi makang éték dok?” – Do you want to go eat too?
See what éték did there? That Terengganuan word is used to ask whether one is going to JOIN the meal. I bet we should count that as one English loanword too, shall we?
2. The Truly Expressive Expression
Yup! That was refreshing but now we are moving on to the delights of expressions between both languages. Terengganuans prefer describing something very powerfully together with elaboration so they use phrases like these:
Putih leput
Itang legang / bletung
Sejuk ketor
Kemah keming
Ceröh nerang
DO YOU KNOW? English also has a remarkably similar pattern to our dialect phrases - it is called compound adjectives; it has two or more attributive words and its function is to describe the qualities of something just like adjectives do.
These are the closest translations found that match those of the Terengganu dialect above:
Snow-white
Pitch-black
Ice-cold
Tight-fitting
Brightly-lit
See! There are more similarities between the Terengganu dialect and English. Knowing this will entertain us in our English expedition. Are you excited to learn English now? Please hold your horses because there is one more
3. The Joy of Rhyming Words
The English language has what they call a rhyming compound where the last sound of the initial word is repeated for the purpose of rhyming. Look at these and try pronouncing them:
Harum-scarum (reckless)
Easy-peasy (not at all difficult)
Hocus-pocus (nonsense)
Helter-skelter (haphazard)
Lovey-dovey (affectionate)
Razzle-dazzle (a state of confusion)
Super-duper (great)
Teenie-weenie (tiny)
So if you say it out loud, you can hear that all words above rhyme in their last syllables. Don’t you feel like we have the same thing too in our dialect?
YES! We have it too, sepmung!
Terengganuans love playing with words and rhymes too, making it a bright dialect and very amusing to hear. Though we don’t have rhyming compounds that mean exactly like those in English, we have that feature too and rhyme a lot of words such as:
Bahang rambang (reckless)
Golék arék (rolling)
Ketak glemak (very tight)
Hanyar banyar (messy)
Calör balör (scratchy)
Bölök wök (tangled/smeared/confusing)
Besör jalör (big – as in a kid has become an adult or mature/enormous)
Kecék tuék (tiny)
Cool, isn’t it? We never actually realize our dialect has a lot of similarities with English including this very unique feature. With so many Terengganuan words having English origins and features, it won't be that hard to learn English anymore.
We already know the meanings, patterns, and how to pronounce them. Add more English knowledge, and you’ll be closer to mastering this difficult but fascinating language! Keep exploring loanwords as well as other connections between our dialect with English. You won’t regret it.
Better yet, not get involved in TrenglishxCommunity and share the knowledge for the benefit of other Terengganuans too? Let’s become part of this amazing community as you advance with your new but familiar English language. Follow and subscribe to our social media on FB, IG and YouTube. See you there!
09 Sep 21
1409