Artikel "Utama" Terkini
DUN Batu Buruk Turap 25 Jalan Kampung
KUALA TERENGGANU, 6 Oktober – Sebanyak 25 batang jalan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah diturap bagi fasa pertama tahun ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, kerja-kerja penurapan jalan tersebut bagi memberikan keselesaan dan kemudahan buat penduduk setempat.
Keadaan Jalan Selepas Diturap
“InsyaAllah, sebanyak 23 lagi jalan kampung akan dinaik taraf pada fasa yang kedua yang akan bermula pada penghujung Oktober ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang telah menjadi mata dan telinga kami dalam menyalurkan aduan penduduk kampung berkenaan jalan ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, bulan oktober ini juga pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk akan memberikan fokus kepada persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh.
Keadaan Jalan Sebelum Diturap
06 Oct 21
1069
Rise Again Through Digitalisation
KUALA TERENGGANU, 6 October - Unlike the fallen ancient civilisation that succumbed to diseases and plagues, Terengganu is optimistic that its culturally rich tourism sector will rise against COVID-19 with the adoption of digitalisation.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar said, amidst the negative impacts towards global tourism and related economic activities, innovation is a key factor in effectively support financial and operation sustainability.
“The pandemic has shown these sectors can grow digitally with tangible data showing that we have come forward five years ahead with the greatest opportunity with the use of technology.
“I can say that the pandemic has acted as a catalyst in this effort, in a short amount of time, we adapted to doing digital transactions such as online meetings, digital marketing and online meetings.
“I believe we will rise again, more prevalent that, the state government is consistently keen in venturing into digitalisation.
The Rhu Rendang state assembly illustrated by mentioning the launching of the Terengganu Smart Digital Government Master Plan (2021-2030) alongside the Strategic Artificial Intelligence Park Plan to capitalise and build a sustainable digital environment.
During the closing speech at Global Tourism Conference (GTC) 2021 last month, Ahmad Samsuri further pointed out the silver lining for the tourism sector during the hardships that digital improvements can be done mainly on the economy, social and environment.
Previously, State Tourism, Culture and Digital Technology Committee chairman Ariffin Deraman said that the government fully encourage all accommodation operators to use digital technology in the form of an online booking system to welcome back tourists.
Moreover, state tourism also garnered a mass following of more than 300,000 followers on Terengganu tourism pages in social media sites such as Facebook, Instagram and others, showing the potential for online marketing and promotion.
05 Oct 21
578
70,073 Remaja Terengganu Terima Dos Pertama Vaksin
KUALA TERENGGANU, 5 Oktober - Seramai 70,073 atau kira-kira 50.7 peratus remaja di Terengganu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat 1 Oktober lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dato' Dr. Kasemani Embong berkata, jumlah itu daripada keseluruhan 138,100 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negeri ini.
Katanya, berdasarkan tempoh sama, seramai 2,736 orang atau 2 peratus pula direkodkan lengkap dua dos suntikan berkenaan.
“Kepada para ibu bapa, pastikan anak-anak yang layak, hadir mendapatkan dos lengkap vaksin Covid-19.
“Sebanyak 57 sekolah di seluruh negeri dipilih sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) untuk remaja yang beroperasi sejak 21 September lalu hingga Khamis ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Tambahnya, pencapaian itu merupakan kejayaan membanggakan terutama bagi rakyat Terengganu sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan pada 15 September lalu.
Menurut Kasemani, PICK Remaja turut dilaksanakan secara walk-in di klinik kesihatan bagi pelajar berasrama penuh dari negeri dan daerah selain Terengganu, individu yang tidak bersekolah di samping remaja berumur 12 tahun yang sudah mencapai tarikh lahir.
Sementara itu, katanya, seramai 738,839 atau 91.4 peratus populasi dewasa Terengganu mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 manakala 686,363 atau 84.9 peratus pula telah melengkapkan vaksinasi berkenaan.
05 Oct 21
224
IPU Di Tiga Kawasan Terengganu Lepasi Tahap Biru
KUALA TERENGGANU, 5 Oktober - Tiga kawasan di Terengganu telah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 50 berdasarkan maklumat dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 9 pagi tadi.
Menurut laman sesawangnya, Kuala Terengganu mencatatkan kadar IPU 59 diikuti Kemaman 58 dan Paka 52.
“Bacaan IPU adalah ditentukan oleh kepekatan habuk halus yang merupakan pencemar dominan pada kebanyakan masa terutamanya semasa berlakunya jerebu di Malaysia.
“Kadar 51 sehingga 100 atau ditanda dengan warna hijau ialah IPU tahap pencemaran sederhana, yang tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.
“Namun begitu, orang yang sensitif dinasihatkan supaya mengurangkan waktu pendedahan di luar rumah, selain memberi kesan kesihatan umum yang mungkin membimbangkan paras sederhana bagi sebilangan individu sekiranya alah kepada pencemaran udara akibat sesetengah bahan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Sumber : Laman sesawang JAS
Bagaimanapun, satu kawasan di dalam negeri iaitu Besut masih dianggap IPU baik atau berwarna biru dengan bacaan 46 iaitu tahap bawah 50.
“Tahap ini merujuk kepada pencemaran yang rendah tanpa sebarang kesan buruk terhadap kesihatan. Tiada sekatan untuk aktiviti luar kepada orang ramai dan terus kekalkan gaya hidup sihat,” katanya lagi.
Antara faktor berlakunya peningkatan kadar IPU seperti aktiviti ekonomi, pelepasan asap perkilangan, ekzos kenderaan dan sebagainya.
05 Oct 21
2508
Mesin ATM Beras Kini Di Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 4 Oktober - Masjid Pekan Ajil di sini menjadi lokasi pertama di Terengganu yang memiliki dan menyediakan khidmat mesin ATM beras secara percuma buat golongan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19, selepas Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Rosol Wahid, berkata, sehingga akhir tahun ini, pihaknya akan menempatkan sebanyak lima mesin berkenaan di beberapa lokasi terpilih dan Hulu Terengganu menjadi lokasi kedua penggunaan mesin berkenaan.
Katanya, inisiatif peduli rakyat itu antara kesinambungan bantuan makanan asas menerusi program Gerobok Prihatin di 93 buah masjid yang dilaksanakan Pejabat Parlimen Hulu Terengganu sejak Mei lalu.
"Mesin ATM Beras dengan kapasiti 500 kilogram beras bagi setiap penggunaan itu dapat membantu mengurangkan bebanan penduduk kurang berkemampuan dan golongan memerlukan untuk mendapatkan bekalan makanan asas itu.
“Sesiapa sahaja yang memerlukan boleh datang pada bila-bila masa dan mengikut arahan yang dipaparkan untuk mendapatkan bekalan sehingga lima kilogram beras bagi setiap pengeluaran,” katanya selepas melancarkan Mesin ATM Beras di Masjid Pekan Ajil, semalam.
Katanya, program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Sekretariat Food Bank Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan rakan strategik utama iaitu Kumpulan Legasi Z dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Bagi menampung keperluan penduduk yang memerlukan bantuan makanan menerusi program itu, katanya, sebanyak satu tan beras diperuntukkan bagi setiap bulan.
Mesin ATM beras berkenaan akan diselia oleh pihak pengurusan kariah masjid dan mempunyai dua fungsi iaitu mengeluarkan beras mengikut kuantiti yang ditetapkan selain mempunyai tabung khas untuk orang ramai menderma bagi mengisi bekalan beras di dalam mesin.
04 Oct 21
1162
Kenali Tenggol, Mutiara Tersembunyi Di Terengganu
DUNGUN, 4 Oktober – Walaupun tidak menonjol seperti Pulau Redang atau Pulau Perhentian, Pulau Tenggol tetap mempunyai keistimewaan tersendiri seperti keindahan memukau permukaan pasir putih dan lautan hijau hingga mampu membuatkan penggemar snorkeling serta skuba terpesona.
Pengerusi Persatuan 1 Malaysia Divers, Noor Fadzli Shah berkata, antara keunikan utama pulau peranginan tersebut adalah hidupan laut yang amat menakjubkan untuk dirasai melalui aktiviti rekreasi dalam air.
“Pada hari ini sahaja, sekumpulan ikan lumba dapat dilihat berenang semasa menghala ke Pulau Tenggol, fenomena yang jarang berlaku di tempat lain hanya dapat berlaku di sini,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengusaha Tenggol Coral Beach Resort (TCBR), Siew Kam Heong menceritakan, kepelbagaian hidupan marin amat meriah berbanding pulau lain.
“Antaranya seperti species Whale Shark, Manta Ray, Leopard Shark dan lain-lain lagi dapat ditemui disini dengan lebih 25 lokasi menyelam dan snorkeling terbaik.
“Hidupan terumbu karang turut mewarnai dasar laut, lebih mekar berbanding di perairan lain di Pantai Timur kerana jarang diusik tangan manusia dan bot berbanding pulau peranginan tumpuan ramai,” jelasnya.
Menurut pengusaha juga, selain bot kayak, aktiviti rekreasi daratan juga didapati di pulau tersebut dengan aktiviti trek hutan atau ‘Jungle Trekking’ ke puncak bukit di tengah-tengah pulau berketinggian 800 kaki sesuai bagi melihat matahari terbenam setiap waktu petang.
Bagi penggemar aktiviti selam skuba, keistimewaan di Pulau Tenggol adalah perkhidmatan bertaraf lima bintang bagi mereka yang baharu dan veteran dalam rekreasi tersebut.
Tambah seorang lagi pengusaha Joe Tan Kean Koo, kelebihan TCBR adalah bagi pelajar yang ingin mengambil lesen skuba, proses akan mengambil masa selama empat hari dengan kursus ditemani pakar professional di setiap langkah.
“Para penyelam tidak perlu risau untuk mengangkat peralatan dan tangka berat ke bot dan sebagainya, kita akan memberi layanan kemudahan bagi memudahkan aktiviti lautan ini, kita tidak mengambil jalan pintas untuk mendapat kelulusan ini,” tambahnya.
Jelas Noor Fadzli lagi, pengusaha resort tersebut amat menjaga perkhidmatan di pusat selaman disamping mengambil inisiatif sendiri dalam memelihara kelestarian taman lautan di Tenggol.
04 Oct 21
738
Ternak Kelulut Selepas Pulih Derita Batuk
HULU TERENGGANU, 4 Oktober - Seorang lelaki tidak menyangka penternakan lebah kelulut yang diusahakan untuk keperluan sendiri bagi merawat penyakit batuk dihidapinya, kini menjadi perniagaan yang memberi pulangan lumayan kepada dirinya dan keluarga.
Suhaimi Salleh, 46 berkata beliau mula berminat menternak lebah kelulut selepas merasai sendiri khasiat madu kelulut yang dibeli dari rakannya.
"Saya menghidap batuk hampir setahun namun selepas mengamalkan pengambilan madu kelulut, penyakit itu beransur pulih dan badan saya juga terasa kembali segar dan bertenaga.
"Saya tidak berniat pun untuk mengkomersialkannya tetapi atas permintaan ramai, akhirnya saya jual dan mula menternak unggas itu sebagai pendapatan sampingan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Machang, Ajil, hari ini.
Selepas hampir lima tahun mengusahakan penternakan lebah kelulut, bapa kepada empat anak, kini tidak 'menang tangan' untuk memenuhi permintaan pelanggan, malah ada yang membuat tempahan berulang kerana 'terpesona' dengan madu berkualiti tinggi itu.
"Istimewanya madu di sini, ia dari sumber pelbagai bunga dan mempunyai rasa berbeza termasuk warna yang menyebabkannya menjadi kegilaan ramai," katanya yang mempunyai 110 log (kotak mengandungi sarang lebah) yang diletakkan di pekarangan rumah.
Suhaimi yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di Sekolah Kebangsaan Kua berkata dia mampu meraih purata pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.
"Dalam tempoh pandemik COVID-19, permintaan madu kelulut semakin meningkat kerana khasiat dimiliki seperti mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi.
"Bagaimanapun, pada musim hujan, pengeluaran madu akan berkurangan," katanya yang menjual madu kelulut keluarannya pada harga RM70 hingga RM180 sebotol bergantung pada berat.
Dia juga memasang cita-cita untuk memperluaskan lagi pasaran madu kelulut serta menambah hasil pengeluaran sedia ada pada masa hadapan.
04 Oct 21
570
Pemain Hoki Terengganu Terima Hadiah Tanah
KUALA TERENGGANU, 4 Oktober – Setelah bertahun menanti, Persatuan Hoki Terengganu (THT) telah mendapat insentif berbentuk kenderaan serta geran tanah buat pemain dalam memudahkan urusan pertandingan serta motivasi meneruskan prestasi cemerlang dalam sukan tersebut.
Presidennya, Fikri Harun menyifatkan pemberian oleh kerajaan negeri berupa sebuah Hyundai Starex tersebut merupakan kali pertama berbanding sumbangan kebiasaan berbentuk wang tunai kepada pasukan dan pemain.
“Anugerah besar ini akan dimanfattkan sebaik mungkin kerana kita ada banyak pergerakan melibatkan pertandingan dan latihan persatuan yang boleh dikatakan diantara paling aktif dalam negeri.
“Kami daripada persatuan amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan negeri di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Penaung Persatuan, Ir. Saiful Azmi Suhaili,” katanya ketika ditemubual pemberita, hari ini.
Tambahnya lagi, pihaknya sedang giat membuat persiapan dalam kejohanan Piala Razak pada akhir bulan ini dengan tarikh perlawanan dijadualkan pada 10 sehingga 20 November.
“Kami menyasarkan johan dalam merebut piala paling berprestij di Malaysia ini, setelah tiga tahun mendapat naib johan,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang pemain berusia 28 tahun, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sabri berkata, penyerahan geran tanah di Setiu tersebut memberi peluang buatnya bagi mendirikan rumah.
“Insya-Allah ia akan menjadi salah satu motivasi kepada pemain Terengganu khususnya pemain muda supaya memberikan yang terbaik,” katanya yang aktif dalam sukan hoki sejak 18 tahun lalu.
Dalam pada itu, Wan Sukairi menjelaskan, Faiz adalah salah seorang daripada tiga atlet hoki termasuk Muhammad Hafizuddin Othman dan Muhammad Shahiran Zali yang mendapat geran tanah di Rusila, Marang.
“Pemberian geran tanah ini adalah penghargaan dari Kerajaan Negeri Terengganu atas kejayaan mereka memenangi naib johjan Liga Hoki Malaysia dan piala TNB tiga tahun berturut-turut.
“Insya-Allah, besar harapan saya agar pemberian tanah kepada pemain-pemain THT tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membina rumah agar dijadikan tempat untuk keluarga mereka berteduh,” tambahnya.
04 Oct 21
1046
Satu Lagi Projek Rumah Terbengkalai Berjaya Dipulihkan
SETIU, 3 Oktober - Wajah ceria dan lega jelas terpancar pada wajah pembeli rumah Taman Seri Buchu, Batu Rakit apabila mendapat kunci rumah mereka selepas menanti 11 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, projek melibatkan 106 buah unit rumah tersebut diklasifikasikan sebagai projek terbengkalai atau sakit yang sepatutnya siap pada 2012.
“Untuk rekod, pemaju sebelum ini telah diberhentikan kerana gagal menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan, alhamdulillah pemajua baru atau pemaju penyelamat mengambil alih projek ini.
“Sehinggalah pihak pembeli bermuafakat di bawah satu Badan Bertindak dan merunding bersama pelbagai pihak termasuk pemaju penyelamat iaitu Kencana.
“Pada 29 Julai lepas, Sijil Layak Menduduki (Certificate Of Fitness For Occupation) telah berjaya dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hari bersejarah ini telah diadakan,” katanya ketika ditemubual selepas Majlis Penyerahan Kunci Taman Seri Buchu di Batu Rakit di sini, baru-baru ini.
Menurut Dr Alias juga, usaha baik persatuan perumahan itu dan pemaju dalam menyiapkan rumah yang sebahagian besar pembeli daripada kakitangan kerajaan telah pencen sangat bermakna.
“Di peringkat kerajaan negeri, kami membantu bagi memudahkan urusan pentadbiran serta dalam kemampuan bidang kuasa yang ada setelah menerima aduan daripada pihak pembeli yang terpaksa membayar hutang bank begitu sahaja walaupun rumah dibeli terbengkalai.
“Muafakat ini adalah penting dalam menukarkan nasib 11 tahun menunggu serta dipotong gaji, kerajaan negeri tidak boleh campur tangan sebab ia melibatkan sektor swasta, punca kejayaan atas usaha pembeli sendiri,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal.
Sementara itu, seorang pesara tentera, Abdul Rahman Bakar, 50, menyuarakan rasa terima kasih kepada semua pihak apabila mendapat rumah milik sendiri buat kali pertama sejak menunggu pada tahun 2013.
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada persatuan pembeli, Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Daerah Tanah Kuala Nerus dan lain-lain lagi,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.
03 Oct 21
528
Pemain Industri Ambil Inisiatif Hidupkan Kembali Tenggol
DUNGUN, 2 Oktober – Pelbagai pemain industri pelancongan bergabung tenaga memeterai perjanjian bagi menghidupkan kembali Pulau Tenggol sebagai destinasi pilihan bagi aktiviti rekreasi air dan hutan.
Promosi 12 bulan oleh BXC Travellers (M) SDN BHD (BXCT) dengan pengusaha pusat peranginan, Tenggol Coral Beach Resort (TCBR) dan Persatuan Penyelam 1Malaysia Diver antara yang diusahakan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU).
Pengusaha TCBR, Joe Tan berkata, kerjasama tersebut merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh pengusaha di Pulau Tenggol dalam menghidupkan kembali pelancongan domestik setelah dilanda wabak COVID-19.
“Diharapkan kolaborasi menjadi pemangkin bagi banyak tempat pelancongan lain di negara ini supaya mereka juga dapat kembali maju melalui kerjasama strategik yang serupa antara pemain industri,” katanya ketika ditemubual pemberita, di Pulau Tenggol, semalam.
Sementara itu, Pengarah BXCT, Sophie Ken berkata, pakatan itu turut membuka ruang potensi ‘Edu-tourism’ atau elemen pendidikan dan pembelajaran dalam aktiviti pelancongan buat pengunjung domestic dan antarabangsa.
“Kami melihat ini sebagai masa yang tepat untuk mewujudkan semula Pulau Tenggol sebagai salah satu destinasi percutian terbaik termasuk dalam penerapan pengetahuan berkenaan hidupan laut dan ekosistem terumbu karang.
“Banyak fauna perairan dapat ditemui di sini dan tidak di pulau lain, yang telah lama menjadi rahsia terbuka bagi banyak penyelam tempatan yang sering berkunjung,” jelasnya.
Perkara tersebut turut disuarakan Noor Fadzli Shah yang menyifatkan usaha menaikkan kembali nama syurga skuba bertaraf antarabangsa itu sebagai permata tersembunyi di Terengganu.
“Sebagai penggiat aktif komuniti menyelam di Malaysia, kami bangga dengan cara pulau ini berjaya melestarikan hidupan liar laut dan ekosistem terumbu karang selama ini.
“Kami telah menunggu lama untuk kembali ke ‘kampung halaman’ di sini," katanya yang juga pengerusi Persatuan 1Malaysia Diver.
02 Oct 21
521