lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Terengganu Student Wins Again In International Korean Speech Competition
Terengganu Student Wins Again In International Korean Speech Competition
KUALA TERENGGANU, 17 October – The Terengganu-born student, Amelya Shamira Kamarudin, 20, once again made a mark in the Korean public speaking scene by receiving the highest award in the 25th K-Speech World Contest, earlier this month. The self-taught Korean speaker from Paka, represented Malaysia to compete and gab with the best of them emerging as the first-place contestant against 15 foreign speakers from countries such as India, the United Kingdom, Singapore, China and many more. “Before this, during the 2020 Korean Speech Contest where I got the first spot in the advance category. “Through that victory, I qualified myself in this international stage to go on winning which is more unexpected compared to the first time,” said Amelya who learned Korean since she was 10 years old. The 20-year-old also went head-to-head in a verbal sparring match against 25 native speakers from South Korea and six overseas reps in Japan, Thailand and others, which was no easy feat. “This time it was more challenging (compared to last year) because I had to compete with Korean as their mother tongue, plus the scoring was much stricter. “Speaking competition in Korean and Malay are vastly different in terms of format and to write a formal speech, that too prove quite a challenge. “The scriptwriting process for my speech was tough due to Korean not being a first and second language, added with little to no formal language training,” said the student from Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Against all odds, she still emerged victorious after presenting the theme “Until Spring Comes” for a peaceful reunification of the Korean Peninsula and received the highest award, the National Assembly Award, alongside a trophy and certificate. “In the future, I plan to join more of these competitions if the opportunity surfaces. “I'm also aiming to take a Test of Proficiency in Korean (TOPIK) soon to increase my chances of job hunting after my graduation,” she added. The competition was co-hosted by Yongsan-gu Office and Korea Speech Oratory Association and sponsored by the Ministry of Culture, Sports and Tourism, the Ministry of Education, the Ministry of Foreign Affairs, the Ministry of Foreign Affairs and the Seoul Metropolitan Government. According to the Korean Society in Malaysia (KSM), representative speakers presented their Korean language skills they developed over the years on various topics such as combating COVID- 19, peace on the Korean Peninsula, and promotion of Hallyu culture and friendship.
24 Oct 21
1375
Perumahan Baharu Bakal Dibina Di Telok Kalong, Kijal
Perumahan Baharu Bakal Dibina Di Telok Kalong, Kijal
KEMAMAN, 24 Oktober - Satu projek perumahan baharu  akan dibina diatas tanah kerajaan seluas 57.94 ekar di Kampung Teluk Kalong, Kijal. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh, berkata projek perumahan rakyat tersebut bertepatan dengan janji Kerajaan PAS Terengganu dalam manifestonya semasa pilihanraya umum lepas. Hazri Jusoh sedang berucap. "Saya bagi pihak Pejabat Penyelaras DUN Kijal amat berbesar hati diatas cadangan pembinaan perumahan ini yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan Kijal dan sekitarnya. "Selaras dengan ketetapan kerajaan negeri tempohari iaitu setiap individu yang berusia 21 tahun keatas yang berkelayakkan berhak memiliki sebuah rumah atau tapak rumah untuk keluarga mereka," katanya.s Beliau juga berkata seramai 5,749 orang dalam senarai menunggu bagi permohonan rumah untuk DUN Kijal yang perlu disegerakan. Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Perumahan, Nor Sophia Azura Mohd Husin ketika sesi taklimat itu berkata setiap pemohon hendaklah mengemaskini maklumat didalam sistem e-perumahan Terengganu versi tiga yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. Nor Sophia Azura Mohd Husin (depan) ketika sesi taklimat. "Kepada semua pemohon yang telah mendaftar di laman web e-perumahan versi satu dan dua, mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing di e-perumahan versi tiga sebelum 31 Disember 2021," katanya. Hazri dengan kerjasama Pejabat Tanah Kemaman menawarkan beberapa lagi kawasan untuk dimajukan dengan Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu di Kampung Bukit Takal, Kampung Mentauh dan di Kampung Seri Bandi. Sebanyak 583 unit RMM dan bercampur di Kampung Teluk Kalong telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan amanah diberikan kepada pemaju perumahan iaitu syarikat Arus Juta Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek berkenaan.
23 Oct 21
4088
Gaji Tinggi Namun Sangat Berisiko
Gaji Tinggi Namun Sangat Berisiko
KEMAMAN, 23 Oktober - Kimpalan bawah air bukanlah satu bidang baharu, malah ia merupakan pekerjaan yang mempunyai permintaan meluas di serata dunia tetapi memerlukan kelayakan dan keupayaan tinggi. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Shakib Ahmad Shakir berkata, pelbagai industri seperti minyak dan gas serta pembaikan kapal memerlukan juru kimpal bawah air yang berupaya memperoleh pendapatan enam angka setahun. “Namun begitu, peluang latihan dalam bidang ini adalah amat terhad kerana tidak banyak pusat latihan di Malaysia yang mampu menawarkan kursus ini. “Bidang ini memerlukan dua kemahiran utama iaitu menyelam dan mengimpal di bawah air. Oleh itu, peserta kursus pertu diberi latihan secukupnya bagi kemahiran-kemahiran ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memeriksa peralatan juru kimpal bawah air di Adtec Kemaman “Contohnya, Program Underwater Welding di ADTEC Kemaman mengambil masa 17 minggu dan terdin daripada empat modul utama seperti Open Water Diver, Commercial Diver, Wet Welding dan industry Preparation,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kompetitif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Bagi Program Kimpalan Bawah Air Di ADTEC Kemaman, kelmarin. Tambah Shakib, program tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada lulusan bidang kimpalan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh Malaysia dengan 160 permohonan telah diterima, “Namun hanya 10 orang calon terbaik telah ditawarkan mengikuti program setelah memenuhi semua kriteria dan melepasi tapisan-tapisan dalam sesi ujian dan temu duga,” jelasnya. Antara 10 calon terpilih (berbaju putih, tali leher merah) di Adtec Kemaman Katanya, yuran pembiayaan untuk menjalani kursus Kimpalan Bawah Air adalah sangat tinggi kerana kursus ini melibatkan pensijilan oleh badan antarabangsa seperti The Australian Diver Accreditation Scheme (ADAS), The National Association of Underwater Instructors (NAU) dan Professional Association of Diving Instructors (PADI). Mengulas tentang usaha program pembiayaan bagi menyokong agenda pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah membiayai program-program Underwater Welding berjumlah RM720 ribu bagi melatih 40 orang pelatih. “Program Underwater Welding merupakan satu program yang melibatkan kos pembelajaran yang tinggi mencecah RM46 ribu bagi setiap pelatih. Kos yang tinggi ini bukan sahaja melibatkan kos latihan semata-mata menganugerahkan pensijilan professional,” jelasnya dalam satu kenyataan.
23 Oct 21
923
Hariff Saleh Juara TSS Criterium Challenge 2021
Hariff Saleh Juara TSS Criterium Challenge 2021
KUALA NERUS, 23 Oktober - "Kemenangan hari ini memberi saya lebih semangat dan keyakinan dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Tour of Thailand yang berlangsung hujung bulan depan," kata pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Hariff Saleh selepas mengungguli kategori Road Bike Pro dalam TSS Criterium Challenge 2021, hari ini. Beliau membawa pulang hadiah berupa pingat, wang tunai RM500 dan tiket penerbangan tajaan AirAsia selepas menewaskan rakan sepasukan, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Irwandie Lakasek di tempat kedua dan ketiga. Kejohanan anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Jabatan Belia dan tidak Negeri Terengganu (JBSNT), Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) dan TSS Cycling Club itu turut disertai seramai 500 pelumba dari pelosok tanah air. Pengerusi penganjur, Mohd Rijaluddin Mohd Hamdan bersyukur kejohanan berkenaan akhirnya dapat dijayakan. "Kejohanan ini sepatutnya berlangsung pada Februari lalu, tetapi ditangguhkan berikutan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Namun, Alhamdulillah kita menerima banyak penyertaan dan kami melihat potensi kejohanan ini dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang," katanya. Turut hadir menyaksikan pelumbaan ialah YM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Pengarah Bukan Eksekutif Air Asia, Dato' Abdul Aziz Abu Bakar.              
23 Oct 21
495
Saluran Aduan Khusus P-Hailing Diwujudkan
Saluran Aduan Khusus P-Hailing Diwujudkan
HULU TERENGGANU, 23 Oktober -  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewujudkan saluran aduan khas mengenai perkhidmatan Penghantaran Makanan dan Bungkusan Bermotosikal (p-hailing) khusus untuk peniaga dan pengguna perkhidmatan tersebut. Timbalan Menterinya, Dato Rosol Wahid berkata saluran itu  bertujuan membantu peniaga dan pengguna menyalurkan aduan bagi memudahkan kementerian mengenal pasti kes dan isu dibangkitkan untuk langkah selanjutnya. "Pada tahun lepas, KPDNHEP menerima 1,933 aduan berhubung p-hailing dan sehingga Ogos 2021, 989 aduan yang sama telah diterima. "Ada peniaga memberitahu bahawa apa yang mereka dapat (bayaran) bercanggah atau berkurangan daripada yang sepatutnya. Tetapi apabila  mereka (peniaga) mengadu kepada syarikat p-hailing yang berkenaan, syarikat tersebut mendakwa tersalah kira dan sebagainya. "Dengan adanya platform aduan khas, peniaga dan pengguna boleh menyalurkan sebarang isu berbangkit berkaitan perkhidmatan berkenaan dengan lebih berfokus,"ujarnya. Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Koperasi Rakyat Felda Bukit Bading di Bangunan Koperasi Felda Bukit Bading, Ajil, hari ini. Dalam masa yang sama, Rosol berkata kementerian juga menjalankan kajian penggunaan perkhidmatan p-hailing di kalangan peniaga dan vendor. "Kajian tersebut bagi mendapatkan maklumat  sokongan bagi mencari kaedah penyelesaian terhadap isu- isu yang timbul dalam ekosistem p-hailing ini,"katanya. Tambah beliau, peniaga, pengguna atau mana-mana pihak berkaitan kini boleh salurkan sebarang aduan berkaitan khidmat p-hailing menerusi adu.khidmatpenghantarmakanan@kpdnhep.gov.my.
23 Oct 21
203
Teliti Pinjaman Mudah Untuk Penternak Bagi Kawal Harga Ayam
Teliti Pinjaman Mudah Untuk Penternak Bagi Kawal Harga Ayam
HULU TERENGGANU, 23 Oktober - Kerajaan sedang mempertimbangkan pemberian pinjaman mudah kepada penternak ayam sebagai langkah menangani isu kenaikan harga sumber protein itu di pasaran. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Rosol Wahid berkata, kemudahan pinjaman mudah antara cadangan yang diperincikan di samping beberapa langkah lain untuk mengatasi isu kenaikan harga ayam, terutama bagi jangka panjang. "Kementerian Kewangan (MOF) juga menyambut baik cadangan tersebut (pinjaman mudah). "Jadi, pinjaman mudah ini dilihat dapat membantu mereka  menstabilkan pengeluaran ayam dan kos operasi, sekaligus menstabilkan harga ayam di pasaran," ujarnya. Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Koperasi Rakyat Felda Bukit Bading di Bangunan Koperasi Felda Bukit Bading, Ajil, hari ini. Menurut beliau, cadangan tersebut hasil libat urus yang telah  dijalankan KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama pemain industri, yang mana pemain industri penternakan ayam memohon kerajaan memberikan pinjaman mudah atau soft loan dalam tempoh  antara dua hingga tiga tahun. "Ini kerana isu yang dihadapi penternak ayam sehingga berlaku kenaikan harga sumber protein itu bukan hanya masalah kenaikan kos dedak ayam, tetapi juga kos operasi," katanya Tambah Rosol, pihaknya juga meneliti semua cadangan-cadangan untuk mengatasi isu kenaikan harga  ayam untuk jangka panjang kerana tidak mahu isu harga terus berulang di masa depan.
23 Oct 21
132
Dua Lokasi Di Setiu Diisytihar Kampung Pelancongan
Dua Lokasi Di Setiu Diisytihar Kampung Pelancongan
SETIU, 24 Oktober - Dua perkampungan iaitu Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik telah diisytiharkan sebagai Kampung Pelancongan Terengganu di mana ia berpotensi menonjolkan identiti negeri di persada negara dan dunia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, bertemakan perkampungan tradisional, keunikan budaya, makanan dan lokasi itu juga membolehkan ia dicalonkan sebagai kampung pelancongan terbaik di Malaysia. “Tempat ini dipilih untuk bersaing dengan dua lokasi lain iaitu Miso Walai, Sabah dan Kampung Bario, Sarawak anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). “Perkampungan ini juga berpotensi sebagai pendapatan ekonomi alternatif buat para nelayan dan penduduk setempat memandangkan kesukaran mencari rezeki disebabkan musim tengkujuh. “Antara produk lain di sini seperti kawasan sungai ini juga merupakan lokasi sesuai bagi tapak penetasan tuntung laut dan sungai, Taman Bencah Setiu (Setiu Wetlands), Rumah Botol, Terrapuri dan banyak lagi,” katanya. Rumah botol antara salah satu produk pelancongan di Kampung Mangkuk. Tambahnya, menerusi tarikan tersebut, pihaknya mencadangkan tarikan lokasi berdekatan Kampung Mangkuk digabungkan dalam bentuk pakej-pakej bagi pengunjung untuk menginap di kampung tersebut dan berkunjung ke lokasi pelancongan yang ada, sekali gus memberi hasil kepada komuniti. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pengisytiharan tersebut di Desa Pancaran Delima, semalam. Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Zulbhari A Rahman, Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Fadhli Yusof Zakaria dan Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif. Sementara itu, Ariffin turut berkongsi Terengganu khususnya Setiu sebagai tumpuan rakaman dan produksi filem serta drama kerana lokasi pantai cantik bukan sahaja di pulau-pulau dan pedalaman, malah di rumah-rumah perkampungan tradisional. “Ini secara langsung mempromosikan negeri di kaca televisyen,” jelasnya lagi. Katanya lagi, pihaknya akan terus bekerjasama dengan daerah tersebut bagi menjadikan ia sebagai tempat tumpuan pelancongan bukan sahaja bagi pengunjung dalam negara malah dari antarabangsa.
23 Oct 21
923
Jeti Kampung Mangkuk, Alternatif Terbaharu Ke Pulau Peranginan
Jeti Kampung Mangkuk, Alternatif Terbaharu Ke Pulau Peranginan
SETIU, 24 Oktober - Jeti Kampung Mangkuk adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri yang digazetkan menjadi jeti pelayaran alternatif bagi pengunjung ke pulau-pulau peranginan berdekatan dengan lebih selamat dan mudah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, lokasi jeti sungai di Kampung Mangkuk merupakan jeti terdekat dengan pulau seperti Pulau Redang, Perhentian, Bidong dan Lang Tengah. “Kerajaan Pusat turut memainkan peranan dalam memperuntukkan kira-kira RM130 juta lebih bagi pembinaan pemecah ombak serta pendalaman muara sungai di sini dan kawasan lain. “Pembangunan ini bakal meningkatkan jeti ini menjadi pintu masuk bagi perkhidmatan bot River Cruise dan day trip ke pulau-pulau berhampiran yang kini aktif digerakkan oleh pengusaha-pengusaha bot tempatan. “Pengunjung akan dapat menikmati keindahan Setiu Wetlands dan meneroka hampir ke semua ekosistem Tanah Bencah, dengan sembilan ekosistem yang terbentuk gabungan daripada laut, sungai, pantai berpasir, muara, pulau, lumpur, laguna, paya air tawar dan bakau,” katanya. Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke Jeti Kampung Mangkuk, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Ariffin menceritakan, antara infrastruktur asas yang telah didirikan seperti Medan Ikan Bakar (dibawah Aspire Prominent Sdn. Bhd.) dan Kaunter Informasi (TIC). Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Aspire Prominent Sdn. Bhd., Norain Nazmi berkata, pihaknya merancang Kampung Mangkuk sebagai pusat perniagaan yang tidak hanya mempromosikan pelancongan. “Tempat ini juga mampu memasarkan hasil sumber asli yang terdiri daripada perikanan dan pertanian yang menjadi sumber pendapatan kepada penduduk sekitar Setiu Wetlands," katanya. Jelasnya, antara projek-projek prasarana yang dirancang seperti penginapan bertaraf sederhana, rumah terapung, outlet peruncitan, restoran dan perkhidmatan bot. “Projek-projek ini bukanlah usaha baharu, ia adalah usaha bersama untuk meningkatkan sumber pendapatan dan kegiatan ekonomi masyarakat setempat. “Hasil pembangunan tersebut dijangkakan akan beroperasi secara aktif pada suku tahun kedua 2022 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023,” katanya.
23 Oct 21
3511
Terengganu Beralih Ke Fasa 4 PPN Isnin Ini
Terengganu Beralih Ke Fasa 4 PPN Isnin Ini
KUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Terengganu dan Johor bakal beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini, 25 Oktober 2021. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini. “Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sehingga kini, tiada negeri atau wilayah yang berada di Fasa 1 dan 2, dan hanya tinggal tujuh lagi negeri berada di Fasa 3 iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
22 Oct 21
3110
Hujan Lebat Antara November Hingga Disember Di Terengganu
Hujan Lebat Antara November Hingga Disember Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 Oktober – Terengganu dijangka akan melalui episod hujan lebat antara bulan November hingga Disember tahun ini dalam musim Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, setakat ini, negara masih lagi dalam fasa peralihan monsun manakala musim seterusnya dijangka berakhir pada bulan Mac tahun hadapan. “Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk. Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan. “Orang awam yang tinggal di kawasan berisiko perlulah mengasingkan dan menyimpan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah diambil jika berlakunya banjir,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!, baru-baru ini. Jelasnya dalam tempoh Monsun Timur Laut kali ini, empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dan boleh mendatangkan banjir dijangka berlaku semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November tahun ini hingga Januari depan. Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada melalui kawasan banjir atas faktor-faktor keselamatan. “Sekiranya berada di luar semasa berlakunya banjir, orang awam perlu mengelakkan dari melalui kawasan banjir kerana arus yang deras yang boleh menghanyutkan anda. Oleh itu, pergilah ke tempat yang tinggi serta selamat. “Perkara yang paling utama ialah orang awam perlu mengikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan dari semasa ke semasa. “Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan,” jelasnya lagi.
22 Oct 21
2501