lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

TERENGGANU TAWAR 20 PAKEJ 3 HARI 2 MALAM
TERENGGANU TAWAR 20 PAKEJ 3 HARI 2 MALAM
25 Oct 21
174
HAJAT TAK SAMPAI, PASANGAN KEKASIH DICEKUP SKUAD AMAR
HAJAT TAK SAMPAI, PASANGAN KEKASIH DICEKUP SKUAD AMAR
25 Oct 21
156
DUA LOKASI DI SETIU DIISTYHAR KAMPUNG PELANCONGAN
DUA LOKASI DI SETIU DIISTYHAR KAMPUNG PELANCONGAN
25 Oct 21
142
Pulau Kapas Jadi Pilihan Destinasi Percutian
Pulau Kapas Jadi Pilihan Destinasi Percutian
MARANG, 25 Oktober - Pulau Kapas yang terletak diperairan Marang, Terengganu menjadi destinasi percutian bagi mereka yang berhasrat untuk mencari ketenangan. Pulau yang terbentang indah di Laut China Selatan itu mempunyai pelbagai khazanah laut dengan pantainya yang cantik beserta kemudahan rekreasi yang pasti akan menambat hati para pengunjungnya. Seorang pengunjung yang ditemui di Jeti Marang, Rumayso' Salwani Abdullah, 38, berkata ini merupakan  kali pertama dia menjejak kakinya di pulau berkenaan bersama keluarga. "Inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana dapat beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan seorganisasi di pulau yang cantik ini.   Rumayso' Salwani Abdullah "Pakej percutian kali ini amatlah berbaloi, tidaklah terlalu mahal dengan prasarana yang disediakan amat memuaskan hati disamping banyak aktiviti sukan air yang ditawarkan.Pantainya yang bersih, ada kemudahan asas seperti tandas, surau, tempat makan dan keselamatan pengunjung ketika berada di air juga dititikberatkan," ujarnya lagi. Dia bersama keluarga dan rakan-rakannya seramai lima puluh orang berkonvoi dengan kereta daripada Kemaman untuk bercuti di Pulau Kapas sempena Hari Keluarga Ameerah Kijal yang merupakan salah satu organisasi wanita muda yang bernaung dibawah Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia. Sebelum itu, mereka telah bermalam di Kampung Tok Adis dengan menyewa rumah tumpangan dan melakukan beberapa aktiviti disana. "Kepada mereka diluar sana yang ingin bercuti, bolehlah rancang percutian anda dengan datang ke Pulau Kapas bersama keluarga. Pasti tidak menghampakan," ujarnya.  
25 Oct 21
548
Eseri Jadi Pusat Sehenti  Produk Berasaskan Ekstrak Pokok Gelam
Eseri Jadi Pusat Sehenti  Produk Berasaskan Ekstrak Pokok Gelam
KUALA NERUS, 25 Oktober -  Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bakal menjadi pusat sehenti pengumpulan produk berasaskan ekstrak pokok gelam. Pengarahnya, Prof. Dr. Hafizan Juhair berkata, bagi mencapai sasaran itu pihaknya akan meningkatkan aktiviti pemasaran dan pengeluaran produk berkenaan yang sudah dipasarkan sejak Oktober 2018. Katanya, selain minyak gelam, produk berkenaan juga bakal dikembangkan dalam bidang perubatan dan kosmetik bagi tujuan kesihatan. “Aktiviti pengeluaran dan pembungkusan pula akan dijalankan di peringkat komuniti dengan penglibatan penduduk kampung sekali gus membantu mereka menjana pendapatan tambahan. “Eseri memiliki alat pengekstrakan minyak berskala besar bernilai RM70,000 dan kita kini giat melakukan ujian kualiti minyak gelam,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim di Unisza, di sini hari ini. Sementara itu, Ahmad Amzad berkata, pihaknya bersedia membantu Eseri bagi meningkatkan aspek komersial produk berasaskan pokok gelam. Katanya, berdasarkan rekod sebanyak 60 peratus pengeluaran pokok gelam negara disumbangkan oleh Terengganu. “Kita ada peruntukan khas di bawah program Malaysia Social Innovation (MySI) seperti bantuan peralatan kajian dan kemudahan lain,” katanya. – UTUSAN  
25 Oct 21
297
Sesi Persekolahan Terengganu, Johor Dibuka 7 November
Sesi Persekolahan Terengganu, Johor Dibuka 7 November
KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan bagi Terengganu dan Johor mengikut ketetapan Fasa 4 Program Pemulihan Negara (PPN), akan bermula pada 7 November depan. KPM dalam kenyataannya berkata, ia selaras dengan penetapan pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan fasa baharu yang dilaksanakan selepas dua minggu dari tarikh peralihan. Bagaimanapun, sekolah kerajaan di bawah KPM di Johor dan Terengganu hanya akan memulakan operasinya pada 8 November kerana 7 November depan adalah cuti tambahan yang diperuntukkan dalam takwim KPM sempena perayaan Deepavali. “KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut. “Sehubungan itu, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Johor dan Terengganu terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa Tiga PPN pada 25 Oktober 2021. “Pengoperasian Fasa Tiga PPN ini melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Tingkatan 6 Semester 2, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia. “Ia turut melibatkan kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma, serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang lain,” jelas kenyataan berkenaan. Selain itu, ia turut melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah.  
25 Oct 21
1096
Pendidikan Konservasi Tuntung Laut Melalui Produk Pelancongan
Pendidikan Konservasi Tuntung Laut Melalui Produk Pelancongan
SETIU, 24 Oktober - Program konservasi tuntung laut adalah di antara produk pelancongan komuniti unik yang terdapat di Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kawasan sungai di sekitar itu menjadi tumpuan penetasan tuntung laut dan sungai.   “Namun begitu, uniknya di sini berbanding Hulu Terengganu dan Kemaman, tuntung di sini adalah dua alam di mana mereka hidup di muara sungai dan laut,” katanya ketika ditemubual semalam. Menurut Pegawai Biologi Lapangan, Projek Setiu Wetlands daripada Tabung Alam Sedunia (WWF)-Malaysia, Muhammad Zaid Nasir, pihaknya bersama exco pelancongan telah melepaskan 74 ekor anak tuntung laut di Sungai Mangkuk berhampiran Kampung Baru Penarik, semalam. “Kerja pengutipan telur ini telah dijalankan WWF Malaysia dengan sokongan Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) sepanjang pantai Setiu. “Oleh itu, pihak kami bertanggungjawab dalam menyelamatkan telur spesis terancam ini dan hantar ke pusat penetasan untuk proses pengeraman sehingga 100 hari, kemudian setelah menetas ia akan dilepaskan di sini,” jelasnya. Menceritakan tentang latar belakang spesis haiwan reptilia yang bercengkerang tersebut, Zaid menerangkan, sebelum ini tuntung laut dapat ditemui hampir di semua negeri di Malaysia namun sekarang ianya hanya boleh ditemui di beberapa buah negeri sahaja kerana populasinya yang kian terancam.  "Di Terengganu, mereka hanya dapat ditemui di Sungai Paka dan Sungai Setiu dan kini dikategorikan sebagai Sangat Kritikal di dalam Senarai Merah Spesis Terancam IUCN. “Perancangan pada masa hadapan agar sebuah pusat informasi tuntung laut di Kampung Mangkuk dapat disediakan sebagai pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat umum tentang kepentingan menyelamat spesis haiwan ini,” katanya lagi.
24 Oct 21
906
PANTAI ANGIN BERBISIK LOKASI TERBAHARU PERCUTIAN KELUARGA
PANTAI ANGIN BERBISIK LOKASI TERBAHARU PERCUTIAN KELUARGA
24 Oct 21
601
LIMA PROJEK RMK 12 MAMPU RANCAKKAN SOSIOEKONOMI TERENGGANU
LIMA PROJEK RMK 12 MAMPU RANCAKKAN SOSIOEKONOMI TERENGGANU
24 Oct 21
67
KPDNHEP Usaha Percepat Program Community Drumming, Penghantaran LPG Di Pulau Redang
KPDNHEP Usaha Percepat Program Community Drumming, Penghantaran LPG Di Pulau Redang
HULU TERENGGANU, 24 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk melantik pembekal atau transporter secara rundingan terus, bagi mempercepatkan pelaksanaan semula program penghantaran gas memasak (LPG) dan Community Drumming ke Pulau Redang. Timbalan Menterinya, Dato Rosol Wahid berkata langkah tersebut bagi menyelesaikan isu harga gas petroleum cecair atau gas memasak itu yang membebankan penduduk Pulau Redang, selepas kemudahan itu dihentikan kerajaan sebelum ini. "Kita telah mengiklankan pembukaan tender untuk mencari dan melantik transporter bagi meneruskan semula program penghantaran LPG dan petrol serta diesel menerusi program Community Drumming. “Tetapi tidak ada pembekal yang memohon. Jadi pihak KPDNHEP telah berbincang dan mencadangkan kepada MOF untuk membuat lantikan transporter secara kaedah rundingan terus sebagai usaha mempercepatkan pelaksanaan semula program ini di Pulau Redang. “Kementerian berharap MOF akan bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kita mahu memastikan rakyat di kawasan pedalaman dan luar bandar termasuk di pulau ini tidak terbeban dengan kos sara hidup sekarang, terutama ketika ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Koperasi Rakyat Felda Bukit Bading di Bangunan Koperasi Felda Bukit Bading, Ajil, hari ini. Rosol berkata, melalui program itu, kerajaan akan menampung kos pengangkutan barangan keperluan dari bandar ke kawasan pedalaman, luar bandar dan pulau bagi membolehkan pengguna di kawasan berkenaan turut menikmati harga yang sama seperti di bandar. Tambah beliau, kementerian sentiasa mendengar suara rakyat dan mengambil tindakan segera bagi menjamin kesejahteraan penduduk luar bandar, pedalaman dan pulau untuk mendapatkan barangan perlu pada harga sama sebagaimana dinikmati penduduk bandar. Menurutnya,  Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming atau lebih dikenali sebagai Program Penyeragaman Harga di Pulau Redang pernah dilaksanakan kerajaan sejak 2012 hingga 2018. Bagaimanapun, ia dihentikan seketika bermula awal 2019 hingga April tahun ini. "Program Penyeragaman Harga membabitkan penghantaran empat barangan keperluan iaitu beras, gula, minyak masak dan tepung kemudian diteruskan semula pada Mei lalu bagi meringankan beban penduduk yang kebanyakannya terjejas sejak wabak pandemik Covid-19 melanda,” katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan tahun ini membelanjakan sejumlah RM200 juta untuk Program Penyeragaman Harga di 802 kawasan di Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
24 Oct 21
536