lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

UMT Kekal Tersenarai Antara 200 Universiti Terbaik Asia
UMT Kekal Tersenarai Antara 200 Universiti Terbaik Asia
KUALA NERUS, 3 November -  Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  kekal tersenarai antara 200 universiti terbaik Asia menerusi penarafan QS Asia University Ranking 2022 selama empat tahun berturut-turut sejak 2019. Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata berjaya meraih kedudukan 167 universiti terbaik Asia dalam dengan lonjakan 28 anak tangga berbanding tangga 195 tahun lalu. Katanya, ia juga menyaksikan UMT berada pada kedudukan ke-16 universiti terbaik di Malaysia. “Pencapaian memberangsangkan UMT menunjukkan tekad universiti untuk meningkatkan kualiti dan prestasi secara konsisten dalam pengajaran-pembelajaran, penyelidikan-inovasi dan pemindahan ilmu dengan matlamat untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang dihormati. “Kejayaan ini turut menyaksikan prestasi UMT naik dalam hampir semua indikator yang dinilai, dengan indikator pengantarabangsaan menyumbang markah tertinggi walaupun di saat dunia masih berdepan dengan pandemik COVID-19,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, kejayaan tersebut adalah hasil komitmen dan kerjasama seluruh warga UMT dalam meningkatkan produktiviti yang berkualiti dalam usaha menempatkan universiti ini dalam kedudukan universiti terbaik dunia.  QS Asia University Ranking ialah agensi beroperasi di United Kingdom yang membuat penarafan 687  universiti utama Asia.  
03 Nov 21
473
Banjir Besar Dijangka Landa Terengganu Dan Pahang
Banjir Besar Dijangka Landa Terengganu Dan Pahang
KUALA LUMPUR, 3 November - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)  kini bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan bagi berdepan bencana banjir besar terutama di negeri-negeri di Pantai Timur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai bulan ini hingga awal Januari 2022. “Pihak kami meramalkan banjir besar akan melanda beberapa lokasi di Pahang dan Terengganu seperti yang berlaku tahun lalu. “Antara lokasi yang diramal banjir termasuk di Maran dan Kuala Lipis di Pahang serta Kemaman, Terengganu,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Khas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Siri 1/2021 di Markas Pasukan SMART, semalam. Menurut beliau, banjir di Pahang tahun lalu adalah yang kedua terbesar selepas bencana banjir besar pada tahun 2014.  Sehubungan dengan itu katanya, pihak Nadma sudah bersiap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan jika situasi itu berulang kembali.  
03 Nov 21
14136
JKNT Keluarkan Kompaun RM18,000 Kesalahan Merokok, Langgar SOP
JKNT Keluarkan Kompaun RM18,000 Kesalahan Merokok, Langgar SOP
KUALA TERENGGANU, 2 November - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menerusi ‘Ops Gomo Asap Pagi’ telah mengeluarkan kompaun sehingga RM18,000 dalam sebuah aktiviti penguatkuasaan larangan merokok sertra pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat makan. Pengarah Kesihatan negeri, Dato Dr Kasemani Embong berkata, usaha tersebut dijalankan bagi menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memastikan peraturan larangan merokok terutama di tempat makan dipatuhi. “Dengan kelonggaran ekonomi dan aktiviti ‘dine-in’ dibenarkan, masalah merokok di tempat sebegini kembali meningkat dalam negeri. “Terdahulu, ‘Ops Gomo Asap Pagi’ pada 28 Oktober lalu telah melibatkan 33 anggota dengan 69 premis berjaya diperiksa, 26 kesalahan telah dikesan dan semua kesalahan dikeluarkan kompaun dengan nilai RM6,750.00. “Pada operasi hari ini, 51 premis melibatkan 47 pegawai penguatkuasa daripada lima daerah telah mengeluarkan lapan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018 bernilai RM2,000,” katanya. Tambahnya, tujuh daripada kesalahan tersebut melibatkan kedai makan dan satu premis yang tiada tanda larangan merokok. “Kita turut mengeluarkan enam kompaun di bawah pematuhan SOP bernilai RM9,000 di mana kesalahannya seperti pengunjung tidak mengimbas aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka. “Turut bersama, penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengeluarkan satu kompaun (RM250) atas kesalahan berniaga lesen menjadikan jumlah keseluruhan kompaun pagi ini sebanyak RM11,250. “Penguatkuasaan ini selaras dengan pewartaan kawasan larangan merokok di bawah peraturan 11(1)(d), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018 berkuatkuasa 1 Januari 2019 serta SOP fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” jelasnya lagi. Tambah Kasemani, penguatkuasaan juga akan dibuat jika terdapat kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 seperti pekerja tidak memakai apron lengkap, tidak berkasut dan tidak mempunyai sijil suntikan anti typhoid yang sah. “Diharapkan dengan adanya operasi ini, perokok tidak lagi merokok di kawasan larangan merokok dan memberi peluang kepada golongan tidak merokok menghirup udara yang bebas asap rokok sewaktu menikmati makanan di premis-premis makanan,” ujarnya.
03 Nov 21
536
Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir Tawar Potongan Tiket  20 Peratus
Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir Tawar Potongan Tiket  20 Peratus
KUALA TERENGGANU, 3 November -  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), menawarkan potongan tiket sebanyak 20 peratus kepada pengunjung Perkampungan Konservasi Gajah Tasik Kenyir Elephant (KECV) bagi menarik kunjungan lebih ramai pelancong bermula semalam. Pengerusinya, Senator Dato Razali Idris berkata, potongan harga tiket sebanyak 20 peratus untuk pengunjung tempatan dan luar negara itu ditawarkan sehingga Mac tahun depan. Katanya, pengunjung juga boleh mengikuti aktiviti menaiki jambatan gantung sambil melihat kehidupan 18 ekor gajah, interaksi bersama gajah, memberi makan gajah dan melihat gajah mandi dari kawasan restoran mengikut SOP yang kita tetapkan. "Pengunjung juga berpeluang untuk mandi manda dengan gajah. "Harga tiket baharu yang kita kenakan bagi warganegara yang berusia 13 tahun ke atas adalah RM25 berbanding RM40 dan RM50 untuk warga asing,” katanya melalui kenyataan media, baru-baru ini. Mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19, Razali berkata, hanya individu yang lengkap divaksinasi dibenarkan ke pusat berkenaan. "Kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah dibenarkan memasuki kawasan berkenaan dengan syarat penjaga lengkap divaksinasi. "Pengunjung diminta sentiasa memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri sepanjang berada dalam kawasan KECV," katanya. Beliau juga optimis jumlah pengunjung akan meningkat dengan inisiatif potongan harga tiket di samping pengenalan aktiviti baharu kepada pengunjung.  
03 Nov 21
1184
Amaran Kuning Hujan Berterusan Di Terengganu
Amaran Kuning Hujan Berterusan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 3 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran (kuning) hujan berterusan waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan dalam negeri sehingga hari ini. Dalam satu kenyataan, pihaknya berkata, amaran hujan berterusan dikeluarkan bagi daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. “Angin dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat serta angin kencang serta risiko banjir di kawasan rendah di daerah berkenaan,” katanya semalam. Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di Terengganu seperti di Hulu Terengganu dan Marang. Kelmarin, Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah menjelaskan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 3 November sehingga Mac tahun hadapan.
02 Nov 21
1896
54 Kes Varian Delta Dikesan Di Terengganu
54 Kes Varian Delta Dikesan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 November - Sehingga hari ini, Terengganu telah mencatatkan 54 kes varian membimbangkan (VOC) melibatkan varian Delta (B.1.617.2) sejak pertama kali dikesan pada akhir Julai lalu. Pengarah Kesihatan negeri, Dato Dr Kasemani Embong berkata sembilan lagi VOC adalah varian Beta (B.1.351), menjadikan keseluruhan kes COVID-19 kategori tersebut sebanyak 63 kes. “Jika diteliti pecahan mengikut daerah, Kemaman mencatatkan kes VOC tertinggi dengan 14 kes, diikuti Kuala Terengganu (12 kes), Dungun (10 kes), Hulu Terengganu dan Besut (tujuh kes), Marang dan Kuala Nerus (lima kes) serta Setiu (tiga kes). “Sampel yang diambil adalah semasa kita mengalami peningkatan kes baru-baru ini, dalam mendapat keputusan ia mengambil masa bagi mengesan varian tersebut,” katanya ketika ditemubual di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, pagi tadi. Mengulas tentang peningkatan kes virus disebabkan kelonggaran rentas negeri, Dr Kasemani menjelaskan berlaku sedikit peningkatan disebabkan kemasukan luar namun jumlahnya tidak ketara. “Oleh itu, kita mengalakkan mereka yang pulang ke Terengganu atau ingin datang melancong agar menjalankan ujian saringan kendiri bagi mengelak penularan COVID-19. “Mereka yang ingin datang perlu bebas daripada virus ini terlebih dahulu supaya ia tidak merebak kembali terutamanya terhadap ahli keluarga tersayang. “Walaupun telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah mesti, sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam serta amalkan penjarakan sosial sepanjang masa,” katanya lagi.
02 Nov 21
10123
Tempahan Hotel Di Terengganu Meningkat 80 Peratus
Tempahan Hotel Di Terengganu Meningkat 80 Peratus
KUALA TERENGGANU, 2 November -  Penginapan di hotel di Terengganu menunjukkan peningkatan hingga 80 peratus, sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lepas. Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu, Suaibah Harun berkata, peningkatan itu berlaku selepas pengumuman kerajaan berhubung kebenaran merentas negeri dan ia satu petanda baik  bahawa industri pelancongan makin pulih. "Pada hari biasa, tempahan bilik di kebanyakan hotel di negeri ini mencapai 50 peratus dan meningkat ke 80 peratus pada hujung minggu ini terutama cuti perayaan. “Dengan perkembangan positif ini, diharap ia berupaya memulihkan industri hotel yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda dunia termasuk Malaysia tahun lalu,”katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran EV Charging Stesen di Hotel Primula di sini hari ini. Tambah Suaibah, industri pelancongan dan hotel masih memerlukan pasaran antarabangsa untuk proses pemulihan yang lebih lancar. "Industri ini masih memerlukan pasaran antarabangsa kerana kemampuan berbelanja domestik sangat rendah terutam resort di pulau-pulau, jadi kami berharap pintu sempadan negara dapat dibuka dengan kadar segera untuk ketibaan pelancong antarabangsa," katanya. Dalam masa sama, katanya, industri akan memberi komitmen yang tinggi dalam pematuhan dan pemantauan SOP serta berharap pelancong akan bekerjasama dengan pengusaha pelancongan. “Ini menjadi tanggungjawab semua dan bukan bergantung kepada pihak berkuasa sahaja,” ujar beliau.
02 Nov 21
1440
25 PERATUS PELANCONG ASING DIJANGKA KE TERENGGANU
25 PERATUS PELANCONG ASING DIJANGKA KE TERENGGANU
02 Nov 21
89
Hotel Primula Sedia Stesen Cas Kenderaan EV
Hotel Primula Sedia Stesen Cas Kenderaan EV
KUALA TERENGGANU, 2 November – Pengguna kenderaan elektrik dari Pantai Barat ke Terengganu, kini boleh mengecaj kenderaan mereka di Electric Vehicle (EV) Charging Station Di Primula Beach Hotel antara tiga lokasi yang terdapat di Pantai Timur. Presiden Kelab Pemilik Kenderaan EV Malaysia (MyEVOC), Dato’ Shahrol Halmi berkata pembukaan stesen mengecas itu bukan sahaja tepat pada masanya malah langkah yang tepat oleh pihak hotel. Katanya,kewujudan stesen mengecas ini harus diterima dengan baik oleh orang ramai malah, lebih ramai orang dapat pilihan untuk memiliki kereta hibrid pada masa akan datang “Jika dahulu pengguna kenderaan elektrik  mengalami kesukaran untuk datang ke Pantai Timur kerana tidak mempunyai stesen mengecas kini boleh berbuat demikian sama ada di Hotel Primula, Hotel Tanjung Vista atau Awana Kijal di Kemaman di Terengganu yang merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur yang menyediakan perkhidmatan tersebut. “Ia juga membantu bakal pengguna kereta berubah kepada kereta EV di masa hadapan,”katanya ketika ditemui selepas pelancaran EV Charging Stesen di Hotel Primula di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc)merangkap Ahli Lembaga Pengarah Hotel Primula, Burhanuddin Hilmi Mohamed @Harun dan Pengurus Besar Hotel Primula, Suaibah Harun. Tambahnya, sehingga kini terdapat 500 Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik dan 15 stesen kelajuan pengecasan terpantas di Pantai Barat termasuk Lembah Kelang. Stesen pengecas yang ditaja oleh MyEvoc dengan kos pemasangan RM3,000 mempunyai kapasiti 7.4 kilowatt menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan elektrik yang menginap di hotel berkenaan atau dari luar. Sementara itu, Suaibah berkata kemudahan itu diperkenalkan selaras hasrat kerajaan memulihara alam sekitar dan mengamalkan konsep mesra alam. “Selain memberi kemudahan kepada pemilik kenderaan elektrik mengecas kereta mereka, saya berharap ia dapat memberi nilai tambah kepada hotel ini dalam menjana pendapatan syarikat. “Pembukaan stesen pengecasan ini diharap mampu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu sekaligus dapat merangsang ekonomi sektor pelancongan negeri selepas beralih ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN),”ujar beliau.  
02 Nov 21
1811
Sempadan Antarabangsa Baharu Di Terengganu Lonjakkan Ekonomi Negeri
Sempadan Antarabangsa Baharu Di Terengganu Lonjakkan Ekonomi Negeri
KUALA TERENGGANU, 1 November - Sebuah pintu sempadan antarabangsa baharu di Terengganu akan dibuka menjelang akhir tahun ini atau suku pertama tahun depan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membabitkan lokasi di Lembah Silika Terengganu termasuk tiga lagi pintu di Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Kota Tinggi, di Telok Melano dan Baleh, Sarawak. Katanya, melonjakkan lagi sektor ekonomi di negeri terbabit dijangka siap pada tahun hadapan. "Pembukaan berkenaan bukan sahaja sebagai persediaan kemasukan pelancong jika rentas sempadan dibenarkan kelak bahkan mampu melonjakkan ekonomi di kawasan terlibat. “Bagi pintu sempadan tersebut, Terengganu tidak lama lagi dalam tahun ini atau awal tahun depan dibuka juga yang sedang pembinaan yang telah bermula bulan Julai lalu,” katanya. Terdahulu, kerajaan kini dalam usaha mewartakan pintu masuk imigresen baharu melibatkan laluan laut di Sabah dan Terengganu selain laluan darat di Sarawak.
01 Nov 21
1360