lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

'MN Tidak Terhad PAS, UMNO Sahaja'
'MN Tidak Terhad PAS, UMNO Sahaja'
KUALA TERENGGANU, 6 November – Kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional (MN) tidak hanya terhad dengan UMNO sahaja kerana ia melanggar matlamat asal gabungan terbabit. Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga tidak boleh dihalang untuk berkerjasama dengan parti melayu Islam lain dan bukan Islam yang tidak ekstrem. “Dengan sebab itu juga, PAS tidak boleh dipaksa melanggar muafakat ini, contohnya PAS dengan UMNO sahaja, bahkan kita lebih fleksibel sehingga kita bersetuju mendaftarkan Perikatan Nasional. “Ini dengan melibatkan parti-parti bukan Islam yang dan termasuk rakan-rakan di Malaysia timur sehingga kita telah mencapai kejayaan sehingga mengambil alih kerajaan pusat, ini mesti dipertahankan. “Seperti dalam piagam MN, penyertaan tidak terikat kepada dua parti ini sahaja, kita turut menjemput BERSATU untuk sama-sama menyertai sama dalam MN,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS di Duyung Marina Resort, di sini hari ini. Sementara itu, apabila disoal berkenaan kemungkinan berlaku pertembungan antara Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka, beliau menjawab, pihaknya berpegang kepada asas bekerjasama. “Bila ada parti yang tidak ingin bekerjasama, terpulang kepada mereka. Bila sebut kerjasama mestilah berlaku pembahagian kerusi antara parti-parti bukan sahaja MN termasuklah PN,” jelasnya.
06 Nov 21
413
Beri Peluang PAS Bersama PN Bina Negara Berkebajikan
Beri Peluang PAS Bersama PN Bina Negara Berkebajikan
KUALA TERENGGANU, 6 November - PAS mengajak rakyat negara ini supaya memberi peluang kepada parti itu bersama gabungan politik Perikatan Nasional (PN) untuk membina sebuah negara berkebajikan dengan agenda Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata ini termasuklah penyediaan manifesto bagi menyokong langkah-langkah pemulihan ekonomi negara dan rakyat pasca pandemik COVID-19. "Terpenting ialah pembinaan sumber manusia melalui sistem pendidikan yang merangkumi unsur jasadi, rohani dan aqli, kemakmuran ekonomi yang menghasilkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan yang mencukupi. "Ini termasuk memperkasakan kehebatan undang-undang, memanfaatkan kemajuan teknologi terkini, penjagaan alam dan kelestarian sumbernya, di samping komitmen untuk meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan kerajaan demi kebajikan rakyat dan iklim pelaburan yang lebih baik," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan  ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS di Duyung Marina Resort, di sini hari ini. Menurut Abdul Hadi, negara berkebajikan yang ditawarkan kepada rakyat berbeza dengan teori 'welfare state' daripada barat yang sempit dan hanya sekadar menjaga kebajikan masyarakat sahaja.
06 Nov 21
477
PAS Ulangi Pendirian Tidak Kompromi Isu Integriti
PAS Ulangi Pendirian Tidak Kompromi Isu Integriti
KUALA TERENGGANU, 6 November - PAS mengulangi penegasan parti itu untuk tidak berkompromi dengan sebarang isu melibatkan integriti dengan menampilkan pendekatan politik jujur dan bersih dalam memulihkan negara. Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan itu telah dibuktikan melalui kerajaan negeri yang ditadbir PAS. "PAS membuka pintu 24 jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan sepenuhnya jika terdapat dakwaan. "Mereka dibenarkan bertindak tanpa sebarang halangan terhadap semua Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri dan anggota kerajaan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan  ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS di Duyung Marina Resort, di sini hari ini. Menurut Abdul Hadi, mereka yang gagal dalam integriti, akan tenggelam dalam cabaran yang mengepung kehidupannya.  "Apakah faedahnya sekiranya pada awal lagi sudah mula berbohong kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan majoriti.  "Berbohong itu sahaja sudah cukup untuk menjadi tanda hilangnya integriti, yang pasti mengundang semua perangai buruk yang lain, termasuk menjadi kleptokrat.  "Kehilangan integriti pemimpin diikuti dengan kelemahan kerajaan dan penamatnya dengan kemusnahan negara," tegasnya.          
06 Nov 21
327
Air Pasang Besar, 20 Lokasi Di Terengganu Berisiko Banjir
Air Pasang Besar, 20 Lokasi Di Terengganu Berisiko Banjir
KUALA NERUS, 6 November - Lebih 20 lokasi di tujuh daerah telah dikenalpasti berisiko banjir, susulan fenomena air pasang besar yang dijangka bermula awal bulan ini sehingga hujung Disember. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS), air pasang besar dijangka bermula 5 hingga 13 November dan untuk kali kedua akan bermula 19 November hingga 28 Disember, dengan kadar ketinggian ombak dijangka pada 2.4 meter (m) sehingga 2.9 m. Katanya, fenomena itu boleh mengakibatkan banjir sekiranya air pasang besar berlaku bersama dengan hujan lebat berterusan. "Antara kawasan yang berisiko adalah Kampung Kuala Ibai di Kuala Terengganu; Kuala Besut dan Kampung Pengkalan Atap di Besut; Kampung Seberang Pintasan di Dungun; Kampung Baru Kemasik di Kemaman; dan Rusila di Marang. "Jadi APM bersama agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala, bagi memastikan semua penduduk di kawasan sekitar yang berisiko itu sentiasa berada dalam keadaan selamat," katanya ketika meninjau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, di sini, malam tadi. Dalam masa yang sama, orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan dan tidak ke pantai di sini untuk menyaksikan fenomena air pasang besar. "Untuk itu, orang ramai tidak disaran menghampiri pantai bagi tujuan merakam gambar dan sebagainya," ujarnya.
06 Nov 21
9870
Kolej Komuniti KT Anjur Karnival Usahawan
Kolej Komuniti KT Anjur Karnival Usahawan
KUALA TERENGGANU, 6 November – Kolej Komuniti Kuala Terengganu sedang giat memberi pendedahan kepada graduan usahawan melalui penganjuran Karnival Mini Usahawan di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall yang diadakan sehingga 7 November ini. Melalui karnival yang dijalankan sepanjang 4 hari itu, 20 gerai pameran serta demonstrasi produk pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat.dipamerkan kepada pengunjung Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin berkata, penganjuran tersebut merupakan pelaksanaan program TVETpreneurship (SPK) merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). “Pelaksanaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan menceburi bidang keusahawanan, kolej di negeri ini adalah penganjuran kali pertama. Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin melawat salah satu graduan seni khat “Matlamat utama program TVETPreneurship adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar terhadap bidang keusahawanan sebagai sebuah kerjaya pilihan. “Selain itu, ia juga berpotensi melahirkan pelajar berkeyakinan diri yang tinggi dan berupaya memulakan dan mengurus perniagaan yang baru,” katanya ketika berucap dalam perasmian Karnival Mini Usahawan di KTCC Mall, semalam. Sementara itu, Pengarahnya, Ts. Ali Mamat turut berkongsi, 15 pelajar terlibat secara langsung dalam dilatih untuk berinteraksi secara terus dengan bakal-bakal pelanggan dan akan mengalami sendiri suasana proses melakukan promosi dan pemasaran serta jualan.  
05 Nov 21
741
Kadar Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Terengganu 94 Peratus
Kadar Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Terengganu 94 Peratus
KUALA TERENGGANU, 5 November - Graduan lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Kolej Komuniti di Terengganu mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi sehingga mencecah 94 peratus. Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Ts. Ali Mamat berkata, peratusan tersebut bermaksud kebolehkerjaan sama ada graduan melibatkan diri dalam sektor pekerjaan atau menjadi usahawan. “Pihak kami sering menjadi ‘Feeder’ iaitu pembekal tenaga dan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pemain industri. “Antaranya seperti pengeluar batik terkenal, Noor Arfa Batek, yang turut menjadi penasihat bagi program Sijil Fesyen dan Pakaian di kolej komuniti kami, jadi ia merupakan situasi ‘win-win’,” katanya. Beliau berkata demikian semasa temubual di Karnival Mini Usahawan di KTCC Mall, semalam. Menjelas berkenaan sambutan pengambilan pelajar di kolejnya, beliau memaklumkan kebanyakkan pelajar terdiri daripada anak Terengganu serta kemasukan daripada negeri luar seperti Kelantan sehingga Sabah. Sementara itu, Ali turut menjelaskan, pelaksanaan karnival usahawan sehingga 7 November di KTCC di bawah program TVETpreneurship (SPK) merupakan satu bentuk pakatan strategik yang melahirkan usahawan yang holistik dengan menitik beratkan proses pemasaran dan jualan.  
05 Nov 21
712
DADAH RM5.6 JUTA DILUPUSKAN
DADAH RM5.6 JUTA DILUPUSKAN
03 Nov 21
102
JKNT Keluarkan 2,426 Kompaun Bernilai RM2.9 Juta Sejak Awal 2021
JKNT Keluarkan 2,426 Kompaun Bernilai RM2.9 Juta Sejak Awal 2021
KUALA TERENGGANU, 3 November - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan sebanyak 2,426 kompaun bernilai lebih RM2.9 juta hasil pemeriksaan dan operasi ke atas 117,101 premis di seluruh negeri sejak awal tahun ini sehingga 1 November. Pengarahnya, Dato’ Dr Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, 1,234 kompaun bernilai RM142,300 dikeluarkan di bawah Seksyen 32B, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dengan notis tertinggi dicatatkan di Dungun (347) notis. “Sementara itu, sebanyak 1,083 kompaun bernilai RM2.7 juta dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit melibatkan kesalahan seperti tidak menggunakan aplikasi mudah alih MySejahtera ketika memasuki premis, tiada penjarakan fizikal dan tiada topeng muka. “Bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, sebanyak 109 kompaun dengan nilai RM34,500 dikeluarkan melibatkan pekerja tidak memakai apron atau kasut lengkap dan tidak mempunyai sijil suntikan anti-tifoid yang sah,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan “Ops Gomo Asap Pagi” di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, semalam. Tambahnya, pihaknya bertindak selari dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa aktiviti merokok termasuk penggunaan rokok elektronik boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya dijangkiti COVID-19. “Sehubungan itu, JKNT telah merangka operasi khas iaitu Ops Gomo Asap bagi negeri Terengganu yang berfokus kepada larangan merokok di tempat makan,” katanya lagi. Terdahulu, Terengganu mencatatkan pengeluaran notis kesalahan tertinggi berkaitan merokok di premis makanan dengan sejumlah 652 notis sehingga 24 Oktober tahun ini menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
03 Nov 21
206
Terengganu Rintis Perpustakaan Digital DUN
Terengganu Rintis Perpustakaan Digital DUN
KUALA TERENGGANU, 3 November – Terengganu muncul sebagai perintis kepada projek Perpustakaan Digital Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berperanan memantapkan badan legislatif dalam negeri sebagai institusi bermaklumat. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, pihaknya mengadakan kerjasama berterusan bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dalam membina asas sebuah arkib rujukan serta bahan persidangan terdahulu. “Platform ini akan menjadi kemudahan buat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengakses maklumat sama ada berkait dengan badan legislatif, dengan pantas. “Dengan adanya kemudahan ini ia akan mematangkan ADUN dan berperanan sebagai bahan persiapan sebelum bersidang,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pelancaran Perpustakaan Digital DUN Terengganu di Damai Lounge, Tingkat 2, Wisma Darul Iman, pagi tadi. Tambah beliau, antara sebahagian bahan yang terdapat di dalam platform tersebut berkaitan dengan persidangan DUN daripada awal 1999 sehingga kini serta dokumen bersifat penyelidikan. “Para ADUN juga boleh mengakses fail daripada DUN lain serta parlimen hasil kolaborasi bersama PPAT,” katanya lagi. Dalam pada itu, Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif tersebut adalah penting kearah hasrat memajukan jabatan-jabatan dalam negeri menjadi Kerajaan Digital Pintar menjelang 2030.
03 Nov 21
294
Perpustakaan Digital Permudah Tugas ADUN
Perpustakaan Digital Permudah Tugas ADUN
Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 3 November - Pelancaran Perpustakaan Digital mempermudahkan lagi urusan dan tugas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu mencari sumber dan maklumat dengan hanya di hujung jari jari sahaja. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, sebagai ahli Badan Legislatif, mereka dicabar dengan kekangan masa untuk ke perpustakaan biasa bagi membuat ulangkaji sebelum bermulanya sesuatu persidangan DUN.  “Ahli Yang Berhormat (AYB) boleh membuat rujukan pada bila-bila masa dan di mana jua bagi mencari maklumat yang diperlukan terutama berkenaan Badan Legislatif termasuk hansard dan bahan-bahan penyelidikan. “Pembangunan 'Digital Library' (perpustakaan digital) ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang diterjemahkan melalui Pelan Induk Kerajaan Digital Pintar Terengganu 2021 – 2030,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Pelancaran Perpustakaan Digital DUN Terengganu yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar di Damai Lounge, Wisma Darul Iman, pada hari ini. Menurutnya, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri juga bersetuju untuk turut membantu membangunkan Perpustakaan Digital DUN dengan lebih lengkap dan memberi laluan dan akses sebahagian aplikasi serta bahan-bahan bacaan digital yang ada disana. “Digital library DUN ini akan melalui beberapa fasa sebelum ianya benar-benar lengkap, bermula dari pembangunan sistem di peringkat asas. “Kolaborasi dengan Perpustakaan Awam negeri dan pembangunan sistem yang lebih banyak hingga kepada kompleks khas ‘Digital Library’ untuk jangka masa  panjang,” katanya. Dato' Yahaya menambah, dengan adanya 'Digital Library' ini akan membantu menambahkan lagi keceriaan persidangan DUN dan seterusnya meningkatkan mutu perbahasan di kalangan Ahli-ahli Dewan. “Di antara lain laporan atau 'blue print' tersebut mencadangkan beberapa reformasi kepada badan legislatif negeri kita supaya lebih bersifat inklusif. “Ia turut memberi fokus untuk menambah baik khidmat rujukan dan pendidikan politik kepada ADUN selain dari peranan semak dan imbang melalui lawatan kerja apabila ada isu yang berbangkit dalam sesuatu persidangan DUN bagi tujuan mendapat penjelasan secara 'first hand' dari pihak berkenaan," ujarnya. Justeru itu, beliau berharap DUN Terengganu akan menjadi perintis kepada negeri lain dalam projek digital library ini sesuai dengan visinya, 'Menjadi DUN Yang Terunggul'.
03 Nov 21
162