lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Perkakas Elektrik Baru Musnah, Warga Emas Berputih Mata
Perkakas Elektrik Baru Musnah, Warga Emas Berputih Mata
TEMERLOH, 30 Disember – “Tidak sangka banjir seteruk ini, macam-macam perkakasan rumah baru dibeli tidak sempat digunapakai lama,” luah warga emas, Maimunah Sab yang terpaksa berputih mata melihat rumahnya di Kampung Lubuk Kechemas ditenggelami air banjir. Nenek berusia 78 tahun itu menggambarkan bencana tersebut sebagai yang paling dahsyat sejak 10 tahun menetap di kampung tersebut. “Perkakasan elektrik baharu dibeli tahun ini seperti mesin basuh, ketuhar mikro, mesin air dan sebagainya semua sekali tidak dapat diselamatkan, hanya dokumen penting sahaja sempat diselamatkan. “Pada awal tahun (Januari), ada juga berlaku kenaikan paras air, tapi tidak begitu tinggi sehingga memasuki rumah, jadi kali ini memang saya tidak sangka,” katanya ketika ditemubual pemberita. Memahami keperitan yang dialami Maimunah, sukarelawan Terengganu melibatkan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) menghulurkan bantuan serta membersihkan kediaman tersebut sempena Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang 2021. Sementara itu, Redza Iskandar, 32, cucu kepada warga emas tersebut menyifatkan kehadiran 103 sukarelawan di kawasan kejiranannya amat membantu dalam proses membersihkan 10 peratus lagi bahagian kediaman daripada sisa lumpur. “Kalau tinggal saya dengan nenek saya sahaja akan mengambil masa lama, jadi dengan kehadiran ini saya sangat berharap saki bagi perkakasan rumah, perabot dan dinding dapat dibersihkan,” jelasnya. Menurutnya, mereka berpindah ke rumah saudara di Taman Seri Layang setelah air dipercayai daripada Sungai Semantan meningkat sehingga ke paras kepala.  
30 Dec 21
405
Subsidiari Golden Pharos Berhad Tunai Zakat Perniagaan RM200,000
Subsidiari Golden Pharos Berhad Tunai Zakat Perniagaan RM200,000
KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd (KPKKT), subsidiari kepada Golden Pharos Berhad (GPB), mengambil langkah tuntutan hukum syarak menerusi pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM200 ribu. Bayaran tersebut dibuat oleh syarikat senarai awam yang juga syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu (GLC) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Replika cek tersebut diserahkan oleh ahli lembaga pengarah KPKKT, Mohd Harun Esa, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM), M. Rozi Bidin dalam satu majlis ringkas di pejabat MAIDAM, baru-baru ini. Menurut kenyataan Pengarah Eksekutif GPB, Profesor Madya Dr Mohd Zaki Hamzah, pihaknya menganggap tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai unsur penting perniagaannya. “Justeru, Kumpulan telah mengambil. bahagian dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan oleh masyarakat setempat di persekitaran operasi Kumpulan. “Pihak kami akan terus komited akan sentiasa memastikan kewajipan zakat perniagaan dilunaskan bagi membantu orang tidak bernasib baik,” katanya. Sementara itu, beliau turut berkongsi usaha Kumpulan GPB dalam menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar melalui pengurusan hutan secara lestari, memberikan peluang yang luas kepada pekerja-pekerjanya serta menghasilkan produk yang mesra alam. “Kumpulan GPB mengamalkan pengurusan kawasan konsesi balak lestari yang turut diiktiraf oleh badan antarabangsa, Forest Stewardship Council (FSC) dengan dua kawasan konsesi yang diuruskan oleh KPKKT mendapat pensijilan FSC. “Kawasan konsesi subsidiari ini adalah hutan terbesar di Semenanjung Malaysia yang menerima pensijilan FSC dan hanya hutan asli kedua di Malaysia yang menerima penghormatan,” katanya lagi. Untuk pengetahuan, Golden Pharos Berhad adalah syarikat senarai awam di Papan Utama Bursa Malaysia yang juga GLC Kerajaan Negeri Terengganu dengan pegangan majoriti melalui Terengganu Incorporated Sdn Bhd, syarikat pelaburan milik Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
30 Dec 21
838
Dungun Kembali Banjir
Dungun Kembali Banjir
DUNGUN, 30 Disember - Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun kembali dilanda banjir sebentar tadi susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, penduduk mula berpindah sejak pukul 10 pagi dengan dibantu oleh beberapa anggota agensi kerajaan termasuk polis, bomba dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM). "Setakat pukul 4 petang, seramai 149 penduduk daripada 49 keluarga telah dipindahkan ke rumah saudara-mara dan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja. “Meskipun ada kediaman penduduk yang belum dinaiki air, kebanyakan mereka mengambil inisiatif berpindah lebih awal memandangkan hujan lebat masih berterusan,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja di sini hari ini. Tambah beliau, sekiranya keadaan hujan berterusan, dijangka lebih ramai penduduk akan berpindah. Dalam masa yang sama, penduduk Kampung Shukor dan beberapa kampung lain yang berhampiran dinasihatkan untuk bersiap sedia berpindah.
30 Dec 21
748
'Terima Kasih Terengganu, Sekolah Kami Kembali Ceria'
'Terima Kasih Terengganu, Sekolah Kami Kembali Ceria'
TEMERLOH, 30 Disember - Guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Islam At-Taqwa terharu dengan kerja keras sukarelawan Terengganu yang membersihkan institusi tersebut sehingga boleh kembali beroperasi seperti biasa. Guru Besarnya, Khairul Azwan Zamri berkata, kerja pembersihan lumpur dan sisa banjir oleh 38 sukarelawan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu itu membolehkan SRA At-Taqwa dibuka pada pada 10 Januari depan. Katanya, sejak empat hari pihaknya juga telah berusaha membersihkan 13 blok bangunan daripada kesan banjir namun tenaga yang terhad menyukarkan operasi. “Pada khamis lalu, paras air naik tinggi sehingga ke paras atap sekolah, hampir menenggelamkan kelas, blok pra sekolah, tandas, pejabat dan bilik guru.Alhamdulillah kerjasama sukarelawan ini meringankan beban kami. “Terima kasih kepada warga Terengganu terutamanya tenaga pengajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu daripada Dungun, Kuala Berang dan Kemaman kerana terus komited bergotong-royong bagi membolehkan 335 orang pelajar kembali untuk sesi hadapan. “Kebanyakkan kelas juga semakin pulih dengan beberapa tempat lagi belum selesai, semasa air naik barangan kelas sempat dialih oleh guru-guru disini dengan kebanyakkan kerosakan hanya melibatkan perkakasan elektrik seperti kipas dan lampu,” katanya. Beliau berkata demikian semasa ditemu bual pemberita semasa Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang 2021 di Kampung Paya Kecil, kelmarin. Sementara itu, wakil Jabatan Pendidikan Pahang, Yahaya Taib turut menyuarakan penghargaan kepada sukarelawan Terengganu dipimpin oleh rombongan Sekolah Imtiaz. “SRA Islam At-taqwa ini antara dua sekolah agama termasuk Maahad Tahfiz Islamiyah yang terjejas teruk di Temerloh di samping 24 buah sekolah lain lagi di sini,” katanya yang juga daripada Sektor Pendidikan Islam JPP.
30 Dec 21
2219
IMITS Kijal Santuni Mangsa Banjir Di Mentakab
IMITS Kijal Santuni Mangsa Banjir Di Mentakab
MENTAKAB, 30 Disember - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal turun menyantuni mangsa banjir di bandar Mentakab dengan menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh mereka. Seramai 18 orang petugas yang seliakan oleh IMITS DUN Kijal berkampung di bandar Mentakab yang lumpuh sepenuhnya selama tiga hari bermula 28 sehingga 30 Disember.  ​​​​​​Menyantuni mangsa banjir dengan agihan pakaian keperluan harian. Ketua rombongannya, Ustaz Mohd Mujahid Mokhtar berkata mereka  diamanahkan untuk membersihkan beberapa buah rumah  di Taman Sagumpas 1 dan Taman Ixora. "InsyaAllah, pasukan kami akan menjalankan tugas sebaik mungkin bagi membantu mangsa banjir dikawasan yang dikategorikan sebagai zon merah  kerana air di sini hampir menenggelamkan bumbung rumah. "Konvoi kami bersama lima buah pacuan empat roda dan sebuah van membawa peralatan membersih rumah, pakaian terpakai dan baru, telekung, sejadah, selimut, kain batik dan kain pelikat hasil sumbangan masyarakat di sekitar Kijal," ujarnya. Kerja - kerja pembersihan rumah sedang dijalankan. Tambahnya, ia adalah misi bantuan pasca banjir kerajaan negeri Terengganu ke negeri Pahang yang diselaraskan oleh Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera dengan kerjasama agensi kerajaan dan para sukarelawan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Terengganu.
30 Dec 21
659
Sebak Lihat Keajaiban Al-Quran
Sebak Lihat Keajaiban Al-Quran
TEMERLOH, 29 Disember – Sukarelawan banjir daripada Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu tidak dapat menahan sebak melihat keajaiban kitab suci al-Quran yang ditemui tidak basah dan rosak semasa menjalankan Operasi Bantuan di Pahang. Pengetua Imtiaz Kemaman, Roslan Ibrahim berkata kotak yang diisi dengan kitab al-Quran terselamat walaupun Sekolah Rendah Islam At-Taqwa ditengelami air hingga paras atap. “Pada masa itu, ia dikelilingi kotak buku lain yang rosak teruk akibat lumpur air banjir di dalam salah satu blok sekolah. “Allah SWT telah menjanjikan kitab suci ini akan dipelihara sampai ke hari kiamat, perkara ini terbukti apabila kotak-kotak berisi buku pelajaran lain basah kuyup ditenggelami air, tapi ia terselamat,” katanya ketika ditemu bual pemberita di Kampung Paya Kecil, tengah hari tadi. Beliau antara 38 anggota sukarelawan daripada tiga buah sekolah Imtiaz termasuk dari Kuala Berang dan Dungun yang menyertai Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang 2021. “Kami rasa terpanggil untuk membantu sahabat-sahabat kita di sekolah ini bangkit kembali setelah dilanda bencana. “Hari ini kami mengfokuskan segala jentera di sini, dan kemudian akan beralih ke Maahad Tarbiah Islamiyah bagi hari esok. “Kita bantu apa yang mampu dari sudut tenaga manusia dan sedikit wang ringgit kepada pihak pentadbiran sekolah sempena julung kali kami melibatkan diri dalam program kemanusiaan bencana secara berkumpulan,” katanya lagi.  
29 Dec 21
1160
Agong, MB Nasihat Rakyat Sedia Hadapi Banjir
Agong, MB Nasihat Rakyat Sedia Hadapi Banjir
KUALA LUMPUR, 29 Disember - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat, khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah, bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku episod banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, titah nasihat Seri Paduka Baginda itu susulan amaran tahap waspada (kuning) iaitu hujan berterusan yang akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Januari 2022 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kelmarin. "Baginda turut menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir, juga peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada sekiranya paras air naik secara mendadak akibat hujan lebat yang berterusan. "Ini termasuklah mematuhi semua arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sekiranya dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan diri dan ahli keluarga tersayang," ujarnya dalam kenyataan tersebut. Menzahirkan keprihatinan tinggi terhadap kemaslahatan rakyat, Seri Paduka Baginda turut menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana bencana banjir sebelum ini untuk membaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya segala urusan pasca banjir. "Seri Paduka Baginda menasihati agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak leka dan proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan penyelarasan pengurusan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di tahap terbaik. "Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa menerusi persediaan awal dengan disusuli tindakan yang terancang, operasi-operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, khususnya mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi dan juga pedalaman, dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. "Baginda turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku ini tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana," ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan sama Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi hantaran di laman facebook rasmi beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dengan amaran hujan berterusan (waspada) peringkat kuning yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia. "Teruskan berjaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa," tulisnya.
29 Dec 21
534
Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang
Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang
Pelepasan hari pertama misi bantuan banjir ke Pahang pada 28 Disember 2021 di perkarangan Muzium Negeri Kg Bukit Losong .
29 Dec 21
684
APM Terengganu Bersiap Sedia Hadapi Gelombang Ketiga
APM Terengganu Bersiap Sedia Hadapi Gelombang Ketiga
Seramai 2,800 individu pelbagai agensi termasuk anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu sudah bersiap sedia dengan kekuatan aset bagi menghadapi banjir gelombang ketiga yang diramalkan berlaku pada 30 dan 31 Disember ini.
29 Dec 21
340
Bersih Lumpur Tebal Cabaran Khidmat Malaysia
Bersih Lumpur Tebal Cabaran Khidmat Malaysia
Banjir kali ini disifatkan sebagai yang terburuk melanda negara, lebih 1,500 anggota Sukarelawan Khidmat Masyarakat Terengganu menganggap operasi pembersihan lumpur tebal antara cabaran terbesar.
29 Dec 21
114