lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Sedia Teruskan Misi Sukarelawan
Sedia Teruskan Misi Sukarelawan
Kerajaan negeri sedia memberikan khidmat kesukarelawan untuk siri seterusnya bagi meringankan beban mangsa banjir di Pahang yang paling terjejas akibat bencana alam.
29 Dec 21
150
Buat Aduan, Jika Harga Melampau
Buat Aduan, Jika Harga Melampau
Orang ramai digesa melaporkan kepada pihak berautoriti jika barangan dijual dengan harga yang melampau dan tidak berpatutan.  
29 Dec 21
126
800 Pengayuh Meriahkan Cabaran Berbasikal Monsun Marang
800 Pengayuh Meriahkan Cabaran Berbasikal Monsun Marang
Seramai 800 peserta dari dalam dan luar negeri memeriahkan acara berbasikal Cabaran Monsun Marang (MMC) 2021 di sekitar daerah Marang. 
29 Dec 21
131
Mangsa Banjir Pahang Terharu Bantuan Rakyat Terengganu
Mangsa Banjir Pahang Terharu Bantuan Rakyat Terengganu
TEMERLOH, 28 Disember – Orang ramai di daerah ini terharu dengan keprihatinan dan bantuan sukarelawan dari Terengganu yang membersihkan premis serta kediaman terjejas banjir. Pembantu Klinik Kesihatan Temerloh yang juga mangsa bah, Mohd Faizal Alian, 29, berkata usaha sukarelawan daripada agensi kerajaan Hulu Terengganu membersih sampah dan longkang di luar klinik tersebut menyentuh hati mereka. “Banyak jasa dan bantuan tenaga dikerahkan oleh pasukan ini, segala sisa-sisa daripada banjir baru-baru ini telah dikumpulkan mereka dalam satu tempat. “Dinding dan pagar turut dibersihkan daripada lumpur menggunakan ‘water jet’, kalau ikutkan seluruh lantai perkarangan klinik ini dipenuhi kesan banjir, alhamdullilah hari ini sudah berkurang hasil usaha mereka. “Saya mewakili klinik kesihatan di sini berterima kasih kepada wakil yang datang daripada negeri Terengganu, Kerajaan negeri, Jabatan Kerja Raya Hulu Terengganu dan mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat,” katanya yang juga anak perantau berasal dari Telemong. Beliau berkata demikian selepas Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang di Klinik Kesihatan Temerloh, hari ini. Terdahulu, Faizal menceritakan detik cemas apabila tempat kerjanya itu dinaiki air pada 20 Disember akibat limpahan Sungai Semantan yang terletak berhampiran klinik. “Ini menyebabkan kami terpaksa memindahkan operasi kesihatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh sepanjang lima hari. “Kebanyakan peralatan penting telah dipindahkan oleh staf-staf kami melihat kepada keadaan air yang meningkat dengan kadar yang laju,” katanya lagi. Untuk rekod, seramai 650 sukarelawan terdiri daripada Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) melalui T-Volt (Terengganu Volunteer) serta agensi kerajaan lain akan mengadakan operasi bantuan pasca banjir selama tiga hari bermula hari ini melibatkan kawasan Temerloh dan Mentakab.  
28 Dec 21
3007
Anak Marang Menang RM10,000 Cabutan Bertuah TSG Virtual Ride
Anak Marang Menang RM10,000 Cabutan Bertuah TSG Virtual Ride
KUALA TERENGGANU, 28 Disember- Anak jati Kampung Sungai Kerak, Marang muncul pemenang cabutan bertuah utama sempena program Terengganu Cycling Team (TSG) 10-Years Anniversary Virtual Ride berupa wang tunai RM10,000. Kemenangan Mohd Amirul Ramli, 28, diumumkan oleh Pengarah Eksekutif Terengganu ProAsia Cycling Team merangkap Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja pada majlis penyampaian hadiah program tersebut yang diadakan secara ‘live’ di Tingkat 3, Studio TSG, hari ini. Amirul yang merupakan anak kedua dari tujuh beradik berkata, dia tidak menyangka menjadi pemenang hadiah utama selepas membelanjakan RM120 untuk melayakkannya menyertai cabutan bertuah itu. "Saya terkejut dan sangat tidak sangka ketika dihubungi pihak TSG sebentar tadi mengatakan saya pemenang utama cabutan bertuah ini," katanya yang dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman. Katanya, setakat ini dia belum memikirkan bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. “Tidak sangka nombor cabutan 348 membawa rezeki kepada saya, teruja sangat sampai tidak ada lagi rancangan untuk buat apa dengan duit ini,” ujarnya yang merupakan seorang pekerja kilang. Difahamkan, program kayuhan secara maya yang dianjurkan buat julung kalinya oleh TSG, pasukan berbasikal bertaraf benua Asia yang kini genap 10 tahun penubuhan adalah sebagai penghargaan kepada peminat setia TSG yang terus memberi sokongan terutama dalam misi untuk meningkatkan lagi kualiti dan pencapaian pasukan. Kayuhan ‘TSG Virtual Ride 2021’ yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 Disember lalu untuk jarak kayuhan sekurang-kurangnya 40 kilometer perlu ditempuhi setiap peserta di lokasi masing-masing, menawarkan sebanyak 110 hadiah cabutan bertuah kepada peserta sebagai tanda penghargaan kepada peminat khususnya.  
28 Dec 21
839
Sedia Teruskan Misi Sukarelawan - Wan Sukairi
Sedia Teruskan Misi Sukarelawan - Wan Sukairi
KUALA TERENGGANU, 28 Disember – Kerajaan negeri sedia memberikan khidmat kesukarelawan untuk siri seterusnya bagi meringankan beban mangsa banjir di Pahang yang paling terjejas akibat bencana alam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia merupakan hasrat Terengganu bagi mengurangkan bebanan kerajaan negeri  yang terlibat dalam mendepani musibah banjir. “Kita tidak menolak untuk membantu jika keadaan masih memerlukan dan dalam masa yang sama jika di tempat kita tidak berlaku masalah besar, ada kemungkinan untuk kita adakan siri yang berikutnya. “Oleh itu, sedikit sebanyak sumbangan sukarelawan ini tidak menjadi persoalan kerana yang paling penting ada penglibatan dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini dan kita akan bersedia setiap masa,”ujarnya. Beliau berkata demikian di sidang media selepas merasmikan Majlis  Perlepasan Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang di perkarangan Muzium Losong, di sini hari ini. Dalam majlis tersebut,  seramai 650 sukarelawan yang terdiri daripada Urus Setia Belia Sukan (UBSNT) melalui T-Volt (Terengganu Volunteer) akan mengadakan operasi bantuan pasca banjir 2021 ke Pahang selama tiga hari bermula hari ini melibatkan kawasan Temerloh dan Mentakab. Katanya, antara yang terlibat kali ini adalah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO, Urus Setia Penerangan Darul Iman, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Polis, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengaliran dan Saliran. Wan Sukairi juga berkata sebanyak RM150 ribu telah diperuntukkan untuk misi banjir selama tiga hari ini meliputi semua aspek. Tambah beliau lagi, antara misi kali ini, sukarelawan tersebut akan membersihkan rumah mangsa banjir, menyampaikan sumbangan keperluan dan mengadakan dapur rakyat di kawasan yang terlibat.  
28 Dec 21
435
600 Sukarelawan T-Volt Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Bermula Esok
600 Sukarelawan T-Volt Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Bermula Esok
KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Lebih 600 pasukan sukarelawan yang terdiri daripada Urus Setia Belia Sukan (UBSNT) melalui T-Volt (Terengganu Volunteer) akan mengadakan operasi bantuan pasca banjir 2021 ke Pahang selama tiga hari bermula esok. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sukarelawan yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan di Terengganu akan dihantar bagi membantu mangsa banjir di Pahang. Katanya, antara yang terlibat kali ini adalah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO, Urus Setia Penerangan Darul Iman, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah, Angkatan Pertahanan Awam, Polis, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengaliran dan Saliran. "Ia merupakan hasrat kerajaan negeri bagi meringankan beban mangsa banjir di Pahang untuk membersihkan rumah mangsa banjir dan mengadakan dapur rakyat di kawasan yang terlibat. "InsyaAllah selagi mampu, kita bantu semua mangsa banjir, tidak kira agama, bangsa dan latar belakang," ujarnya ketika dihubungi. Hanafiah yang juga merupakan Pengarah Misi Banjir kali ini berkata, semoga dengan kehadiran sukarelawan itu dapat meringankan beban dan kesusahan yang mereka alami.  Tambahnya, kesemua sukarelawan yang terdiri lelaki seramai 449 orang dan wanita (172) bersama empat buah bas, kenderaan pancuan empat roda dan kenderaan persendirian akan bertolak ke Temerloh, Pahang, kira-kira jam 8.00 pagi esok. Dalam perkembangan yang sama, beliau turut membekalkan  sebuah mesin 'case',  dua buah lori dengan kapasiti 10 tan untuk proses pembersihan sampah di sana.  
27 Dec 21
608
Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bersihkan 180 Rumah Mangsa Banjir
Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bersihkan 180 Rumah Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 27 Disember – Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) telah membantu membersihkan 180 buah rumah mangsa banjir di Kuantan, Pahang pada 23 Disember lalu. Misi bantuan tersebut telah dijalankan selama tiga hari dan disertai seramai 286 orang sukarelawan dari seluruh Kuala Terengganu. Pelancaran Konvoi Misi Bantuan Banjir ke Pahang oleh ADUN Wakaf Mempelam Menurut Pengarah Operasi Misi Bantuan Banjir Pahang, Ahmad Asyraf An-Nawawi, antara kawasan yang telah dibersihkan ialah Kampung (Kg) Chendering, Bukit Rangin dan Perumahan Awam Kos Rendah Sungai Pandan. “Selain membersihkan rumah mangsa, pihak kami juga telah mengadakan program dapur rakyat untuk mengagihkan makanan buat mangsa,” katanya kepada pemberita. Tambahnya lagi, sumbangan berupa wang ringgit, pakaian dan barangan keperluan asas juga telah diagihkan kepada mangsa banjir. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Hj. Ahmad Amzad Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah selaku Pengarah KMKT juga turut bersama dalam misi bantuan banjir ini. ADUN Batu Buruk turut sama menyertai gotong-royong membersihkan rumah mangsa  
27 Dec 21
222
MAIDAM Bantu Mangsa Banjir Di Wilayah Persekutuan
MAIDAM Bantu Mangsa Banjir Di Wilayah Persekutuan
KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan akibat bencana banjir, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) menyumbang dana RM200,000 buat mangsa terkesan di Wilayah Persekutuan. Ketua Pegawai Eksekutifnya M Rozi Bidin berkata, pihaknya telah memutuskan sumbangan tersebut diagihkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi pemberian di peringkat seterusnya. “Dana ini adalah tanda simbolik sokongan kepada warga wilayah tersebut untuk bangkit kembali setelah terjejas teruk akibat bencana itu. “Manakala buat saudara kami di negeri lain seperti Selangor dan Pahang, kita sedang aktif meneliti kelulusan pada peringkat tertinggi bagi penyaluran bantuan buat kawasan-kawasan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM200,000 daripada Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd (KPKKT), di sini, hari ini. Majlis penyerahan zakat perniagaan disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah KPKKT, Mohd Harun Isa dan dihadiri Pengarah Eksekutif Golden Pharos Berhad (GPB), Profesor Madya Dr Mohd Zaki Hamzah. Tambah beliau, MAIWP terdahulu turut menyumbang kepada komuniti terjejas akibat banjir di Terengganu dengan bantuan RM1.25 juta, dengan RM1 juta daripadanya berbentuk barangan manakala RM250 ribu bagi membaiki masjid dan surau rosak akibat bencana tersebut.
27 Dec 21
559
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
Kerajaan Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri tekad dalam mencapai standard ISO9000 bagi memendekkan urusan birokrasi supaya lebih efisyen dalam memudahkan golongan usahawan negeri memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan perniagaan.
27 Dec 21
339