lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Tak Sangka Dapat Hadiah Cincin
Tak Sangka Dapat Hadiah Cincin
KUALA TERENGGANU, 13 Februari – "Tidak sangka saya mendapat cabutan bertuah hadiah mega berbentuk cincin", luah seorang Seorang peserta wanita Durian Burung  setelah mendapat hadiah hasil cabutan bertuah dalam program Terengganu Hijab Day 2022. Fatimah Md Yusof, 61, berkata, beliau tidak menyangka apabila nama tersenarai dalam cabutan bertuah itu yang ditaja pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita. “Saya bersyukur ke hadrat ilahi atas anugerah bernilai sempena sambutan ini. “Terima kasih atas jemputan serta kepada pihak YB (ADUN Wanita) atas penganjuran program yang amat bermakna buat warga wanita di Terengganu," jelasnya ketika ditemui pihak media di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, semalam. Justeru itu, beliau berharap program bermanfaat sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. “Hasilnya, menerusi Forum Hijabista, kami mendapat ilmu tentang kepentingan berhijab dengan sempurna, memang tak rugi join, siapa yang tak hadir memang menyesal. “Ini kerana ada unsur dakwah untuk kebaikan wanita dalam mempertahankan imej baik selaras dengan keperluan syariah dan tuntutan semasa,” tambah beliau lagi.
13 Feb 22
309
Ketua Setiausaha Negara, Chef Zam Terima Darjah Kebesaran Terengganu
Ketua Setiausaha Negara, Chef Zam Terima Darjah Kebesaran Terengganu
KUALA TERENGGANU, 13 Februari – Sultan Terengganu, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z.) kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman 2021 di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, Chendering, pagi tadi. Turut berangkat ke istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Sharqiyyah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Mohd Zuki Ali mendahului senarai 24 penerima apabila dianugerahkan Darjah Kebesaran itu yang membawa gelaran Dato' Seri. Chef Zam menerima pingat daripada Sultan Terengganu Sementara itu, selebriti masakan, Zamzani Abdul Wahab atau dikenali sebagai Chef Zam serta Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Kasemani Embong dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato'. Turut menyertai senarai penerima tersebut adalah Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan lima doktor termasuk bekas Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus. Selain itu, Sultan Mizan turut mengurniakan Darjah Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) kepada Pakar Patologi (Mikrobiologi) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr. Fatimah Haslina Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC JKNT Dr. Azmani Wahab, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr. Saifur Rahman Muhammad serta Pengarah Hospital Hulu Terengganu, Dr. Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani. Dr Kasemani Embong menerima pingat daripada Sultan Terengganu    
13 Feb 22
2673
Terengganu Salur RM15 Juta Biasiswa Pelajar Sejak 2019
Terengganu Salur RM15 Juta Biasiswa Pelajar Sejak 2019
Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) sudah menyalurkan biasiswa sebanyak RM15 juta kepada 601 pelajar cemerlang negeri terbabit sejak 2019.
13 Feb 22
257
Hari Tanah Lembap Sedunia : Promosi Setiu Wetlands
Hari Tanah Lembap Sedunia : Promosi Setiu Wetlands
Kesedaran dan kerjasama dalam memulihara khazanah alam di Taman Bencah Setiu (Setiu Wetlands) perlu diterapkan di dalam pelbagai pihak termasuk komuniti bagi memelihara alam sekitar disamping faedah ekonomi dan pelancongan.
13 Feb 22
177
Tetap Ceria Walau Padang Bola Menjadi Ala-ala Sawah
Tetap Ceria Walau Padang Bola Menjadi Ala-ala Sawah
SETIU, 14 Februari – Keceriaan tetap dicapai oleh peserta yang menyertai Karnival Sukan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) walaupun keadaan Padang Bola Kampung Guntong Dalam, Permaisuri bertukar menjadi ala-ala sawah disebabkan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata program kesukanan dan kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat ini juga boleh dijadikan satu medan kesatuan sesama manusia. ‘’ Walaupun keadaan padang bola bertukar menjadi ala-ala sawah padi namun semangat kesukanan tidak luntur. Biar bermandi lumpur demi kepuasan bersukan dan berukhuwwah. ‘’ Tahniah dan syabas kepada pihak Unit Daerah Mengundi (UDM)  Guntong Dalam, Permaisuri atas kejayaan penganjuran  program sukan dengan pelbagai acara yang melibatkan pelbagai lapisan umur dan jantina pada petang ini. ‘’Suatu program yang kita harapkan menjadi medan untuk berjumpa mata, merapatkan silaturahim, boleh bertanya khabar dalam masa yang sama kita bersukan untuk menyihatkan badan. Hadiah itu berada di nombor tiga, empatlah.   ‘’ Kita jumpa dalam satu program kemasyarakatan setelah sekian lama program-program berbentuk himpunan sebegini tidak dapat dilangsungkan ekoran pandemik Covid-19 yang kita sama-sama lalui,"ujarnya.   Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Karnival Sukan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), di sini, baru-baru ini.  Mengulas lanjut isu peningkatan kes yang berlaku sekarang ini, beliau turut mengingatkan agar bersama-sama  mengambil langkah berjaga-jaga walaupun pihak kerajaan tiada sebarang perancangan untuk mengadakan sekatan baru. ‘’ Jadi kita anggap suasana kita ini sudah menuju ke arah andemik walaupun nampak kes semakin meningkat tapi kita pakat sama-sama jaga insya-Allah. Mudah-mudahan program-program seperti ini akan dapat dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program ini,"katanya. Menurut Pengerusi JPKK Guntong Dalam Zull Yunus, Karnival Sukan JPKK 2022 ini melibatkan gabungan dari tiga buah kampung iaitu Kampung Guntong Dalam, Kampung Che Mohid dan Kampung Padang Jejawi. ‘’ Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak 9 sebelah dewasa, bola sepak 12 sebelah kanak-kanak, boling padang, anyaman daun kelapa, memanah dan berebut coklat kanak-kanak. ‘’ selain pertandingan, cabutan bertuah, pameran memproses minyak gelam, kelab memanah, Kelab Motor SDK turut diadakan serta jamuan gulai kawah. Katanya, program tersebut turut ditaja oleh Syarikat Zull Go Enterprise.
13 Feb 22
956
Didik Wanita Ketahui Hak Hingga Akar Umbi
Didik Wanita Ketahui Hak Hingga Akar Umbi
KEMAMAN, 13 Februari - Urus Setia Wanita (USWA) Terengganu disarankan untuk mempergiatkan program Suara Hati Wanita ke peringkat akar umbi bagi memastikan wanita lebih peka terhadap isu-isu keganasan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor, berkata golongan ini perlu tahu hak undang-undang mereka dan diperkasa untuk mengambil tindakan jika mereka menjadi mangsa. "Jika kita lihat isu keganasan rumah tangga banyak berlaku di kawasan pendalaman terutama yang melibatkan masalah dadah. "Dalam masa yang sama, kita perlu kerjasama yang kuat daripada  JPKK  kerana mereka lebih tahu masalah yang melanda masyarakat disekitar mereka," ujarnya. Zuraida berkata demikian ketika merasmikan Program Suara Hati Wanita 2022 di Dewan Seri Amar, di sini hari ini. Justeru itu katanya, sehingga kini dengan kerjasama pelbagai pihak, banyak agenda wanita diperkasakan dan diperjuangkan bagi menjaga kepentingan mereka. "Suka untuk saya tegaskan bahawa setiap lelaki dan wanita mesti tahu apakah tanggungjawab masing-masing. "Adalah lebih baik menunaikan hak dan tanggungjawab yang diamanahkan daripada menuntut hak daripada orang lain," katanya.  
13 Feb 22
389
Terengganu Perkemas Strategi Didik Wanita Berhijab Sempurna
Terengganu Perkemas Strategi Didik Wanita Berhijab Sempurna
KUALA TERENGGANU, 12 Februari – Kerajaan negeri memperkasakan usaha pendidikan pemakaian hijab yang sempurna kepada kaum wanita islam negeri ini menerusi usaha dakwah jalanan di kesemua lapan daerah bermula bulan ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, usaha menyantuni kaum hawa muda serta penjawat awam dari Kemaman sehingga Besut adalah kesinambungan daripada sambutan Hari Hijab Terengganu 2022. “Gelombang ini akan digerakkan Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengedarkan risalah garis panduan pemakaian tutup aurat buat wanita. “Selain itu, stokin tangan dan tudung juga akan diedarkan secara percuma di kawasan tumpuan masyarakat seperti di pusat membeli belah dan pesisir pantai. “Inisiatif ini adalah tanda prihatin bahawa kerajaan bersama dengan rakyat, tepat dengan usaha memudahkan wanita Terengganu menyempurnakan pemakaian hijab mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas majlis perasmian Terengganu Hijab Day bertempat di Dewan Perpustakaan Negeri Terengganu, pagi tadi. Turut hadir, Pengarah USWa, Wan Nur Sakinah Din. Menjelaskan tentang perancangan masa hadapan, Zuraida berkongsi pembikinan garis panduan pakaian patuh syariah melibatkan pelbagai sektor seperti sukan, sukan perairan, hiburan dan pelancongan. “Pihak kami masih meneliti dan mengambil kira pandangan golongan wanita dan pelbagai pihak bagi memastikan kaedah terbaik tanpa mengabaikan tuntutan syariah dan urusan kerja. “Setelah diutarakan dalam Sidang DUN baru-baru ini, pemerkasaan garis panduan ini tidak drastik kerana kita tidak mahu ada unsur paksaan,” katanya lagi. Sementara itu, acara kemuncak Sambutan Terengganu Hijab Day 2022 mendapat sambutan menggalakkan daripada kaum wanita. Ia diisi dengan aktiviti menarik seperti pertandingan persembahan fesyen bertemakan batik, gerai jualan dan forum 'hijabista'.
12 Feb 22
905
Penternak Ikan Sangkar 'Berputih Mata'
Penternak Ikan Sangkar 'Berputih Mata'
SETIU, 11 Februari - Tiada ungkapan yang dapat digambarkan kepada lima penternak ikan sangkar yang kerugian puluhan ribu akibat kematian hasil ternakan. Hasil ternakan berkenaan yang sepatutnya mula dipasarkan pada isnin didapati mati awal pagi semalam dan berlarutan sehingga hari ini. Nazalani Nawi, 50 salah seorang daripada lima penternak ikan siakap putih berkenaan berkata, beliau reda dengan keadaan yang berlaku dan sudah menjadi lumrah bagi seorang penternak ikan sangkar yang sentiasa berhadapan dengan risiko kematian. "Saya menganggarkan kematian ikan milik saya ni lebih satu tan dan saiz ikan ini menjadi rebutan di pasaran luar. "Ikan ni sudah melebihi satu kilogram setiap seekor dan permintaan daripada tauke-tauke memang banyak." Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sangkar ikan miliknya di Kampung Gong Batu. Beliau yang lebih 20 tahun terlibat dengan penternakan ikan sangkar di sini bersama lebih 50 orang penternak yang lain dengan ternakan pelbagai spesis. Menurutnya lagi, faktor utama kematian ikan ternakannya adalah berpunca daripada kekurangan oksigen dalam air yang tidak mampu untuk ikan siakap putih ini bertahan bagi satu tempoh masa. Dalam pada itu Pengerusi JPKK  Gong Batu, Aziz Muhammad berkata pihaknya telah ambil maklum mengenai apa yang berlaku tersebut.  "Dimana perkara ini akan dirujuk kepada Jabatan Perikanan dan akan diadukan segera kepada pihak berkaitan termasuk akan cuba memohon bantuan dengan Ahli Palimen Setiu. "Supaya nasib penternak ini akan terbela dan dengan inisiatif yang akan ditentukan nanti akan dapat meringankan beban yang mereka hadapi," ujarnya. 
11 Feb 22
1979
USWa Titik Beratkan Hak Wanita Menerusi Pendidikan
USWa Titik Beratkan Hak Wanita Menerusi Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 9 Februari – Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) amat menitik beratkan hak-hak wanita di negeri Terengganu supaya terus terjaga dan terpelihara. Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Wan Nur Sakinah Din berkata, sehubungan itu beliau mengharapkan agar para wanita dapat berfikir dengan lebih matang dan bijak serta dapat menentukan hak-hak mereka supaya kedudukannya dapat dipelihara. Katanya, kaum Hawa di negeri diseru agar melibatkan diri mana-mana program antaranya program Suara Hati Wanita supaya mereka menjadi wanita yang faham dan berilmu. “Menerangkan ilmu pengetahuan kepada wanita yang teraniaya dalam konteks perundangan dan hak-hak wanita. “Kita akan ketengahkan kembali tajuk-tajuk yang menarik dan bersesuaian bersesuaian dengan apa-apa isu yang berkaitan  dengan wanita yang timbul yang ada  pada hari ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pejabat USwa di Dataran Alamanda, Jalan Sulaiman, pada hari ini. Jelasnya lagi, program tersebut merupakan musim yang ketiga dan berbentuk fizikal dan secara atas talian. “Sebelum ini mungkin dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik ini kita lakukan secara atas talian sahaja. "Tapi tahun ini kita akan lakukan secara fizikal di beberapa  tempat yang terpilih," ujar beliau lagi. Kata Nur Sakinah, objektif program ialah untuk melahirkan wanita Terengganu yang mempunyai jati diri yang hebat impak dari program yang dijalankan. "Acara ini dibuat untuk memberi pendedahan garis panduan berkenaan permasalahan yang berlaku mengikut saluran yang tepat," tambahnya.
11 Feb 22
254
Hujan Berterusan Di Terengganu Sehingga Minggu Depan
Hujan Berterusan Di Terengganu Sehingga Minggu Depan
KUALA TERENGGANU, 11 Februari - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) kembali mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di Terengganu bermula hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan cuaca tersebut dijangka berterusan sehingga Ahad depan atau 13 Februari melibatkan kawasan di seluruh negeri. "Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. "Luruan angin timuran juga dijangka berterusan sehingga tarikh tersebut. "Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung katanya berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS). Jelasnya, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
11 Feb 22
3472