Artikel "Utama" Terkini
Karnival Beautiful Terengganu 2022 Serlah Tarikan Baharu Tasik Kenyir
Karnival Beautiful Terengganu 2022 yang diadakan sejak Khamis lalu, secara tidak langsung membuka dimensi baru pelancongan Tasik Kenyir.
21 Mar 22
483
Ihya' Ramadan: Kerajaan Salur RM986,800 Untuk Masjid, Surau
Kerajaan negeri mengagihkan peruntukan sebanyak RM986,800 kepada masjid dan surau terpilih di seluruh Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi majlis berbuka puasa sempena Ramadan.
21 Mar 22
277
Rumah Mampu Milik Banggol Pauh Tawar 162 Unit Kediaman
Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh menjadi satu lagi projek perumahan (Awam) bawah kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 di Terengganu dalam memiliki kediaman sendiri.
21 Mar 22
623
Buka Sempadan : Sultan Mizan Syor Kerajaan Laksana Kajian Impak
KUALA TERENGGANU, 21 Mac- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengesyorkan supaya kerajaan negeri melaksanakan satu kajian impak untuk Negeri Terengganu dengan mengambil kira persekitaran global.
Titah baginda, kajian impak itu termasuk kesan langsung terhadap sektor-sektor penting ekonomi negeri seperti perkhidmatan dan pelancongan, apabila sempadan negara dibuka semula nanti.
"Kajian impak perlu mengenalpasti bukan sahaja kesan ke atas pembangunan Negeri Terengganu malah menghasilkan cadangan khusus bagi mengurangkan impak langsung ke atas isi rumah yang berpendapatan Rendah B40 dan berpendapatan sederhana M40," titah Sultan Mizan.
Titah ucapan baginda dibaca Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.
Sultan Mizan bertitah, kedua-dua golongan tersebut sudah terkesan dan terbeban dengan harga barangan khasnya makanan, yang meningkat dan kesan sampingan ke atas punca pendapatan ekoran penularan wabak COVID-19.
"Misalnya, data terkini merekodkan terdapat 985 orang golongan miskin tegar dan 26,526 orang golongan miskin di Terengganu yang memerlukan perhatian daripada semua pihak," titah baginda.
Baginda turut menzahirkan keyakinan, kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk membantu golongan lemah dan terkesan.
Terdahulu, baginda bertitah Bank Dunia dalam satu laporannya pada Januari lalu telah membuat unjuran bahawa ekonomi dunia dijangka masih berkembang secara positif untuk tahun 2022.
"Walaubagaimanapun, perkembangan ekonomi dunia ini dijangka menunjukkan trend atau arah aliran yang menurun iaitu pada kadar (5.5 peratus) pada tahun 2021, (4.1 peratus) pada tahun 2022 dan (3.2 peratus) pada tahun 2023.
"Trend penurunan dijangka berlaku ekoran ketidaktentuan ekonomi dunia yang bakal menyebabkan banyak negara terkesan khasnya negara-negara membangun seperti Malaysia.
"Perbelanjaan kerajaan dan penggubalan dasar kewangan di negara-negara ini memerlukan pemikiran yang segar dan pendekatan yang berbeza kerana kita kini berada dalam satu keadaan yang belum pernah kita hadapi sebelum ini," titah baginda.
Baginda bertitah, peperangan yang berlaku berikutan serangan tentera Rusia ke atas Ukraine akan mendatangkan impak yang sangat teruk kepada ekonomi dunia dan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara Rusia turut menyebabkan harga komoditi di pasaran dunia seperti bahan api, dan bahan makanan seperti gandum dan jagung meningkat.
Titah baginda, peningkatan harga bahan mentah makanan seperti gandum dan bijirin lain seperti jagung turut akan mendatangkan kesan langsung kepada harga bahan makanan tempatan dan hal ini perlu ditangani.
21 Mar 22
1154
Kerajaan Sedang Kemaskini Data Kerugian Akibat Banjir
Maklumat kerugian mangsa banjir di Terengganu masih lagi di peringkat kemaskini bagi mengenalpasti bantuan sesuai mengikut keperluan masing-masing.
21 Mar 22
181
600 Pemburu Kerja Hadiri Program Outreach
SETIU, 17 Mac : Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan dan Keusahawanan Jamin Kerja peringkat Daerah Setiu mencatatkan penyertaan kehadiran lebih 600 orang pencari kerja.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, seharusnya peluang yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) dimanfaat sebaik mungkin oleh rakyat terutama mereka yang sedang menganggur.
"Ada diantara mereka yang terus mendapat pekerjaan selepas menghadiri temuduga, mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jawapan." ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan dan Keusahawanan Jamin Kerja Rakyat Terengganu, Daerah Setiu.
Program yang berlangsung dua hari itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom yang turut disertai dengan kehadiran usahawan produk tempatan dan peniaga kecil.
Dalam program tersebut ,turut disampaikan faedah PERKESO dan inisiatif jamin kerja kepada mereka yang hadir serta terdapat beberapa syarikat tempatan dan luar yang menawarkan peluang pekerjaan antaranya TDM Plantation, McCORMICK, APTIV, Mybrush, Malaysia Rail Line dan Hartalega.
Program berkenaan turut diserikan dengan pelbagai acara termasuklah Master Chef of Setiu, 'Fun Run', cabutan bertuah, sukan rakyat dan costplay transformer.
"Melalui program ini Kita akan cuba permudahkan urusan rakyat agar peluang yang ada ini dimanfaatkan sebaik mungki insyaa- Allah," tambahnya lagi.
17 Mar 22
481
Kerajaan Negeri Optimis Capai Sasaran 20 Ribu Unit Rumah Mampu Milik
KUALA NERUS, 16 Mac - Kerajaan negeri optimis dapat menyiapkan 20,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2023 seperti yang ditawarkan dalam manifesto.
Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sehingga kini pihaknya telah berjaya membina 90 peratus atau lebih 18,000 dari sasaran pembinaan 20,000 unit rumah.
"Ini termasuk pembinaan 162 unit rumah pangsa mampu milik di Kampung Banggol Pauh di sini yang dijangka siap pada Februari 2024.
"Lima blok RPMM itu dibina dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM41 juta dengan beberapa kemudahan seperti surau, tadika, gerai dan pondok pengawal," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh, di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak.
Tambahnya, RPMM Banggol Pauh juga menjadi projek perumahan pertama yang menawarkan dua unit kediaman mesra Orang Kurang Upaya(OKU).
Permohonan bagi projek RPMM Banggol Pauh ini nanti boleh dibuat melalui sistem ePerumahan di pautan https://eperumahan.terengganu.gov.my
16 Mar 22
471
Kerajaan Sedang Kemaskini Data Kerugian Akibat Banjir
KUALA NERUS, 16 Mac - Maklumat kerugian mangsa banjir di Terengganu masih lagi di peringkat kemaskini bagi mengenalpasti bantuan sesuai mengikut keperluan masing-masing.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu akan mengambil masa kerana jumlah kerugian mangsa berbeza-beza dan perlu diaudit.
Katanya, buat masa sekarang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Kampung (JPKK) yang terlibat sedang berurusan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Daerah untuk penyelarasan data serta bantuan.
"Bantuan akan disalurkan dari Tabung Darul Iman dan pada masa sama bantuan segera dari badan-badan korporat juga ada yang telah disalurkan termasuk dari sumbangan zakat negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek rumah pangsa mampu milik Kampung Banggol Pauh di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, bagi rumah yang rosak sepenuhnya, Ahmad Samsuri berkata, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan terlibat bagi menanggung kos pembinaannya seperti dalam bencana sebelum ini.
Banjir gelombang kelima di Terengganu yang bermula pada 25 Feb lepas melibatkan lebih 17,000 mangsa di lapan daerah.
16 Mar 22
431
Rumah Mampu Milik Banggol Pauh Tawar 162 Unit Kediaman
KUALA NERUS, 16 Mac - Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh menjadi satu lagi projek perumahan (Awam) bawah kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 di Terengganu dalam memiliki kediaman sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, RPMM Banggol Pauh dibina sebanyak 162 unit dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri dengan kos RM41 juta.
"Demi membantu golongan B40 di Terengganu, kerajaan negeri telah memperuntukkan subisidi bagi setiap unit rumah sehingga RM65,000, kos sebenar pembangunan bagi setiap unit rumah bagi tahun 2021 adalah sekitar RM145 ribu.
"Harga jualan kepada pemohon adalah RM80,000 seunit, kos ini tidak termasuk kos tanah dan prasarana yang turut disertakan di dalam projek RPMM Banggol Pauh ini seperti surau, taska dan tadika, gerai dan kedai yang akan turut dibangunkan untuk kegunaan bakal penduduk di RPMM Banggol Pauh nanti," ujarnya.
Beliau berkata demikian di Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di sini hari ini.
Tambahnya, pembiayaan perumahan RPMM ini akan dibuat kepada pihak PMINT dengan bayaran balik tanpa faedah, RM 261 sebulan (termasuk yuran pengurusan strata RM 40) selama 30 tahun.
"Orang ramai boleh membuat permohonan setelah kemajuan projek mencapai 80 peratus yang akan diumumkan melalui iklan oleh SUK Bahagian Perumahan," ujarnya.
16 Mar 22
3967
Baik Pulih Selesai, Masjid Kristal Tersedia Untuk Solat Tarawih
KUALA TEREGGANU, 16 Mac - Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, di sini, dijangka dapat digunakan untuk solat tarawih tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, kerja-kerja membaiki sebahagian besar kerosakan masjid berkenaan sedang berjalan di peringkat akhir.
“Kita dapat makluman, sehingga hari ini kerja-kerja baik pulih Masjid Kristal berjalan mengikut perancangan, hampir selesai.
“Diharap ia siap sebelum Ramadan bagi membolehkan Masjid Kristal digunakan untuk solat tarawih,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu Masjid Kristal pada sidang media sempena penganjuran program Karnival Beautiful Terengganu 2022 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelancongan Negeri, semalam.
Difahamkan, kerja baik pulih masjid tersebut yang sepatutnya siap lebih awal tertangguh disebabkan beberapa masalah termasuk kekangan peruntukan, kontraktor dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Masjid Kristal yang dibina dengan kos RM22 juta itu menjadi antara ikon pelancongan negeri kerana seni bina yang unik menggunakan kaca dan keluli selain dibina di tebing Sungai Terengganu.
Ia mula rosak sejak 2013, namun akibat tindakan lewat diambil daripada pihak berkuasa ketika itu kerosakkan bertambah teruk dan terjejas hingga 2017.
16 Mar 22
2678