lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Pemajak Telur Penyu Tidak Hilang Pendapatan
Pemajak Telur Penyu Tidak Hilang Pendapatan
KUALA TERENGGANU, 22 Mac – Pendapatan pemajak telur penyu di Terengganu tidak akan \ terjejas setelah penguatkuasaan Enakmen Penyu 1951 pindaaan 2021 dilaksanakan  mulai 1 Jun 2022. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata ini kerana pemajak telur penyu masih boleh mendapatkan hasil daripada kawasan pajakan namun dengan pindaan beberapa syarat. Katanya, mereka tidak akan kehilangan pendapatan walaupun telur penyu yang dikutip tidak dibenarkan lagi dijual di pasaran terbuka. "Mereka perlu menjual sepenuhnya telur terbabit kepada Jabatan Perikanan dan mana-mana pihak yang diberi kebenaran bagi tujuan penetasan sahaja. “Kadar harga belian telur penyu dikurangkan supaya tidak membebankan kewangan kerajaan, Jabatan Perikanan dan pihak yang membantu. "Kerajaan juga akan menambah peruntukan kepada RM900,000 setahun bagi tujuan pembelian telur penyu daripada pemajak berbanding peruntukan kira-kira RM600,000 sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Tambahnya lagi, kerajaan juga meneruskan pelaksanaan secara berterusan program pengurusan penyu seperti menanam telur penyu, pelepasan anak penyu, mengadakan pemantauan di pantai, pembelian telur penyu dari pemajak, program sukarelawan.  Dalam pada itu, Dr Azman berkata, pelaksanaan pindaan enakmen ini samada akan mengembalikan era kegemilangan Terengganu sebagai lokasi utama pendaratan penyu adalah terlalu subjektif.  Sehingga kini, negeri Terengganu masih merupakan negeri tertinggi yang menerima pendaratan penyu di Semenanjung Malaysia dan dalam masa yang sama turut dikenali sebagai hub penjualan telur penyu.  Dr Azman berkata, kemungkinan untuk penjualan telur penyu di pasaran gelap juga boleh berlaku namun sekiranya berjaya dikesan, tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang didapati terlibat dalam aktiviti tersebut. Pada tahun 2021, sebanyak 7,378 sarang pendaratan penyu telah direkodkan dan berjaya mengeramkan sebanyak 582,096 biji. Sebanyak 432,321 anak penyu berjaya dilepaskan.  
22 Mar 22
384
RM100 Juta Nilai Kerosakan Akibat Banjir Di Hulu Terengganu
RM100 Juta Nilai Kerosakan Akibat Banjir Di Hulu Terengganu
Dianggarkan kira-kira RM100 juta nilai kerosakan infrastruktur membabitkan jalan raya dan jambatan akibat banjir di Hulu Terengganu baru-baru ini.
22 Mar 22
117
Permohonan Bantuan i-Fitri Dibuka 22 Mac
Permohonan Bantuan i-Fitri Dibuka 22 Mac
Permohonan bantuan i-Fitri untuk seluruh rakyat Terengganu yang layak akan mula dibuka esok, 22 Mac pada jam 10 pagi.
22 Mar 22
463
RM100 Juta Nilai Kerosakan Akibat Banjir Di Hulu Terengganu
RM100 Juta Nilai Kerosakan Akibat Banjir Di Hulu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 Mac- Dianggarkan kira-kira RM100 juta nilai kerosakan infrastruktur membabitkan jalan raya dan jambatan akibat banjir di Hulu Terengganu baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, jumlah berkenaan turut termasuk nilai kerosakan akibat kegelinciran tanah di kawasan Sungai Terengganu berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud. “Untuk infra sahaja, di Hulu Terengganu ini lebih daripada RM100 juta kerugian kita. “Kawasan TNB sahaja, kita dimaklumkan baru-baru ini semasa kita buat lawatan ke sana, daripada pintu pagar tu lebih kurang RM60 juta dah,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sesi Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini. Mengulas lanjut katanya,  kerajaan negeri masih menunggu laporan nilai kerosakan serta kerugian harta benda penduduk dan harta awam susulan kejadian banjir buruk yang melanda Terengganu.
22 Mar 22
517
Tour Gateh D'Tranung Buka Tirai Perlumbaan
Tour Gateh D'Tranung Buka Tirai Perlumbaan
Tour Gateh D'Tranung 2022 membuka tirai dengan 144 pelumba daripada 26 pasukan bersaing bagi peringkat pertama, hari ini 21 Mac.
22 Mar 22
292
Permohonan Bantuan i-Fitri Dibuka Esok
Permohonan Bantuan i-Fitri Dibuka Esok
KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Permohonan bantuan i-Fitri untuk seluruh rakyat Terengganu yang layak akan mula dibuka esok, 22 Mac pada jam 10 pagi. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, seramai 148,700 rakyat Terengganu akan menerima manfaat bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM56,442,500 bermula 17 April ini. Katanya, bantuan RM400 diberikan kepada 128,450 isi rumah miskin manakala RM250 pula kepada 20,250 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000. "Tempoh permohonan Bantuan i-Fitri dibuka selama 10 hari bermula esok, pada 10 pagi sehingga 31 Mac ini. "Pembayaran dijangka bermula seawal 17 April sehingga 23 April di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). "Pemohon yang berjaya akan menerima baucer melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing," ujarnya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Tambahnya, pemohon mesti rakyat yang menetap di negeri ini dan berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20) juga pengundi berdaftar di Terengganu. Dalam masa yang sama, semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon "Ini termasuk kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon. "Peniaga berlesen juga tidak layak memohon kecuali pendapatan jumlah pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori,"ujarnya lagi. Katanya, pemohon yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan boleh memohon melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my
21 Mar 22
9511
Primula ‘Fishing Challenge 1.0’ Tawar Hadiah Lumayan
Primula ‘Fishing Challenge 1.0’ Tawar Hadiah Lumayan
KUALA TERENGGANU, 21 Mac – Primula Beach Hotel menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang yang menyertai Primula ‘Fishing Challenge 1.0’ pada 26 Mac ini bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang  bertempat di pesisir Pantai Batu Burok.  Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata program tersebut merupakan acara terbesar dalam sukan memancing yang pernah diadakan di Primula Beach Hotel mensasarkan penyertaan 700 peserta dari pelbagai kelab memancing di dalam dan di luar negeri Terengganu. “Tempat pertama  bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, kedua (RM3,000), tempat ketiga (RM2,000), tempat keempat (RM1,000), tempat kelima (RM400) dan tempat keenam hingga 60 peserta bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM200.  “Kami juga menyediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah berbentuk barangan elektronik, baucer penginapan, makanan dan  hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal berjenama SYM.”ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, pelaksanaan program ini  bertujuan untuk menarik pengunjung untuk datang melancong di Terengganu di samping menarik lebih ramai pengunjung ke Pantai Batu Burok, selari dengan hasrat kerajaan untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri melalui aktiviti sukan.  Suaibah juga berkata pihaknya menggunakan kelebihan kedudukan hotel yang bertempat berhampiran dengan pantai  dan berharap agar program ini mendapat sambutan positif dan dapat diteruskan pada masa akan datang dalam kalendar pelancongan negeri.  
21 Mar 22
862
Tiada Keperluan Bubar DUN Terengganu
Tiada Keperluan Bubar DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 21 Mac- PAS menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam tempoh terdekat. Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar senada dengan pendirian  Presiden parti, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasainya itu sehingga habis penggal tahun depan. "Kita telah buat keputusan hari itu, sebagaimana kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden PAS. “Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak ada keperluan untuk bubar DUN. "Saya juga ada terbaca kenyataan daripada Pakatan Harapan (PH) untuk negeri-negeri di bawah PH juga tidak akan membubarkan (DUN) atas sebab-sebab mereka," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membacakan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Laporan media sebelum ini memaklumkan, pendirian yang dimuktamadkan Abdul Hadi itu adalah bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat. “Pas mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik. “Justeru, Pas berpendirian DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempohnya,” katanya.
21 Mar 22
952
Sultan Terengganu Sukacita Usaha Kerajaan Tawar Pekerjaan
Sultan Terengganu Sukacita Usaha Kerajaan Tawar Pekerjaan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa sukacita terhadap usaha kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat.
21 Mar 22
340
Buka Sempadan : Sultan Mizan Syor Kerajaan Laksana Kajian Impak
Buka Sempadan : Sultan Mizan Syor Kerajaan Laksana Kajian Impak
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengesyorkan supaya kerajaan negeri melaksanakan satu kajian impak untuk Negeri Terengganu dengan mengambil kira persekitaran global.
21 Mar 22
192