Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Majukan Lebih 1,000 Hektar Tanah Terbiar
KUALA TERENGGANU, 7 April – Terengganu kini berada pada kedudukan kedua selepas Pahang apabila berjaya memajukan lebih 1,000 daripada 8,000 hektar tanah terbiar di negeri ini dengan pelbagai projek pertanian sejak 2008.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, paling istimewa Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai peruntukkan sendiri dalam program memajukan tanah terbiar sebanyak RM1 juta setiap tahun.
“Sebanyak RM1 juta diperuntukkan pada tahun lepas dan untuk tahun ini, jumlah sama diberikan. Dengan peruntukkan ini, kita beri geran sebanyak RM20,000 bagi setiap hektar tanah terbiar yang akan dipulihkan.
“Geran ini untuk pembinaan infrastruktur seperti pagar, sistem perparitan dan proses bersih tanah supaya ia boleh dibangunkan semula,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media di Hotel Paya Bunga, di sini semalam.
Katanya lagi, tanah terbiar bermaksud tanah milik individu atau syarikat seluas lebih 0.4 hektar yang tidak dimajukan selama tiga tahun berturut-turut.
Sementara itu, Dr Azman berkata , satu permohonan telah dibuat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi peruntukan tambahan Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu.
“Ini kerana peruntukan sedia ada telah habis disalurkan kepada lebih 600 petani, penternak danpengusaha ikan sangkar yang terjejas akibat banjir pada akhir Februari lepas,”ujarnya.
07 Apr 22
754
Polis Pantau Bazar Ramadan
KUALA TERENGGANU, 6 April - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terengganu telah mengerakkan anggotanya untuk meningkatkan kawalan keselamatan di bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berkata, seramai 107 anggota telah ditugaskan bagi mengawal premis perniagaan di 59 lokasi bazar Ramadan di negeri ini.
"Untuk masa sekarang kita masih lagi mengambil pendekatan memberikan nasihat bagi membangkitkan kesedaran orang ramai untuk mematuhi SOP ditetapkan, walaupun kita telah beralih ke fasa endemik namun kita masih lagi berkuasa untuk mengambil tindakan mengenakan kompaun.
"Untuk permulaan ini kita akan berikan saranan yang baik agar pengunjung sedar akan tanggungjawab menjaga SOP ini demi menjaga keselamatan diri dan orang lain dalam keghairahan mereka untuk mendapatkan juadah berbuka puasa setelah lama tidak dapat berbuat demkian.
"Antara perkara yang kita dapat lihat pada hari ketiga Ramadan di bazar ini ialah kesesakan berlaku kerana tidak menjaga penjarakkan, sehingga mengakibatkan sesetengah gerai itu agak padat, dan kita telah mengambil tindakan menyuraikan para pengunjung,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika pemberita ketika mengadakan tinjauan pematuhan SOP, di Bazar Ramadan Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya juga telah meminta pihak penganjur bazar untuk memainkan peranan mengetatkan kawalan di gerai-gerai serta kaunter yang padat pengunjung.
"Agar penjarakkan sosial dapat dipatuhi, dimana setakat yang saya perhatikan dari sudut lain seperti pemakain pelitup muka telah dapat dipatuhi, dimana ia turut disediakan oleh penganjur sekiranya pengunjung terlupa membawanya.
"Daftar masuk ke bazar juga tiada sebarang masalah dimana jika pengunjung lupa membawa 'smart phone' untuk imbas MySejahtera mereka boleh menulis nama di buku log yang disediakan.
"Saya juga turut menyarankan kepada orang ramai yang ingin mengunjungi bazar jika sekiranya merasakan dirinya mengalami gejala agar tidak datang ke sini, sebaliknya meminta ahli keluarga yang lain datang ke bazar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa," ujarnya.
06 Apr 22
892
Elak Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan
Kerajaan negeri berharap agar peniaga makanan di bazar Ramadan tidak menjual makanan basi ataupun telah rosak semata-mata demi mengaut keuntungan.
06 Apr 22
308
Aktiviti Berbuka Di Tempat Awam Kembali Dilarang Jika Berdegil
Kebenaran berbuka puasa di kawasan lapang dan tempat awam akan ditarik balik sekiranya orang ramai terus berdegil mengabaikan aspek kebersihan.
06 Apr 22
345
Elak Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan
KUALA TERENGGANU, 6 April - Kerajaan negeri berharap agar peniaga makanan di bazar Ramadan tidak menjual makanan basi ataupun telah rosak semata-mata demi mengaut keuntungan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, jika didapati berlaku satu tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang terlibat.
"Gerai perniagaan akan diarah untuk ditutup ini akan merugikan peniaga itu sendiri setelah dua tahun tidak berniaga, sudah tentu tiada yang hendak perkara sebegini terjadi, kita sendiri faham rakyat hendak mencari rezeki dan memulihkan kembali ekonomi untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri melalui keuntungan yang diperolehi.
"Sebenarnya kerajaan sangat mengalakkan rakyatnya berusaha dengan berniaga ini setelah dua tahun tidak dapat berniaga secara normal kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya kira sekarang ini dah boleh berniaga macam biasa cuma kena jaga tahap kebersihan makanan.
"Kita juga nasihatkan agar pakai 'apron' bagi mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan apabila berlaku bazar terpaksa ditutup, yang akan tanggung kerugian adalah peniaga itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Taman Shahbandar, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar MBKT, Rozali Salleh.
Mengulas lanjut Dr. Alias berkata, para peniaga perlu sentiasa mengamalkan kejujuran dalam berniaga kerana ia juga dituntut oleh agama, bukan semata-mata menumpukan kepada sudut memperolehi keuntungan mudah yang akhirnya membawa kesan buruk kepada pernigaan serta orang ramai.
"Kerana ajaran Islam tidak membenarkan menjual barang makanan yang telah rosak kepada pelanggan, walaupun penguatkuasa atau doktor tidak membuat pemantauan pada setiap masa tetapi Allah ada bersama kita," katanya lagi.
06 Apr 22
378
Aktiviti Berbuka Di Tempat Awam Kembali Dilarang Jika Berdegil
KUALA TERENGGANU, 6 April - Kebenaran berbuka puasa di kawasan lapang dan tempat awam akan ditarik balik sekiranya orang ramai terus berdegil mengabaikan aspek kebersihan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata langkah itu merupakan jalan terakhir selepas amaran dan kompuan kepada individu yang membuang sampah merata-rata tidak berkesan mendidik rakyat.
"Membudayakan amalan kebersihan ini tidak payah, cuma buang sampah di tong yang telah disediakan, atau bawa plastik sendiri dengan mengumpulkan semua sisa-sisa yang hendak dibuang itu dahulu sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah.
"Jika didapati melakukan kesalahan secara jelas pihak penguatkuasa tidak akan teragak-agak mengenakan saman dengan kadar minimun RM50 dan maksimum RM2,000 sebagaimana yang dapat dilihat di papan tanda yang disediakan di Taman Awam Shahbandar ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke Bazar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Taman Shahbandar, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar MBKT, Rozali Salleh.
Mengulas lanjut,Dr. Alias berkata kerajaan bukan sengaja hendak mendenda rakyat, cuma mahu memastikan masyarakat di negeri ini mempraktikkan budaya menjaga kebersihan pada setiap masa.
"KIta bukan hendak mendenda sangat, cuma terpaksa ambil tindakan jika terus berdegil serta memastikan agar budaya membuang sampah merata-rata ini tidak diteruskan kerana ia akan merosakkan imej negeri kita sendiri," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan yang sama, Dr, Alias memberikan saranan agar Ibu bapa tidak membawa anak-anak terutama bayi ke bazar Ramadan bagi mengelakkan kalangan kanak-kanak terbabit terdedah kepada jangkitan Covid-19.
"kalau terkena jangkitan dikhuatiri akan mengalami masalah kesihatan yang teruk maka saya nasihatkan kepada orang ramai yang sayangkan anak-anak, tinggalkan mereka di rumah hanya ketua keluarga atau wakil sahaja keluar mendapatkan juadah makanan di bazar atau menjaga anak di dalam kereta secara bergilir-gilir untuk sementara bagi mengelakkan risiko.
"Ini kerana apabila bersesak-sesak dengan orang ramai, mungkin ada yang positif Covid-19 tapi tidak bergejala, jadi adalah lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga, apa yang utama ialah kesedaran daripada kalangan ibu bapa itu sendiri demi keselamatan anak-anak," ujarnya.
06 Apr 22
1276
Lima Tanggungjawab Terhadap Al-Quran
KUALA TERENGGANU, 5 April – Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran kepada Baginda Rasulullah SAW dan umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap mukjizat terbabit.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata yang pertama, kita perlu membaca al-Quran.
“Kedua, kita perlu menghayati Al-Quran dengan melihat makna ayat yang kita baca itu dan melihat tafsiran kepada ayat-ayat tersebut.
“Seterusnya, kita perlu menghafal ayat-ayat Al-Quran sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah yang merupakan antara rukun dalam solat,” kata Ustaz Muhammad Khalil.
Tambah beliau lagi, antara tanggungjawab yang seterusnya ialah beramal dengan ayat-ayat al-Quran kerana ia merupakan panduan hidup bagi orang Islam.
Tanggungjawab kelima ialah mempertahankan al-Quran daripada musuh-musuh Islam.
Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh beliau selepas solat zohor di Surau pejabat Badan Perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Terengganu.
05 Apr 22
542
5,000 Kurma Diagihkan Dalam DUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 6 April – Sebanyak 5,000 pek kurma diagihkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk bersempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, agihan kurma dan takwim berbuka itu merupakan antara persediaan awal bagi menghadapi bulan puasa.
“Alhamdulillah, pada hari ini kami dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk telah mengagihkan 5,000 kotak kurma kepada 36 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.
“Insya-Allah, ada banyak banyak lagi program yang akan dilaksanakan dalam bulan Ramadan bagi memastikan rakyat dalam DUN Batu Buruk dapat melaksanakan ibadah puasa dengan kebajikan yang terpelihara,” kata beliau ketika ditemu bual pemberita.
Tambah beliau lagi, walaupun negara kini sudah berada dalam fasa endemik Covid-19 yang membolehkan masyarakat membuat ibadah tanpa penjarakan fizikal, namun masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan.
“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.
“Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita,” katanya lagi.
ADUN Batu Buruk itu juga dijadualkan untuk menunaikan solat tarawih di surau-surau dan masjid-masjid sekitar DUN Batu Buruk sepanjang bulan Ramadan ini.
05 Apr 22
381
APMM Terengganu Catat Penurunan Tangkapan Bot Nelayan Asing
KUALA TERENGGANU, 5 April- Terdapat penurunan ketara dari segi penangkapan bot nelayan asing sejak Januari hingga April di perairan Terengganu tahun ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu memaklumkan, hanya sebanyak tujuh tangkapan bot asing ditahan akibat menceroboh perairan negeri berbanding 40 tangkapan yang dibuat dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pengurangan kes tersebut mungkin disebabkan beberapa faktor.
"Antaranya, kita percaya kehadiran pengawasan pengawal pinggir laut Vietnam di sekitar sempadan perairan mereka.
"Kita juga opitimis tindakan Vietnam turut mengambil tindakan tegas terhadap nelayan mereka menyebabkan mereka kurang memasuki perairan negara. Berdasarkan maklumat dari pekerja-pekerja di pelantar minyak kebanyakan bot-bot asing kini hanya bermain di sekitar sempadan sahaja.
"Kita juga dimaklumkan kedutaan Vietnam yang datang ke sini bulan lalu bahawa mereka telah menghantar pulang warga mereka dan didapati 70 peratus daripadanya adalah nelayan yang ditahan hasil operasi yang kita laksanakan ini.
"Apa yang mereka buat, kedutaan pergi ke syarikat-syarikat di mana nelayan-nelayan mereka yang ditahan untuk membuat pemantauan dan mendidik warga mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media tangkapan terbaru nelayan asing di Pejabat Maritim negeri, semalam.
Suffi menunjukkan hasil rampasan dan logo digunakan bot nelayan asing kepada media.
Menurut Suffi, dalam operasi dilaksanakan melalui Ops Kuda Laut sejak Khamis hingga Sabtu lalu, sebanyak enam bot nelayan asing Vietnam ditahan di enam lokasi berbeza.
Seramai 57 kru termasuk tekong berumur antara 21 hingga 61 tahun ditahan pada kedudukan 68.5 hingga 130 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu oleh Kapal Maritim (KM) Redang dan KM Gemia yang sedang melakukan rondaan penguatkuasaan.
Dalam kes berkenaan, APMM merampas 15 tan ikan pelbagai jenis, 50 kilogram sotong kering, 3,000 liter minyak diesel, dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Sebahagian bot-bot asing dalam tangkapan baru-baru ini yang ditempatkan di jeti Maritim Negeri Terengganu.
05 Apr 22
953
Permohonan Maaf
Pihak pengurusan Hotel Tanjong Vista tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penganjuran ‘pesta dangdut’ pihak persendirian yang menampilkan seorang penyanyi berpakaian seksi di hotel terbabit pada 25 Mac lalu.
05 Apr 22
282