Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Bina Tiga Perumahan Nelayan
Kerajaan negeri melengkapkan tiga projek perumahan penempatan semula nelayan (PSN) selepas PSN di Seberang Penarik, Setiu menjadi lokasi ketiga.
04 Apr 22
293
Bufet Ramadan Tetap Dapat Sambutan Walaupun Harga Meningkat
KUALA NERUS, 4 April – Sambutan sebilangan umat Islam terhadap pakej bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel pada tahun ini masih menggalakkan meskipun berlaku peningkatan harga.
Pengurus Besar Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, Engku Morris Engku Hussin berkata, pembelian pakej bufet Ramadan daripada orang ramai sehingga kini amat menggalakkan seperti tahun sebelumnya.
“Harga bufet Ramadan ditawarkan sebelum ini adalah RM55 dan kini meningkat kepada RM70 bagi seorang dewasa.
“Setakat ini kita sudah menerima RM30,000 tempahan berbuka puasa melalui jualan baucer pembelian awal iaitu RM56 seorang dan dijangka ia akan meningkat selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bagi meraikan kakitangan dan 26 anak yatim Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Marang di sini malam Ahad.
Sementara itu Engku Morris berkata Raia Hotel & Convention Centre Terengganu menyasarkan pendapatan lebih tinggi pada tahun ini melalui pelbagai pakej perkhidmatan yang ditawarkan susulan fasa peralihan negara ke endemik pada Jumaat lalu selain kehadiran kunjungan pelancong domestik.
Katanya, untuk mencapai sasaran itu, pelbagai pakej istimewa untuk menarik kedatangan pengunjung termasuk tawaran pakej penginapan, dewan konvensyen dan makanan menanti pengunjung.
04 Apr 22
503
Penyanyi Seksi : JHEAT, Polis Lancar Siasatan
Kerajaan negeri menyerahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan pihak polis membuat siasatan lanjut berkenaan penyanyi seksi yang tular di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
04 Apr 22
925
Terengganu Inc Teruskan Tradisi Agih 3,000 Bekas Bubur Lambuk
KUALA TERENGGANU, 4 April – Terengganu Inc, syarikat induk pelaburan negeri meneruskan acara tradisi mengagihkan 3,000 bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa secara percuma selama tiga hari bermula awal Ramadan ini.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan Terengganu Inc serta 15 anak-anak syarikat kumpulan yang diadakan sejak 2017 bersama warga masjid dan sekitarnya.
"Kami harap, acara tahunan ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan membeli juadah atau tidak berkesempatan menyediakan makanan berbuka puasa menikmati makanan sinonim dengan bulan puasa itu.
"Semoga langkah tepat ini mengekalkan amalan pengagihan bubur lambuk di sekitar kawasan masjid, sekaligus dapat menyuburkan jalinan kerjasama dan ikatan silaturahim antara kumpulan Terengganu Inc sendiri dan masyarakat sekeliling,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan bubur lambuk dihadapan Masjid Abidin di sini semalam.
Hadir sama, Datuk Dr Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al Zawawi serta ketua-ketua syarikat anak-anak syarikat kumpulan yang terdiri daripada TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP), Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, Hartanah Terengganu Sdn Bhd, Primula Beach Hotel, PTB Unit Trust Berhad (ASDI) dan Terengganu Safety Training Centre Sdn Bhd.
Tambahnya, sambutan orang ramai terhadap bubur lambuk yang dihasilkan sangat luar biasa kerana ada yang sanggup beratur sejak 3 petang.
"Bubur lambuk itu akan habis diagihkan dalam tempoh 15 hingga 20 minit sahaja," katanya.
04 Apr 22
539
Terengganu Inc Peruntuk RM70,000 Bagi Program CSR Sepanjang Ramadan
KUALA TERENGGANU, 4 April – Terengganu Inc salah satu anak syarikat kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM70,000 bagi program tanggungjawab sosial korporatnya sepanjang bulan Ramadan ini.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, ia adalah antara usaha syarikat mendekati masyarakat pelbagai peringkat khususnya mereka yang memerlukan.
“Ia meliputi pengagihan bubur lambuk, CSR 'jejak ramadhan' iaitu pengagihan sumbangan dan bakul makanan kepada keluarga asnaf dan majlis iftar meraikan keluarga kurang berkemampuan dan lain-lain sumbangan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan bubur lambuk dihadapan Masjid Abidin di sini semalam.
Burhanuddin Hilmi berkata pihaknya percaya program CSR dilaksana TI mampu memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini.
04 Apr 22
611
Terengganu Akan Siasat Dakwaan Penjualan Tanah Kerajaan
Kerajaan Terengganu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyerahan tanah milik kerajaan kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan.
03 Apr 22
233
Hasrat 'Treble' THT Lebur
Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk mendakap piala ketiga musim ini lebur apabila kalah tipis 2-3 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2022, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
03 Apr 22
117
Pergiat Usaha Banteras 'Geng Plastik Hitam'
Kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha membanteras 'geng plastik hitam' melalui pelbagai usaha dan pendekatan bagi mewujudkan kesedaran kepada golongan terbabit sepanjang Ramadan.
03 Apr 22
309
Ikut Garis Panduan Ditetapkan, Jangan Cabar Kerajaan
Kerajaan negeri mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan aktiviti berunsur hiburan di negeri ini supaya menghormati garis panduan hiburan ditetapkan.
03 Apr 22
191
Idea ADUN Belia Cermin Pandangan Generasi Muda Terengganu
Persidangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu yang berlangsung bermula semalam perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan wakil generasi muda negeri.
03 Apr 22
442