lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Dua Sarang Burung Helang Laut Di Menara Telekomunikasi Terengganu Hilang
Dua Sarang Burung Helang Laut Di Menara Telekomunikasi Terengganu Hilang
KUALA TERENGGANU, 11 April- Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini didapati dua sarang burung Helang Laut yang berada di menara telekomunikasi di Terengganu telah hilang dipercayai akibat dimusnahkan pengendali menara terbabit atau diperdagangkan secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab. Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Terengganu, Wong Chee Ho's berkata sudah tiba masanya syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia menggubal dasar bukan sahaja memastikan keselamatan pekerja penyelenggara terjamin bahkan memastikan hidupan liar yang bersarang di menara itu turut dilindungi. "Ini kerana sudah banyak negara lain mempunyai protokol yang menyokong kewujudan antara manusia dan hidupan liar yang melibatkan menara telekomunikasi dan antara perkara yang boleh dilakukan termasuk mengubahsuai struktur menara seperti menambahkan palatform di lokasi lebih selamat dan jauh daripada peralatan yang digunakan oleh pekerja penyelenggara,"ujarnya dalam suatu kenyataan, di sini, kelmarin. Mengulas lanjut katanya, menara-menara telekomunikasi sememangnya menjadi pilihan beberapa burung pemangsa liar sebagaimana burung helang terbabit atau nama saintifiknya, Haliaeetus Leucogaster sebagai tempat pembiakan kerana mempunyai platform yang stabil, selain lokasi yang strategik dan memiliki ketinggian optimum. Jelasnya, kejadian kemusnahan sarang burung terbabit bukan perkara baharu kerana sarang aktif yang mengandungi spesies haiwan berkenaan sebelum ini pernah dimusnahkan oleh syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Merang, Setiu pada Januari tahun lalu. "Pada 31 Januari lalu pula kita telah mengesan sebiji telur dan seekor anak burung Helang Laut yang baru menetas di menara telekomunikasi Hulu Terengganu dengan induk jantan serta betina kerap membawa makanan ke sarang. "Namun pada 16 Februari, sarang tersebut telah hilang dan kes yang sama juga turut dikesan telah berlaku di Kuala Nerus apabila sarang yang digunakan bertahun-tahun oleh haiwan terbabit dan mengandungi seekor anak didapati telah dimusnahkan pada 18 Mac. "Sepatutnya apabila sarang aktif ditemui, spesies hidupan berkenaan perlu dilindungi sepenuhnya dan tidak boleh dimusnahkan,sebaliknya ia perlu dibiarkan tanpa sebarang gangguan sehingga anak burung itu terbang meninggalkan sarang,"ujarnya lagi.
11 Apr 22
7335
Patit Toyo ‘Si Gedik’  Kini Di Primula
Patit Toyo ‘Si Gedik’  Kini Di Primula
KUALA TERENGGANU, 11 April - Patit Toyo sejenis kuih yang boleh dikatakan 'rare' atau jarang dijumpai, kini boleh dinikmati di Primula Beach Hotel sepanjang bulan Ramadan kali ini.  Tekstur kuih yang ‘gedik’  dan lembut diperbuat daripada sagu, gula dan dimakan dengan tahi minyak memberikan rasa nikmat bagi penggemarnya dan satu pengalaman baru kepada mereka yang baru mencuba buat kali pertama. Pengurusnya, Suaibah Harun berkata kuih Patit Toyo menjadi salah satu hidangan yang ditampilkan bagi mengembalikan nostalgia menu-menu lama disamping memberi peluang terutama kepada generasi muda untuk menikmatinya. Katanya, pemilihan kuih tradisi itu bertujuan untuk mempromosi serta menaikkan semula populariti makanan warisan dan hampir pupus di Terengganu yang mungkin tidak dikenali generasi sekarang. "Saya bimbang kalau semakin ramai yang tidak tahu membuat kuih-kuih tradisional ini lama-lama ia akan hilang begitu saja.Oleh itu, pihak hotel mengambil inisiatif ini untuk mengembalikan makanan tradisi sebagai hidangan pencuci mulut di restoran kami. “Terdapat banyak kuih muih Tradisional yang sedap ada juga kuih-kuih lama ni yang namanya pelik dan mengerikan. Tapi jangan risau, rasanya memang sedap dan sangat berbeza dengan manisan moden yang biasa kita makan,”katanya ketika ditemui pemberita hari ini.   Tambahnya, sebaiknya dalam budaya makanan, kita perlu mencontohi masyarakat Jepun yang sentiasa berbangga dan memperkasakan sajian warisan meskipun bergelar negara maju. Beliau pasti, usaha dan sokongan dari semua pihak ini sekaligus akan dapat membantu memartabat dan menjaga kelestarian sajian makanan warisan dan hampir pupus agar tidak lenyap ditelan zaman. Sementara itu, Sous Chef,  Engku Azhari Engku Muda yang pakar dalam menyediakan menu masakan Terengganu berkata minat dalam penyediaan kuih muih tradisi tidak dapat dipisahkan dalam dirinya. “Saya akan menggunakan segala kemahiran yang ada untuk mencari gali menu-menu tradisi yang semakin pupus dan mengembalikannya di meja hidangan hotel kami untuk dinikmati kembali,”ujarnya.  
11 Apr 22
1106
Kes Keracunan Kerana Puding Buih Sedang Disiasat - JKNT
Kes Keracunan Kerana Puding Buih Sedang Disiasat - JKNT
KUALA TERENGGANU, 10 April - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang menyiasat kes dua beradik yang mengalami cirit birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli di bazar Ramadan Rabu lalu. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan). Katanya, sampel itu akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari. "Sekiranya terbukti puding buih penyebab keracunan makanan itu, peniaga boleh diambil tindakan mengikut peraturan 39 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya kepada pemberita. Sementara itu, Dr Kasemani turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli juadah yang dijual sepanjang Ramadan bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan. Beliau berkata, kaedah lihat, hidu dan rasa pada makanan sebelum ia dimakan perlu menjadi amalan terutama masakan yang menggunakan telur sebagai antara ramuannya. Semalam, media melaporkan dua beradik dari Kampung Seberang Tuan Chik di sini, mengalami cirit-birit dan muntah pada 4 pagi dipercayai selepas memakan puding buih yang dibeli oleh ibu mereka di sebuah gerai di Bukit Tumbuh pada 6 petang, Rabu lalu. Kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan seorang daripada mereka akan dibenarkan pulang hari ini. .
10 Apr 22
1146
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
BESUT, 10 April - Kerajaan negeri berhasrat memulihkan kembali kilang Tepung Ubi Vitato yang terbiar sejak tahun 2012. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelan pemulihan yang lebih teliti akan digerakkan dengan menyemak faktor-faktor kegagalan. "Kos pembinaannya adalah RM4.8 juta merupakan jumlah yang sangat besar dan sayang apabila ia terbiar begitu sahaja tanpa dimanfaatkan, oleh kerana itu kita telah melihat beberapa perkara secara asas yang menjadi punca kenapa kilang ini tidak boleh berfungsi dengan baik untuk diselesaikan. "Terdapat beberapa langkah yang akan kita ambil bagi memajukan kembali kilang ini, sebelum itu kita akan melakukan perbincangkan terlebih dahulu dari segi isu pentadbiran dan pemilikan untuk diperkemaskan semula secara khusus kemudian tindakan seterusnya akan dilakukan. "Bersama dengan pemilih tanah dan agensi yang terlibat ketika dibangunkan kilang ini iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang Mardi, Jabatan Pertanian dan IADA Ketara  dengan penyelarasan bertindak daripada kerajaan negeri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengadakan lawatan di kilang berkenaan, di Kampung Pengkalan Kubor, Tembila, di sini, pada hari ini. Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof. Mengulas lanjut, Dr Azman berkata kerajaan sangat optimis projek itu akan dapat dipulihkan serta akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini khususnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan. "Ia telah menjadi hasrat dan cita-cita kerajaan negeri sejak tahun 2018 yang telah kita senaraikan sebagai salah satu projek yang tidak mencapai objektif yang perlu kita pulihkan," ujarnya lagi.    
10 Apr 22
1237
KMI Healthcare Perluas Jaringan Hospital ke Kota Bharu
KMI Healthcare Perluas Jaringan Hospital ke Kota Bharu
KUALA TERENGGANU, 10 April- Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. Yang merupakan bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad menandatangani perjanjian (HOA) bersama Mutiara Premier Sdn. Bhd. (MPSB), anak syarikat milik penuh Pelaburan Hartanah Berhad bagi pembangunan sebuah hospital swasta di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Alias Razak berkata, dengan termeterainya perjanjian HOA tersebut, sebuah hospital swasta pelbagai disiplin akan di bina di Bandar Baru Tunjong oleh MPSB untuk menempatkan sebanyak 94 buah katil di atas tanah seluas 9.56 ekar dengan sekurang-kurangnya 300 buah tempat letak kereta bagi Fasa 1. “Pada peringkat seterusnya, tertakluk kepada daya maju projek, kedua-dua pihak akan membincangkan potensi pengembangan untuk penambahan 100 buah katil dan 300 tempat letak kereta bagi Fasa 2.  “Kos Pembangunan Kasar (GDC) indikatif untuk pembangunan hospital itu ialah RM129 juta untuk projek Fasa 1,” ujarnya dalam satu kenyataan. Alias yang juga Pengarah KMI Healthcare memberitahu, perjanjian itu adalah antara usaha dan strategi untuk mengembangkan rangkaian hospital pakar Syarikat melalui strategi pembangunan hospital 'greenfield' dan 'brownfield' yang telah diusahakan sejak tahun 2020. "Kami yakin, Insha Allah, momentum ini akan berterusan dan akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan masa depan Syarikat, tambahan pula ia sejajar dengan strategi Asset Light kami," tambahnya. Menurut Alias, seterusnya perjanjian muktamad akan membentuk keseluruhan perjanjian antara MPSB dan KMI Healthcare dengan terma pajakan untuk tempoh 15 tahun dengan tambahan 15 tahun lagi. “Buat masa ini terdapat lima buah hospital dibawah rangkaian KMI Healthcare iaitu KMI Kuala Terengganu Medical Centre, sebelum ini dikenali sebagai Kuala Terengganu Specialist Hospital, KMI Kuantan Medical Centre, KMI Kelana Jaya Medical Centre, KMI Taman Desa Medical Centre dan KMI Tawau Medical Centre, perolehan terbaru KMI Healthcare baru-baru ini. Katanya, pembinaan KMI Tunjong Medical Centre akan mengukuhkan lagi kedudukan KMI Healthcare sebagai penyedia hospital swasta di Jajaran Pantai Timur bersama hospital pakar sedia ada di Kuantan dan Kuala Terengganu.  
10 Apr 22
966
Madinah Ramadan Usaha Dakwah Yang Berterusan
Madinah Ramadan Usaha Dakwah Yang Berterusan
KUALA TERENGGANU, 9 April – Program Madinah Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini merupakan antara usaha dakwah yang berterusan dalam Negeri Terengganu.  Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Ustaz Shukri Faiz Jusoh meskipun pada tahun lepas agak suram kerana penularan wabak Covid-19, namun ia tidak membantutkan usaha dakwah tersebut. “Dalam program ini kita sasarkan kepada mereka yang berada di sekitar Pantai Batu Buruk untuk disajikan kepda mereka dengan kuliah santai pada waktu petang. “Kami juga meyediakan tempat untuk solat berjemaah bagi kemudahan kepada pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan Pantai Batu Buruk,” katanya. Sekitar Majlis Perasmian Madinah Ramadan Daerah Kuala Terengganu Beliau berucap dalam satu Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan berhampiran Dataran Pantai Batu Buruk baru-baru ini. Beliau juga menyatakan program ini bertepatan dengan tema yang diangkat oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini iaitu Tahun Semarak Dakwah. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu. “Marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk kita isi dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat. “Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk menghidupkan program-program seperti ini bukan hanya pada bulan Ramadan malah pada bulan-bulan yang lain juga sepanjang masa,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapan perasmiannya.  Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Hj. Mohd Ariffin Abdullah dan  Ketua Penolong Pesuruhjaya Pengurusan Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Ustaz Muhammad Zamri Nik. Ucapan perasmian ADUN Batu Buruk  
09 Apr 22
466
147 Peniaga Bazar Ramadan Terima Sumbangan PKM Manir
147 Peniaga Bazar Ramadan Terima Sumbangan PKM Manir
HULU TERENGGANU, 9 April – Semangat dan keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 147 peniaga Bazar Ramadan Pasar Manir di sini, apabila menerima kunjungan dan sumbangan kurma dan apron daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Manir, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, agihan tersebut bertujuan merapatkan lagi silaturahim antara masyarakat. "Selain melakukan agihan sumbangan, kita juga turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan para pengunjung di sini yang majoriti daripadanya adalah penduduk di kawasan DUN Manir. "Rata-rata peniaga ditemui menyambut baik program dilaksanakan ini kerana dengan cara ini dilihat mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita. Hilmi juga berkata, program sebegini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan dan akan diteruskan pada masa akan datang. Selain itu, program yang turut mendapat kerjasama daripada Penganjur Bazar, Persatuan Kebajikan Komuniti Manir juga sentiasa bertugas memantau perjalanan perniagaan di pasar tersebut.
08 Apr 22
568
LPP Negeri Terengganu Agihkan 1,050 Pek Bubur Lambuk
LPP Negeri Terengganu Agihkan 1,050 Pek Bubur Lambuk
KUALA TERENGGANU, 8 April – Dianggarkan kira-kira 1,050 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada seluruh anggota Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu dan Pertubuhan Peladang (PP), semalam. Agihan tersebut telah diadakan semasa program ‘Jom Masak Bubur Lambuk’ bertempat di perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh LPP Negeri Terengganu dan Pertubuhan Peladang. “Ini merupakan julung kalinya pihak kami mengadakan program masak bubur lambuk dan sebelum ini pernah mengadakan pertandingan memasak bubur asyura di antara Pertubuhan Peladang. “Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota LPP dan PP di seluruh negeri Terengganu,” kata Pengarah LPP Negeri Terengganu, Hasmila Abas ketika ditemui pemberita.  Tambah beliau lagi, terdapat pelbagai program yang dirancang oleh LPP Negeri Terengganu bersama Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim.  “Antara program yang terdekat ialah Majlis Amanat dan Berbuka Puasa bersama Yang Berhormat Dr. Azman Ibrahim untuk mengeratkan hubungan antara LPP dan PP dengan Kerajaan Negeri disamping dapat berkongsi maklumat,” katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi turut hadir ke program ‘Jom Masak Bubur Lambuk’ untuk menyempurnakan majlis perasmian program tersebut. Mengulas berkenaan program itu, Ustaz Muhammad Khalil mengucapkan tahniah atas penganjuran tersebut dan berharap agar ia dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Puan Hasmila bersama ADUN Batu Buruk
08 Apr 22
368
Madinah Ramadan Kembali, Angkat Pengisian Rohani
Madinah Ramadan Kembali, Angkat Pengisian Rohani
Terengganu membuka kembali tirai Madinah Ramadan bagi menghidupkan suasana dakwah dan ilmu di kalangan masyarakat sempena bulan mulia ini. 
07 Apr 22
401
Polis Pantau Bazar Ramadan
Polis Pantau Bazar Ramadan
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terengganu telah mengerakkan anggotanya untuk meningkatkan kawalan keselamatan di bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
07 Apr 22
187