lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Polis Jangka Lebih 50 Ribu Kenderaan Masuk Terengganu Sempena Aidilfitri
Polis Jangka Lebih 50 Ribu Kenderaan Masuk Terengganu Sempena Aidilfitri
KUALA NERUS, 28 April - Polis Terengganu menjangkakan pertambahan kenderaan hingga lima kali ganda berbanding 13,000 kenderaan pada hari biasa akan masuk ke negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketua Polis Negeri,  Datuk Rohaimi Md Isa berkata keadaan ini akan menimbulkan masalah kesesakan yang agak teruk dan pihak polis telah bersedia untuk berhadapan dengan masalah tersebut. "Kita tidak akan membuat sebarang sekatan jalan, sebaliknya Ops Selamat akan membantu melancarkan lagi pergerakan pengguna jalan raya untuk balik ke kampung," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat di susur keluar Plaza Tol Gemuruh di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, pihaknya juga telah mengenalpasti 20 kawasan hitam yang kerap berlaku kemalangan jalan raya "Ini termasuk enam kawasan panas yang perlu diberi tumpuan untuk melancarkan pergerakan kenderaan," tambah beliau lagi. Tambahnya, seramai 877 pegawai dan anggota polis akan dikerahkan mengawal trafik di kawasan panas terlibat sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 18 bermula esok (hari ini) hingga 8 Mei ini. Sementara itu, Rohaimi berkata pendekatan rondaan berkenderaan oleh anggota PDRM akan dilakukan di kawasan kediaman darinmasa ke semasa . "Oleh sebab itu, orang ramai dipohon agar memaklumkan kepulangan mereka ke kampung kepada polis bagi memudahkan rondaan dan pengawasan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat dilaksanakan," ujarnya.  
28 Apr 22
1087
Kuala Terengganu Juara Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022
Kuala Terengganu Juara Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 .
28 Apr 22
485
Terengganu Inc Santuni Golongan  Asnaf Sempena Jejak Ramadan
Terengganu Inc Santuni Golongan  Asnaf Sempena Jejak Ramadan
HULU TERENGGANU, 28 April - Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menerusi inisiatif Jejak Ramadan terus menyantuni golongan asnaf dan B40 di sekitar Ajil dan Kuala Terengganu. Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, program ini merupakan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi meringankan beban mereka sempena perayaan Aidilfitri akan datang. "50 keluarga asnaf yang terjejas teruk akibat bencana banjir serta golongan keluarga B40 yang mempunyai anak 'Cerebral Palsy' (terlantar) telah terpilih untuk program kali ini. "Kita telah mengagihkan pemberian wang tunai, bakul makanan serta wang zakat yang merupakan hasil kutipan sumbangan daripada kakitangan Terengganu Inc sendiri," katanya semasa program Jejak Ramadhan dijalankan di Kampung Kua, Ajil. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata pihaknya amat berterima kasih atas keprihatinan TI terhadap golongan asnaf terutamanya yang kehilangan harta benda akibat banjir akhir Februari lalu.  
28 Apr 22
403
Terengganu Umum Pemberian Bantuan Tunai Kepada Perantau
Terengganu Umum Pemberian Bantuan Tunai Kepada Perantau
Kerajaan negeri akan menyalurkan dana khas ‘one-off’ kepada perantau Terengganu yang layak melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.  
28 Apr 22
296
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
MARANG, 28 April- 300 anak muda mengambil peluang menyertai program 'Fun Ride Sahur' bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan melakukan aktiviti beriadah sambil beramal. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, bulan Ramadan bukan penghalang untuk anak muda kekal aktif melakukan aktiviti berbasikal terbabit. "Program yang diadakan ini juga memberikan penekanan kepada anak muda agar menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk melazimi solat jemaah di masjid serta surau dan menghidupkan malam terakhir di bulan ini untuk memperbanyakkan amalan seperti berzikir, solat tahajud dan membaca al-Quran. "Juga melalui bulan yang mulia ini kita mengambil semangat peperangan badar mencontohi golongan terdahulu untuk sentiasa bersemangat dalam perjuangan bagi menegakkan syiar Islam dan menyampaikan mesej dakwah kepada seluruh masyarakat bahawa Islam tidak melarang untuk umatnya melakukan apa jua aktiviti dan kegiatan yang mendatangkan faedah untuk dilakukan,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program 'Fun Ride' Sahur Marang 2022, di Dewan Terbuka Sena Rendang, Bukit Payung, di sini, pada hari ini. Turut serta, Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri (UPEN), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, yang Dipertua Majlis Daerah Marang Merangkap Pemangku Pegawai daerah, Haji Zuwislan Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi. Pada program terbabit, para peserta melakukan kayuhan sejauh 15 Kilometer (KM) dengan menjadikan Masjid Rusila, Masjid Kubang Ikan sebagai tempat persinggahan untuk acara menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf yang layak membabitkan DUN Rhu Rendang, Batu Burok dan Bukit Payong. Di mana ia telah bermula dari pejabat daerah pada jam 10 malam dan berahir di Dewan Terbuka Sena Rendang pada jam 12 malam. Pada program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong dengan kerjasama Pejabat daerah itu juga, turut diserikan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah TV 40 inci serta dua buah basikal.    
28 Apr 22
1243
PDRM Hulu Terengganu Laksana Ops Lancar Bermula 26 April
PDRM Hulu Terengganu Laksana Ops Lancar Bermula 26 April
HULU TERENGGANU, 27 April – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) daerah ini membuat rondaan Ops lancar  sempena Pra Ops Selamat 18/2022 Hari Raya Aidilfitri  bermula pada 26 hingga 28 April ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata operasi itu bagi memastikan kelancaran kenderaan di setiap bazar dan jalan-jalan utama Daerah Hulu Terengganu. “Pemantauan juga bertujuan untuk menunjukkan kehadiran polis demi menjamin keselamatan masyarakat dan mencegah jenayah serta kelancaran lalulintas. “Pihaknya juga akan terus komited dalam memantau perkembangan semua jalan-jalan utama di daerah ini  bagi memastikan aliran trafik lancar serta  selamat  dan sekiranya berlaku kesesakan tindakan penyuraian akan dilakukan,”ujarnya. Sementara itu, orang ramai di daerah ini yang ingin pulang ke kampung untuk berhari raya dinasihatkan mengisi borang yang disediakan di balai polis. “Makluman itu memudahkan PDRM mengatur rondaan cegah jenayah di taman perumahan terlibat bagi mengurangkan risiko kejadian jenayah seperti pecah rumah semasa musim perayaan,”ujar Mohd Adli.
27 Apr 22
635
UniSZA Peruntuk RM665 Ribu Bagi Bantu Golongan B40
UniSZA Peruntuk RM665 Ribu Bagi Bantu Golongan B40
KUALA NERUS, 27 April - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperuntukkan lebih RM665,000 bagi membantu seramai 23,863 penerima dalam kalangan B40 termasuk pelajar, komuniti setempat dan kakitangannya pada Ramadan kali ini. Naib Canselornya, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata ia dilaksanakan dalam pelbagai bentuk program yang memberi khidmat dan bantuan yang layak agar mereka bergembira menyambut Ramadan dan hari raya yang bakal tiba. “Antara program yang dilaksanakan termasuk penyediaan juadah berbuka puasa, bantuan baucar tunai Food@Campus, zakat, peranti tablet dan pelan data di samping infaq Ramadan. “Setiap program yang dijalankan, kejayaan, agihan sumbangan dan bantuan ini telah melibatkan komitmen secara langsung daripada pegawai-pegawai, para pensyarah, kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UniSZA,”katanya kepada pemberita selepas Festival Ramadan di Masjid Unisza di sini semalam. Sementara itu, Dr Fadzli  berkata pihaknya juga meneruskan tradisi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal ini bagi meraikan kira-kira 300 pelajarnya yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. “Kebanyakan yang tidak dapat pulang ialah pelajar dari Sabah dan Sarawak di samping penuntut antarabangsa jadi kita raikan mereka agar dapat merasai suasana kemeriahan Aidilfitri di samping menikmati pelbagai juadah enak menerusi majlis yang diadakan di masjid,”ujarnya.
27 Apr 22
241
20 Barang Kawalan Sempena Aidilfitri Di Terengganu
20 Barang Kawalan Sempena Aidilfitri Di Terengganu
BESUT, 26 April - Sebanyak 20 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2022 peringkat Terengganu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pengerusi Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata senarai itu melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging. Katanya, ia termasuk enam jenis barangan harga terkawal sedia ada di bawah pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam. "Sehubungan itu, saya memohon semua pasaraya dan peniaga mematuhi arahan tersebut bagi menggelakkan tindakan undang-undang sekiranya gagal mematuhi peraturan-peraturan dibawah skim ini. "Begitu juga kepada pengguna yang mendapat maklumat terdapat peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan boleh melaporkannya kepada KPDNHEP tetapi maklumat yang diberikan perlu lengkap bagi memudahkan siasatan pihak penguatkuasa," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada selepas Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP HRP) 2022 Peringkat Negeri di Pasaraya Pantai Timur, Jertih hari ini. Dalam perkembangan sama, pihaknya juga memberi jaminan bekalan barangan kawalan mencukupi di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan.      
26 Apr 22
460
Aidilfitri : Hanya 10 Peratus Anggota, Pegawai Polis Dibenarkan Cuti
Aidilfitri : Hanya 10 Peratus Anggota, Pegawai Polis Dibenarkan Cuti
MARANG, 25 April - Hanya 10 peratus daripada 3,200 anggota dan pegawai polis di Terengganu dibenarkan bercuti sempena sambutan Aidilfitiri, tidak lama lagi. Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, mereka dibenarkan untuk cuti secara bergilir pada satu-satu masa, jadi terpulang kepada kebijaksanaan ketua jabatan dan ketua polis daerah masing-masing untuk mengatur penugasan. “Manakala kekuatan selebihnya akan berada dalam mod bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuti panjang menyambut perayaan. “Anggota dan pegawai polis  yang bertugasmemberikan tumpuan terhadap penugasan sepanjang sambutan berkenaan termasuk rondaan cegah jenayah dan kawalan aliran trafik,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Inspirasi Qaseh Ramadan/Raya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini malam tadi. Tambah Rohaimi lagi, pihaknya juga telah mengenalpasti dan akan menjalankan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai khususnya di malam raya. Dalam masa yang sama , beliau turut  menasihatkan  orang ramai yang mahu meninggalkan kediaman untuk meraikan Aidilfitri memaklumkan ke balai polis berhampiran dengan mengisi borang balik kampung bagi memudahkan pihaknya melakukan pemantauan dan rondaan.  
25 Apr 22
352
Tol Percuma, Diskaun Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri
Tol Percuma, Diskaun Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri
PUTRAJAYA, 25 April – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun tol sehingga 50 peratus kepada Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan dibuat bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. “Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta di mana jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi. “Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT),” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Ismail Sabri, pemberian tol percuma dan diskaun itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April ini (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei depan (Ahad) kepada semua kelas kenderaan. “Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara–Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula pukul 12 tengah malam pada 7 Mei (Sabtu) hingga pukul 11:59 malam pada 8 Mei depan (Ahad) kepada semua kelas kenderaan. “Tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus pula akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan,” jelas beliau. Tambah beliau, pemberian tol percuma dan diskaun sempena perayaan Aidilfitri itu diharap akan memeriahkan lagi sambutan bersama-sama orang tersayang. “Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah,” katanya- KOSMO
25 Apr 22
380