lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Kerajaan Negeri Mahu Naik Taraf Paip Dasar Laut Ke Pulau Redang
Kerajaan Negeri Mahu Naik Taraf Paip Dasar Laut Ke Pulau Redang
KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Kerajaan Terengganu berhasrat menaik taraf paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air ke Pulau Redang memandangkan paip sedia ada berusia 25 tahun semakin uzur dan sering mengalami kerosakan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, peruntukan sebanyak RM120 juta diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian paip dasar laut sepanjang kira-kira 23 kilometer itu. "Sekarang ini, paip dasar laut itu selalu pecah dan menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air kepada penduduk di pulau peranginan serta sebahagian pengguna di daerah Setiu. "Setiap kali berlaku kerosakan, kita kehilangan hampir 50 peratus bekalan air bersih malah terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi sebanyak RM70,000, oleh itu kita sedang berusaha mencari peruntukan RM120 juta sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya, setiap kali berlaku kes paip pecah di dasar laut, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) terpaksa mengurangkan tekanan bagi mengelak lebih banyak air keluar dan berlaku pembaziran. "Ini akan menyebabkan pengguna akaun yang tinggal di kawasan penghujung berdepan masalah gangguan bekalan air kerana tekanan sangat rendah. Kes paip pecah semakin kerap berlaku dan terbaharu ialah dua minggu lepas," katanya. Sebelum ini, Satu terpaksa melakukan agihan bekalan air secara berjadual di beberapa kawasan di empat daerah iaitu Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut untuk memastikan pengguna dapat meraikan Aidilfitri dengan selesa. Bekalan air ditutup bermula dari 12 tengah malam hingga 4.30 pagi untuk memastikan bekalan air pada waktu siang tidak terjejas sepanjang tempoh perayaan. - Bernama  
09 May 22
459
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
300 anak muda mengambil peluang menyertai program 'Fun Ride Sahur' bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan melakukan aktiviti beriadah sambil beramal.
08 May 22
262
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.
08 May 22
151
Terengganu Hidupkan Akhir Ramadan Dengan Qiamullail
Terengganu Hidupkan Akhir Ramadan Dengan Qiamullail
Kerajaan Terengganu melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengadakan Program Qiamullail Perdana dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar Kuala Terengganu.Kerajaan Terengganu melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengadakan Program Qiamullail Perdana dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar Kuala Terengganu.
08 May 22
367
Majlis Hari Raya DUN Kota Putera Dapat Sambutan Luar Biasa
Majlis Hari Raya DUN Kota Putera Dapat Sambutan Luar Biasa
BESUT, 8 Mei - Keceriaan 12 stesen makanan dan minuman dengan lebih daripada 20 menu disediakan, serta kehadiran 17 artis veteran lagenda tanah air berjaya menarik ribuan pengunjung untuk datang memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Kota Putera, semalam. Adunnya,  Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata kebiasaannya menu majlis sambutan adalah gulai kawah, tetapi buat kali pertama ditampilkan kelainan untuk sambutan tahun ini dengan mempelbagaikan hidangan makanan dan minuman melalui kerjasama erat antara JPKK di DUN Kota Putera.. "Kerjasama antara JPKK dalam DUN Kota Putera memungkinkan kepelbagaian menu yang disediakan, antaranya gulai kawah, nasi dagang, ayam golek, kambing golek, laksa penang, laksa lemak, laksam, mee goreng kawah, sate, roti john, roti titab, 9 jenis air balang, dan tak lupa juga hidangan tidak asing untuk sambutan hari raya Aidilfitri seperti lemang, ketupat, rendang dan biskut raya. "Kita juga membuat pertandingan stesen terbaik dimana pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 1'000 yang dinilai dari segi hiasan stesen, hiasan hidangan, tema, keceriaan dan kelazatan, yang akan diberi markah oleh juri professional juga juri awam dari kalangan pengunjung. Ini bagi memberi semangat kepada setiap stesen memberikan yang terbaik kepada pengunjung. InshaAllah pemenang akan diumumkan malam ini atau esok." tambahnya lagi. Agihan duit raya juga diadakan pada pertengahan majlis bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan pengunjung mengambil peluang bergambar kenangan bersama-sama ADUN Kota Putera dan barisan artis veteran lagenda yang hadir. Artis veteran lagenda yang hadir menyerikan majlis sambutan ini adalah dari Akademi Wan Maimunah and Friends (WMF) antaranya Ibu Wan Maimunah, Hamidah Wahab, Junainah M. Amin, Khatijah Abu Hasan, Rosnita Othman, Mariani Ahmad, Tini Dahlan, Zalifah Ibrahim, Rogayah Muhidin, Rozie Othman, Aznah Hamid, Siti Ruwiyani Ariffin, Nur Aisyah @ Magaret Gan, Rudi Pilus, Syed Aziz, Aju @ Zuraini Kassim dan Kak Ita.  
08 May 22
712
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini, pada hari ini. Turut berangkat, Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Keberangkatan tiba Baginda berdua pada 8.12 pagi diiringi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Yang DiPertua Dewan Undangan negeri, Dato' Yahaya Ali. Solat Sunat Aidilfitri telah diimamkan oleh Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron yang turut menyampaikan khutbah. Selesai menunaikan solat, Baginda berkenan menizarahi Makam Diraja yang terletak di kawasan Masjid Al-Muktafi Billah Shah sebelum berangkat pulang. Lebih bermakna tahun ini solat Sunat Aidifitri merupakan tahun pertama umat Islam kembali menunaikan solat sunat tersebut tanpa penjarakan fizikal selaras dengan negara kini telah beralih ke fasa endemik bermula 1 April yang lalu.  
02 May 22
741
Cipta Kelainan Ubah Persepsi Anak Muda Terhadap Ramadan
Cipta Kelainan Ubah Persepsi Anak Muda Terhadap Ramadan
KUALA TERENGGANU, 29 April - Program Nurani Belia : Indahnya Ramadan (Karnival Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Terengganu 2022) bertujuan mengubah persepsi belia negeri ini terhadap bulan Ramadan dan difahami ertinya agar rukun Islam ketiga itu dilakukan dengan penuh kesungguhan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerana itu program yang asalnya dicadangkan dianjurkan di masjid diubah untuk disambut di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya anak muda iaitu di Dataran Awam Batu Burok. "Hendak menyatakan kepada mereka bahawa bulan ini bukan sekadar untuk 'duduk saja' dan tidur tanpa berbuat apa sehingga waktu puasa berakhir begitu sahaja, sebaliknya bulan ini boleh diisi dan dilakukan dengan pelbagai aktiviti sama ada dalam bentuk keagaaman dengan mendirikan solat Tarawih, mendekatkan diri dengan al-Quran dan juga melakukan kerja-kerja kebajikan. "Perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin peluang dan kesempatan pada bulan ini untuk melakukan kerja yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat,  juga untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan, agar sentiasa sihat dan kekal aktif bukannya dibiarkan ia berlalu begitu sahaja,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut, di sini, pada semalam. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Izwandy Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah. Mengulas lanjut , Wan Sukairi berkata program yang julung-julung kali diadakan di kawasan terbuka dengan penglibatan 700 peserta itu pada asalnya dicadangkan agar dianjurkan di masjid sebagaimana kelaziman kerana antara pengisian programnya adalah khatam al-Quran. "KIta memilih untuk mengadakannya di tempat yang menjadi tumpuan belia dan beliawanis negeri ini dengan memilih tempat terbuka seperti ini, tempat mereka biasa berada, kita berusaha mendatangkan pengisian agama di sini, serta berbuka puasa bersama-sama. "KIta murnikan tempat ini dengan laungan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh qari jemputan khas iaitu Ustaz Abdul Hadi yang merupakan bekas johan pertandingan al-Quran peringkat negeri, dan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan terdahulu telah ada pertandingan azan, pidato dan hafazan serta operasi mengagihkan Program Dapur Rakyat kepada penduduk sekitar melalui Sukarelawan Terengganu (T-VOLT). "Kemudian diadakan pengisian tambahan dengan persembahan hiburan 'busking' oleh Sahabat Akustika dan mengadakkan program sembang santai bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat selain itu diadakan hadiah cabutan bertuah semua ini kita adakan khusus untuk belia dan beliawanis bermula jam 2 petang dan berakhir dengan majlis berbuka puasa.  "KIta akan meneruskan program ini di masa akan datang dengan skala yang lebih besar, serta akan ditambah baik untuk dijadikan acara tahunan menjelang Ramadan dalam usaha kerajaan memastikan bulan ini disambut dengan penuh penghayatan dengan matlamat melahirkan insan yang bertakwa bagi memastikan seluruh rakyat sentiasa beroleh keredaan-Nya,"katanya lagi.
30 Apr 22
451
Terengganu FC Layak Ke Peringkat Kedua
Terengganu FC Layak Ke Peringkat Kedua
KUALA TERENGGANU, 29 April- Terengganu Football Club (Terengganu FC) mengesahkan laluan ke peringkat kedua setelah menang tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi pertama Piala FA 2022, sebentar tadi. Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), permainan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan berhati-hati melancarkan serangan. Pada minit ke-28, tuan rumah berhasil mendapatkan gol pertama hasil kesilapan pertahanan import NSFC, Herold Goulon tertampan bola hantaran lintang Mohd Syafik Ismail ke gawang sendiri. Terkejut dengan keputusan itu, pelawat cuba bangkit dengan lebih banyak serangan ke kubu Sang Penyu. Skuad kendalian K. Devan berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-35 apabila Omid David Nazari menanduk masuk bola sepakan percuma Ahmad Khuzaimi Piee untuk skor 1-1. Namun, hanya tiga minit berselang, Terengganu FC kembali di depan selepas Mohd Faisal Halim berjaya menjaringkan gol kedua pasukan dalam keadaan kelam kabut di hadapan gawang. Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, Sang Rusa lebih banyak menyerang kubu tuan rumah. Pelawat hampir mendapatkan jaringan penyamaan, namun Evanonye Adetu disahkan offside ketika dia sudah berada dalam situasi satu lawan satu berdepan Muhammad Rahadiazli pada minit ke-54. Pada minit ke-64, Tcheche Kipre mempunyai peluang menambah jaringan, bagaimanapun rembatannya tersasar. Negeri Sembilan FC memasukkan lebih banyak penyerang bagi mengubah situasi perlawanan, namun Terengganu FC lebih cemerlang bertahan sambil melakukan serangan balas. Terengganu FC kekal mendahului sehingga wisel penamat ditiupkan. Kemenangan malam ini menyaksikan Terengganu FC menempah pertemuan menentang Kedah Darul Aman FC dalam peringkat kedua.    
29 Apr 22
2033
Nasib Ibu Tunggal 'Dianiaya' Bekas Suami Terbela
Nasib Ibu Tunggal 'Dianiaya' Bekas Suami Terbela
KUALA TERENGGANU, 28 April - Nasib 31 ibu tunggal yang teraniaya akibat bekas suami tidak membayar nafkah, terbela hari ini apabila mereka menerima Dana Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd Hakim, berkata untuk itu Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM62,500 di bawah asnaf miskin. Katanya, golongan terbabit tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup dan menyara kehidupan anak dengan pendapatan sedia ada setelah bekas suami cuai menjalankan tanggungjawab. "Terutama setelah berkahwin lain, lelaki tersebut lebih menumpukan perhatian untuk menjaga anak dan isteri baru.  "Selain itu antara faktor yang menyebabkan bekas suami tidak mampu membayar nafkah ialah tidak mempunyai pendapatan tetap," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, di Sumai Garden Hall, Sumai Hotel Apartment, di sini, pada hari ini. Untuk rekod, sebagai komitmen yang berterusan, MAIDAM juga telah bersetuju meluluskan Bantuan Pendahuluan Nafkah kepada Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu sebanyak RM200,000 melalui peruntukkan asnaf miskin. Mengulas lebih lanjut, Wan Mohd Zakri berkata, mengikut statistik dari tahun 2019 sehingga kini seramai 1,616 bekas suami berhadapan tuntutan nafkah anak. "Sebelum ini telah ada peruntukan supaya mana-mana suami yang gagal melunaskan tuntutan boleh dipenjarakan tetapi ia tidak memberi kesan yang baik. "Terbaharu melalui satu prosiding, pihak mahkamah syariah telah mempunyai bidang kuasa untuk mengarahkan bank membekukan sejumlah wang yang ada dalam akaun. "Termasuk bank Tabung Haji digunakan untuk dibayar kepada anak-anak mereka mengikut jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah syariah, itu perkembangan terkini," ujarnya. Sementara itu, Shaikh Harun memberi jaminan pihaknya akan cuba memastikan pungutan zakat melalui Kumpulan Wang Amanah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Terengganu akan terus dikekalkan untuk diagihkan kepada ibu-ibu dan anak-anak yang mengalami masalah tunggakan nafkah. "Isu pengabaian nafkah ini walaupun nyata adalah tanggungjawab para bapa atau suami, ia tidak semudah kita bercakap kerana ia melibatkan aspek kemampuan kewangan sehingga ramai yang dipenjarakan akibat ingkar perintah mahkamah. "Jadi disinilah wujudnya peranan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan MAIDAM untuk menyalurkan bantuan kepada yang layak," katanya. Beliau berharap agar penerima bantuan menggunakannya dengan sebaik mungkin dan memanfaatkannya untuk membeli keperluan anak-anak.
28 Apr 22
1547
Maritim Tahan Tiga Bot Nelayan, Nilai Rampasan RM4.5 Juta
Maritim Tahan Tiga Bot Nelayan, Nilai Rampasan RM4.5 Juta
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu telah menahan tiga bot di perairan negeri melibatkan 30 warga Vietnam
28 Apr 22
289