lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Bekas Pengetua SMK Padang Midin Dinobatkan Tokoh Guru Terengganu 2022
Bekas Pengetua SMK Padang Midin Dinobatkan Tokoh Guru Terengganu 2022
KUALA NERUS, 19 Mei - Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin dinobat sebagai Tokoh Guru Negeri Terengganu 2022 sempena Hari Guru Negeri Terengganu, hari ini. Zah Mohamad, 63, yang bersara selepas 35 tahun bergelar pendidik berkata, beliau sama sekali tidak menyangka terpilih menjadi penerima anugerah itu memandangkan sudah tiga tahun meninggalkan kerjaya itu. “Anugerah ini saya dedikasikan buat sekolah terakhir saya, SMK Padang Midin, yang banyak meninggalkan kenangan terbaik serta pencapaian tertinggi semasa masih bergelar pengetua di sana. “Sekolah yang amat bermakna buat saya dan sehingga kini saya masih berhubung dengan guru-guru dan pelajar di sana," katanya. Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Dengan penganugerahan itu, Zah yang juga kepada ibu kepada empat anak itu menerima wang tunai RM5,000, kalong, selempang, persalinan songket, jam tangan, plak dan sijil penghargaan. Tambah beliau lagi, antara resepi utamanya sejak bergelar guru pada tahun 1984, dia mengamalkan prinsip ikhlas mengajar dan mengasihi anak murid seperti seorang ibu mengajar anak sendiri Selepas bersara, Zah kini menyumbang kepakaran menulis buku dan aktif berpersatuan sebagai Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Terengganu selain Naib Pengerusi, Penglibatan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Kuala Terengganu.  
19 May 22
3211
Hargai, Hormati Guru Jadi Asas Kecemerlangan Pelajar
Hargai, Hormati Guru Jadi Asas Kecemerlangan Pelajar
KUALA NERUS, 19 Mei - Guru yang menjadi tunjang dan asas kepada kemenjadian murid pastinya mampu membangunkan sekolah yang sejahtera, harmoni, dan berjaya dalam situasi pendidikan kini yang penuh cabaran dan segala kemungkinan.  Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata oleh itu khidmat bakti guru-guru dalam mendidik dan mengajar anak bangsa bukanlah suatu yang boleh dinilai dengan wang ringgit. Katanya, keikhlasan usaha, budi dan bakti mereka tanpa mengenal erti penat dan lelah perlu dihargai dan dihormati oleh semua pihak. “Dunia pendidikan kini yang semakin rencam menyebabkan para guru berhadapan dengan pelbagai kerenah para pelajar, ibu bapa, masyarakat malah rakan sekerja juga. “Saya yakin dan percaya insan yang bergelar pendidik merupakan seorang yang profesional mampu menangani sebarang masalah yang melanda. “Ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ungkapan menarik ini perlu dijadikan pegangan ke arah melahirkan generasi minda kelas pertama yang diidam-idamkan kerana kemenjadian murid bergantung pada komitmen tinggi para guru yang menjadi tunjang kepada pendidikan negara,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan  Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Dewan Besar Hotel Raia di sini hari ini. Tambah beliau, guru yang berperanan sebagai pendidik (mudarris), penyampai yang benar (mualim), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang, muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan) mampu menjadi tunjang yang kuat untuk menghadapi segala cabaran ketika ini. “Pendidikan bukan sahaja mampu menjadi alat yang berkesan mengeluarkan anak-anak kita daripada kepompong kemiskinan, tetapi juga berupaya melestarikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju dan dikenali,” ujarnya.
19 May 22
245
350 Jururawat Sertai Gegar 10,000 Langkah
350 Jururawat Sertai Gegar 10,000 Langkah
KUALA TERENGGANU, 19 Mei - Seramai 350 jururawat menyertai Gegar 10,000 Langkah di Dataran Pantai Batu Burok di sini, hari ini sempena Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Terengganu. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato' Dr Kasemani Embong berkata, mereka terdiri terdiri daripada semua kategori jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), swasta dan pesara. "Sambutan Hari Jururawat disambut pada 12 Mei setiap tahun dan kali ini bertemakan "Nurses: a voices to lead: Invest In Nursing And Respect To Secure Global Health. "Bagi Negeri Terengganu sambutan tahun ini diadakan di Dataran Pantai Batu Burok dengan aktiviti yang dijalankan adalah Gegar 10,000 Langkah serta seminar pendidikan dengan Tajuk: Bangkitkan Motivasi Diri. "Tujuaanya adalah memberi kesedaran dan kepentingan kesihatan mental bagi menjamin kesejahteraan di kalangan petugas kesihatan setelah dua tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor. Terdahulu, pelepasan peserta (flag off) program anjuran Bahagian Kejururawatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bersama Persatuan Jururawat Malaysia dan Kesatuan Jururawat Malaya itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri. Dr Alias Razak kira-kira pukul 8.45 pagi.
19 May 22
789
'Insya-Allah, Banyak Lagi Anak Syarikat Raih Keuntungan Berganda'
'Insya-Allah, Banyak Lagi Anak Syarikat Raih Keuntungan Berganda'
Terengganu meletakkan keyakinan tinggi bahawa banyak lagi anak syarikat kerajaan negeri (GLC) akan mencapai keuntungan bagi tahun 2022.
19 May 22
148
Aduan Penduduk Pulau Sekati Akan Dibawa Ke Mesyuarat Exco
Aduan Penduduk Pulau Sekati Akan Dibawa Ke Mesyuarat Exco
Kerajaan Terengganu sedia maklum aduan penduduk Pulau Sekati berkenaan masalah tekanan air rendah dan saluran elektrik terhad baru-baru ini.
18 May 22
149
MRTM 2022 : Terengganu Sedia Sambut 100,000 Pengunjung
MRTM 2022 : Terengganu Sedia Sambut 100,000 Pengunjung
KUALA TERENGGANU, 18 Mei - Terengganu bersedia untuk menyambut kedatangan 100,000 pengunjung sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) 2022 yang diadakan di Dataran Jambatan bermula malam esok. Pengerusi Jawatankuasa Pelanconga, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri telah melakukan segala persiapan rapi bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar sepanjang tiga hari ia diadakan. "Penganjuran MRTM yang diadakan julung-julung kali di sini kita sangat yakin pelancong dari luar akan datang bagi menghadiri program ini, sudah tentu di Drawbdridge ini akan berlaku kesesakan luar biasa dengan kehadiran pengunjung di peringkat kerajaan negeri kita telah berbincang untuk menguruskan kesesakan. "Ini juga membuktikan bahawa Terengganu semakin mendapat perhatian bukan sahaja di pihak Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato' Sri Nancy Shukri, orang ramai juga tertarik dengan negeri ini. "Jadi ini akan memberi peluang untuk sektor pelancongan di Terengganu akan bertambah maju dan terus menjadi pilihan utama serta penganjuran MRTM ini akan menjadi nilai tambah untuk mempromosikan Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita, pada sidang medianya, selepas mengadakan tinjauan ke tapak Sambutan MRTM, di Dataran Drawbrdge, di sini, pada hari ini. Ujarnya, program yang dianjurkan oleh kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu merupakan suatu kejutan dan sangat istimewa bagi kerajaan negeri. "Jadi saya ucap terima kasihlah kepada Dato' Sri Nancy, kerana memilih negeri ini yang mana program ini sangat besar, tidak dijangka dan dirancang namun Terengganu telah diberi kepercayaan. "Insya-Allah ia akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk majlis rewang di mana saya bersama Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan juga menteri akan terlibat dengan majlis rewang pada pagi Jumaat dari pukul 6 hingga 8 malam, akan ada jamuan rakyat yang akan menumbangkan 10 ekor lembu. "Sudah tentu akan ada juadah-juadah yang lain bukan sahaja nasi minyak, bahkan semua makanan tradisi antaranya nasi dagang, keropok lekor serta pelbagai lagi juadah tradisional akan dihidangkan," ujarnya lagi.  
18 May 22
3782
ADUN Batu Buruk Belanja Kek Sempena Hari Guru
ADUN Batu Buruk Belanja Kek Sempena Hari Guru
KUALA TERENGGANU, 18 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengagihkan sebanyak 28 biji kek bersempena sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei lalu. Kek tersebut telah diagihkan kepada setiap sekolah menengah, sekolah rendah, madrasah tahfiz dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.  Penyelia i-MITS DUN Batu Buruk, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh menghantar kek ke SMK Dato' Razali “Agihan kek bersempena hari guru ini merupakan program tahunan yang saban tahun kita akan adakan untuk dihantar kepada sekolah-sekolah yang ada dalam DUN ini. “Namun, agihan ini telah terhenti selama 2 tahun yang lalu ekoran penularan wabak Covid-19 yang mengakibatkan tiada sebarang penganjuran majlis diadakan. “Alhamdulillah, walaupun telah 2 tahun tidak diadakan majlis sambutan Hari Guru, pada tahun ini saya lihat sambutan yang diadakan pada tahun ini sangat meriah,” kata Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Batu Buruk, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh ketika ditemui pemberita.  Beliau yang mewakili ADUN Batu Buruk dalam agihan kek tersebut berkata pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk telah terbahagi kepada dua kumpulan bagi memastikan kek tersebut dapat dihantar tepat pada masanya.  Sementara itu, ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil dalam satu hantaran di laman Facebook beliau mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru dan berharap agar dapat turut bersama dalam program-program yang akan datang.  “Semoga agihan kek ini sedikit sebanyak dapat terus mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk,” tambahnya.  
18 May 22
417
Terengganu Serah Insentif RM47,000 Buat Atlet Negara
Terengganu Serah Insentif RM47,000 Buat Atlet Negara
KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Kerajaan Terengganu menyerahkan cek berjumlah RM47,000 Insentif Skim Wakil Negara (SWARA) kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), hari ini. Jumlah tersebut merangkumi 47 atlet Terengganu yang terpilih mewakili pasukan kebangsaan dalam temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) yang sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, insentif berkenaan sememangnya diadakan oleh MSNT bagi meningkatkan motivasi atlet untuk bersaing di peringkat tertinggi. "Bagi SWARA, setiap atlet diberikan sebanyak RM1,000 dan insentif ini akan dibawa rombongan ke Vietnam pada malam esok. "Selain itu, ntuk atlet kelahiran Terengganu yang berjaya merangkul pingat dalam Sukan SEA, kita juga ada menyediakan insentif khas menerusi Insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE). "Dalam skim ini, sebanyak RM4,000 akan diberikan kepada pemenang pingat Emas dalam acara individu, manakala RM3,000 bagi pingat Perak dan RM2,000 bagi pingat Gangsa," katanya. Tambahnya, bagi acara berpasukan, ganjaran sebanyak RM2,500 akan diberikan kepada pemenang pingat Emas, RM2,000 bag pingat Perak dan pemenang pingat Gangsa akan menerima RM1,500. Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Temu Mesra Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO bersama Warga Sukan Terengganu, di pejabat MSNT, hari ini. Wan Sukairi turut mengharapkan akan ada pertambahan pingat yang dihasilkan atlet negeri dalam temasya Sukan SEA. Setakat hari ini, seramai lapan atlet kelahiran Terengganu berjaya merangkul pingat kejuaraan dalam temasya tersebut. Jaguh berbasikal bukit, Ahmad Syazrin Awang Ilah berjaya merangkul pingat Emas dalam acara MTB rentas desa Olimpik campuran. Manakala Azreen Nabila Alias memenangi pingat Perak dalam acara 4×100m Wanita, Muhammad Zulfiqar Ismail (Perak) dalam acara 4×100m Lelaki, Siti Rahmah Mohamed Nasir (Perak) dalam Pencak Silat dan Sharifah Aqilah Farhana (Perak) dalam Petanque. Sementara itu, Muhammad Shahrul Aimy Kamarul Hisam (Gimnastik), Yousuff Daniel Fauzi Cruz (Kurash) dan Ahmad Atif Irsyad Aad Zahidi (Pencak Silat) masing-masing berjaya merangkul pingat Gangsa.
17 May 22
614
i-Perantau, Penerima Zahirkan Terima Kasih
i-Perantau, Penerima Zahirkan Terima Kasih
KUALA LUMPUR, 16 Mei - Rata-rata penerima pertama pembayaran i-Perantau melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas inisatif berkenaan. Shahruddin Amri Abu Bakar, 37, yang berasal daripada Kampung Ladang Tok Pelam dan kini bertugas sebagai anggota Polis di Banting sangat bersetuju dengan pendekatan dilaksanakan kerajaan Terengganu. “Saya setuju sangat penyampaian bantuan atas dasar membantu perantau dari Terengganu.  “Selain itu, cara pemberian begini dengan mengumpulkan anak-anak negeri di satu tempat membolehkan kita melebarkan ukhuwah sesama anak negeri yang sama-sama berada di perantauan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Raya Anak Terengganu di Perantauan yang berlangsung di MAEPS Serdang, semalam. Dalam pada itu, anak kelahiran Setiu, Saidatul Nafisa Mohd Yusof, 34 menyifatkan bantuan melalui i-Perantau sedikit sebanyak membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga. Suri rumah yang kini menetap di Rawang itu turut memuji pelaksanaan Tahun Pertanian Terengganu berikutan berjaya membantu orang-orang kampung lebih berdaya saing. “Tahun pertanian yang dibuat itu baik, alhamdulillah ayah saya yang juga seorang nelayan turut serta dalam program tersebut dan menerima manfaat daripadanya,” katanya. Kenyataan itu turut disokong anak muda dari Batu Rakit, Siti Aquiyah Sabri,30, yang kini bekerja dalam bidang IT di Wangsa Maju. Beliau yang hadir menerima pembayaran mewakili keluarga kakaknya yang menetap di Pahang menyatakan, dana berkenaan sangat membantu terutama bagi perantau yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor. “Kita sedia maklum, kos sara hidup di sini lebih tinggi berbanding tempat lain dan sebagai rakyat Terengganu yang layak dapat, ia memang membantu mereka. “Ia bukan dari segi kuantitinya yang dilihat, tetapi lebih utama dari segi nilainya dalam membantu. Seringgit juga bernilai jika dapat membuatkan orang lain yang memerlukan tersenyum.  “Itu yang penting sebenarnya,” katanya. Dalam majlis yang diadakan semalam, seramai 650 daripada 2,500 penerima yang layak hadir menerima pembayaran pertama bagi dana i-Perantau. Mereka turut diraikan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN dan pegawai-pegawai kanan kerajaan berikutan ia turut dilangsungkan bersama Majlis Sambutan Hari Raya Anak Terengganu di Perantauan.  
16 May 22
425
Nasib Ibu Tunggal 'Dianiaya' Bekas Suami Terbela
Nasib Ibu Tunggal 'Dianiaya' Bekas Suami Terbela
Nasib 31 ibu tunggal yang teraniaya akibat bekas suami tidak membayar nafkah, terbela apabila mereka menerima Dana Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.  
16 May 22
235