lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Ambil Iktibar Pelaksanaan Haji Untuk Terus Bersatu Hati- Sultan Mizan
Ambil Iktibar Pelaksanaan Haji Untuk Terus Bersatu Hati- Sultan Mizan
KUALA NERUS, 13 Jun- Jemaah haji dari Terengganu dinasihatkan supaya menjaga nama baik  dengan menjaga akhlak dan tidak melakukan anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej negara. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah mereka perlu mengambil iktibar sepanjang menjalani ibadat berkenaan di tanah suci itu nanti untuk terus bersatu hati tanpa melihat sebarang perbezaan. "Beta juga meminta bakal jemaah haji untuk sentiasa menjaga akhlak dan jauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negeri Terengganu. "Semua jemaah harus mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin," titah baginda yang disampaikan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ketika menyempurnakan majlis pelepasan jemaah haji ke Tanah Suci, hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengurus Besar (Bahagian Syariah) Lembaga Tabung Haji Malaysia, Imran Mohammad Khayat Seramai 804 jemaah haji dari Terengganu berpeluang menyempurnakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini. Penerbangan pertama yang membawa 142 bakal jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.45 malam pada Isnin. Dalam perkembangan sama, Sultan Mizan berkenan memuji komitmen Tabung Haji (TH), agensi kerajaan dan swasta dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji walaupun sudah dua tahun tertangguh. "Beta berharap TH akan meneruskan usaha-usaha memantapkan sistem pengurusan haji agar sentiasa di tahap cemerlang dan menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain di seluruh dunia," titah baginda.    
13 Jun 22
338
Hadiah Buat Rakyat Terengganu, Malaysia
Hadiah Buat Rakyat Terengganu, Malaysia
Pemenang pingat emas dan gangsa pada Sukan Sea 2021, Hanoi, Vietnam berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dari awal hingga akhir pertandingan.
13 Jun 22
110
Loji Bukit Sah Selesai Dinaik Taraf, Atasi Isu Air
Loji Bukit Sah Selesai Dinaik Taraf, Atasi Isu Air
KEMAMAN, 13 Jun - Projek naik taraf Loji Rawatan Air Bukit Sah di Kemaman yang menelan kos RM690 juta telah siap dan boleh beroperasi sepenuhnya. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, berita gembira itu bakal memberikan sumber bekalan air berkualiti terutama untuk keperluan industri dan domestik di Kemaman. "Projek ini telah memberi manfaat kepada penduduk di Chukai, Teluk Kalong, Air putih, Kemasik, Kijal dan Kerteh. “Ia melibatkan 325,000 orang dan 60,457 akaun pengguna bekalan air paip Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU),” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke loji tersebut, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Abdul Karim Endut. Menurut Dr Mamad, kapasiti pengeluaran air untuk Loji Rawatan Air Bukit Sah ketika ini telah mencapai 255 juta liter sehari (mld) berbanding 225 mld sebelum dinaik taraf dan ditambah baik.  
13 Jun 22
534
MB Terengganu Runding Semula Projek Jalan Hulu Besut-Kuala Krai
MB Terengganu Runding Semula Projek Jalan Hulu Besut-Kuala Krai
Kerajaan Terengganu akan berunding dengan kerajaan Persekutuan berkaitan pelaksanaan semula projek pembinaan jalan raya menghubungkan Keruak, Hulu Besut ke Lata Rek, Kuala Krai yang sebelum ini dibatalkan.
13 Jun 22
436
Tukun Tiruan Tingkatkan 10 Peratus Hasil Nelayan
Tukun Tiruan Tingkatkan 10 Peratus Hasil Nelayan
Jumlah hasil tangkapan nelayan pantai di Terengganu meningkat sebanyak 10 peratus sejak Januari sehingga April tahun ini impak program melabuh tukun tiruan.
13 Jun 22
193
Tiga Bot Nelayan Vietnam Ditenggelam Di Pulau Kapas
Tiga Bot Nelayan Vietnam Ditenggelam Di Pulau Kapas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu menenggelamkan tiga bot nelayan Vietnam yang dirampas untuk dijadikan tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Kapas, Marang.
12 Jun 22
134
Jaringan 'Silent Killer' Terpahat di Jersi Baru Terengganu FC
Jaringan 'Silent Killer' Terpahat di Jersi Baru Terengganu FC
KUALA NERUS, 10 Jun- Nombor 110 di  belakang kolar koleksi jersi kedua (away) Terengganu FC yang dilancarkan hari ini menimbulkan persoalan dikalangan peminat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FCSB, Ab Rasid Jusoh, nombor tersebut merupakan jumlah gol yang dijaringkan salah seorang pemain legenda Terengganu FC, Mohamad Ashaari Shamsuddin sepanjang 222 penampilannya bersama pasukan itu. Jelasnya, pemain yang terkenal dengan gelaran 'silent killer' itu dijadikan inspirasi bagi menghasilkan motif dan elemen utama jersi tersebut.   "Mempamerkan motif rekaan merujuk kepada pemain yang disayangi ramai itu, jersi ini seharusnya dijadikan salah satu koleksi yang wajib dimiliki setiap penyokong. "Kami berharap dengan pelancaran jersi ini bakal memberikan motivasi kepada para pemain untuk lebih bersemangat dalam baki saingan Liga Super Malaysia," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Koleksi Jersi Away Terengganu FC di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), hari ini. Dalam majlis berkenaan, Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, merangkap Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyempurnakan perasmian jersi terbaru itu. Kombinasi warna keramat hitam terus menjadi pilihan Sang Penyu yang menggunakan jenama antarabangsa, Umbro dengan rekaan kolar dan lengan hitam putih bagi jersi berharga RM119 sehelai.                  
10 Jun 22
3381
Harga Pajakan Telur Penyu Akan Dibincang Semula
Harga Pajakan Telur Penyu Akan Dibincang Semula
KUALA TERENGGANU, 10 Jun- Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan mengadakan perbincangan semula untuk menetapkan harga pajakan yang sesuai bag membeli telur penyu dalam usaha memelihara spesies berkenaan daripada mengalami kepupusan. Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya telah mengambil maklum rungutan daripada seluruh pemajak telur haiwan berkenaan terhadap harga yang ditawarkan pihaknya sebelum ini iaitu RM1.50 bagi setiap biji. "Jadi kita akan bincangkan semula dan bertemu dengan pemajak serta akan melibatkan tujuh rakan strategik yang bersama dengan kita untuk membeli telur-telur ini iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Lang Tengah Turtle Watch , World Wide Fund (WWF), Fuze Ecoteer, Kapas Community , Bubble Dive, Terengganu Silica yang bersama-sama kita membantu dalam memperolehi telur penyu ini. "Mengenai harga siling itu nanti kita akan maklumkan setelah melakukan perbincangan secara teliti, yang mana usaha ini kita harapkan dapat memelihara spesies penyu ini yang mengalami ancaman kepupusan," ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media selepas menghadiri Program Kesedaran Penyu Terengganu 'Cakna Penyu' yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim, di Galeri Jambatan Angkat , di sini, pada semalam. Mengulas lanjut katanya, daripada 34 pantai pemajakan telur penyu, 19 daripadanya telah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri. "Kita ada lagi lebihan pantai,  yang kita lihat berpotensi untuk mengajak seramai mungkin mana-mana pihak untuk bersama kita bagi membeli telur di kawasan-kawasan ini, kita mengharapkan agar penglibatan ramai pihak NGO akan turut menjadi suatu daya tarikan kepada sektor pelancongan di negeri ini melalui aktiviti pemeliharaan yang sedang kita jalankan. "Mengenai pengharaman untuk menjual dan memiliki telur penyu ini yang bermula 1 Jun lalu telah diketahui oleh seluruh rakyat melalui mesej yang kita sampaikan," katanya lagi.
10 Jun 22
518
Terengganu FC Mahu Kekalkan Faisal Halim
Terengganu FC Mahu Kekalkan Faisal Halim
KUALA NERUS, 10 Jun- Terengganu Football Club (FC) Sdn. Bhd. menzahirkan hasrat melanjutkan kontrak pemain sayap kebangsaan, Mohd Faisal Abdul Halim yang akan tamat pada 30 November ini. Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FCSB, Ab Rasid Jusoh berkata, pengurusan dan barisan kejurulatihan telah membincangkan status pemain kelahiran Pulau Pinang itu. "Kita akui prestasi pemain ini dan memang kita telah menyuarakan hasrat untuk mengemukakan lanjutan kontrak. "Cuma Faisal belum memberi keputusan bagi perkara terbabit. "Dia memaklumkan mahu menumpukan sepenuh tumpuan dan memberikan persembahan terbaik untuk pasukan kebangsaan di pusingan kelayakan Piala Asia 2023 ketika ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media ketika Majlis Pelancaran Koleksi Jersi Away Terengganu di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), hari ini. Dalam majlis berkenaan, pasukan pantai timur itu memperkenalkan jersi kedua (away) koleksi terbaru Terengganu FC ×UMBRO yang disempurnakan YBM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBNP). Tambahnya, selain Faisal, seramai 19 pemain Terengganu FC II dan 10 pemain Terengganu FC juga akan tamat kontrak pada November ini. "Perkara ini juga masih dalam penilaian pihak pengurusan," katanya. Dalam pada itu, penolong ketua jurulatih Terengganu FC, Hairuddin Omar memaklumkan, barisan kejurulatihan juga telah mencadangkan perkara tersebut kepada pengurusan. "Faisal pemain yang penting untuk Terengganu FC. Jadi, kita harap rundingan antara pengurusan dan pemain itu membuahkan hasil positif," katanya.      
10 Jun 22
2225
Terengganu Gerakkan Kempen 'Cakna Penyu'
Terengganu Gerakkan Kempen 'Cakna Penyu'
KUALA TERENGGANU, 10 Jun - Kerajaan negeri menggerakkan kempen Cakna Penyu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memelihara haiwan ikonik yang menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata kempen berkenaan mampu menimbulkan rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga penyu yang semakin mengalami kepupusan. "Ia juga untuk menghebahkan kepada masyarakat tentang penguatkuasaan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) mengenai pengharaman penjualan serta memiliki telur semua jenis penyu yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 Jun baru-baru ini. "Kerajaan juga tidak membenarkan apa jua aktiviti pelancongan yang membabitkan penyu sama ada menyentuh, berenang bersama, memberi makan kepada haiwan tersebut dan sebagainya kerana dalam Seksyen 7A (11) Enakmen Penyu 1951 juga memberi peringatan tiada sesiapa boleh mengiklan, mempromosi atau mempamerkan penyu dan telurnya dalam apa-apa bentuk medium kecuali bagi tujuan pemuliharaan dan mendapat kebenaran. "Beberapa pindaan kepada larangan memiliki telur penyu ini juga telah dinaikkan kadar dendanya dari RM3,000 ke RM50,000 sehingga RM250,0000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanyanya sekali," ujarnya. Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Penyu Negeri Terengganu 'Cakna Penyu' di Galeri Jambatan Angkat (Drawbridge), di sini semalam. Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat serta Pengarah Pertanian negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh@Yusof. Kata Dr Azman, kerajaan negeri juga konsisten mengadakan penguatkuasaan bagi menangani masalah kematian penyu yang berlaku saban tahun.  Laporan kematian penyu bagi tahun ini sejak Januari hingga Jun dilaporkan sebanyak 41 ekor. Jabatan Perikanan turut mengambil inisiatif mengadakan rondaan di laut melalui Ops Penyu bagi mengesan penggunaan pukat tunda, pukat pari dan penggunaan alat Peranti Penyisih Penyu (TED). Operasi tersebut telah membawa kepada kejayaan menahan tiga buah bot yang salah satunya ditemui penyu terperangkap dalam pukat tunda. "Bagi usaha memelihara ikon negeri Terengganu ini juga kerajaan membelanjakan lebih RM500,000, iaitu belanja mengurus sebanyak RM400,000 bagi membayar upah kepada pekerja penyu, pembelian telur penyu daripada pemajak manakala sebanyak RM240,000 diperuntukkan untuk pembangunan telah disalurkan kepada Jabatan Perikanan untuk menaiktaraf Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang," ujarnya. Selain itu menurut beliau, kerajaan persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM210,000 untuk pengurusan penyu dan pembaikian hatcheri di negeri ini. "Saya juga ingin berterima kasih kepada kesemua rakan strategik kita membabitkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Lang Tengah Turtle Watch, World Wide Fund (WWF), FUZE ECOTEER, Kapas Community, Bubble Dive dan Terengganu Silica yang telibat bersama kerajaan negeri untuk sama-sama menyumbang usaha ke arah memelihara spesies penyu di negeri ini," ujarnnya. Pihak kerajaan negeri turut berharap agar masyarakat bersama-sama mengurangkan ancaman kepada penyu termasuk tampil membuat laporan kepada jabatan jika ada menjumpai penyu mati, kecurian telur, mendarat di luar kawasan jagaan jabatan, jika terperangkap dalam jaring bebaskannya kembali ke laut tanpa mencederakannya.      
10 Jun 22
577