lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Hutang LPT 2 : MB Bakal Adakan Perbincangan Bersama PM
Hutang LPT 2 : MB Bakal Adakan Perbincangan Bersama PM
MARANG, 8 Jun - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diundang Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk bertemu Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu hutang LPT 2. Ahmad Samsuri berkata, perjumpaan berkait penyelesaian hutang kerajaan Persekutuan dengan negeri itu akan diadakan dalam masa terdekat. "Hasil perbincangan awal dengan Menteri Kewangan ada!ah positif dan tunggu masa yang sesuai dalam waktu terdekat untuk berjumpa Ismail Sabri. "Langkah yang diambil adalah untuk mengadakan pertemuan melibatkan kami bertiga bagi membincangkan penyelesaian ini," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas hadir melakukan penyerahan Projek Membina Rumah Baru Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Bukit Kemas, Kelulut, di sini semalam. Untuk rekod, tuntutan hutang berbaki RM1.43 bilion secara pembayaran tunai sudah dilakukan kerajaan negeri. Sebelum ini, hutang yang berjumlah RM1.85 bilion sudah dibayar balik RM418.5 juta dalam bentuk projek di samping telah menerima pendahuluan tunai RM200 juta.
09 Jun 22
715
Kontinjen Sukan Sea Terengganu Terima 'Durian Runtuh'
Kontinjen Sukan Sea Terengganu Terima 'Durian Runtuh'
Kerajaan Terengganu 'menghadiahkan' RM143,000 kepada 57 atlet, jurulatih dan pegawai yang menyertai Sukan SEA Hanoi 2021 di Vietnam baru-baru ini.
09 Jun 22
118
Menteri Besar Tunaikan Hasrat Ibu Tunggal Miliki Kediaman Sendiri
Menteri Besar Tunaikan Hasrat Ibu Tunggal Miliki Kediaman Sendiri
MARANG, 9 Jun - Tiada kata mampu diungkapkan oleh seorang ibu tunggal selain menzahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menunaikan hajatnya untuk memilki kediamannya sendiri. Pemberian rumah terbabit menamatkan penantian Ramlah Ma'at, 54, beserta tujuh anaknya yang selama ini menyewa dan tinggal di rumah yang kecil dan usang. Kata Ramlah, dia turut mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan dan bantuan 'one-off' daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebanyak RM 2,500 setahun. "Daripada duit ini saya menyara kami sekeluarga setelah kehilangan arwah suami pada tahun 2012, saya pada awalnya mengambil upah mengurut namun tidak dapat meneruskannya kerana terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan saya mengalami sakit saraf," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman semasa Majlis Penyerahan Kunci Rumah di Kelulut semalam. Menurutnya, selama ini dia hanya menyimpan hasrat untuk menduduki rumah sendiri ketika membuat permohonan bagi mendapatkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melalui MB yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang. "Akhirnya impian saya tertunai pada tahun ini. "Lebih membuatkan saya sekeluarga teruja ia diserahkan sendiri oleh MB, detik ini sangat bersejarah bagi kami sekeluarga dapat memiliki rumah yang lebih baik daripada sebelum ini. "Malah kami tidak lagi perlu menyewa sebagaimana sebelum ini, dan tidak perlu lagi berpindah banyak kali, cuma apabila terkenang arwah suami terdetik perasaan sedih, kerana memiliki rumah sendiri merupakan hajat kami bersama suatu ketika dahulu,"ujarnya. Ramlah menerima rumah bernilai RM65,000 yang berkeluasan 600 meter kaki persegi serta mempunyai tiga bilik itu.  
09 Jun 22
355
Kontinjen Sukan Sea Terengganu Terima 'Durian Runtuh'
Kontinjen Sukan Sea Terengganu Terima 'Durian Runtuh'
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Kerajaan Terengganu 'menghadiahkan' RM143,000 kepada 57 atlet, jurulatih dan pegawai yang menyertai Sukan SEA Hanoi 2021 di Vietnam baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM86,000 diperuntukkan kepada 27 atlet sebagai Insentif Skim Hadiah Kemenangan (Shake) atas kejayaan meraih pingat pada temasya sukan tersebut. Selain itu katanya, Insentif Skim Wakili Negara (Swara) berjumlah RM57,000 turut diberikan kepada 30 lagi atlet, jurulatih dan pegawai anak negeri yang mewakili negara dalam pelbagai acara sukan. Wan Sukairi berkata, insentif berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada atlet dari negeri ini yang beraksi cemerlang pada Sukan Sea di Vietnam pada Mei lalu. “Diharapkan insentif ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat atlet untuk beraksi di kejohanan Sukma Ke-20 di Kuala Lumpur pada September nanti,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pemasyhuran Ketua Kontinjen (CDM) Terengganu, Sukma Edisi Ke-20, MSN 2022 Dan Penyerahan Insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) Sukan Sea Ke-31, Vietnam 2021 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini. Pada majlis itu, kerajaan negeri turut mengumumkan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak sebagai ketua kontinjen Terengganu ke Sukma Ke-20.
08 Jun 22
484
Noor Arfa Batik Sasar 300 Ribu ‘Reseller’ Menjelang 2025
Noor Arfa Batik Sasar 300 Ribu ‘Reseller’ Menjelang 2025
KUALA TERENGGANU, 8 Jun – Noor Arfa Holding Sdn. Bhd. mensasarkan seramai 300,000 orang pengedar rasmi produk berasaskan batik itu menjelang tahun 2025. Menurut Pengarah Noor Arfa, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin setakat ini Noor Arfa mempunyai seramai lebih 4,000 orang pengedar dan menjangkakan akan mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pada akhir tahun ini.  “Orang ramai yang ingin menyertai kami boleh mengisi borang di laman sesawang kami dan kami akan memilih mereka yang betul-betul komited untuk berniaga. Barisan penerima anugerah Noor Arfa Stylist “Kita berniat untuk membantu mereka yang berminat untuk menjana pendapatan di samping sama-sama memartabatkan industri batik ini,” kata Wan Mohd Hafiz ketika ditemui pemberita dalam Majlis Anugerah Noor Arfa Stylist yang diadakan di Hotel Permai.  Turut hadir dalam majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor dan ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Mengulas berkenaan program tersebut, beliau berkata program tersebut merupakan julung kalinya diadakan bagi meraikan kejayaan para pengedar rasmi Noor Arfa atas jualan yang dilakukan sepanjang tahun 2021 yang lalu. Majlis tersebut juga diisi dengan perkongsian berkenaan sejarah penubuhan syarikat tersebut oleh Pengasas Noor Arfa iaitu Wan Mohd Ariffin Wan Long dan pasangannya, Noor Hijerah Hanafiah. Penerima anugerah utama Master Leader Achiever 2021  
08 Jun 22
818
666 Pelajar Dirai Dalam Majlis Graduasi Dan Anugerah Hafazan Imtiaz
666 Pelajar Dirai Dalam Majlis Graduasi Dan Anugerah Hafazan Imtiaz
KUALA TERENGGANU, 7 Jun - Seramai 666 pelajar diraikan sempena Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2021. Pengarah Yayasan Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu merupakan majlis tahunan yang diadakan bertujuan memberi penghargaan serta meraikan pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan pengajian mereka di Imtiaz. Katanya, majlis tersebut juga bertujuan menzahirkan pengiktirafan Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu kepada para pelajar yang telah berjaya menghafaz kesemua 30 juzuk al-Quran, selaras dengan prinsip Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 iaitu Pembentukan Modal Insan Berkualiti. "Alhamdulillah, hari ini kita meraikan 529 orang pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang telah berjaya menamatkan pengajian setelah lima tahun di Imtiaz serta 453 merupakan pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 2, 4 dan 5 yang telah khatam 30 juzuk al-Quran. "Buat julung-julung kali juga, majlis ini diadakan untuk meraikan pelajar Tingkatan 6 Tahfiz yang turut sama bergraduasi," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2021 yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Taman Tamadun Islam, hari ini. Katanya, diantara anugerah yang disampaikan pada majlis tersebut adalah Anugerah Quranik, Anugerah Ibnu Sina, Anugerah Al Fateh, Anugerah Al Farabi, Anugerah As Syafie dan Anugerah Tokoh Ulul Albab. "Jadikan segala ilmu serta pengalaman di Imtiaz sebagai panduan hidup bagi menempuh perjalanan dalam meneroka ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi selepas daripada ini. "Tahniah dan syabas saya ucapkan, juga kepada Hafiz dan Hafizah yang telah khatam 30 juzuk al-Quran dimana meraka juga menerima sijil hafazan berserta wang tunai berjumlah RM1,000 bagi setiap seorang," ujarnya.
07 Jun 22
1203
Kerajaan Terengganu Serius Tangani Dakwaan Isu Keracunan
Kerajaan Terengganu Serius Tangani Dakwaan Isu Keracunan
BESUT, 6 Jun- Kerajaan Terengganu memandang serius dakwaan isu membabitkan enam individu keracunan makanan dan jatuh sakit selepas berang di perairan Pulau Perhentian Kecil dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan tidak dirawat, dua hari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, pihaknya telah melaksanakan siasatan segera berhubung isu berkenaan. Menurutnya, setakat ini pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut belum menerima sebarang laporan berhubung kes tersebut.  "Dalam satu mesyuarat khas tindakan daerah Besut yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Besut semalam, kita telah mengarahkan jabatan terlibat untuk mengambil sampel air yang didakwa tercemar tersebut serta melakukan pemantauan dengan segera terhadap isu itu.  "Ini perkara serius memandangkan ia melibatkan soal keselamatan pelancong, dan jika dakwaan tersebut didapati benar, ia sudah tentu memberikan imej negatif terhadap industri pelancongan negeri kita," jelasnya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, awal pagi ini. Tambah Ariffin, isu berkenaan secara tidak langsung akan menjejaskan keyakinan pelancong untuk berkunjung ke pulau-pulau peranginan di Terengganu, lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak ditangani dengan baik. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan JKNT semalam, pihak JKNT telah menyemak data kejadian keracunan makanan bagi tahun 2021 sehingga 5 Jun (semalam) dan tidak menerima apa-apa notifikasi kes keracunan makanan yang berlaku di Pulau Perhentian.
06 Jun 22
234
'Melampau, Sengaja Hendak Jatuhkan Maruah Saya' - YBC
'Melampau, Sengaja Hendak Jatuhkan Maruah Saya' - YBC
KUALA TERENGGANU, 6 Jun- Susulan tular sebuah video yang sengaja disebarkan oleh individu tidak dikenali, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Kekuarga, dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat tampil membuat laporan polis. "Saya telah mendapati satu sebaran video oleh individu terbabit di dalam Media Sosial, Facebook dan juga Whatsapp Group beserta dengan video yang telah menunjukkan Dato' Ahmad Said memegang kemaluan saya. "Sesungguhnya ia bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya, ia adalah melampau kerana diambil dan disebarkan tanpa persetujuan. "Saya meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap penyebar video tersebut di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya melalui suatu kenyataan, selepas membuat laporan berkait kejadian itu di Balai Polis Chukai,Kemaman, semalam. Mengulas lanjut katanya, kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu telah terjadi ketika berada di dalam khemah Perasmian Aspirasi Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia di perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, kelmarin.
05 Jun 22
1289
JKNT Siasat Kes Keracunan Akibat Sisa Kumbahan Di Pulau Perhentian
JKNT Siasat Kes Keracunan Akibat Sisa Kumbahan Di Pulau Perhentian
KUALA TERENGGANU, 5 Jun -Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu kini dalam proses menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar berkaitan isu kejadian keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada air tercemar di Pulau Perhentian. Pengarah Kesihatannya, Datuk Kasemani Embong berkata pihaknya telah mengambil maklum isu yang dilapor melibatkan enam sekawan yang mendakwa mereka jatuh sakit selepas berenang di perairan Pulau Perhentian yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan yang tidak dirawat. Katanya, namun setakat ini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut tidak menerima sebarang laporan berhubung kes itu.  "Sehingga kini pihak JKN Terengganu masih dalam proses siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar isu berkenaan.  "Setelah menyemak data kejadian keracunan makanan bagi tahun 2021 sehingga 5 Jun lalu, pihak JKN Terengganu juga tidak menerima apa-apa notifikasi kes keracunan makanan yang berlaku di Pulau Perhentian," katanya dalam kenyataan, disini, Dalam pada itu, katanya, PKD Besut telah bekerjasama dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN Terengganu dan Pejabat Daerah Besut dalam Operasi Pemeriksaan Premis Makanan dan Bekalan Air yang telah diadakan di Pulau Perhentian, Besut pada 1 hingga 3 Jun 2022.  "Ia bagi memastikan tahap kebersihan premis penyediaan makanan, keselamatan makanan serta bekalan air berada pada tahap yang terbaik.  "Sebanyak 49 premis makanan telah diperiksa dan hasil daripada  pemeriksaan yang dilakukan, sebanyak 17 premis (34.7 peratus) diberikan Gred A, manakala 32 premis (65.3 peratus) diberikan Gred B," jelasnya lagi. Dr Kasemani juga berkata pihaknya sentiasa memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan  menasihati pengendali makanan supaya sentiasa menitikberat aspek  kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual. "Mereka perlu memastikan makanan disediakan bersih serta selamat bagi mengelakkan kes keracunan makanan. "Saya nasihatkan orang ramai supaya mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi,"katanya. Semalam sebuah portal berita  melaporkan keenam-enam mereka mendakwa mula muntah-muntah pada malam terakhir ketika menghabiskan meluangkan masa bercuti selama dua malam di lokasi tarikan pelancong itu.   
05 Jun 22
651
PBT Kesan Lima Resort Di Pulau Perhentian Beroperasi Tanpa Kelulusan
PBT Kesan Lima Resort Di Pulau Perhentian Beroperasi Tanpa Kelulusan
KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Besut mengesan lima resort di Pulau Perhentian yang didapati tidak menyelenggarakan sisa kumbahan dengan baik masih beroperasi tanpa kelulusan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, bangunan dan sisa kumbahan tersebut tiada kelulusan Majlis Daerah Besut dan telah dikeluarkan notis berulang kali tetapi masih ingkar. "Dua tahun lepas mereka telah dikompaun maksimum sebanyak RM50,000 dan kes tersebut masih dalam proses tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita. Alias berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang melaporkan kes keracunan makanan didakwa berpunca daripada air tercemar akibat sisa kumbahan tidak dirawat di lokasi peranginan itu yang tular di media sosial pada Sabtu. Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada kes keracunan yang dialami pelancong tempatan itu mempunyai hubung kait dengan sisa kumbahan.  "Kes keracunan makanan masih dalam siasatan Pejabat Daerah Besut sama ada berkait atau tidak dengan sisa kumbahan sebagaimana yang didakwa," katanya. 
05 Jun 22
627