lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Tahniah Terengganu, 321 Calon SPM Dapat Semua A!
Tahniah Terengganu, 321 Calon SPM Dapat Semua A!
KUALA TERENGGANU, 16 Jun- Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini. Katanya, beliau sedia maklum bahawa calon SPM tahun 2021 berdepan cabaran yang cukup hebat memandangkan ketika peperiksaan kali ini situasi negara dan dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19. “Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dengan cemerlang. “Pelajar yang mengambil SPM 2021 diuji dengan cabaran yang getir, namun alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, cabaran itu berjaya diharungi pelajar. “Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang berhempas-pulas berusaha bagi membantu pelajar mengharungi peperiksaan termasuk usaha berlipat-ganda ibu bapa dan guru yang dilakukan menerusi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang penuh mencabar dalam suasana norma baharu,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pengistirafan Keputusan SPM di SMA (A) Sultan Zainal Abidin, hari ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Terengganu, Lothman Awang. Terdahulu, laporan Sinar Harian memaklumkan, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Terengganu yang diumumkan hari ini merekodkan seramai 321 pelajar memperoleh keputusan cemerlang dengan kombinasi gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, daripada jumlah itu, tujuh pelajar mencatatkan keputusan memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil semasa peperiksaan SPM 2021 pada Mac lalu. Menurut beliau, Terengganu juga merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) bagi SPM 2021 adalah 4.72 berbanding GPN kebangsaan iaitu 4.86. "Seramai 17,206 calon mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2021 di 169 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu melibatkan 1,717 petugas," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2021 di Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, di sini. Abdul Muie berkata, seramai 9,674 calon memperoleh keputusan lulus semua mata pelajaran yang diambil. Selain itu katanya, lapan sekolah turut mempamerkan keputusan baik apabila semua calonnya lulus semua mata pelajaran. Lapan sekolah itu kata beliau adalah SM Sains Kuala Terengganu, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud, SM Sains Dungun, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kemaman, SM (Atas) Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling. "Calon SPM 2021 merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Terengganu berjaya merekodkan keputusan cemerlang.
16 Jun 22
2605
Tiada Tolak Ansur Terhadap Penjawat Awam Terlibat Dadah
Tiada Tolak Ansur Terhadap Penjawat Awam Terlibat Dadah
KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Kerajaan negeri menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana penjawat awam sekiranya didapati terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana salah laku berkenaan akan mencemarkan nama baik kerajaan negeri serta menjejaskan pentadbiran. Justeru penjawat awam diberi peringatan agar melaksanakan amanah yang diberikan sebaik-baiknya dengan tidak terbabit atau melakukan sesuatu perkara yang merugikan seluruh pihak. "Ia juga akan turut memberikan tamparan yang hebat kepada seluruh pentadbiran kerajaaan, sebagaimana kita sedia maklum bahawa ancaman dadah pada hari ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur dan jenis pekerjaan semua orang berisiko untuk terbabit dengan gejala tidak sihat ini. "Kerana itu saya memberi peringatan kepada seluruh anggota masyarakat kita supaya berhati-hati dengan perkara ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini,  hari ini.  Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah. Ahmad Samsuri berkata, program tersebut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi serta unit tubuh kerajaan bagi memberi mesej bahawa masalah penyalahgunaan dadah perlu ditangani bersama oleh semua pihak. Untuk rekod, statistik penyalahgunaan dan penagih dadah serta substan di Terengganu telah menunjukkan penurunan sebanyak 3.7 peratus pada tahun 2021 iaitu seramai 12,033 berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 12,499 orang telah direkodkan,  ia masih berada pada tahap yang membimbangkan.
15 Jun 22
474
Impian Generasi Felda Selasih Tertunai
Impian Generasi Felda Selasih Tertunai
Impian anak felda untuk memiliki kediaman sendiri tercapai apabila seramai 124 orang generasi baru Felda Selasih, Jabi hari ini menyempurnakan undian lot Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) bagi menentukan lot tapak rumah mereka.
15 Jun 22
222
Pembentung, Jambatan Atasi Banjir Bakal Dibina Di Teluk Kalong September Ini
Pembentung, Jambatan Atasi Banjir Bakal Dibina Di Teluk Kalong September Ini
Foto oleh : Ahmad Ezani Razali KEMAMAN, 16 Jun - Pembentung dan jambatan baharu bakal dibina di Telok Kalong September ini bagi mengatasi masalah banjir yang telah berlarutan sejak sekian lama.  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, projek bernilai RM12 juta yang melibatkan pembinaan pembentung dan jambatan itu dibiayai menerusi peruntukan kerajaan Pusat. “Kita jangka projek ini dapat mengurangkan kesan banjir di kawasan sekitar Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong kerana saliran sedia ada tidak mampu lagi menampung jika berlaku hujan lebat.  “Tender projek akan dikeluarkan bulan depan disusuli kerja-kerja pembinaan pada September dan siap sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah dan Ladang Kelapa Sawit di Bandar Baru Cheneh, di sini, kelmarin. Pada majlis tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan penyerahan geran hak milik tanah kepada kepada 543 peneroka FELDA Neram 2 Peringkat 1, 2 & 3, Mukim Bandi dan Hulu Jabor di daerah Kemaman setelah tertangguh selama lebih 30 tahun.
15 Jun 22
1142
Kajian Polisi Awam Mampu Tingkat Inovasi Pentadbiran
Kajian Polisi Awam Mampu Tingkat Inovasi Pentadbiran
KUALA TERENGGANu, 15 Jun- Kajian polisi awam yang dijalankan oleh institusi-institusi penyelidikan berupaya meningkatkan inovasi pemikiran dan kecekapan penyampaian di peringkat pentadbiran kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta selaras dengan kehendak rakyat di negeri ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (YDP) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, barisan pentadbir di Terengganu perlu sentiasa peka dan bersedia dengan perubahan yang begitu cepat yang berlaku pada dunia hari ini. "Kita perlu lebih mesra dengan kajian-kajian atau penemuan baharu yang dijalankan, dalam masa yang sama kita juga mesti proaktif menjalinkan hubungan dengan institusi penyelidikan untuk penambahbaikan yang berterusan. "Pelaksanaan penyelidikan dan inovasi tidak semestinya kerana ingin menerokai sesuatu yang 'totally new frontier' yang memungkinkan kita untuk menulis dalam jurnal 'nature', tetapi apa yang lebih utama ialah ahli akademik perlu menjalankan penyelidikan untuk memperkaya kajian berbentuk 'policy recommendation' yang sesuai dengan keperluan dan data kerajaan negeri. "Ia penting supaya pelaksanaan polisi itu mampu menjejak ke bumi dan dirasai impaknya oleh rakyat," katanya. Jelasnya, atas dasar itu, geran-geran penyelidikan dikeluarkan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) sebagai penganjur dan pemudah cara bagi kajian-kajian yang akan dibentangkan dalam seminar pada hari ini," katanya. Yahaya Ali berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyempurnakan perasmian Seminar Polisi Awam 2022, dianjurkan TSIS bertempat di Duyong Marina & Resort, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Ketua Pegawai TSIS, Dr Wan Mat Sulaiman. Sebanyak tujuh daripada 13 kertas kajian yang dijalankan para pengkaji merangkumi pelbagai bidang membabitkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dibentangkan dalam seminar berkenaan. Universiti Sains Islam Malysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Teknologi Mara (UITM), dan Institus Perguruan Guru (IPG) turut terlibat yang mana kesemua institusi ini telah memperolehi geran kerajaan negeri melalui TSIS dan berjaya menyelesaikan kajian yang diharap akan memberi impak serta manfaat yang besar kepada rakyat apabila ia dipolisikan di peringkat pentadbiran sehingga kepada masyarakat awam di negeri ini.  
14 Jun 22
299
Caj Tambahan Antara Punca Harga Ayam Naik
Caj Tambahan Antara Punca Harga Ayam Naik
KUALA NERUS, 14 Jun – Sikap segelintir peladang ayam yang mengenakan caj tambahan kepada pemborong menyebabkan kos bahan mentah itu meningkat berbanding harga ladang yang ditetapkan kerajaan. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, taktik tersebut dikesan  dalam pemeriksaan di sebuah pusat pemborong ayam terbesar negeri ini, di sini pada Selasa. Katanya, pemeriksaan tersebut diadakan susulan rungutan diterima dari pemborong dan peruncit ayam tentang caj tambahan yang dikenakan kepada mereka dan situasi berkenaan disahkan berlaku. “Mengikut invoice dikemukakan pemborong, harga ayam diberikan memang betul seperti ditetapkan kerajaan tapi dikenakan caj lain seperti upah tangkap ayam sebanyak 70 sen menjadikan harga ayam dari ladang meningkat kepada RM6.80 sekilogram. “Apabila pihak pemborong dikenakan caj tambahan seperti itu, mahu tidak mahu mereka juga terpaksa menyerap kos dengan mengenakan caj pengangkutan pula kepada peruncit.  “Kesannya, peruncit dilaporkan turut mengenakan caj seperti potong ayam, beg plastik dan ais pula kepada pembeli bagi menyerap kembali kos-kos yang terpaksa mereka tanggung dan menyebabkan pengguna terjejas,” katanya di sini hari ini. Saharuddin berkata, caj tambahan tersebut sepatutnya tidak perlu dikenakan kerana peladang sudah mendapat subsidi dari kerajaan bagi menampung kos supaya harga ayam dalam pasaran stabil sekaligus tidak membebankan rakyat. Justeru itu katanya, pihak KPDNHEP akan melakukan siasatan di peringkat peladang ayam bagi mengetahui punca sebenar masalah itu berlaku termasuk sama ada mereka menerima bayaran subsidi atau sebaliknya. Jelas beliau, terdapat lapan pemborong utama ayam di Terengganu dan kebanyakan mereka memperoleh bekalan bahan mentah itu dari peladang di Melaka, Pahang dan sebahagian ladang kontrak di negeri ini.  
14 Jun 22
234
Terengganu Bina Pusat Tafaqquh Tok Syeikh Duyong
Terengganu Bina Pusat Tafaqquh Tok Syeikh Duyong
Pembinaan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyong bernilai RM7 juta di Taman Tamadun Islam bakal memartabatkan ilmu turath dalam usaha melahirkan lebih ramai ilmuan dan ulama di Terengganu.
14 Jun 22
466
Loji Bukit Sah Selesai Dinaik Taraf, Atasi Isu Air
Loji Bukit Sah Selesai Dinaik Taraf, Atasi Isu Air
Projek naik taraf Loji Rawatan Air Bukit Sah di Kemaman yang bermula sejak tahun 2020 dengan kos RM690 juta telah siap sepenuhnya.
14 Jun 22
450
KPDNHEP Terengganu Kekang Penyelewengan Petrol, Diesel Subsidi
KPDNHEP Terengganu Kekang Penyelewengan Petrol, Diesel Subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu memberi perhatian serius dalam mengekang kegiatan penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi di negeri ini.
14 Jun 22
324
Hari Paling Bersejarah Buat 543 Peneroka Felda Neram
Hari Paling Bersejarah Buat 543 Peneroka Felda Neram
Penantian selama 35 tahun ternyata berbaloi apabila seramai 543 peneroka dari Felda Neram Dua peringkat 1, 2 dan 3 di Mukim Bandi dan Hulu Jabor, akhirnya diberikan hak milik tanah diusahakan selama ini.
14 Jun 22
169