lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

2,000 Usahawan Dapat Manfaat Pendigitalan Perniagaan
2,000 Usahawan Dapat Manfaat Pendigitalan Perniagaan
KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Program pendigitalan perniagaan hasil kerjasama kerajaan negeri dengan syarikat telekomunikasi Maxis bakal memanfaatkan 2,000 usahawan di Terengganu pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata kerjasama itu akan memacu pembangunan ekonomi yang lebih rancak di Terengganu kerana usahawan akan didedahkan dengan kemahiran pemasaran digital, fotografi serta pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial. Katanya, untuk permulaan seramai 120 usahawan dipilih untuk mengikuti kelas e-usahawan bersama Maxis yang merangkumi beberapa segmen termasuk webinar dan bengkel pemasaran digital. "Sebagai rakan strategik digital, Maxis akan menawarkan produk dan perkhidmatannya termasuk penyelesaian perniagaan yang komprehensif untuk usahawan e-dagang dan syarikat berkaitan industri 4.0 yang beroperasi di Terengganu. "Kerajaan negeri melalui TD1303 pula akan membimbing usahawan yang berminat dengan program pendigitalan untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan Maxis termasuk memohon geran perniagaan digital dengan pelbagai pakej yang menarik," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran kerjasama Maxis dan TD1303 di sini hari ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut. Tambah Ariffin, maxis juga memberi tawaran pelbagai pakej perniagaan yang sesuai untuk usahawan dengan kadar harga lebih murah.  
20 Jun 22
442
YPU Sasar Tiga Siri Progam Usahawan Belia Tahun Ini
YPU Sasar Tiga Siri Progam Usahawan Belia Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 21 Jun- Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan tiga siri program Usahawan Belia Sejahtera (UBES) sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, berbeza sebelumnya, hanya satu siri dijalankan pada setiap tahun. "Untuk tahun ini, kita mensasarkan tiga siri UBES dijalankan. Siri pertama untuk 2022 telah selesai diadakan. "Kita rancang akan ada dua siri lagi sepanjang tahun 2022 bagi memberi peluang kepada usahawan-usahawan belia di Terengganu ini," katanya. Beliau ditemui dalam Majlis Perasmian Penutup UBES 3.0 yang berlangsung di Tok Aman Bali Beach Resort, Kelantan, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Mohd Rashdan Muda. UBES 3.0 yang berlangsung selama lima hari tersebut menghimpunkan 40 usahawan belia Terengganu dari pelbagai sektor untuk didedahkan dengan pelbagai ilmu-ilmu keusahawanan. Salah seorang peserta, Nurul Fatin Aqilah Rahim, 25, yang menjalankan perniagaan telur itik berkata, melalui UBES 3.0 beliau memperoleh pelbagai input yang sangat berguna untuk perniagaannya. "Melalui kursus ini, saya dapat strategikan balik perniagaan yang akan saya jalankan dengan skala dan bentuk baru. "Saya juga berharap agar program UBES ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu belia Negeri Terengganu untuk meningkatkan perniagaan mereka," katanya. Bagi Safwan Sahrin, 25, yang menjalankan perniagaan dalam fisioterapi berkata pelbagai ilmu yang dapat beliau pelajari. "Jika sebelum ini saya menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang mencukupi contohnya macam margin dalam perniagaan sedangkan banyak yang perlu dipelajari. "Jadi melalui kursus ini banyak yang pelajari dari segi perancangan syarikat saya dalam masa panjang serta cara-cara untuk menguruskan kewangan syarikat," katanya. Sementara itu, tenaga pengajar sepanjang program UBES 3.0 berlangsung, Haslinda Hashim berkata UBES anjuran YPU berbeza jika dibandingkan dengan kursus keusahawanan lain. "Peserta terpilih ini adalah melalui urusetia yang turun sendiri ke lapangan bagi mengenal pasti usahawan-usahawan tersebut. Ianya sangat bagus kerana kita dapat tahu latar belakang perniagaan dan peserta ini sendiri sebelum diserapkan dalam program UBES. "Modul yang dibuat pula adalah khas dirangkakan mengikut keperluan semasa peserta bukan modul lama. Walaupun ianya padat dan intensif namun dengan pemilihan yang tepat, peserta-peserta ini mampu menghabiskan modul tersebut," katanya.  
20 Jun 22
816
Tahniah Terengganu, 321 Calon SPM Dapat Semua A!
Tahniah Terengganu, 321 Calon SPM Dapat Semua A!
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .
20 Jun 22
110
'Larangan Jual Telur Penyu Tepat Pada Masa'
'Larangan Jual Telur Penyu Tepat Pada Masa'
Langkah kerajaan negeri mengharamkan penjualan telur penyu di Terengganu dianggap tepat pada masanya kerana reptilia itu semakin diancam kepupusan.
20 Jun 22
279
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
DUNGUN, 19 Jun - Klinik Nur Sejahtera (KNS) Dungun menjadi klinik rintis pertama di peringkat negeri yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan psikososial khusus bagi kaum lelaki. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, usaha Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu merupakan tambahan kepada fungsi utama KNS yang sebelum ini lebih kepada kesihatan reproduktif wanita. "Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut hari ini, LPPKN turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada 100 lelaki terawal bagi setiap negeri dan sempena pelancaran ini, kita tawarkan perkhidmatan itu bagi 300 lelaki terawal, khusus bagi penduduk sekitar Dungun bermula hari ini sehingga 25 Jun. "Untuk pengetahuan semua, daripada kes kaunseling yang dikendalikan LPPKN sejak 2019 sehingga Jun 2022, sejumlah 22,156 klien lelaki telah menghadiri sesi kaunseling secara individu dan berkelompok. "Paling banyak yang kita terima melibatkan masalah perkahwinan iaitu sebanyak 33 peratus, manakala 20 peratus melibatkan masalah kewangan dan masalah-masalah lain," katanya. Bagaimanapun menurutnya, situasi tersebut dinilai positif kerana perkhidmatan yang fleksibel secara tele-kaunseling, individu dan berkelompok yang ditawarkan menjadikan kaum lelaki lebih terbuka untuk berkongsi masalah dan memohon bantuan khdimat nasihat dengan LPPKN. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Bapa peringkat kebangsaan bertemakan 'Kasih Bapa Pelindung Keluarga' di KNS Dungun, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu; Hanafiah Mat, Ketua Setiausaha KPWKM; Dr. Maziah Che Yusoff, Timbalan Pengerusi  LPPKN; Mastura Mohd Darby dan Ketua Pengarah LPPKN; Abdul Shukur Abdullah. Rina turut memuji tindakan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang mengadakan program 'Second Honeymoon' atau berbulan madu kali kedua yang membantu mengatasi masalah keretakan rumah tangga. "Berdasarkan maklumat dan kerjasama dari kerajaan Terengganu, kita juga turut mengadakan program berbulan madu kali kedua ini untuk menambah baik hubungan kekeluargaan dan kita ingin perluaskannya melalui LPPKN. "Melihatkan kepada keperluan kaum lelaki juga, kita harap dapat memperluaskan projek ini ke seluruh 49 KNS di seluruh negara selain kepada 15 klinik secara 'mobile' selepas melihat sambutan projek rintis ini. "Jadi, kepada kaum lelaki, jangan malu dan segan untuk berkongsi dalam usaha menyelesaikan masalah. Untuk membina keluarga bahagia, ia memerlukan kerjasama seluruh ahli keluarga," katanya.      
19 Jun 22
520
'Bantuan Ini Saya Gunakan Untuk Mencari Rezeki'
'Bantuan Ini Saya Gunakan Untuk Mencari Rezeki'
Bantuan berupa peralatan keperluan berniaga bernilai RM5,000 yang diberikan oleh kerajaan akan dimanfaatkan untuk mencari rezeki buat keluarga, ujar penerima insentif berkenaan, Khairul Yusmadi Mustaffar, 48 tahun.
19 Jun 22
62
Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 Dijangka Beroperasi Hujung Tahun Ini
Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 Dijangka Beroperasi Hujung Tahun Ini
KUALA NERUS, 19 Jun - Projek Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Kuala Nerus kini dalam proses akhir pembinaan dan ia dijangka siap pada penghujung tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata melalui perbincangan dan kerja yang telah dilaksanakan, projek ini telah siap 99.6 peratus. Katanya, ada sedikit sahaja lagi kerja teknikal berkait dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). “Dengan siapnya projek ini insya-Allah akan menyelamatkan kita daripada banjir yang berlaku di sekitar Kuala Nerus terutamanya sekitar Bandar Baru Kuala Nerus,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman semasa mengadakan Lawatan Kerja Projek Rancangan Tebatan Banjir Tok Jiring, Kuala Nerus di sini hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim. Tambah Dr Mamad lagi, terdapat satu lagi projek iaitu Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 2 di bawah kerajaan persekutuan dengan anggaran kos lebih  RM350 Juta. “Sekiranya projek tebatan banjir fasa 1 dan 2 ini siap secara keseluruhannya, kita mengharapkan agar masalah banjir di Kuala Nerus dapat diselesaikan kerana penduduk di sini agak ramai termasuk kawasan pembangunan yang banyak. “Kita juga telah memohon beberapa tebatan banjir seperti di Kemasik, Kemaman, projek Tok Jiring fasa 2, Air Lilih dan Puteri di Besut, dan semua projek ini insya-Allah akan dilaksanakan dalam masa terdekat” katanya.  
19 Jun 22
955
PEKB Bimbing 7,000 Peserta B40
PEKB Bimbing 7,000 Peserta B40
  KUALA TERENGGANU, 19 Jun - Kira-Kira 7,000 peserta daripada golongan B40 berjaya dibimbing melalui program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak ia diperkenal pada 2013. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, program itu yang menyasarkan 14 kursus bimbingan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar, menunjukkan impak positif apabila ramai peserta berjaya meningkatkan pendapatan serta taraf hidup mereka. "Kita wujudkan skim latihan di PEKB khusus untuk B40 di kawasan bandar supaya mereka dapat meningkatkan pendapatan dan lebih banyak peluang mengembangkan perniagaan diberikan kepada mereka. "Sebab itu, kita bukan sekadar sediakan kursus malah kita juga beri barangan dan peralatan sama ada untuk memulakan perniagaan ataupun meningkatkan lagi penghasilan produk mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup PEKB di sini pada Sabtu. Beliau berkata, pihaknya menyarankan agar badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh kementerian melakukan pemantauan secara berterusan terhadap peserta bagi memastikan program PEKB yang dilaksana benar-benar memberi impak positif dalam kehidupan mereka. Ismail berkata, setakat ini NGO yang dilantik hanya melaksanakan pemantauan dan penilaian terhadap peserta selama enam bulan selepas mereka mengikuti kursus kemahiran PEKB. "Kita mahu NGO bertanggungjawab memantau usahawan di bawah mereka. NGO perlu tahu siapa usahawan yang mereka selia, di mana mereka dan apa yang mereka telah capai supaya kita dapat pastikan peruntukan yang disalurkan kerajaan ini digunakan sebaiknya serta melahirkan lebih banyak usahawan yang berjaya dalam kalangan B40,” katanya. Ismail sebelum itu menyampaikan sijil penyertaan kepada 130 peserta PEKB dari Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan yang merupakan usahawan B40 di bawah seliaan Persatuan Nurani Rakyat Malaysia. Kursus lapan hari itu meliputi bimbingan dan latihan dalam bidang pemasaran, sejuk beku, dandanan serta perniagaan dalam talian. - Bernama  
19 Jun 22
353
'Larangan Jual Telur Penyu Tepat Pada Masa'
'Larangan Jual Telur Penyu Tepat Pada Masa'
KEMAMAN, 17 Jun - Langkah kerajaan negeri mengharamkan penjualan telur penyu di Terengganu dianggap tepat pada masanya kerana reptilia itu semakin diancam kepupusan. Pelajar fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nabilah Abdul Rahim berkata, rata-rata generasi muda pada hari ini tidak tergamak untuk memakan telur penyu kerana bimbang generasi akan datang tidak kenal binatang terbabit. "Sewajarnya langkah ini disokong oleh semua pihak. Saya rasa pengharaman jualan telur ini tidak akan mendatangkan kerugian sebaliknya kita akan lebih menghargai usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri ini kerana berjaya melindungi haiwan ini daripada mengalami kepupusan. "Kebanyakkan pelancong yang datang ke negeri ini pun setuju dengan langkah ini kerana mereka datang ke sini untuk melihat penyu ini dan tengok bagaimana ia bertelur," ujarnya yang juga peserta Terengganu Turtle Camp 2022. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam program Terengganu Turtle Camp 2022, di Ma'Daerah Santuari Penyu, di sini, pada semalam. Sementara itu seorang lagi peserta kem berkenaan, Ahmad Arif Aiman Ghazali, 20, berkata kempen yang dijalankan oleh kerajaan negeri sangat wajar dilaksanakan dalam menjaga haiwan ikonik Terengganu itu. "Ini suatu inisiatif yang baik terhadap membina kesedaran dalam kalangan kami generasi muda ini untuk turut sama berjuang memulihara penyu. Sementara itu, Pegawai Konservasi Marin Tabung Alam Sedunia (WWF), Nor Azariyah Mohtar, berharap tiada pihak yang menjual telur berkenaan di pasaran gelap. "Selama ini kita telah berkerja keras dalam memastikan haiwan ini dilindungi dengan sebaiknya-baiknya, kita menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dalam melindungi telur penyu. "Dengan adanya enakmen mengharamkan penjualan telur penyu ini kita dapat mendidik rakyat agar jangan makan telur penyu dan membelinya secara haram," ujarnya.
17 Jun 22
504
Kewujudan Ma'daerah Mampu Tambah Populasi Penyu
Kewujudan Ma'daerah Mampu Tambah Populasi Penyu
KEMAMAN, 16 Jun - Kerajaaan Negeri Terengganu berharap dengan adanya usaha yang berterusan dijalankan di Santuari Penyu Ma’Daerah (Ma’Daerah) ini akan mempertingkatkan lagi peningkatan pendaratan penyu di Terengganu.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata pada tahun lepas sahaja, 2021, Jabatan Perikanan telah melepaskan sebanyak 432,000 ekor anak penyu kembali ke lautan. "Mengikut statistik, dalam 1000 ekor yang kita lepaskan biasanya seekor akan kekal hidup dan kembali semula ke daratan dimana ia dilepaskan. "Kita harap paling kurang 400 ekor anak penyu akan hidup sehingga dewasa, matang dan kembali semula untuk bertelur di pantai dimana ia dilepaskan. “Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan lebih daripada RM600,000 untuk kerja-kerja pengurusan penyu, menaiktaraf pusat-pusat konversi penyu, bayar upah pekerja-pekerja dan termasuklah pembelian semula telur-telur penyu daripada pemajak bagi tujuan untuk ditetaskan. “Dan sebagaima kita sedia maklum, bermula daripada 1 Jun baru-baru ini, dimulakan penguatkuasaan enakmen pemeliharaan penyu Enakmen Penyu 1951 mulai 1 Jun 2022, mengharamkan penjualan telur penyu. "Jadi tidak ada lagi telur penyu yang dijual secara terbuka selepas daripada pelaksanaan enakmen ini kerana sudah ada peraturan. "Alhamdulillah, nampaknya tinjauan yang dilakukan di lokasi-lokasi telur penyu di jual, tidak ada lagi penjualan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita dalam Program Terengganu Turtle Camp 2022 hari ini.   Jabatan Perikanan mengenalpasti punca kematian penyu adalah ombak besar, pelanggaran kipas bot, musim tengkujuh dan terperangkap dalam pukat tunda. Mengikut rekod, laporan kematian penyu melebihi angka 40 ekor sejak Januari lalu melahirkan kebimbangan pihaknya dalam mengekang perkara tersebut.
16 Jun 22
1018