lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

400 Anak Muda Berkonvoi Semarak Hari Arafah
400 Anak Muda Berkonvoi Semarak Hari Arafah
Lebih 400 anak muda berkonvoi menyemarakkan Sambutan Penghayatan Hari Arafah peringkat negeri Terengganu.
17 Jul 22
91
Sang Kenari Pulang Hampa
Sang Kenari Pulang Hampa
KUALA NERUS, 15 Julai- Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kalah lagi di tangan Terengganu Football Club (Terengganu FC), kali ini dengan skor 2-1 dalam aksi Liga Super Malaysia, sebentar tadi. Sang Penyu sekali lagi melayan kunjungan Sang Kenari di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan Nafuzi Zain mengekalkan barisan sama untuk mengekang anak-anak buah Aidil Sharin Sahak. Permainan bermula pantas dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan awal. Gandingan Kpah-Faisal konsisten mengancam kubu lawan. Pada minit ke-13, lorongan Petrus Shitembi membolehkan Faisal Halim lolos di bahagian kanan gol. Pemain sayap kebangsaan itu kemudian mudah menghantar bola untuk dikuis Kpah Sherman bagi gol pertama tuan rumah. KDA FC cuba bangkit namun Terengganu FC lebih banyak menguasai bola. Peluang pelawat hadir pada minit ke-36 apabila Muhammad Ariff Farhan melakukan rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin, tetapi sayangnya bola hanya menggegarkan palang gol. Keputusan kekal sehingga separuh masa pertama ditamatkan dengan Terengganu FC selesa mendahului. KDA FC memulakan babak kedua dengan mengatur lebih serangan ke kubu tuan rumah. Bagaimanapun, Sang Penyu lebih bijak bertahan dengan serangan balas melalui trio serangan mereka. Pada minit ke-56, tuan rumah terus menambah duka pelawat menerusi rembatan leret Manuel Ott untuk gol kedua Terengganu FC. Pada minit-minit terakhir perlawanan, Azamuddin Akil cuba menghidupkan peluang KDA FC selepas merapatkan kedudukan dengan rembatan dari jarak dekat. Namun, tambahan masa lima minit yang diberikan tidak berjaya dimanfaatkan pelawat untuk membawa pulang satu mata. Keputusan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan. Keputusan tersebut membawa Terengganu FC mendaki ke tangga keempat Liga Super Malaysia dengan 16 mata melalui sembilan perlawanan.       
15 Jul 22
1184
Pesta Candat Sotong Kembali Meriah
Pesta Candat Sotong Kembali Meriah
MARANG,15 Julai - Pesta mencandat sotong di Terengganu kembali meriah apabila seramai 300 peserta mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata Marang sekali lagi menjadi tuan rumah pada tahun ini kerana mempunyai daya tarikan tersendiri serta terkenal di kalangan pelancong asing dengan aktiviti itu. Katanya, hadiah bernilai RM5,000 ditawarkan kepada pemenang dalam fiesta kali ini.  "Apabila tiba musim mencandat, orang ramai yang terdiri daripada pengunjung telah membuat tempahan bot untuk merasai sendiri pengalaman mencandat sotong di tengah laut. "Acara tahunan ini juga yang secara tidak langsung mempromosikan negeri Terengganu sebagai destinasi tumpuan pelancong bagi merasai pengalaman mencandat sotong," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Fiesta Candat Sotong di Jeti LKIM, Marang di sini hari ini. Selain itu, menurut Ariffin, pengusaha bot di sini turut menawarkan pakej mencandat 'experience tourism' dengan harga serendah RM800 semalaman bagi sebuah bot dengan kapasiti 10 penumpang. "Pakej ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk tempatan menerusi aktiviti rantaian pelancongan. “Penganjuran selama tiga hari ini akan diadakan di dua lokasi, iaitu di Pusat Rekreasi Pulau Kekabu dan majlis perasmian dan pelepasan peserta akan diadakan pada 15 Julai 2022 (Jumaat) di Jeti LKIM, Marang,” ujarnya.  Tambah Ariffin, di Pulau Kekabu pelbagai pengisian aktiviti berkaitan pelancongan dan kebudayaan seperti silat, gamelan, persembahan busking lagu rakyat, permainan tradisional, serta jualan produk-produk IKS turut diadakan. "Ia bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam bermula 14 Julai hingga 16 Julai 2022. “Untuk rekod, Program candat sotong Terengganu pernah diiktiraf sebagai Program Pelancongan Terbaik pada tahun 2019 daripada Majlis Pelancongan Malaysia,” katanya.  
15 Jul 22
962
Kerajaan Bina Rumah Baharu Mangsa Kebakaran
Kerajaan Bina Rumah Baharu Mangsa Kebakaran
KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu akan menguruskan pembinaan rumah baharu bagi kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan yang menjadi salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Panji, Jumaat lalu. Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, Pejabat SUK menerusi Sekretariat Tabung Darul Iman akan menguruskan bantuan membina rumah baharu bernilai RM60,000 di atas tanah milik mangsa, Sulaini Said, 55, di Kampung Banggol Tok Ku yang dijangka akan mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan. Terdahulu, tragedi malang menimpa Sulaini yang kehilangan tempat tinggal yang sudah didiami sejak 21 tahun turut meruntun perasaan Tengku Seri Bijaya Raja. Beliau bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Anuar Awang dan beberapa pegawai turun menziarah sambil memberi kata-kata semangat kepada mangsa di Kampung Panji disini, semalam. "Saya turut berdukacita dengan apa yang menimpa Sulaini dan berharap supaya sentiasa positif dengan apa yang terjadi. Tidak lupa juga melihat dugaan terselindung hikmah tersendiri. Saya juga kenal Sulaini sebagai staf yang sentiasa tersenyum," katanya. Dalam kunjungan itu, beliau turut menyampaikan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, sumbangan daripada warga Wisma Darul Iman berjumlah RM5,500, Kelab Wisma Darul Iman (RM1,000) dan hamper barangan dapur (Kelab Helang). Lawatan itu juga membawa berita gembira buat Sulaini sekeluarga apabila Pejabat SUK menawarkan untuk menguruskan pembinaan rumah baharu. Difahamkan, dalam kejadian kebakaran di Kampung Panji, Jumaat lalu seramai 20 orang daripada empat keluarga terpaksa menyambut Aidiladha tahun ini  dalam suasana suram apabila rumah mereka hangus dijilat api. Bagaimanapun kebakaran yang berlaku pada pukul 11.30 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.  
14 Jul 22
525
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
Terengganu meletakkan sasaran 70 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20 September ini sekali gus mempertahankan kejohanan terbabit 
13 Jul 22
8
Penyerahan Kunci Rumah Padang Setengge Dalam Masa Terdekat
Penyerahan Kunci Rumah Padang Setengge Dalam Masa Terdekat
Penantian 234 pembeli projek Perumahan Padang Setengge di sini bakal menarik nafas lega kerana mereka akan menerima kunci rumah berkenaan tidak lama lagi, setelah tertangguh lebih dari sepuluh tahun.
13 Jul 22
172
Hari Arafah Bangkitkan Kekuatan Umat Islam
Hari Arafah Bangkitkan Kekuatan Umat Islam
Sambutan Hari Arafah mengembalikan semula kekuatan dan kegemilangan umat Islam pada masa kini. #TVDarulIman #TRDI #UPDI #TerengganuMajuBerkatSejahtera
13 Jul 22
263
RM38,000 Lesap Ditipu Agensi Tawar Pakej Haji
RM38,000 Lesap Ditipu Agensi Tawar Pakej Haji
KUALA TERENGGANU, 11 Julai- Seorang pesara dari Dungun berusia 62 tahun kerugian RM38,000 selepas ditipu agensi pelancongan yang melakukan penipuan pakej haji. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud, berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah kesalahan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. "Mangsa telah melakukan bayaran pertama sebanyak RM3,000 pada 2 Jun dan bayaran penuh pada transaksi kedua sebanyak RM35,000 ke dalam akaun atas nama agensi pelancongan tersebut. "Pemilik agensi tersebut memberikan pelbagai alasan dan gagal menempah tiket penerbangan pengadu sehingga menyebabkan mangsa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai," ujarnya melalui kenyataan media. Tegasnya, tangkapan ke atas suspek akan dibuat dalam masa terdekat. "Selepas siasatan di kontijen lain yang terlibat selesai. "Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemilihan pakej haji dan memilih agensi pelancongan yang berkeupayaan untuk melaksanakannya," ujarnya.
11 Jul 22
926
112 Peserta Sertai Program Korban Perdana Hotel Primula
112 Peserta Sertai Program Korban Perdana Hotel Primula
KUALA TERENGGANU, 11 Julai - Sebanyak 16 lembu dikorbankan sempena Program Korban Perdana Hotel Primula tahun ini. Pengurus Program Korban Perdana Hotel Primula, Zarinul Hisham Kassim berkata, program ini adalah sebahagian daripada usaha dalam mewujudkan impak positif dalam masyarakat di bawah Program Komuniti setempat. Katanya, ia termasuk seekor lembu yang disumbangkan oleh pihak hotel kepada tujuh kakitangan terpilih sebagai tanda penghargaan istimewa buat mereka. "Pihak kami membuka tawaran untuk menyertai ibadah korban selepas Aidil Fitri baru-baru ini dengan harga RM700 satu bahagian. "Ia mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk 21 peserta dari Singapura dan kami terpaksa menghadkan untuk 15 ekor lembu sahaja dengan kekangan tenaga dan masa," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman, di sini hari ini. Program ini mendapat kerjasama dari 24 warga kerja hotel dan 16 sukarelawan yang bergotong-royong menyembelih dan melapah sebelum menyerahkannya kepada para peserta yang mengambil bahagian untuk proses pengagihan. Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Primula, Suaibah Harun berkata ibadah berkenaan membolehkan pihak yang berkemampuan dapat berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik. Menurutnya,  ibadah yang dilaksanakan itu sebagai salah satu usaha menggalakkan semangat bersedekah, sekali gus menjadikan amalan tersebut budaya hidup kerana setiap rezeki yang diterima itu “mengandungi rezeki untuk orang lain”. "Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para peserta Ibadah Korban Perdana tahun ini, semoga Ibadah Korban kita diterima disisi Allah SWT dan menjadi kegembiraan kepada orang yang menerima daging korban tersebut,” ujarnya.            
11 Jul 22
465
Keunikan Replika Bot Dengan Alat Kawalan Jauh
Keunikan Replika Bot Dengan Alat Kawalan Jauh
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Replika Bot Dengan Alat Kawalan Jauh boleh berhubung terus dengan Asrol di talian 01112909836
09 Jul 22
484