Artikel "Utama" Terkini
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
KUALA NERUS, 8 Julai - Terengganu meletakkan sasaran 70 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20 September ini sekali gus mempertahankan kejohanan terbabit
Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, berkata untuk mencapai target berkenaan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) telah mempersiapkan para atlet bagi memastikan persedian terbaik dapat dilakukan.
"Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat dalam masa 71 hari lagi yang masih berbaki para atlet kita ini mempunyai semangat juang yang tinggi dan insya-Allah mereka akan mengekalkan kejuaran yang diperolehi pada edisi yang lalu.
"Memang kita menyasarkan untuk menambah kutipan 70 pingat emas, namun saya yakin dan optimis kita berupaya mencapai lebih dari apa yang kita sasarkan sebagaimana pada kejohanan 2018 kita telah berjaya memperolehi 56 pingat emas melebihi target.
"Antara acara sukan yang akan kita perolehi kejuaraan nanti adalah menerusi acara Judo dan sudah tentu menerusi acara sukan berbasikal yang pada edisi lepas memberi sumbangan yang cukup besar untuk muncul juara keseluruhan sebagaimana SUKMA yang lalu dimana kita mempunyai persaingan yang cukup sengit diberikan oleh kontijen Johor, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas mengadakan lawatan ke Veneu Latihan SUKMA XX, bertempat di Dewan Serbaguna MSNT, di sini, kelmarin.
Tambah beliau, persediaan para atlet tidak hanya menerusi latihan yang dijalani tetapi turut meliputi aspek pemakanan dalam memastikan atlet terus bertenaga dalam menghadapi temasya sukan yang penuh berprestij itu.
"Walaupun berlaku kenaikan kos harga makanan namun itu tidak menjadi halangan bagi kita dimana MSNT sangat menjaga pemakanan para atlet.
"kita juga telah melantik bapa angkat dan jabatan angkat yang kita harapkan mampu menampunh segala kekurangan di pihak MSNT dan persatuan dalam kita memastikan atlet kita ini benar-benar bersedia dalam menghadapi cabaran pada kali ini untuk kita terus menguasai dan mempertahankan kejuaraan," ujarnya.
08 Jul 22
757
Hantar Al-Quran Rosak Ke JHEAT Untuk Dilupuskan
Masyarakat Islam dinashatkan agar menghantar Al-Quran yang rosak kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memelihara kesuciannya terutamanya dalam proses pelupusan dengan penuh tertib.
07 Jul 22
161
Pejabat SUK Terengganu Terima Anugerah AKKP
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu telah dianugerahkan dengan pengiktirafan lima bintang (cemerlang) bagi Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) 2021.
07 Jul 22
499
Pejawat Awam Perlu Tingkat Prestasi kerja
Perubahan landskap global dan negara berikutan pandemik COVID-19 memerlukan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja supaya tidak menjejaskan mutu perkhidmatan kepada rakyat dan kerajaan.
07 Jul 22
246
JHEAT Tahan Pelaku Video Lelaki Peluk Wanita
Pelaku yang berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh di kedai air buah sebagaimana video tular sudah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
07 Jul 22
293
10 Pemain, Terengganu Tetap Mara!
Jaringan tunggal pemain tengah Terengganu Football Club (Terengganu FC), Faiz Nasir berjaya membenam Kedah Darul Aman FC dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan Piala FA Pusingan 16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), baru-baru ini walaupun bergelut dengan 10 pemain.
07 Jul 22
351
Veterinar Lulus 3,143 Permit Sembelih Korban
KUALA TERENGGANU, 7 Julai – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri meluluskan sebanyak 3,143 permit penyembelihan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini sehingga semalam.
Pengarah JPV negeri, Dr. Anun Man berkata, permohonan pendaftaran penyembelihan itu bertujuan memastikan ternakan yang sihat sahaja disembelih dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian wabak penyakit ternakan selepas musim perayaan
“Permit yang diluluskan itu melibatkan lembu sebanyak 2,823 ekor, kerbau (24 ekor) dan kambing sebanyak 133 ekor.Ini termasuk 891 permit pemindahan ternakan juga diluluskan iaitu 1,945 ekor lembu, kerbau (26 ekor) dan 19 ekor kambing.
“Semua ternakan yang akan mendapat permit itu menjalani proses saringan kesihatan dan selamat dimakan,” katanya di sini semalam.
Menurut beliau lagi, JPV masih membuka permohonan permit sembelihan dan pemindahan ternakan itu dibuka di seluruh negeri ini sehingga hari ini..
Tambahnya, bilangan penyembelihan ternakan untuk ibadah korban di luar rumah sembelih juga meningkat pada tahun ini berbanding ketika penularan pandemik Covid-19, dua tahun lalu.
“Kita juga nasihatkan orang ramai yang melaksanakan ibadah korban itu juga perlu mematuhi peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh JPV,”ujar beliau.
Dalam masa yang sama, Dr Anun bekalan lembu untuk ibadah korban di negeri ini juga mencukupi sempena Aidil Adha.
07 Jul 22
267
Terengganu, ECERDC Sasar Tarik Pelaburan RM5 Bilion Dari Korea
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Kerajaan Terengganu dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyasarkan untuk menarik pelaburan berpotensi dari Korea Selatan yang dianggarkan bernilai RM5 bilion.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Baidzawi Che Mat telah ke Korea Selatan pada bagi mempromosi wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Baidzawi berkata, misi lawatan ke negara terbabit bermula dari 25 Jun hingga 2 julai adalah kesinambungan komunikasi berterusan antara pihaknya dengan pelabur sasaran di Korea Selatan sejak tahun lalu.
Beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa syarikat-syarikat di Korea Selatan akan melabur di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), khusunya di Terengganu.
"Pelaburan daripada firma terkemuka di negara berkenaan yang terbabit dalam sektor petrokimia, bahan kimia khusus dan bahan termaju berpotensi untuk membangunkan kilang-kilang pembuatan baharu di Terengganu.
"Rakan kongsi strategik kami turut sama menyertai delegasi ini bagi memudahcara proses rundingan dalam memenuhi sebarang keperluan bakal pelabur, sekali gus menambahkan keyakinan mereka untuk melabur," ujarnya dalam satu kenyataan, kelmarin.
Semasa berada di sana, menurut Baidzawi delegasi telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari subsektor berpotensi lain yang turut menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
"Misi ini dijangka mampu mengukuhkan hubungan dua hala dan menarik lebih banyak pelaburan berpotensi daripada kalangan syarikat Korea Selatan ke ECER dan pihak ECERDC menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak MIDA di Seoul sepanjang misi ini,"ujarnya.
Untuk rekod, Korea Selatan merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM79.78 bilion pada tahun 2020.
07 Jul 22
409
KPDNHEP Buka Lima Kertas Siasatan Kes Minyak Masak
KUALA NERUS, 7 Julai - Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) negeri telah membuka lima kertas siasatan berkait minyak masaka dibuka di negeri ini membabitkan pembungkus, pemborong dan Industri Kecil Sederhana (IKS).
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, berkata sebanyak tiga kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dilakukan oleh pemain industri terbabit antaranya menggunakan minyak masak melebihi kuantiti yang dibenarkan tanpa permit.
"Membabitkan dua IKS di Kuala Terengganu dan satu di Dungun telah melanggar Peraturan 18 iaitu menyimpan minyak masak melebihi 12 kilogram tanpa permit ini kerana mana-mana pihak yang mempunyai milikan barang kawalan ini bagi tujuan perdagangan tanpa kebenaran kementerian boleh diambil tindakan di bawah Akta Bekalan 1961.
"Jika disabitkan kesalahan individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat pula jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.
"Serta dua lagi telah melanggar Peraturan 13 kerana gagal menyelenggara buku stok barang kawalan membabitkan syarikat pembungkus di Kuala Terengganu serta pemborong di Dungun," ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke sebuah IKS, Muslim Food Industry, di Tok Jiring, di sini, semalam.
Mengulas lanjut katanya, kesalahan itu dikesan melalui 434 pemeriksaan menerusi OPS Ayam, Telur, Minyak (ATM) yang dijalankan terhadap 13 syarikat pembungkus minyak, 36 pemborong, 366 peruncit dan 19 IKS seluruh negeri Terengganu.
"Siasatan yang kita jalankan membabitkan IKS di negeri ini bagi memastikan mereka tidak menggunakan minyak masak paket bersubsidi untuk memastikan golongan sasar terus dapat menikmati subsidi yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan," ujarnya.
06 Jul 22
197
Pejabat SUK Terengganu Terima Anugerah AKKP
KUALA TERENGGANU, 6 Julai- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu telah dianugerahkan dengan pengiktirafan lima bintang (cemerlang) bagi Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) 2021.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja sempena Konvensyen Keselamatan Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 9 Jun lalu.
“Syabas dan tahniah kepada semua jabatan serta agensi yang terlibat dalam urusan inspektorat AKKP 2021 yang melibatkan sepuluh Bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan.
“Ini merupakan kali ketiga Pejabat SUK Terengganu diiktiraf lima bintang sejak AKKP diperkenalkan.
"Diharapkan anugerah tersebut menjadi pemangkin dan tanda aras kepada jabatan serta agensi untuk terus kekal cemerlang dan melindungi rahsia-rahsia kerajaan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Razali Che Ani, Pegawai Kewangan Negeri, Rozali Salleh serta Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Zulkifli Ali.
Sempena perhimpunan bulanan itu juga, beliau turut menyempurnakan penyampaian insentif kecemerlangan sebanyak RM500 berserta sijil penghargaan kepada 37 penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman bagi bulan Januari hingga Jun 2022.
06 Jul 22
566