lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Festival Setiu Wetlands Tingkat Kesedaran Orang Awam
Festival Setiu Wetlands Tingkat Kesedaran Orang Awam
Penganjuran festival Setiu Wetlands mampu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan alam sekitar selain menjana ekonomi mereka.
09 Aug 22
104
UniSZA Kutip RM5.9 Juta Dana Wakaf Pendidikan
UniSZA Kutip RM5.9 Juta Dana Wakaf Pendidikan
KUALA NERUS, 8 Ogos- Sebanyak RM5.9 juta berjaya dikutip oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerusi Dana Wakaf Pendidikan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu sejak 2016 lalu. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM3.3 juta merupakan wakaf tunai selain bertujuan membantu golongan pelajar yang memerlukan. Menurut beliau, pihaknya sedang berusaha meningkatkan jumlah kutipan sehingga RM20 juta menerusi sumbangan badan korporat, individu serta potongan gaji bulanan kakitangan universiti. “Di UniSZA terdapat pelajar daripada keluarga B40 atau asnaf dan bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan komputer riba, biasiswa wakaf serta pengecualian yuran pengajian. “Selain wakaf pendidikan, UniSZA dan MAIDAM kini di peringkat perbincangan untuk mengadakan wakaf korporat dan wakaf saham dengan penubuhan sebuah syarikat wakaf. “Hasil wakaf yang dikumpul nanti akan memberi manfaat kepada pelajar serta selari dengan hasrat MAIDAM untuk memperkasa agenda wakaf,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara UniSZA dan MAIDAM di sini, hari ini. Pada majlis itu, UniSZA diwakili Dr. Fadzli manakala MAIDAM pula Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan. Sementara itu, Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, sistem ekonomi Islam seperti wakaf boleh dilaksanakan dan menyelesaikan masalah ummah di negeri itu. Sebagai contoh, katanya, wakaf kesihatan melalui pusat hemodialisis di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu boleh membantu golongan asnaf mendapat rawatan dan dijangka beroperasi September depan. “Kita sedia maklum kos penjagaan kesihatan semakin meningkat dan MAIDAM sendiri membelanjakan RM2 juta setahun untuk pesakit buah pinggang menerima rawatan,” katanya.
08 Aug 22
258
Primula Pink Ride Tarik Lebih 820 Peserta
Primula Pink Ride Tarik Lebih 820 Peserta
Program berbasikal ‘Primula Pink Ride’ tarik lebih 820 orang peserta melibatkan laluan sejauh 46 Kilometer. 
08 Aug 22
145
Terengganu FC Kejar Impian Piala FA
Terengganu FC Kejar Impian Piala FA
Muhammad Rahadiazli Rahalim muncul watak utama dalam kemenangan 4-2 Terengganu Football Club (Terengganu FC) ke atas Selangor FC dalam aksi separuh akhir Piala FA 2022 .
07 Aug 22
148
Kibar Jalur Gemilang Zahir Perasaan Cinta Negara
Kibar Jalur Gemilang Zahir Perasaan Cinta Negara
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Rakyat Terengganu tanpa mengira kaum dan agama diseru mengibarkan jalur gemilang di premis dan rumah masing-masing bagi menzahirkan kecintaan kepada negara. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rasa cinta kepada negara itu juga dapat disemarakkan lagi dengan mengenang pengorbanan para pejuang kemerdekaan terdahulu. “Setiap tahun kita menyambut Bulan Kemerdekaan sejak negara ini mencapai kemerdekaannya dan sudah tentu makna kemerdekaan ini dapat dihayati sepenuh jiwa dan raga oleh generasi yang telah meninggalkan kita.  “Generasi yang ada pada hari ini tidak pernah merasai hidup di bawah penjajahan, namun tanpa direncanakan oleh manusia kita diuji oleh Allah SWT selama dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19 yang telah menghadkan kebebasan yang dinikmati sebelum ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini. Katanya, pengalaman hidup di fasa pandemik sekurang-kurangnya telah mengajar erti kebebasan sebenar dan penting untuk rakyat menjaga nikmat kemerdekaan. “Selari dengan tema Hari Kebangsaan kali ini iaitu ‘Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’, menggambarkan bahawa semangat perpaduan dan integrasi nasional merupakan senjata yang amat penting yang perlu kita miliki dan pelihara.  “Melalui sambutan bulan kemerdekaan dan kempen jalur gemilang ini, marilah kita bersama-sama mengibarkan jalur gemilang sebagai usaha paling mudah untuk bersama-sama menyahut kemerdekaan yang sedang dinikmati kini,” ujarnya.  
07 Aug 22
443
Kerjasama Antara Agensi JENDELA Beri Manfaat Buat Penduduk Luar Bandar
Kerjasama Antara Agensi JENDELA Beri Manfaat Buat Penduduk Luar Bandar
HULU TERENGGANU, 8 Ogos –Kerajaan negeri berusaha meningkatkan jaringan internet di kawasan luar bandar dengan kerjasama inter-agensi bagi Projek JENDELA Fasa 1.  Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, kerjasama tersebut diadakan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Terengganu, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, Terengganu Telecommunications (TCOMM), pihak Bahagian 1 dan Bahagian 2  iaitu Theta Telcoms, FGV Prodata, Celcom Axiata dan Digi Telecommunications. Katanya, sebanyak 55 daripada 66 tapak lokasi menara telekomunikasi telah menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan dua tapak lokasi melibatkan tanah negeri telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. “Dalam pada itu, sebanyak 13 tapak menara di Hulu Terengganu telah mendapat kelulusan penuh Majlis Daerah Hulu Terengganu, dan kesemua menara ini dijangka dapat disiapkan pada pertengahan bulan September untuk diserahkan kepada pihak Bahagian 2.  “Kerajaan Negeri Terengganu amat prihatin mengenai rintihan rakyat terhadap keperluan capaian internet yang telah pun direncanakan sebagai hak asasi manusia oleh pihak Kerajaan,” ujarnya selepas  menyaksikan serahan menara Projek JENDELA Fasa 1 di kampung Baru Tok Dor semalam.   Sementara itu, beliau berkata serahan menara Projek JENDELA Fasa 1 itu sepatutnya berlaku pada penghujung Oktober 2022 tetapi berjaya disiapkan tiga bulan lebih awal dari garis masa yang ditetapkan. Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil usaha sama dari pelbagai inter-agensi bagi memenuhi keperluan rakyat khususnya bagi aspek penyediaan kemudahan telekomunikasi. “Dijangka banyak lagi menara akan disiapkan dan diserahkan kepada pihak Bahagian 2 bermula pada bulan September nanti. “Saya berharap dengan serahan awal ini, lebih banyak menara JENDELA Fasa 1 boleh beroperasi pada penghujung tahun 2022 ini,” tambahnya.    
07 Aug 22
240
870 Penduduk di Hulu Terengganu Terima Hak Tanah
870 Penduduk di Hulu Terengganu Terima Hak Tanah
Seramai 870 pemohon di daerah ini menerima dokumen hak milik tanah termasuk Jadual 5A selepas menanti puluhan tahun.
07 Aug 22
132
Bonus Menanti Terengganu FC
Bonus Menanti Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Kerajaan negeri akan memberikan bonus dalam bentuk kewangan kepada skuad Terengganu FC (TFC) yang layak ke final Piala FA 2022. Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Tahun 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini. Skuad TFC mengesahkan slot ke pentas final apabila menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi. Ahmad Samsuri berkata, memandangkan bola sepak merupakan sukan nombor satu di Malaysia dan Terengganu sendiri, sudah tentu kerajaan negeri ingin memberikan imbuhan kepada perjuangan pemain untuk mencapai kemenangan. “Sebenarnya dalam motivasi saya kepada pemain sebelum perlawanan malam tadi, saya ada maklum, mereka akan menerima ganjaran sekiranya dapat mara ke perlawanan akhir. “Dan ternyata mereka berjaya menempah tiket ke akhir jadi ini merupakan sejarah juga untuk kita di Terengganu ini dan memang ada ganjarannya dan saya telah nyatakan kepada mereka,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis tersebut. Ahmad Samsuri (tengah) hadir menyaksikan kejayaan skuad Terengganu semalam. Katanya, skuad Penyu itu juga bakal menerima insentif sekiranya berjaya menjuarai Piala FA dalam menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas akhir. Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah buat pemain TFC dan mengharapkan pemain tidak mensia-siakan harapan semua pihak untuk mencipta sejarah dan kemenangan.  
07 Aug 22
1285
400 Polis Kawal Perlawanan Terengganu Selangor
400 Polis Kawal Perlawanan Terengganu Selangor
KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Seramai 400 pegawai dan anggota Polis dikerah bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, pemeriksaan badan dan beg akan dilakukan bagi memastikan penonton tidak membawa barang terlarang seperti mercun, bunga api, suar, mancis, pemetik api dan sebarang objek tajam termasuk pisau, payung serta besi. "Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menimbulkan kekacauan dengan mengadakan perhimpunan atau perarakan sebelum atau selepas perlawanan. "Sebarang provokasi akan dikenakan tindakan tegas sekiranya ditangkap," ujarnya dalam suatu kenyataan. Jelasya lagi, bagi memastikan perlawanan berjalan lancar pihaknya akan turut mengawal aliran trafik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di sekitar stadium. "Penonton diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan pintu utama SSMZA," ujarnya lagi.  
06 Aug 22
336
530 Murid Dapat Manfaat Menerusi 'Adopt A School Programme'
530 Murid Dapat Manfaat Menerusi 'Adopt A School Programme'
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Seramai 530 murid Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam (SKTAM) di sini, mendapat manfaat sebagai sekolah angkat Terengganu Inc menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Adopt A School Programme' bagi merealisasikan hasrat pembelajaran secara menyeluruh. Menerusi CSR tersebut, tiga projek iaitu Rapid English Programme, 'Karate Do Training 'dan 'Go Green Activity' disediakan khas buat murid darjah satu sehingga enam sekolah itu. Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, salah satu inisiatif di bawah 'Adopt A School Programme' adalah 'Go Green Activity' iaitu pembangunan dan penceriaan semula taman botani sedia ada di SKTAM dengan kerjasama penanaman dan sumbangan pokok oleh lebih 50 kakitangan Terengganu Inc. "Kami berharap dengan berlangsungnya 'Go Green Activity' di SKTAM, kami dapat memupuk kesedaran cinta akan alam sekitar dalam kalangan anak murid dan menggalakkan persekitaran yang kondusif buat keseluruhan warga sekolah," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran 'Adopt A School Programme' di sekolah tersebut, hari ini.  Turut hadir, Guru Besar SKTAM, Jalani Mat Desa. Dalam masa yang sama katanya, kakitangan Terengganu Inc turut mengambil bahagian dalam menderma dan membaca buku Bahasa Inggeris kepada para pelajar SKTAM bagi mengalakkan penguasaan bahasa tersebut, selaras dengan matlamat 'Rapid English Programme'. "Program pertama di bawah 'Adopt A School Programme' di sekolah ini iaitu 'Rapid English Programme' telah dilancarkan pada 20 Jun lalu oleh Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia, TYT Charles Hay yang bertujuan untuk pemerkasaan Bahasa Inggeris," ujarnya. Selain itu, menurut Burhanuddin kelas mingguan 'Karate Do Training' pula, hasil kerjasama bersama Persekutuan Karate Terengganu ditaja oleh Terengganu Inc bagi memupuk seni pertahankan diri di kalangan pelajar. "Menerusi tiga projek ini, kami berharap 'Adopt A School Programme' akan terus berkembang untuk memperkasakan anak-anak kita bukan sahaja dalam tema tertentu, tetapi merangkumi pembelajaran yang lebih holistik melalui ilmu pengetahuan yang relevan," katanya.
04 Aug 22
500