lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

KOPERAT Penuhi Keperluan Perumahan Rakyat Terengganu
KOPERAT Penuhi Keperluan Perumahan Rakyat Terengganu
Anak syarikat kerajaan negeri, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT) terus memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan perumahan tempatan untuk rakyat di negeri ini.
10 Aug 22
347
Terengganu Telus Wajar Dicontohi - #RasuahBusters
Terengganu Telus Wajar Dicontohi - #RasuahBusters
Ketelusan pengurusan kewangan Terengganu yang mengungguli kedudukan pertama dalam ‘Malaysia Open Budget Index’ (MyOBI) seharusnya menjadi ikutan semua kerajaan negeri.
10 Aug 22
157
Enam Nelayan Hilang, APMM Aktifkan Pencarian
Enam Nelayan Hilang, APMM Aktifkan Pencarian
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa enam nelayan termasuk tekong yang dipercayai karam pada pukul 10 malam Isnin lepas. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu berdaftar dan keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan. Katanya, sebaik menerima laporan bot nelayan karam, pihaknya segera menggerakkan bot Maritim PERKASA 1234 ke lokasi tersebut iaitu kira-kira 10 batu nautika dari  Pulau Redang. "Sehingga kini, hanya seorang mangsa sahaja yang selamat iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31. "Untuk operasi SAR hari kedua, sektor pencarian telah diperluaskan hingga 242 batu nautika dan beberapa aset tambahan telah diatur gerak awal pagi tadi seperti Aset Kapal Maritim (KM) REDANG, aset udara Bombardier CL415 dan bot PERKASA 1234," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, beliau memaklumkan Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) di Kuantan, Pahang juga telah mengaktifkan SAR itu bermula semalam bagi mengesan bot tersebut. Sehubungan itu, Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar dapat menhubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu di talian 09-6224357.
10 Aug 22
573
Terus Giat Bina Rumah Walaupun Kos Binaan Melonjak
Terus Giat Bina Rumah Walaupun Kos Binaan Melonjak
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Kenaikan kos bahan pembinaan tidak menghalang kerajaan negeri untuk terus membina rumah mampu milik (RMM) untuk rakyat. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsusri Mokhtar berkata, bagi merancakkan lagi pembinaan RMM kerajaan negeri juga membuka pintu kepada syarikat pemaju sama ada anak kerajaan negeri seperti Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu ataupun swasta mengambil insentif membina RMM. "Objektifnya kita hendak memastikan kehendak rakyat ini dapat dipenuhi dalam menyediakan projek perumahan ini terutamanya RMM untuk rakyat Terengganu. "Dalam keadaan yang mencabar serta sukar pada ketika ini dengan harga kos bahan binaan meningkat untuk buat RMM sahaja sudah tentu tidak ada yang sanggup buat termasuk anak syarikat kerajaan sendiri kerana akan mengalami kerugiaan jadi terpaksa buat projek perumahan bercampur. "Mungkin sukar untuk difahami rakyat tetapi inilah yang syarikat pemaju termasuk KOPERAT perlu hadapi dan berdepan dengan suasana ini untuk sama-sama membantu kerajaan bagi memastikan bilangan rumah yang sebagaimana kita janjikan kepada rakyat melalui manifesto dapat kita tunaikan,"ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Perak KOPERAT Kali Ke-25, di Permai Hotel, di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, Pengerusi KOPERAT, Hishamuddin Abdul Karim dan Pengurus Besar KOPERAT, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong. Mengulas lanjut Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan sangat memahami akan kehendak rakyat untuk memiliki kediaman. "Kerana itulah kita sasaran dalam pentadbiran ini untuk menyediakan sebanyak 20,000 unit RMM untuk rakyat namuan ia bukan proses yang datang sekelip mata, kerana banyak projek yang memasakan masa, tidak campur lagi dengan masalah tanah yang dihadapi, masalah pasaran buruh, jadi ia mengambil sedikit masa. "Dalam mesyuarat laporan manifesto pada 19 Julai yang lalu data telah menunjukkan sebanyak 90.3 peratus daripada sasaran 20,000 RMM yang kita janjikan itu telah dicapai, dan ia sedang dalam pembinaan," ujarnya.
10 Aug 22
245
Tumpu Tujuh Keutamaan Untuk Bangunkan Rakyat Terengganu
Tumpu Tujuh Keutamaan Untuk Bangunkan Rakyat Terengganu
Tujuh bidang keutamaan perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak untuk membangunkan kapasiti rakyat dan negeri Terengganu.
10 Aug 22
101
KOPERAT Penuhi Keperluan Perumahan Rakyat Terengganu
KOPERAT Penuhi Keperluan Perumahan Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Anak syarikat kerajaan negeri, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT) terus memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan perumahan tempatan untuk rakyat di negeri ini. Pengerusi KOPERAT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, walaupun projek perumahan bercampur dibangunkan dalam bentuk penswastaan namun syarikat terbabit tidak mengabaikan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM). "Keseluruhan rumah yang telah kita bina sudah mencapai 5,000 buah rumah komersial dan RMM di pelbagai daerah telah kita bangunkan, paling banyak dibangunkan projek ini adalah di Dungun serta di Kijal di mana ia dilakukan secara berfasa. "Pada projek akan datang di tahun hadapan kita akan menyiapkan 564 unit perumahan bercampur di Alor Limbat, 97 unit di Besut serta pada kebiasaanya dalam jumlah seperti itu pasti akan ada rumah RMM yang dibina,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Perak KOPERAT 2022 kali ke-25, di Permai Hotel, di sini semalam. Majlis yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengurus Besar KOPERAT, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong. Dalam pada itu Hishamuddin berkata, pihaknya tiada sebarang halangan untuk menumpukan pembinaan RMM sekiranya diminta oleh kerajaan negeri. "Dalam memenuhi hasrat kerajaan negeri yang pada ketika ini berusaha untuk memastikan rakyat mampu memiliki rumah dan peruntukkan itu perlu disalurkan oleh kerajaan negeri dan kita akan berusaha untuk memenuhinya," ujarnya. Sementara itu menurut Sayed Abdul Rahman, KOPERAT selama 25 tahun sentiasa memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan setiap projek perumahan yang dijalankan berjalan dengan lancar. "Tidak pernah dalam sejarah terdapat projek perumahan yang terbengkalai ini kerana kita telah melantik kontraktor yang berwibawa, berkemampuan serta menyakinkan, perjalanan projek dipastikan berjalan dengan betul dan terjaga. "Di samping itu sebagai anak syarikat kita juga mencari jalan untuk tolong rakyat dengan memastikan setiap rumah yang dijual adalah ditawarkan pada harga sedikit rendah berbanding syarikat pemaju lain dan seandainya berlaku kenaikan kos bahan binaan kita berusaha untuk memastikan harganya masih rendah. "Sebagai contoh jika naik 10 peratus kita mungkin akan naikkan lima peratus sahaja dan selebihnya itu kita akan tanggung atau cari jalan untuk mengurangkan kos,"katanya lagi.          
10 Aug 22
492
Kerajaan Negeri Utamakan Projek Beri Impak Sosial, Ekonomi
Kerajaan Negeri Utamakan Projek Beri Impak Sosial, Ekonomi
Pelaksanaan projek yang mampu memberi impak sosial dan ekonomi kepada rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri ketika ini.
09 Aug 22
115
Tumpu Tujuh Keutamaan Untuk Bangunkan Rakyat Terengganu
Tumpu Tujuh Keutamaan Untuk Bangunkan Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Tujuh bidang keutamaan perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak untuk membangunkan kapasiti rakyat dan negeri Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, modal insan dan kesejahteraan sosial merupakan tonggak paling utama yang mesti dibangunkan. "Kita perlu bina generasi yang mempunyai mentaliti dan budaya yang cemerlang dalam menjalani kehidupan. “Seterusnya, Revolusi Industri 4.0 memandangkan pentadbiran kerajaan, golongan usahawan, sektor pertanian harus menjalani pemodenan antaranya dengan mendigitalkan perkhidmatan kerajaan secara berterusan,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Terengganu Sejahtera ‘Ke Arah Terengganu Berdaya Tahan’ di Wisma Darul Iman, hari ini. Mengulas lanjut beliau berkata, dari sudut kewangan dan ekonomi, dalam keterbatasan sumber hasil, hubungan dan kerjasama serta dasar dan inisiatif oleh Persekutuan perlu dimanfaatkan secara optimum untuk manfaat rakyat dan negeri ini.   “Sumber hasil juga perlu diperluas melalui strategi jangka sederhana dan panjang; perbelanjaan dioptimumkan dengan mengaplikasikan outcome-based budgeting,” ujarnya. Keempat katanya, melibatkan perniagaan dan keusahawanan dimana perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri ini mesti ditingkatkan kebolehcapaian mereka kepada pembiayaan formal; penggunaan teknologi dan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D); serta penglibatan dalam rantaian nilai di peringkat nasional dan global. Ahmad Samsuri berkata, dari sudut pertanian dan sekuriti makanan pula katanya, pengeluaran hasil pertanian mesti ditumpu kepada komoditi makanan yang utama terutamanya beras, ikan dan daging di samping buah-buahan dan sayur-sayuran. Justeru, kesemua tanah pertanian mesti dimanfaatkan, pengeluaran bahan mentah makanan haiwan ditingkatkan dan peratus pekerja dalam sektor pertanian perlu digalakkan. Menurut beliau, keenam melibatkan kepenggunaan dan kos sara hidup. Bagi menjamin bekalan dan harga makanan yang stabil, Terengganu mesti membangunkan ‘food value chain’ sendiri dengan melibatkan anak-anak syarikat kerajaan negeri dan PMKS tempatan.  “Bantuan-bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak perlu diintegrasikan dan diperkemas pangkalan data penerima, syarat kelayakan, bentuk bantuan serta proses permohonan, kelulusan dan agihan,” ujarnya. Dan ketujuh katanya, melibatkan aspek kelestarian pembangunan dan pembandaran. “Dengan adanya Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada Disember 2026, diharap dapat menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negeri dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seterusnya meningkatkan pendapatan negeri dan juga rakyat. Pada masa yang sama, perlindungan alam sekitar mesti sentiasa menjadi keutamaan semua pihak yang terlibat dalam projek pembangunan,” ujarnya Terdahulu beliau berkata, kerajaan negeri perlu merencanakan agenda yang menyeluruh dan bersepadu bagi merealisasikan matlamat Terengganu yang Berdaya Tahan (A Resilient Terengganu). “Agenda ke hadapan perlu mengambil kira cabaran dan peluang yang ada serta sewajarnya diterjemahkan dengan berkesan menerusi pelan strategik berkaitan pelbagai bidang dan menerusi belanjawan tahunan supaya dapat menjamin ketersediaan sumber dan menggerakkan kebersamaan seluruh jentera kerajaan, pihak swasta dan orang awam. “Justeru, penganjuran persidangan ini dilihat amat penting dalam mencapai tujuan ini,” ujarnya.
09 Aug 22
342
Kerajaan Negeri Utamakan Projek Beri Impak Sosial, Ekonomi
Kerajaan Negeri Utamakan Projek Beri Impak Sosial, Ekonomi
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos- Pelaksanaan projek yang mampu memberi impak sosial dan ekonomi kepada rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri ketika ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut bertepatan dengan langkah penjimatan seperti saranan kerajaan pusat. Katanya, semua projek yang dirancang akan dilaksanakan, tetapi keutamaan hanya membabitkan projek yang mampu memberi impak kepada sosial dan ekonomi. "Kita tidak ingin menggunakan istilah projek ditangguh atau dibatalkan, sebaliknya kerajaan memutuskan memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek yang mampu memberi impak sosial dan ekonomi. “Senarai projek yang dirancang untuk dilaksanakan banyak, tetapi kita utamakan yang penting dahulu, manakala yang kurang penting kita kemudiankan,” katanya. Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu 2022, di sini, kelmarin.  
09 Aug 22
334
Pusat Rekreasi Belukar Bukit Akan Dibaik Pulih
Pusat Rekreasi Belukar Bukit Akan Dibaik Pulih
Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan membaik pulih infrastruktur di Pusat Rekreasi Belukar Bukit dalam jangka masa terdekat. 
09 Aug 22
232