Artikel "Utama" Terkini
Konvoi Kemerdekaan YADIM Terengganu Santuni Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 17 September – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah menganjurkan Konvoi Kemerdekaan Keluarga Malaysia 2022 bersempena Hari Malaysia, semalam.
Menurut Penyelaras Program, Nor Mazila Mohd Zin, konvoi tersebut berlangsung secara serentak oleh pihak YADIM di seluruh Malaysia pada hari itu.
“Konvoi kita pada hari ini akan ke Taman Rahmat, Pulau Kerengga untuk menyantuni golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sana.
Rider Grab Food antara yang menyertai Konvoi Kemerdekaan Keluarga Malaysia 2022
“Selain itu, kita juga mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Surau Taman Rahmat dan ziarah di sekitar kawasan tersebut,” kata Nor Mazila ketika ditemu bual pemberita.
Tambahnya lagi, antara kelainan pada program kali ini ialah penglibatan penghantar makanan Grab Food yang dikumpulkan untuk menghantar makanan ke rumah-rumah di taman tersebut.
“Pada sebelah petang pula kita adakan aktiviti ‘street dakwah’ di Pantai Kelulut dan program ini akan berakhir di sana,” katanya lagi.
Pelepasan konvoi tersebut telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah.
Kira-kira 80 orang peserta telah menyertai konvoi ini yang terdiri daripada ‘rider’ Grab Food, Sukarelawan YADIM dan para mahasiswa.
18 Sep 22
300
Jalan Sesak, Rakyat Teruja Saksikan Perarakan Kenderaan Berhias
Ibu kota Terengganu malam 16 september baru-baru ini sesak dengan ribuan rakyat tempatan serta luar negeri menyaksikan acara ikonik kenderaan berhias setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2015.
18 Sep 22
318
147 Pasangan Kahwin Percuma
KEMAMAN, 18 September - Kerajaan negeri meneruskan tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma membabitkan 147 pasangan di Walimatul Urus Perdana 2022 yang berjalan serentak seluruh negeri, semalam setelah dua tahun ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program yang dianjurkan itu merupakan suatu inisiatif kerajan negeri dalam meringankan bebanan pasangan dan keluarga serta mempermudahkan urusan-urusan berkaitan.
Katanya, secara tidak langsung ia menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan kerajaan negeri dalam aspek pembangunan insan bertepatan dengan konsep Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang bertujuan memperkukuhkan pembangunan modal insan selaras dengan hasrat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS).
"Sebagai menghargai dan meraikan pasangan pengantin baru ini kerajaan telah membiayai segala kos jamuan khas pengantin dan keluarga, set persalinan pengantin, set pengantin dan pelamin, insentif kepada ibu dan bapa tunggal yang turut menyertai perkahwinan perdana ini, khidmat jurunikah dan sebagainya.
"Manfaat lain untuk pasangan pengantin baharu ini ialah Pakej Bulan Madu dan pengisian program dan ilmu melalui Kursus Kemahiran Keibubapaan (parenting skills) dan Program Pasca Perkahwinan anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Walimatul Urus Perdana 2022, di Padang Astaka Chukai, di sini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.
Dalam pada itu Ahmad Samsuri mengharapkan agar 147 pasangan pengantin berkenaan termasuk 28 yang diraikan di daerah ini dapat menyelusuri alam rumah tangga dengan baik.
"Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyampaikan pesanan kepada pengantin baharu sekalian. Antaranya sama-sama berlumba lakukan yang terbaik untuk pasangan dan kelurga, semailah dengan benih-benih kecintaan, kasih sayang dibajai dengan kesantunan akhlak dan budi, disulami berkat kesabaran dan ketabahan.
"Komunikasi dan perbincangan adalah asas kebahagiaan, perselisihan dan perbezaan pandangan dalam suami isteri itu biasa, oleh kerana itu perbincangan dan komunikasi amat penting serta perlu dihidupkan dalam keluarga.
"Sentiasalah bekalkan diri dengan ilmu apabila bergelar suami atau isteri, lengkapkan diri dengan ilmu Fardu Ain, ilmu rumah tangga, kemahiran menguruskan kewangan dan meningkatkan ilmu keibubapaan," ujarnya.
Di samping itu, Hanafiah Mat berkata kerajaan negeri turut menawarkan faedah skim pinjaman modal perniagaan di bawah Skim Pinjaman Jaya DIri (PJD) dengan kadar pinjaman sehingga RM20,000 kepada pasangan yang berminat dan layak.
Serta insentif sebanyak RM1,000 kepada ibu atau bapa tunggal yang menyertai Walimatul Urus perdana itu.
18 Sep 22
665
Bertemu di Hospital Akhirnya Ke Jinjang Pelamin
KEMAMAN, 17 September - Muhammad Husaini Jamaluddin akhirnya menamatkan gelarannya sebagai bapa tunggal apabila bertemu pilihan hati di hospital yang juga merupakan seorang ibu tunggal, Norehan Daud.
Kata Husaini perkenalannya dengan Norehan bermula ketika isterinya itu kerap ke hospital bagi menjalani rawatan Kanser Limfoma.
Jelasnya, ternyata jodoh milik mereka selepas tiga bulan berkenalan mereka bersetuju menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan kerajaan Terengganu.
"Perasaan saya sangat teruja dan seronok tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila turut menyertai walimatul urus perdana ini yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, kebaikannya ialah salah satunya dapat menjimatkan kos.
"Malah sebagai bapa tunggal dan ibu tunggal kami masing-masing menerima insentif sebanyak RM1,000, terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan negeri serta Yayasan Pembangunan Keluarga dan Jabatan Hal Ehwal Agama Daerah Kemaman di atas usaha-usaha yang dijalankan ini, sewajarnya diteruskan pada masa akan datang supaya rakyat negeri ini terus mendapat manfaat daripada usaha yang dijayakan oleh kerajaan Terengganu ini," ujarnya.
Dia berkata demikian setelah diraikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah merasmikan Majlis Walimatul Urus Perdana 2022 bersama dengan 28 pasangan yang lain, di Padang Astaka Chukai, di sini hari ini.
Majlis berkenaan turut diadakan secara serentak membabitkan 147 pasangan di seluruh negeri termasuk Daerah Kemaman.
Majlis akad nikah di daerah ini telah diadakan pada sebelah pagi di Masjid Sultan Ahmad Shah, dan majlis resepsi di Padang Astaka.
Dalam majlis berkenaan, pasangan yang turut mencuri tumpuan ialah Siti Khadijah Ali dari daerah ini yang telah memilih menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan dari Yaman Ebrahim Ali Ahmed Qaid Al-Nadhari.
Siti Khadijah berkata, perkenalan mereka berdua ketika masing-masing menyertai kelas mengaji tadarus al-Quran secara atas talian pada Ramadan yang lalu.
"Kami sebenarnya merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di mana saya telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah dan sekarang ini menjadi salah seroang guru agama, manakala pasangan saya ini masih meneruskan pengajian di peringkat sarjana.
"Ebrahim Ali tidak kekok malah fasih berbahasa Melayu kerana telah belajar di negara ini selama lima tahun,"ujarnya.
Mengenai walimatul urus perdana itu, Ebrahim berkata dirinya sangat teruja dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri, Menteri Besar dan sebenarnya memang berhajat hendak kahwin pada Septemberi ini setelah dicadangkan oleh pasangan saya mengenai perkahwinan perdana ini, kami sama-sama bersetuju untuk turut menyertai kerana ia sangat membantu pasangan seperti kami bagi mendirikan rumah tangga,"ujarnya.
17 Sep 22
3275
Shitembi 'Assist' Kemenangan Terengganu FC
Dua jaringan pada separuh masa pertama dan satu gol pada masa kedua melengkapkan kemenangan 3-0 Terengganu FC ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super Malaysia .
15 Sep 22
179
Kerajaan Terengganu Lunas Elaun Imam, Bilal Dinafikan Hak
Kebajikan imam dan bilal mukim di negeri ini yang dinafikan hak semasa pemerintahan kerajaan terdahulu terbela apabila kerajaan negeri meluluskan sejumlah peruntukan bermula tahun 2019.
15 Sep 22
421
Pertemuan Rasmi MN Sedang Diusahakan
KUALA TERENGGANU, 15 September - Pertemuan rasmi dalam kalangan kepemimpinan Muafakat Nasional (MN) sedang diusahakan bagi menyuburkan kembali hubungan antara dua parti besar Melayu iaitu PAS dan UMNO.
Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan itu merupakan langkah untuk berbincang dan mencari jalan kembali kepada titik permulaan asal penubuhan gagasan itu sekali gus mengukuhkan kembali hubungan bagi berdepan cabaran pada masa akan datang.
"Hubungan di peringkat peribadi dengan kepimpinan parti yang berbeza ini sedang berjalan, tinggal lagi pertemuan secara rasmi. Itu sedang kita usahakan.
"Kita tengoklah macam mana. Kita harap masing-masing boleh merendahkan ego masing-masing untuk duduk dan bekerja ke arah mencari titik pertemuan perkara yang dipersetujui sebelum ini," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Elaun Tunggakan Imam Dan Bilal Masjid Mukim Negeri Terengganu di Wisma Darul iman, semalam.
Menurut beliau, PAS sentiasa berusaha akan tanpa henti untuk mencapai perpaduan yang menyeluruh dalam masyarakat setelah sekian lama melihat masyarakat Melayu mempunyai pandangan parti yang berbeza-beza.
"Kita tidak nafikan itu adalah hak dalam perlembagaan tetapi berseteru sehingga menimbulkan ketidaksefahaman dalam kalangan masyarakat kita di peringkat bawah adalah merugikan orang Melayu Islam sendiri.
"Sebab itulah, sementara ruang ada dan muafakat itu kita telah bentuk tiga tahun lalu dan ditambah dengan muafakat di peringkat Perikatan Nasional (PN), sudah tentu kita tidak ingin mensia-siakan peluang yang ada untuk kita menyatupadukan keseluruhan orang Islam, orang Melayu yang ada dalam negara kita," ujarnya.
Ahmad Samsuri menegaskan, penyatuan itu adalah jalan terbaik bagi mendepani cabaran dunia yang semakin hebat pada masa akan datang.
Justeru katanya, usaha mempertahankan MN akan diteruskan dan langkah mencari jalan untuk duduk dan berbincang dalam kalangan dua parti itu wajar dilakukan pada masa ini.
"Jika duduk bincang perkara yang berbeza, sampai bila pun kita tak boleh nak selesai masalah kerana masing-masing dengan hujah dan perbahasan masing-masing.
"Tetapi, kalau kita bincang titik pertemuan kita dahulu, titik kerjasama yang pernah berlaku dahulu, saya yakin ia boleh dilakukan kerana setiap daripada kita sama ada parti besar atau kecil hendaklah merendahkan ego masing-masing dan melihat objektif yg lebih besar demi keharmonian dalam masyarakat kita. Itu adalah lebih baik," ujarnya.
Hubungan antara MN dilihat semakin hambar berikutan beberapa isu besar yang melibatkan perbezaan pandangan antara pemimpin utama kedua parti itu.
Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan dikeluarkan mewakili kedua-dua parti itu, mereka dilihat masih tetap dengan pendirian bahawa MN masih bernafas dan jalinan yang dimeterai sebelum ini boleh diselamatkan," jelasnya.
15 Sep 22
825
Isteri Bilal Terharu Terima Tunggakan Elaun RM64,175 Arwah Suami
KUALA TERENGGANU, 15 September - "Walaupun sudah enam tahun suami meninggal dunia, kerajaan negeri tetap berusaha mengembalikan hak kepada imam dan bilal. Terima kasih tidak terhingga kerana membantu saya sekeluarga dan mereka yang dinafikan hak sebelum ini," kata Ngah Osman.
Ngah, 74, dari kampung Kolam Kuala Ibai, dekat sini, mengaku sebak dan terharu apabila menerima elaun tunggakan sebanyak RM64,175 bagi pihak arwah suaminya yang pernah berkhidmat sebagai bilal di masjid kampung itu dan disifatkan sebagai rezeki tidak disangka-sangka.
Katanya, arwah suami Ismail Abas yang juga seorang nelayan meninggal dunia setelah 12 tahun menderita sakit jantung diusia 74 tahun.
“Syukur sangat dengan bayaran tunggakan elaun ini, saya berniat untuk gunakannya bagi mengerjakan umrah,” ujarnya ketika ditemui pemberita, semalam.
Terdahulu, ibu kepada empat anak itu menjadi antara 12 penerima di Majlis Penyerahan Elaun Tunggakan Imam Dan Bilal Masjid Mukim Negeri Terengganu di Wisma Darul iman, disini.
Bayaran tunggakan itu disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melibatkan peruntukan sebanyak RM242,925.
Sementara itu, Mohd Zulkifli Kadir, 52, yang bertugas sebagai Imam Masjid Kampung Bukit Puteri Dalam, Besut turut menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan kerajaan negeri.
“Saya amat terharu dengan pemberian ini. Bermula 2005 hingga 2011 saya berkhidmat dengan rela hati. Bayangkan, elaun bulanan tidak dibayar tanpa sebarang notis ketika itu.
“Terima kasih khususnya kerajaan yang baru ini kerana cakna terhadap rakyat,” katanya.
Menurut Zulkifli, sebagai imam yang hanya membuat kerja-kerja kampung untuk menampung kehidupan seharian, pemotongan elaun ketika itu amat memberi kesan kepada dia sekeluarga.
“Anak ramai dan ada yang masih bersekolah, memang terasa bila elaun sebagai imam dipotong, sepatutnya ia tidak berlaku, lebih-lebih lagi kita sesama Islam,” ujarnya.
Untuk rekod, kerajaan negeri telah melunaskan elaun 54 imam dan bilal yang tertunggak tanpa sebab musabab bermula 2005 hingga 2018, membabitkan pembayaran berjumlah lebih RM3 juta.
Jumlah tunggakan elaun imam serta bilal itu bergantung pada tempoh perkhidmatan dan ada antara mereka yang sudah meninggal dunia.
15 Sep 22
7359
Kerajaan Bina 587 Rumah Baru di Teluk Kalong
Projek pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) dan bercampur bernilai RM102.7 juta akan dibina di kawasan Teluk Kalong melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri dan pihak pemaju iaitu Syarikat Arus Juta Sdn. Bhd.
14 Sep 22
331
'Fokus Selamatkan Rakyat'- MB Terengganu
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa ahli politik berhenti daripada terus menyusahkan rakyat demi agenda dan kepentingan peribadi.
14 Sep 22
211