lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PN Muktamad Pembahagian Kerusi Dalam Masa Terdekat
PN Muktamad Pembahagian Kerusi Dalam Masa Terdekat
Perikatan Nasional (PN) bakal memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti gabungannya dalam masa terdekat bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
16 Oct 22
267
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
16 Oct 22
178
MN Belum Berkubur, Politik Baru Perlu Ditekuni
MN Belum Berkubur, Politik Baru Perlu Ditekuni
Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Naib Presiden PAS menyifatkan, usaha menyatukan parti-parti terbesar Melayu belum berakhir.
16 Oct 22
120
LUHAM Bantu Suburkan Proses Demokrasi
LUHAM Bantu Suburkan Proses Demokrasi
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Pertubuhan Kebajikan Lepasan Pelajar Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM Care)Terengganu akan membantu menyuburkan proses demokrasi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti. Setiausahanya, Dato' Fariz Dato' Mustafa berkata pendedahan kepada orang ramai mengenai Undang-Undang Pilihan Raya dan pemakaian undang-undang terkini adalah penting.untuk sistem pentadbiran negara. "Natijahnya program ini memberi pencerahan kepada mereka tentang tugas selaku peguam dan juga pengamal undang-undang dalam mengendalikan urusan berkait pilihanraya sama ada sebelum, semasa atau selepas tempoh PRU. "Amalan dan pemakaian undang-undang ini melibatkan Akta Pilihan Raya 1958 membabitkan perjalanan PRU, kaedah mengundi POS, pengundian awal serta akan mengendalikan masalah-masalah yang timbul atau diteruskan melalui petisyen pilihanraya. "Isu ini dilihat dalam konteks terkini bukan sahaja dari sudut politik tetapi digarap dari sudut undang-undang yang mementingkan keadilaan dan kesaksamaan kepada mana-mana pihak tenpa melihat parti politik mana bertanding, dan ini sangat penting dalam mengelakkan pencalonan ataupun penaamaan calon dibatalkan juga kriteria calon juga diperhalusi,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Seminar Undang Undang Pilihan Raya : Amalan dan Pemakian Terkini dan Undang-Undang Pilihan Raya dan Politk Semasa : Apa peranan Peguam dan Pengamal Undang-Undang, di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu, di sini baru-baru ini. Majlis berkenaan dirasmikan bekas Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan acara penutupnya telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi. Antara panel yang ditampilkan ialah Pengerusi NGO LUHAM, Nik Bahrum Nik Abdullah, Penasihat LUHAM Care Terengganu, Mohd Zabidi Yusof serta Pengerusi LUHAM Care Terengganu, Tuan Kamaruzaman Abdul Wahab. Mengulas lebih lanjut, Fariz berkata pendedahan itu juga akan membantu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis dan pihak yang terlibat untuk melancarkan proses menasihati pihak berkenaan menuruti kehendak undang-undang dan perlembangaan setelah melalui proses reformasi undang-undang PRU yang membenarkan undi 18 yang melalui proses pendaftaran secara automatik. "Saya yakin dan percaya program ini mampu melahirkan peguam yang berkebolehan dan berkemahiran dalam menasihati parti politik yang terlibat supaya amalan dan pemakaian undang-undang menurut lunas undang-undang yang telah ditetapkan tidak disalahtafsirkan. "Supaya mencapai matlamat dan hasrat reformasi sistem pilihanraya untuk memberi keadilan kepada rakyat dalam memilih calon dan parti yang merkea sukai dan kehendaki, oleh kerana kerana itu kami melihat program ini sangat penting, insya-Allah akan diteruskan dalam konteks yang lain mungkin lebih besar yang akan melibatkan penyertaan orang awam, dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam sistem pilihanraya kita ini," ujarnya.
15 Oct 22
428
Lebih 11,000 Petugas KKM Siap Sedia Hadapi Banjir
Lebih 11,000 Petugas KKM Siap Sedia Hadapi Banjir
KUALA TERENGGANU, 13 Oktober - Lebih 11,000 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia ditugaskan sepanjang musim banjir termasuk bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka ditugaskan untuk memastikan kebersihan di PPS terjaga dan juga melakukan saringan bagi mengelak risiko jangkitan penyakit berbahaya. "Perancangan dan persediaan telah dijalankan di setiap negeri dimana kita telah kenal pasti tempat berisiko, juga pusat pemindahan dan kita akan memberikan perkhidmatan di pusat-pusat pemindahan tersebut," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day) Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini. Katanya, ketika banjir banyak jangkitan penyakit berjangkit dan sebagainya dan yang membimbangkan kes-kes berisiko seperti buah pinggang yang memerlukan hemodialisis. "Jadi kita sudah kenal pasti mereka dan akan bawa mereka ke tempat-tempat yang boleh jalankan hemodialisis supaya rawatan yang mereka diterima tidak putus," katanya. Katanya, kes-kes yang berisiko tinggi seperti pesakit buah pinggang dikenal pasti lebih awal supaya rawatan mereka tidak terganggu ketika banjir.  
13 Oct 22
205
Keputusan Terengganu Bubar DUN Atau Tidak Diketahui Esok
Keputusan Terengganu Bubar DUN Atau Tidak Diketahui Esok
KUALA TERENGGANU, 12 Oktober- Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan atau tidak akan diketahui esok (Khamis) selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penuh PAS Pusat. Begitu juga dengan dua lagi negeri di bawah pentadbiran kerajaan PAS iaitu Kedah dan Kelantan. Naib Presiden PAS , Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas pada pagi semalam (Selasa) memutuskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk membuat kenyataan rasmi mengenai perkara itu. “Saya difahamkan perkara yang dibincangkan semalam akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penuh PAS Pusat pada pagi esok di Pejabat Agung  PAS di Kuala Lumpur. “Jadi akan ada pengesahan esok kerana tidak ada lagi perbincangan mengenai pembubaran DUN selepas ini, apa-apa keputusan kita akan tengok esok ,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pegawai Tadbir negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Dalam pada itu beliau mengesahkan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin namun tidak mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. “Majlis menghadap hari ini hanyalah pertemuan rutin membincangkan hal berkaitan pentadbiran negeri sebelum mesyuarat mingguan exco negeri sepertimana sebelum-sebelum ini,” ujarnya. Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu berkata, Terengganu memutuskan untuk tidak membubarkan DUN jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. Tegas beliau, DUN Terengganu tidak akan dibubarkan sebelum Mac 2023 walaupun berlaku pembubaran di peringkat parlimen.  
12 Oct 22
646
186 Sekolah Siap Siaga Jadi PPS Di Terengganu
186 Sekolah Siap Siaga Jadi PPS Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 Oktober - Sebanyak 186 sekolah menengah dan rendah yang akan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri sudah dipersiapkan dengan kemasukan barangan untuk mangsa banjir. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satiful Bahari Mamat berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telahpun bertindak bermula semalam melalui penghantaran barangan ke sekolah terbabit. Katanya, kesemua sekolah  yang dijadikan PPS nanti mampu menampung seramai 73,490 mangsa banjir seluruh negeri ini. "Setakat ini, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyediakan 186 sekolah di seluruh Terengganu untuk dijadikan PPS dan boleh menampung kemasukan mangsa banjir tanpa sebarang masalah. "Kita mahu memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS nanti berada dalam keadaan baik dan bekalan makanan mencukupi," katanya. Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Sanjungan Budi Jasamu Dikenang di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini. Dalam masa yang sama, Satiful berkata beliau percaya JPNT juga sudah melakukan persiapan lebih awal lagi dalam pemilihan sekolah yang dijadikan PPS.
11 Oct 22
333
DUN Terengganu Bubar Atau Tidak Tunggu Pengumuman
DUN Terengganu Bubar Atau Tidak Tunggu Pengumuman
KUALA TERENGGAU , 11 Oktober - Masih menjadi teka teki adakah Terengganu akan melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, suatu kenyataan rasmi akan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagi memuktamadkan keputusan berkenaan. "Saya tidak boleh ulas, Setiausaha Agung akan beri kenyataan, tunggu kenyataan," katanya ditemui pihak media selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, di Kuala Lumpur, hari ini. Walau bagaimanapun menurutnya keputusan telah ada cuma menunggu untuk diumumkan sahaja, selepas Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS, di Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini PAS telah memutuskan tiga negeri iaitu Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan DUN sehingga tahun depan, jika PRU terpaksa diadakan pada tahun ini. Dalam perkembangan sama, beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS berkata, pihaknya tidak akan berputus asa dalam usaha untuk menyatukan tiga parti Melayu antara PAS dengan UMNO serta BERSATU bagi mengelakkan berlakunya pertembungan. "Kita masih mencuba, Kenyataan terakhir kita pun menuju kepada perpaduan ummah, kita tidak boleh berputus asa,"katanya. Mesyuarat hari ini telah dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan telah berakhir pada jama 10.50 pagi tadi.
11 Oct 22
2213
Jom Heboh : Terengganu Cipta Sejarah, Rakyat Bangga
Jom Heboh : Terengganu Cipta Sejarah, Rakyat Bangga
Terengganu mencipta sejarah baharu dalam penganjuran Karnival Jom Heboh (KJH) yang berlangsung pada 7 hingga 8 Oktober di Gong Badak baru-baru ini, apabila menampilkan konsep berbeza berbanding kebiasaan sekali gus mendapatkan pujian seluruh rakyat Malaysia.
10 Oct 22
294
Terengganu Bina 'Baitul Ummi' Pusat Penjagaan Warga Emas
Terengganu Bina 'Baitul Ummi' Pusat Penjagaan Warga Emas
Baitul Ummi iaitu sebuah Pusat Jagaan Harian Warga Emas akan siap dibina menjelang akhir tahun ini.
10 Oct 22
288