lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Tak Perlu Risau Bercuti Di Pulau Perhentian
Tak Perlu Risau Bercuti Di Pulau Perhentian
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman menasihatkan orang ramai agar tidak perlu bimbang untuk bercuti di Pulau Perhatian susulan tular isu pelancong yang dilaporkan jatuh sakit selepas pulang dari bercuti di pulau itu.    
10 Oct 22
280
Rakyat Terengganu Sambut Baik ‘Street Dakwah’
Rakyat Terengganu Sambut Baik ‘Street Dakwah’
Kempen Patuh Syariah ‘Street Dakwah’ yang digerakkan oleh Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
10 Oct 22
177
Pembudayaan Kehidupan Bersyariat Angkat Identiti Sebenar Terengganu
Pembudayaan Kehidupan Bersyariat Angkat Identiti Sebenar Terengganu
 Program Pembudayaan Kehidupan Bersyariat yang dilaksanakan Terengganu merupakan satu kesinambungan usaha kerajaan negeri untuk merealisasikan negeri itu sebagai sebuah negeri Maju, Berkat dan Sejahtera.
10 Oct 22
208
PAS Teruskan Usaha Elak Pertembungan Parti Melayu Pada PRU-15
PAS Teruskan Usaha Elak Pertembungan Parti Melayu Pada PRU-15
Parti Islam SeMalaysia (PAS) kekal komited dalam usaha menyatukan perpaduan di kalangan parti-parti dikuasai orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, sebagaimana hasrat asal penubuhan Perikatan Nasional.
10 Oct 22
220
Menteri Besar Sertai Perarakan Bersama 2,340 Peserta
Menteri Besar Sertai Perarakan Bersama 2,340 Peserta
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengetuai perarakan dan berselawat bersama 78 kontinjen melibatkan 2,340 peserta sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah peringkat Negeri Terengganu.
10 Oct 22
302
49 Permata Maulidur Rasul Lahir di Terengganu
49 Permata Maulidur Rasul Lahir di Terengganu
 Seramai 49 bayi lahir di hospital-hospital negeri Terengganu hari ini, bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiul Awal.
10 Oct 22
189
Dua Lagi Menara Telekomunikasi Di Tasik Kenyir
Dua Lagi Menara Telekomunikasi Di Tasik Kenyir
HULU TERENGGANU, 10 Oktober -  Dua menara telekomunikasi baharu akan dibina di kawasan pelancongan Tasik Kenyir bagi menyelesaikan masalah capaian telekomunikasi yang sentiasa berlaku. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Ulitili dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, ia dijangka akan selesai pada tahun hadapan untuk memberi keselesaan kepada  pelancong yang bercuti di tasik itu. Katanya, ketika ini hanya terdapat tiga menara telekomunikasi di tasik tersebut iaitu di Pulau Camar, Tanjung Betung dan Pulau Bayas. “Tidak dinafikan liputan capaian telekomunkasi di Tasik Kenyir buat masa ini masih lemah apabila tiga menara telekomunikasi yang ada ketika ini belum cukup untuk tingkatkan jaringan telekomunikasi dan internet di kawasan tasik seluas kira-kira 38,000 hektar.  “Penambahan dua menara baru ini akan mengambil sedikit masa kerana berapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu termasuk tapak yang sesuai kerana melibatkan hutan simpan, selain kos,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Sementara itu, sebanyak 66 menara telekomunikasi baharu dijangka beroperasi di Terengganu menjelang tahun hadapan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara(Jendela). “Dua syarikat telah dilantik kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi Mulitimedia Malaysia(MCMC) dengan kerjasama kerajaan negeri iaitu Theta Telecoms Sdn. Bhd. serta  Felda FGV Prodata,” ujarnya.
10 Oct 22
283
PETRONAS Taja 103 Pelajar Cemerlang Terengganu
PETRONAS Taja 103 Pelajar Cemerlang Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 Oktober  – Seramai 103 pelajar di negeri ini yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu menerima penajaan pendidikan PETRONAS melalui Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2022. Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli berkata, mereka adalah sebahagian 600 pelajar terpilih daripada 9,000 calon seluruh negara yang memohon penajaan tersebut pada tahun ini. "Petronas kekal komited untuk terus menyumbang kepada pembinaan negara dan pembangunan bakat tenaga kerja kami melalui pelbagai program dan inisiatif selama lebih empat dekad. “Kami percaya bahawa pendidikan berkualiti akan memperkasakan komuniti, seterusnya menyokong pembangunan sosio-ekonomi negara ke arah masa depan yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Tambahnya, sejak 1975, lebih 37,000 pelajar cemerlang Malaysia, termasuk 1,720 yang sedang mengikuti program PESP mendapat manfaat daripada tajaan bernilai lebih RM3.5 bilion. “PESP 2022 menyaksikan jumlah tajaan tahunan tertinggi oleh PETRONAS dengan nilai pelaburan melebihi RM340 juta dalam pengajian asasi sehingga ijazah sarjana muda pertama dalam bidang kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum, kejuruteraan mekanikal, geosains, ekonomi, undang-undang serta kursus lain berkaitan industri. “Mereka ditempatkan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan universiti-universiti tempatan dan luar negara seperti di Australia, China, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat,” katanya.
10 Oct 22
296
Sultan Mizan Mahu Rakyat Contohi Sikap Rasulullah Hadapi Kesulitan
Sultan Mizan Mahu Rakyat Contohi Sikap Rasulullah Hadapi Kesulitan
KUALA NERUS, 9 Oktober- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu rakyat negeri ini menjadikan Rasulullah sebagai contoh yang sentiasa berlapang dada ketika menghadapi sebarang kesulitan dalam kehidupan ini. Titah baginda, ujian yang menimpa adalah pemangkin untuk terus mencapai kejayaan dalam hidup. "Beta yakin dan percaya, rakyat jelata daripada kalangan umat Islam di negeri ini akan menjadikan Sambutan Maulidur Rasul sebagai penyuntik semangat untuk terus berusaha dengan lebih kuat bagi mencapai kejayaan hidup berpandukan kepada risalah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. "Kita juga sepatutnya mengambil iktibar dari keteguhan hati Baginda SAW dalam mengharungi dugaan dan ujian yang dihadapi, sesunggunya mencintai dan mengasihi serta menghayati sirah Rasulullah merupakan satu kewajipan ke arah mendidik jiwa dan pembinaan sahsiah diri kita sebagai umat Islam. "Justeru, Beta suka mencadangkan agar di sepanjang bulan Rabiulawal ini, institusi masjid dan surau dapat mengadakan program dan aktiviti yang menjurus kepada menzahirkan rasa cinta dan kasih kepada Baginda dan memperbanyakkan alunan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping mewujudkan kelas pengajian berzanji dan marhaban di masjid dan surau dalam Terengganu," titah Sultan Mizan. Baginda bertitah demikian, ketika berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu, di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, hari ini. Terdahulu, keberangkatan tiba baginda mencemar duli merasmikan majlis tersebut turut diringi, DYMM Sultanah Nur Zahirah bersama Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Keberangkatan tiba baginda turut disambut, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Dalam titahnya, Sultan Mizan turut menitahkan agar rakyat di negeri berusaha membentuk keluarga yang harmoni sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah. "Dengan mencontohi Rasulullah dalam membina sebuah keluarga yang terbaik, nescaya seluruh rakyat dalam negeri ini khususnya dan negara secara amnya akan menjadi satu masyarakat yang harmoni dan membentuk sebuah negara yang makmur dari pelbagai sudut, baik ekonomi pendidikan dan lain-lain lagi," titah baginda. Sementara itu, Sultan Mizan turut berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang perarakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul menerusi tujuh kategori yang dipertandingkan disertai 78 kontinjen membabitkan 2340 peserta. Bagi Kategori Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Kerajaan negeri dimenangi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Kerajaan dan Badan Berkenan Persekutuan dimenangi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, manakala bagi kategori Sekolah Menenangah/IPT dan IPTS dimenangi oleh SMK Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu. Kumpulan Terengganu Incorporated (Terengganu INC) telah memenangi kategori perarakan syarikat swasta, untuk juara kategori Pasukan Beruniform pula telah dimenangi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) negeri Terengganu, untuk kategori NGO pula Masjid Al-Hijrah telah muncul juara, manakala untuk kategori terakhir JPKK Mukim Bukit Besar (Ladang) telah dinobatkan juara dengan masing-masing menerima wang tunai RM3,000.    
09 Oct 22
406
Menteri Besar Sertai Perarakan Bersama 2,340 Peserta
Menteri Besar Sertai Perarakan Bersama 2,340 Peserta
KUALA NERUS, 9 Oktober - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengetuai perarakan dan berselawat bersama 78 kontinjen melibatkan 2,340 peserta sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah peringkat Negeri Terengganu. Bertemakan 'Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran' acara perarakan telah bermula seawal jam 7.40 pagi tadi di Padang Sintetik, Kampung (Kg) Tok Jiring. Kemudian Ahmad Samsuri bersama peserta berarak sejauh 4.4 Kilometer (Km) menuju ke Stadium Tertutup Gong Badak di lokasi berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul. Turut serta dalam perarakan berkenaan ialah, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Sepanjang perarakan terbabit rakyat negeri ini tidak melepaskan peluang berada di sepanjang jalan laluan perarakan tersebut bagi sama-sama memeriahkan sambutan. Ia sekali gus menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam serta menyampaikan dakwah bagi memastikan agama suci ini tersebar kepada seluruh masyarakat di dunia ini. Peserta perarakan berkenaan telah dibahagikan kepada tujuh kategori melibatkan Kerajaan dan Badan Berkanun Kerajaan negeri, Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Persekutuan, Pasukan Sekolah Menengan dan Intitusi Pengajian Tingggi Awam (IPTA)/Insititusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), syarikat-syarikat swasta, pasukan beruniform, badan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).    
09 Oct 22
514