lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PRU15: Polis Terengganu Beri Tumpuan Tujuh Kawasan Panas
PRU15: Polis Terengganu Beri Tumpuan Tujuh Kawasan Panas
KUALA TERENGGANU, 2 November –Polis Terengganu mengenal pasti tujuh kawasan di negeri ini yang dikategorikan sebagai lokasi 'panas' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, pihaknya akan memberi fokus kepada lokasi-lokasi tersebut kerana dikhuatiri berisiko tinggi mencetuskan kekecohan sepanjang tempoh kempen PRU15 bermula Sabtu ini. Katanya, tujuh lokasi tersebut terletak di Dungun (dua) dan masing-masing satu di Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Hulu Terengganu. “Tujuh lokasi panas ini dikenalpasti berdasarkan situasi lampau, calon dan kelompok tertentu yang dikhuatiri boleh mencetuskan insiden menimbulkan kegusaran masyarakat. “Selain pemantauan di kawasan terbabit, kita juga memantau status-status berbaur provokasi di media sosial sepanjang musim pilihan raya ini,” katanya selepas menyampaikan taklimat PRU15 di ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini. Tambah Rohaimi, tahap kesiapsiagaan Polis Terengganu juga berada pada landasan terbaik bagi memastikan kelancaran sepanjang penugasan PRU15. "Seramai 3, 278 pegawai dan anggota polis akan terlibat mengawal perjalanan PRU15 di lapan kawasan Parlimen di Terengganu. "Keanggotaan itu turut merangkumi 540 anggota bantuan dari Bukit Aman, Jabatan Relawan Malaysia (585) dan Polis Sukarelawan (101),"ujarnya lagi. Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya juga telah  bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan PRU15 berlangsung pada musim banjir. Menurutnya, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, komander pengurusan banjir daerah disandang ketua polis daerah dan diambil alih secara automatik oleh ketua balai bomba daerah sekiranya banjir berlaku pada hari penamaan calon dan pengundian.
02 Nov 22
1165
PRU15: Bomba Terengganu Aktifkan Bilik Gerakan Operasi
PRU15: Bomba Terengganu Aktifkan Bilik Gerakan Operasi
KUALA TERENGGANU, 2 November– Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri akan mengaktifkan pusat bilik gerakan operasi bagi menghadapi Monsun Timur Laut(MTL) mulai esok. Timbalan Pengarahnya , Mohd. Khairiri Mat Resad@Arshad berkata, langkah itu diambil sebagai persiapan sekiranya banjir berlaku sewaktu berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, pihak JBPM dengan kerjasama semua pihak telah melakukan persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan berlaku senario buruk ketika pengundian. "Sekiranya berlaku, pengundi tidak perlu risau untuk menunaikan tanggungjawab pada 19 November nanti. “Lagipun, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kadar penerimaan hujan adalah purata yang iaitu tiada hujan tidak melebihi luar jangka,” katanya di sini hari ini. Tambah beliau, pada kali ini pemantauan JBPM bukan sekadar terhadap MTL tetapi juga memastikan keselamatan rakyat jika berlaku bencana banjir pada hari pengundian PRU-15. Dalam masa yang sama, pihaknya juga telah memeriksa pusat penamaan calon, pusat pengundian dan pusat pengiraan undi mulai semalam. "Anggota-anggota JPBM juga akan mengadakan rondaan di kawasan pusat pengundian pada 19 November ini,"ujarnya.
02 Nov 22
272
Rayu Undi Di Universiti Malukan Diri
Rayu Undi Di Universiti Malukan Diri
KUALA NERUS, 2 November - Tindakan 'merayu undi' di universiti dengan memaksa mahasiswa mengundi calon tertentu disifatkan sebagai keterlaluan dan memalukan diri sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, perbuatan itu mencalarkan imej institusi pengajian tinggi dan merendahkan martabat sistem pendidkan. Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana universiti awam bebas daripada politik kepartian. "Walaupun kita tahu umur 18 sudah diberi kelayakan untuk mengundi, tetapi cara terbuka macam itu akan mengakibatkan parti-parti politik lain juga akan minta untuk memasuki institusi-institusi pendidikan dengan menggunakan pihak pentadbiran untuk mengumpulkan para pelajar dan mengasak mereka dengan politik kepartian ini sesuatu yang tidak wajar. "Nampak sangat terdesak untuk meraih sokongan daripada mahasiswa, mereka ini golongan yang terpelajar jadi saya rasa tindakan ini kadang-kadang memperbodokan diri sendiri, "ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Penyelidikan Pendidikan, Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail, di sini, semalam. Menurut Satiful, anak muda perlu diberikan pendedahan ilmu politik secara baik yang tidak menjurus kepada kepartian. Katanya, semua pihak perlu memberi kebebasan untuk menentukan pendirian parti mana yang lebih baik. "Kita masih lagi berharap agar institusi ini bebas daripada unsur-unsur politik kepartian, tetapi pada hari ini usia 18 melayakkan mereka mengundi jadi perlu untuk difahami akan ilmu sains politik cuma kita minta jangan menjurus kepada kepartian,"ujarnya lagi. Beberapa hari lalu, tular di media sosial, pemimpin sebuah parti politik merayu undi dalam satu program. Dalam video berkenaan, pemimpin parti BN itu telah bertanya kepada pelajar yang hadir sama ada untuk memberi undi atau tidak kepada partinya, tetapi mahasiswa mengatakan tidak.
02 Nov 22
1923
PAS Harap Nama Calon PRU-15 Tak Berubah
PAS Harap Nama Calon PRU-15 Tak Berubah
KUALA TERENGGANU, 1 November - Perubahan nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak mustahil masih boleh berlaku sehingga tiba hari penamaan calon pada 5 November ini. Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PAS seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada berbuat demikian dengan menjadikan senarai itu sebagai kalis ubah. “Kebiasaannya apabila kita mencadangkan nama-nama calon untuk diangkat sebagai calon pada hari penamaan nanti, kita berusaha sebaik mungkin supaya ia ‘kalis ubah’ supaya tidak berlaku lagi perubahan. “Tetapi, realiti yang berlaku, kadang kala ada juga dalam keadaan tertentu yang luar daripada jangkaan kita yang menyebabkan kerusi-kerusi tertentu itu berlaku perubahan.  “Jadi nak kata tidak ada tu, kita tak boleh janji lah, tapi kita seboleh mungkin kita usaha ia kalis ubah. Boleh berlaku perubahan dan boleh juga tidak berlaku. “Jadi selagi tidak tiba pada hari penamaan calon, ada lagi ruang-ruang penambahbaikan di kerusi tertentu sekiranya ada, jika tak mendatangkan apa-apa masalah, ia akan diteruskan dengan senarai sedia ada,” katanya Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Pintas Kuala Terengganu (KT Bypass) yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof di sini, hari ini.  
01 Nov 22
685
Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
Syarikat korporat dan perniagaan di negeri ini diingatkan agar menunaikan zakat melalui Majlis Agama dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.
01 Nov 22
109
KT Bypass Mula Dibuka Secara Rasmi Hari Ini
KT Bypass Mula Dibuka Secara Rasmi Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 1 November- Setelah terpalit dengan pelbagai isu termasuk masalah pengambilan tanah serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan COVID-19 akhirnya projek Jalan Pintas Kuala Terengganu (KT Bypass) mula dibuka kepada orang ramai secara rasmi hari ini. Pembukaan laluan yang telah diwartakan menjadi Jalan Persekutuan FT03: Jalan Pintas Tok Adis-Durian Burung pada 16 September lalu dengan panjang jajaran 5.8 kilometer (km) itu disempurnakan Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Fadillah berkata, pembukaan jajaran jalan bagi projek bernilai RM220 juta itu bakal memberi banyak impak positif kepada rakyat dan dianggarkan kira-kira 70,000 pengguna menerima manfaat. “Laluan alternatif ini akan mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan FT03 sedia ada di bandar Kuala Terengganu terutamanya pada waktu puncak, musim perayaan utama dan cuti sekolah.  “Projek ini juga akan meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna Pantai Timur dan mampu menjana ekonomi di kawasan Kuala Terengganu khususnya kepada sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Jalan KT Bypass Dan Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) disini, hari ini. Projek pembinaan KT Bypass telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada Rolling Plan (RP) 3 RMKe-10 dengan siling sebanyak RM250 juta.  Walau bagaimanapun, kos projek telah meningkat kepada RM384.3 juta disebabkan peningkatan kos pengambilan balik tanah sebanyak tiga kali ganda.  Projek ini dilaksanakan secara konvensional perunding di mana tarikh milik tapak adalah pada 27 Julai 2016 setelah pengambilan balik tanah dapat diselesaikan.  Menurut Fadillah, KT Bypass bermula di Simpang Tok Molor dan berakhir melintasi Simpang Tok Ku dan bersambung di Laluan FT03 Kuala Terengganu - Kota Bharu.  “Panjang keseluruhan laluan yang direka bentuk adalah sepanjang 5.8 km secara empat lorong dua hala menggunakan piawaian U5. Skop projek ini turut melibatkan persimpangan bertingkat di Simpang Tok Molor dan Simpang Tok Ku,” jelasnya. Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya memperolehi pelawaan projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada kali ini.  SST melibatkan tiga projek iaitu Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) - Kuala Krai Ke Jambatan Sungai (sg) Lakit, Kelantan: Kampung (kg) Rahmat Ke Kg. Sg Peria (Seksyen 1A), Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) - Jambatan Sg. Lakit Ke Gua Musang, Kelantan: Jambatan Sg. Lakit Ke Paloh 2 (Seksyen 2A), dan Projek Lebuhraya Kota Bharu Ke Kuala Krai (KBKK), Kelantan: Bukit Tiu Ke Kg. Berangan Mek Nab. Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) - Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan: Kg Rahmat Ke Kg. Sg Peria (Seksyen 1A) melibatkan pembinaan jalan sepanjang 11.05 km. Tarikh milik tapak adalah pada 26 September 2022 dan tempoh kontrak adalah selama 36 bulan dengan nilai kontrak RM317,500,000. Bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) -Kelantan: Jambatan Sg. Lakit Ke Paloh 2 (Seksyen 2A) pula melibatkan pembinaan jalan Jambatan Sg. Lakit Ke Gua Musang, sepanjang 20 km. Tarikh milik tapak adalah pada 9 Mei 2023 dan tempoh kontrak adalah selama 36 bulan dengan nilai kontrak RM326,500,000. Manakala Projek Lebuhraya Kota Bharu Ke Kuala Krai (KBKK), Kelantan : Bukit Tiu Ke Kg. Berangan Mek Nab yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Rakyat sepanjang 10 km merupakan sambungan jalan kepada Lingkaran Tengah Utama yang bermula dari Kuala Krai, Kelantan ke persimpangan Lebuhraya Pantai Timur di Karak. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 22 Ogos 2022 dan tempoh kontrak adalah selama 36 bulan dengan nilai kontrak RM262,000,000.00.  
01 Nov 22
1220
Terengganu Hantar Pelajar ke Bumi Algeria
Terengganu Hantar Pelajar ke Bumi Algeria
Seramai 10 pelajar berjaya dihantar ke Algeria untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui tajaan oleh Yayasan Terengganu. 
30 Oct 22
135
Duyong Marina Dapat Pengiktirafan Empat Bintang
Duyong Marina Dapat Pengiktirafan Empat Bintang
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Resort milik kerajaan negeri, Duyong Marina & Resort (DMR) menerima pengiktirafan empat bintang daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Pengurus besarnya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, sebelum ini pengiktirafan tersebut tidak pernah dipohon dan diterima. Katanya, DMR kini dalam proses dinaik taraf termasuk dalam sektor patuh syariah sepenuhnya dalam semua aspek. "Ketika mula-mula diamanahkan saya melihat semua aspek termasuk pengurusannya dari segi pemakaian, pergaulan antara kakitangan dan disenaraikan semua aspek, bagi mewujudkan suasana islamik,kita ada pegawai syariah yang memantau keseluruhan operasi. "Dari sudut pengurusan dahulu ada perempuan yang terlibat dalam 'manager of duty' sekrang ini kita telah tidak membenarkannya kerana pada kebiasaan tugasan yang dilakukan adalah bersendirian pada waktu malam dan kini hanya ditugaskan pada lelaki sahaja. "Dari sudut pemakanan kita telah dapat sijil halal membabitkan tempat menyediakan makanan dan juga bahan-bahan yang digunakan,"ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir menyerahkan bayaran zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu berjumlah RM42,159.65, di Pejabat MAIDAM di sini, baru-baru ini. Tambah Wan Mohd Faizul, dalam memastikan hotel berkenaan patuh syariah, pelan induk pembangunan DMR akan dilaksanakan. "Kita berhasrat mewujudkan kolam tertutup sebagaimana di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, ini melibatkan kos yang besar jadi ini disenaraikan dalam pelan induk pembangunan dan tidak boleh dilakukan sekarang cuma yang mampu dibuat adalah menentukan masa berbeza antara lelaki dan perempuan," katanya. Ujarnya, setiap urusan melibatkan penyewaan lot diperhalusi dan menggunakan penyewaan terma Islamik dan dibincangkan dengan peguam untuk mewujudkan perjanjian yang tida ada unsur riba. Mengenai perolehan pendapatan pada tahun ini, beliau yakin akan berlaku peningkatan berbanding tahun lepas. "Sehingga September kita berjaya perolehi RM8 juta, dan untuk mencapai sasaran pendapatan RM12 juta pula agak mustahil dalam tempoh yang berbaki ini. Pendapatan banyak diperolehi daripada majlis dan 'event' yang dibuat merangkumi 60 peratus, kini kita memiliki 147 kakitangan," katanya. Dalam pada itu menurutnya, kerja-kerja pengubahsuaian DMR  telah bermula pada 1 Ogos baru-baru dan dijangka siap lebih awal daripada tarikh sebenar.
30 Oct 22
352
Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
KUALA TERENGGANU,30 Oktober - Syarikat korporat dan perniagaan di negeri ini diingatkan agar menunaikan zakat melalui Majlis Agama dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu. Yang Dipertua MAIDAM Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia bagi membolehkan jumlah kutipan tersebut diagihkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan. Katanya, kebanyakan pemilik syarikat terbabit tidak menyerahkan zakat terus kepada agensi kerajaan negeri itu sebaliknya menyalurkan sendiri bantuan tersebut menerusi Program Tanggungjawab Sosial (CSR). "Kita sedang berurusan dengan syarikat-syarikat yang belum lagi mengeluarkan zakatnya, dan untuk makluman pendapatan zakat tertinggi selama ini adalah daripada zakat gaji ataupun zakat pendapatan individu dengan perolehan sebanyak RM75 juta manakala perniagaan RM35 juta. "Bagi saya pegawai kerajaan ataupun beberapa individu sedar mengenai zakat, cuma ahli perniagaan saya melihat secara 'random' tidak mengeluarkan zakat kerana telah dibahagikan secara sendiri di kampung-kampung dengan niat itu zakatnya, apa yang saya maksudkan di sini tidak sampai kepada MAIDAM. "Tetapi bagi kita kalau ikut fatwa Mufti Terengganu, jika tidak dikeluarkan kepada amil ia tidak dipanggil sebagai zakat, kerana kita (MAIDAM) akan uruskan harta zakat itu supaya sampai kepada golongan yang berhak,"katanya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas menerima penyerahan wang zakat perniagaan di Duyong Marina & Resort berjumlah RM42, 159.65 kepada MAIDAM, di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, katanya, jumlah kutipan zakat di Terengganu setakat ini RM157 juta dan menyasarkan untuk mencapai RM240 juta sebelum berakhir tahun ini. "Insya-Allah mudah-mudahan kita dapat mencapai target peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun lepas dan berhasrat hendak membelanjakan dengan sepenuhnya, alhamdulillah pada tahun ini kita telah membelanjakan RM162 juta,"ujarnya. Katanya dengan agihan tepat kepada MAIDAM bantuan akan dapat diagihkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan berdasarkan data yang dimiliki. "Mengikut data jumlah mereka (asnaf) yang melebihi usia 40 tahun adalah seramai 2,000 orang, mereka mendapat bantuan kewangan bulanan manakala yang miskin daripada golongan muda tidak diberikan bantuan kewangan bulanan sebaliknya diberikan bantuan galakan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. "Dengan diberikan alatan seperti mesin pemotong rumput, atau yang minat berniaga diberikan gerai menjalankan perniagaan,"katanya.
30 Oct 22
290
Penganjuran Sukan Permotoran Dibenarkan Kembali
Penganjuran Sukan Permotoran Dibenarkan Kembali
Kerajaan Terengganu membenarkan semula penganjuran sukan permotoran dan kereta di Litar Gong Badak, tetapi hanya melibatkan perlumbaan drag sejauh 200 meter sahaja.
25 Oct 22
149