Artikel "Utama" Terkini
Karnival Beautiful Terengganu Platform Perkenal Pakej Pelancongan
Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu meneruskan kesinambungan penganjuran Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (KBTM) 2023 yang berlangsung di Padang Astaka, di sini selama empat hari bermula 23 Februari lalu.
27 Feb 23
277
1,400 Pekerjaan Buat Rakyat Terengganu
Sebanyak 1,400 daripada keseluruhan 2,000 peluang pekerjaan digazetkan khusus buat rakyat Terengganu dalam bidang pertanian lada hitam.
26 Feb 23
205
Kuasai Internet Secara Positif - Titah Tunku Azizah
KUALA NERUS, 26 Februari – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah ahli-ahli pandu puteri perlu tahu tentang cara untuk berhubung secara positif dan keselamatan semasa dalam talian, melindungi diri daripada ancaman dalam talian, menghormati hak dan reputasi diri di internet.
Seri Paduka Baginda yang juga merupakan penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertitah, ini terutamanya pada zaman sekarang semua maklumat boleh dicapai melalui hujung jari sahaja, terserah kepada masing-masing untuk menapis dan membuat penilaiannya.
“Oleh itu, pendedahan terhadap Program Surf Smart perlu dikongsikan seluas-luasnya dalam kalangan pemimpin dan ahli pandu puteri kita.
“Bagi memastikan persekitaran dunia yang damai, ahli-ahli pandu puteri perlu tahu tentang cara untuk berhubung secara positif dan keselamatan semasa dalam talian, melindungi diri daripada ancaman dalam talian, menghormati hak dan reputasi diri di internet.
“Ini termasuk memperkasakan dan menggalakkan penggunaan internet dengan bertanggungjawab selain menyampaikan nasihat dan memberikan bimbingan, memanfaatkan internet sepenuhnya serta memastikan ahli pandu puteri sentiasa dapat menavigasi laman sesawang sambil kekal selamat dalam talian,”titah baginda ketika berkenan merasmikan Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu di sini hari ini.
Turut berangkat ke majlis tersebut, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang merupakan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Berangkat sama, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Negeri Perak;Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Datuk Jeyadhevi Subramaniam.
Titah baginda lagi, justeru itu pemimpin-pemimpin pandu puteri diharapkan dapat membimbing ahli masing-masing dengan pelbagai program Pandu Puteri yang dapat memberikan manfaat yang terbaik dan pengalaman yang berkesan bagi membantu membina karakter ahli pandu puteri dengan nilai murni yang terbaik.
26 Feb 23
294
Siapa Ganti Woodland?
Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner tidak menolak kemungkinan menambah pemain import dalam pasukannya selepas tular kelab berkenaan melepaskan pemain kebangsaan Filipina, Luke Zantua Woodland dengan persetujuan bersama, baru-baru ini.
26 Feb 23
104
'Rakyat Terengganu Perlu Sokong BPIS Sepenuhnya'
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru rakyat di negeri Terengganu supaya menyokong penganjuran Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) yang dianjurkan kerajaan negeri.
26 Feb 23
133
'Pencetus Provokasi Himpit Yang Gusarkan Rakyat'
Pencetus provokasi program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) adalah individu yang bertanggungjawab menimbulkan kegusaran kalangan rakyat, ujar Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri.
26 Feb 23
94
Liridon, Habib 'Hilang' Aksi Sumbangsih
Tonggak tengah pasukan Terengganu FC, Habib Haroon bakal terlepas aksi Piala Sumbangsih 2023, pada 24 Februari ini apabila disahkan mengalami kecederaan hamstring oleh pengendali pasukan Tomislav Steinbruckner.
26 Feb 23
105
Bajet 2023 : Jangan Biar Suri Rumah Terbeban
Kerajaan Persekutuan diharap mampu mengemukakan penyelesaian yang mampu mengembirakan hati seluruh rakyat khususnya suri rumah menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan iaitu menurunkan harga bahan mentah.
26 Feb 23
110
Etika Pemakaian Patuh Syariah Angkat Martabat Wanita
Usaha kerajaan Terengganu menguatkuasakan etika pemakaian patuh syariah di negeri ini adalah untuk mengangkat martabat kaum wanita.
26 Feb 23
192
Bajet Dibentang Anwar Tiada Faktor 'Wow' Untuk Anak Muda
KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia Madani' membabitkan peruntukan besar RM388.1 bilion tidak memiliki faktor 'wow' untuk anak muda Terengganu.
Timbalan Ketua Penyelidik Menteri Besar Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, bajet yang menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad disifatkan tiada mesra belia.
"KIta memandang bajet tersebut tidak ada nilai 'wow' walaupun kita tahu ia merupakan antara bajet yang paling besar diumumkan tetapi peruntukan untuk rakyat Terengganu semakin kurang tidak sebagaimana yang diharapkan, diantaranya usaha untuk membantu rakyat tiba-tiba antara perkara yang diumumkan adalah pemberian lesen percuma.
"Perkara ini telah lama dilaksanakan di negeri, dalam harapan untuk kita melihat bantuan yang lebih baik diberikan di bawah kerajaan sekarang termasuk berkait berkenaan royalti, Terengganu sangat terkesan walaupun selama ini menerima Dana Khas Kerajaan Persekutuan tetapi ia lebih besar daripada apa yang ingin dilakukan kerajaan persekutuan hari ini.
"Tindakan mengecilkan had sempadan maritim negeri hanya tiga batu nautika sahaja, lebih daripada itu tidak akan diberikan (royalti) ini merupakan suatu perkara yang sangat mengecewakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), pada Program Kayuhan Basikal 'Family Fun Ride' di Dataran Awam Batu Buruk, semalam.
Tambah beliau, antara perkara yang turut mengundang kekecewaan rakyat, adalah permintaan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak dipenuhi.
"Ini menjadi harapan rakyat, kerana antara yang lantang bersuara dahulu adalah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri. Bagi pandangan saya dia (Anwar) ke belakang, tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya anak muda jadi kita sifatkan 'sangat mendung'," ujarnya.
26 Feb 23
225