Artikel "Utama" Terkini
Jana Pelaburan RM717 Juta Daripada Gedung Pengeluaran Makanan
KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Projek Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu (GPMT) di bawah Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 dijangka mampu menjana pelaburan daripada awam dan swasta berjumlah RM716.96 juta.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, 18 projek baru dan sedia ada telah dikenalpasti berupaya meningkatkan pendapatan rakyat.
"Agenda utama GPMT adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan kita mensasarkan lebih ramai golongan belia berminat untuk menceburi bidang ini.
"Sememangnya, kita optimis mampu mengangkat martabat sektor pertanian di negeri ini, lebih-lebih lagi apabila kita mula mewujudkan GPMT ini, insya-Allah," ujarnya menerusi facebook rasminya, semalam.
Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Samsuri berkata Setiu mempunyai potensi besar untuk dibangunkan mengikut potensi dan kelebihan yang dimiliki.
"Dengan kewujudan tanah-tanah yang berskala komersil dan ekosistem pertanian serta kewujudan petani-petani dan tenaga kerja sedia ada.
"Oleh itu, potensi ini perlu dimanfaatkan dan dimaksimakan bagi menjana pendapatan rakyat dan memacu pembangunan Daerah Setiu,"ujarnya.
Â
28 Feb 23
725
Beli Tenaga Solar, MBKT Jimat 30 Peratus
Pembelian tenaga solar bakal memberikan penjimatan sehingga 30 peratus kepada kos operasi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
28 Feb 23
111
Operasi Pengerukan Pelabuhan Chendering Bakal Dimulakan
Proses pengerukan akan dimulakan segera bagi mengatasi masalah pemendapan pasir yang selama ini menjadi punca Pelabuhan Chendering cetek dan menyukarkan proses mendaratkan ikan.
28 Feb 23
198
Tanah Bris 8,000 Hektar Peluang Rakyat Tanam Kelapa
KUALA TERENGGANU, 28Â Februari - Kerajaan negeri membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk rakyat negeri ini bagi mengusahakan tanaman kelapa yang memberikan pulangan sangat lumayan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Terengganu masih memiliki sekitar 8,000 hektar tanah bris yang sangat sesuai untuk tanaman tersebut diusahakan serta dimanfaatkan oleh rakyat.
"Pengusaha cuma perlu jelas tujuan kelapa ditaman untuk apa samada hendak memasarkan produk kelapa tua atau muda, kepelbagaian apa yang hendak ditanam, juga boleh menghasilkan produk hiliran seperti air nira.
"Di Terengganu ini alhamdullilah memang kita tidak dengar aduan menyatakan produk kelapa tidak boleh dipasarkan, ini mengambarkan ia menerima permintaan yang tinggi dimana kalau ditanam tidak perlu fikir lagi mengenai pasaran kerana ia sangat diperlukan oleh rakyat kita.
"Kerana kedudukan Terengganu yang berada di negeri pesisir pantai yang paling panjang di semenanjung menyebabkan kita masih memiliki tanah bencah yang berpotensi untuk pembukaan kebun-kebun baru ataupun untuk kita pulihkan kebun-kebun yang sudah terlalu tua serta tidak lagi produktif," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas menyempurnakan Program Seminari Kelapa Terengganu 2023, di Dewan Permata, Hotel Permai, di sini, semalam.
Mengulas lanjut katanya, menerusi Pelan Strategik Pertanian 2019-2023 permohonan tanah baru kerajaan tidak lagi dipertimbangkan untuk tanaman komoditi seperti sawit atau getah, sebaliknya untuk tanaman kelapa sangat dialu-alukan.
"Antara rangka utama kita untuk memajukan industri kelapa ini adalah untuk mencapai kepada satu tahap sehingga Kadar Sara Diri (SSR) adalah mencukupi bagi penggunaan kelapa untuk rakyat kita.
"Setakat ini kita mencakap kadar SSR 67 peratus masih lagi jauh hendak cukup, dan penggunaan kelapa kalau mengikut purata standard kebangsaan adalah 23 kilogram (kg). Namun di Terengganu penggunaannya melebihi standard kebangsaan," ujarnya.
Dalam pada itu menurutnya, pengeluaran kelapa per hektar di negeri ini adalah antara yang tertinggi dalam negera dengan 7.12 metrik tan mengatasi standard kebangsaan 6.6 metrik tan per hektar.
Justeru katanya, tindakan yang dilakukan oleh rakyat sebelum ini yang mengantikkan tanaman kelapa dengan sawit perlu dikaji semula.
"Kerana hasil kelapa lebih besar daripada kelapa sawit iaitu 1 hektar kelapa memberikan pulangan hasil 10 hektar kelapa sawit dengan teknik yang betul bagi setiap hektar boleh menghasilkan keuntuntungan RM1,400 lebih tinggi daripada kelapa sawit," ujarnya lagi.
28 Feb 23
1096
BISE Angkat Ikon Belia Berjaya
KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Program Belia Saing kite (BISE) menampilkan ikon belia berjaya akan didiadakan di setiap daerah di negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tujuan program berkenaan adalah untuk memberi inspirasi kepada belia untuk berjaya sebagaimana ikon-ikon yang ada.Â
Ujarnya, idea untuk melaksanakan inisiatif tersebut tercetus setelah beliau mengikuti program bersama belia dan mendapati ramai yang berjaya serta berbakat.
"Malahan ada yang turut berjaya mencapai kejayaan dengan pelbagai anugerah serta pencapaian sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Kebolehan serta kejayaan mereka ini perlu dibugarkan serta dikongsikan kepada generasi belia yang lain agar ia dapat dijadikan contoh dan motivasi," ujarnya melalui facebooknya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Bise, di sini, hari ini.
Katanya lagi, pelbagai pihak juga akan turut bekerjasama dalam memastikan program yang akan diadakan di setiap daerah itu dapat mencapai matlamatnya dalam memastikan pembangunan belia di negeri ini terus rancak berjalan.
"Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang akan turut serta dalam program ini bagi membantu memberikan pencerahan serta penerangan, insya-Allah semoga apa yang direncanakan ini akan berjalan dengan lancar,"ujarnya.
28 Feb 23
424
Mangsa Lemas di Lubuk Tampin, Air Putih Ditemui
Â
KEMAMAN, 27 Februari - Mangsa lemas yang dilaporkan hilang di Sungai Lubuk Tampin, Air Putih kelmarin ditemui pagi tadi.
Jenazah bapa kepada tiga orang anak, Mohd Mirwan Mohd Remli, 40, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jarak 300 meter dari tempat dia dilaporkan tenggelam sekitar jam 10.15 pagi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata operasi mencari dan menyelamat yang bermula jam 7 pagi tadi membabitkan seramai 51 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Unit Amal, polis bantuan dan penduduk kampung.
Katanya, pasukan operasi mencari dan menyelamat memperluaskan kawasan pencarian sekitar 500 meter dari tempat mangsa terjatuh.
"Mayat mangsa dipercayai tenggelam di dasar sungai terbabit yang dianggarkan sedalam lima hingga tujuh meter.
"Pasukan mencari dan menyelamat menggunakan kaedah kocakan air dengan menggunakan bot dan tindakan itu berhasil apabila mayat mangsa timbul di permukaan air," katanya.
​​​​Hanyan berkata, mayat mangsa kemudian dibawa naik ke daratan sebelum dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian semalam, mangsa yang berkelah disitu bersama keluarga dikatakan cuba menyelamatkan anaknya, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang dihanyutkan arus ketika mandi di sungai terbabit, kira-kira jam 1.45 petang.
Arwah merupakan salah seorang daripada kakitangan EPIC Berhad yang bertugas dengan Tubex Sdn. Bhd. di Kemaman Supply Base (KSB).
27 Feb 23
360
Edar Stokin Percuma Galak Wanita Tutup Aurat
BESUT, 27 Februari - Inisiatif Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Wanita Kebajikan Nur Insani (Nisa') mengedarkan stokin percuma di Pasar Malam Kampung Raja sempena kempen Terengganu Hijab Day adalah untuk menggalakkan kaum wanita menutup aurat.
Ketua Nisa' Kawasan Besut, Nor Rafidah Razak berkata, program dikelola Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu itu dijayakan di peringkat daerah bagi meneruskan gelombang Terengganu Hijab Day.
Katanya, ia juga bagi memastikan rakyat di bawah merasai impak program tersebut.
Edaran stokin dan risalah.
"Sebenarnya program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha dakwah untuk mendekati masyarakat dan menggalakkan masyarakat umum khususnya kaum wanita untuk bertudung dan menutup aurat dengan lebih sempurna mengikut syariat islam.
"Pemakaian hijab ini bukan hanya untuk wanita yang faham agama sahaja, tapi adalah kewajipan bagi setiap wanita yang mengaku dirinya muslim," jelasnya.
Beliau beliau berkata demikian selepas selesai membuat edaran stokin dan risalah di Tapak Pasar Malam Kampung Raja semalam.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, Terengganu Hijab Day yang telah memasuki tahun kelima penganjurannya adalah usaha berterusan dalam memperkenalkan pakaian mengikut syariat sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam.
"Bagi memastikan pakaian menutup aurat dan berhijab dengan tepat mesti melabuhkan sehingga ke bawah paras dada, yang ini kita beri didikan dari semasa ke semasa, apatah lagi wanita muda hari ini suka bergaya mengikut fesyen masing-masing.
"Jadi kita cuba kemukakan, bahawa inilah pakaian yang sebenar mengikut etika patuh syariah," ujarnya lagi.
27 Feb 23
712
THT Kukuh Kedudukan Di Persada Liga
Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya mengekalkan kelebihan jaringan untuk menang tipis 2-1 ke atas skuad projek remaja kebangsaan, Young Tiger (YT) pada perlawanan ketujuh Liga Hoki Malaysia (MHL).
27 Feb 23
88
Lebih 6,000 Pemilik Skuter Sertai Scooterian Mega Gathering
Lebih 6,000 pemilik dan peminat skuter dari seluruh negara memeriahkan program Scooterian Mega Gathering Vol 1.0 yang berlangsung di Taman Tasik, Kuala Nerus.
27 Feb 23
198
20 Peratus KRT Di Terengganu Tidak Aktif
Kurang penyertaan daripada golongan muda menjadi antara faktor kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan 529 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini tidak lagi aktif.
27 Feb 23
109