lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Maidam Agih RM11.73 Juta Kepada 22,023 Penerima Zakat
Maidam Agih RM11.73 Juta Kepada 22,023 Penerima Zakat
KUALA TERENGGANU, 17 Mac - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM11.73 juta kepada 22,023 asnaf fakir dan miskin di Terengganu sempena  Ramadan tahun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata bantuan itu diharap dapat meringankan beban kewangan golongan asnaf agar dapat menyambut Ramadan dengan lebih ceria. Katanya, agihan bermula pada Isnin lalu di Besut dan pengagihan terakhir ialah di daerah Kuala Nerus pada Selasa depan. “Terdapat tiga kategori bantuan iaitu untuk isi rumah tunggal sebanyak RM300, isi rumah dua atau tiga orang (RM500) dan isi rumah empat orang ke atas (RM700). "Ada penerima yang menerima bantuan secara tunai melalui majlis pengagihan yang ditetapkan dan sebahagian besarnya pula dimasukkan secara terus kepada akaun penerima," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan agihan bantuan zakat sempena Ramadan kepada 580 penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di perkarangan Kompleks Perkarangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini hari ini. Dalam pada itu, Shaikh Harun berkata berlaku peningkatan dalam jumlah mereka yang menerima bantuan zakat pada kali ini. “Pada tahun lepas, seramai  21,580 orang penerima  asnaf fakir dan miskin yang melibatkan melibatkan peruntukan RM10.49 juta dan kemungkinan meningkat disebabkan beberapa faktor.  “Antaranya kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang menyebabkan ramai berhenti kerja dan hilang pendapatan..dan kita harap situasi ini akan kembali pulih dan mereka dapat kembali bekerja seterusnya tidak lagi tergolong dalam kategori asnaf fakir dan miskin," katanya.  
17 Mar 23
453
RM9.46 Juta Peruntukan Bantuan Pakaian Sekolah Tahun Ini
RM9.46 Juta Peruntukan Bantuan Pakaian Sekolah Tahun Ini
Sebanyak RM9.46 juta diperuntukan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk bantuan pakaian sekolah yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 86,000 pelajar tahun ini.
16 Mar 23
115
Yayasan Darul Iman Bakal Miliki Aset Sendiri
Yayasan Darul Iman Bakal Miliki Aset Sendiri
Proses menaik taraf Tabung Darul Iman kepada Yayasan Darul Iman akan membolehkan tabung kebajikan untuk golongan B40  itu mempunyai pemilikan aset tersendiri.
16 Mar 23
300
Aktivis Kemanusiaan Dilantik Ahli Dewan Negara
Aktivis Kemanusiaan Dilantik Ahli Dewan Negara
 Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mesyuarat Keempat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-14 pada hari ini sebulat suara bersetuju melantik aktivis kemanusiaan yang juga Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2020, Hussin Ismail sebagai Ahli Dewan Negara.
16 Mar 23
205
Darul Barakah Jadi Pilihan Utama Pemulihan Dadah
Darul Barakah Jadi Pilihan Utama Pemulihan Dadah
Pusat Pemulihan Dadah Holistik yang dilaksanakan kerajaan negeri semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat untuk memulihkan penagih-penagih dadah di Terengganu.
16 Mar 23
251
'PM Jamin DKKP Dibayar Seperti Biasa '- MB
'PM Jamin DKKP Dibayar Seperti Biasa '- MB
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada Terengganu akan diteruskan sebagaimana kebiasaan.
16 Mar 23
149
Laksana Inisiatif Bagi Wujudkan Model Pembangunan Islam di Terengganu
Laksana Inisiatif Bagi Wujudkan Model Pembangunan Islam di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Mac – Kerajaan negeri akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mewujudkan model pembangunan Islam di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia bagi mencetuskan iltizam untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempelopori semua segmen terutama dakwah Islamiyah. “Saya optimis dalam menjanjikan inisiatif-inisiatif yang dirancang akan menjadi lebih efektif dan lancar dengan kerjasama yang optimistik antara agensi-agensi pelaksana dan masyarakat setempat. “Ini bagi memastikan Terengganu terus membangun secara lebih mampan, barakah dan inklusif ke arah menyebar luas kefahaman Islam dalam masyarakat Terengganu,” ujarnya. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian  Daurah Pengajian Kitab bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini hari ini. Daurah yang berlangsung selama dua hari itu diadakan untuk para Daie, Asatizah, pemimpin-pemimpin masyarakat untuk memahami Fiqh Puasa secara lebih mendalam, permasalahan-permasalahan semasa dan belajar Ilmu dengan guru yang selayaknya. Dalam majlis yang sama, sebuah kitab terbaharu terbitan Akademi DUAT yang bertajuk ‘ Ulama Rabbani Asas Pembentukan Masyarakat Madani, hasil karya tulisan Murabbi Ummah Allahyarham Dato Harun Taib turut dilancarkan.  
16 Mar 23
148
Terengganu Lindungi Hak TikTokers Bersuara
Terengganu Lindungi Hak TikTokers Bersuara
KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Kerajaan negeri menyatakan komitmen melindungi kalangan anak muda yang rata-ratanya menggunakan aplikasi TikTok untuk bersuara menyatakan pelbagai pandangan berfakta. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri menyatakan kebersamaan dengan anak muda tersebut sebagai jaminan untuk terus aktif menyebarkan kebenaran dalam berhadapan cabaran semasa. "Saya dan seluruh rakan-rakan bersama dengan anda semua, jika ada mereka yang menghadapi tentangan dan sebagainya jangan simpan, maklumkan masalah yang dihadapi itu kerana kita ada cara tersendiri serta ruang untuk kita (kerajaan) bantu. "(Asalkan) apa yang ditulis, dikeluarkan oleh tuan-tuan itu bukan bahan yang berunsur fitnah dan berita palsi, insya-Allah kita akan cuba yang terbaik untuk memastikan kebajikan dan keharmonian para ;'TikTokers' untuk terus berperanan menyampaikan pandangan, kita sama-sama jaga, insya-Allah,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan tikTokers Terengganu, di Paya Bunga Hotel, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah. Mengulas lanjut, Dr Samsuri berkata sebelum ini Pakatan Harapan (PH) kononnya meraikan kebebasan bersuara sehingga diraikan mereka yang bercakap tentang lesbian, gay, biseksual, trasgender (LGBT). "Bermacam-macam suara (timbul) di atas pelbagai perkara yang bertetangan (dengan adat dan agama) yang akhirnya diberikan ruang kepada semua tetapi tidak kepada saudara saudari (TikTokers). "Sangat bertentangan supaya kita (Perikatan Nasional) tidak boleh mencapai kemenangan, ini orang yang lemah sifatnya,"ujarnya. Mengenai usaha anak muda menguasai Twitter, katanya anak muda perlu memiliki jiwa yang kental. "Semangat kena kuat, jangan mudah koyak tanpa kita nafikan bahawa untuk memastikan semua bersetuju dan memberikan sokongan adalah mustahil. "... Tidak semua perkara perlu dijawab dan dilayan, ada yang perlu disindir atau dengan pelbagai cara manakalah ada yang perlu dijawab secara berfakta, kerana itu perlu ada pengetahuan dan memiliki kreativiti,"ujarnya lagi.
16 Mar 23
239
MB Cabar TikTokers Sertai Cabaran Hasilkan Video Menarik
MB Cabar TikTokers Sertai Cabaran Hasilkan Video Menarik
KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi cabaran kepada pengguna media sosial TikTok menghasilkan video kreatif yang terbaik dengan menyertai pertandingan dianjurkan kerajaan negeri. Menurutnya, pertandingan yang bakal diadakan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu menghasilkan kendungan video kreatif berdurasi diantara 30 hingga 45 saat serta kategori menghasilkan kandungan video kreatif berdurasi kurang dari dua minit. "Hadiah utama yang ditawarkan bagi setiap kategori ialah RM2,000, hadiah kedua bernilai RM1,500, hadiah ketiga RM1,000 dan tiga hadiah saguhati RM500 bagi setiap kategori. "Syarat-syarat penyertaan, tempoh serta kandungannya akan dirangka oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan diumumkan kemudian dan hanya terbuka kepada anak Terengganu yang berada dalam negeri ini sahaja," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan TikTokers Terengganu, di Paya Bunga Hotel, di sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said.  Menurut Dr Samsuri, cabaran itu diwujudkan kerana menyedari bertapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh pengiat media sosial melalui aplikasi tersebut selama ini dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat mengenai kerajaan negeri. "Di peringkat kerajaan negeri kami amat menghargai kebebasan bersuara anak-anak muda melalui kreativiti yang dipamerkan selama ini dalam mengutarakan pandangan serta pendapat di media sosial," ujarnya.
16 Mar 23
111
Ihya Ramadan : Lebih RM900 Ribu Disalurkan Ke Masjid dan Surau Terpilih
Ihya Ramadan : Lebih RM900 Ribu Disalurkan Ke Masjid dan Surau Terpilih
KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Kerajaan negeri memperuntukan RM944,200 kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui Pejabat Agama Daerah bagi melaksanakan program Ihya Ramadan di masjid dan surau di seluruh Terengganu bagi tahun ini. Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia sebagai insentif dan suntikan semangat dalam melaksanakan program Ihya Ramadan kepada semua masjid dan surau-surau terpilih. "Saya berharap agar semua Jawatankuasa Masjid dan surau dapat memanfaatkan peruntukan yang akan disalurkan ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti pengimarahan sepanjang bulan ramadhan pada tahun ini. "Rancanglah pelbagai program yang dapat menarik semua lapisan masyarakat untuk turut sama hadir ke rumah Allah untuk memakmurkannya dibulan Ramadan ini," ujarnya. Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Peringkat Negeri Terengganu 1444H / 2023M di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin Sementara itu, sebanyak RM1,014 juta juga telah diperuntukan bagi Duit Bantuan Pengurusan Jawatankuasa Masjid bagi seluruh masjid di negeri Terengganu. Katanya, program Ihya Ramadan pada kali ini diharapkan mencapai objektif yang lebih baik meliputi pelbagai program yang dirangka di seluruh daerah. “Jadi setiap komuniti, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ataupun surau dan masjid mengadakan program yang boleh dilaksanakan. “”Terserah kepada jawatankuasauntuk merangka aktiviti yang sesuai dengan kapasiti masing-masing, Cuma kita berharap penyertaan dari masyarakat menjadikan Ihya Ramadan pada kali ini lebih baik dari tahun lepas,”ujar beliau.
16 Mar 23
296