Artikel "Utama" Terkini
Kadar Zakat Fitrah RM8, RM10 Dan RM24 Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 Mac - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, penetapan itu adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari.
"Mereka yang makan nasi daripada beras super special tempatan perlu membayar zakat fitrah tidak kurang RM8 seorang.
"Bagi mereka yang menggunakan jenis beras selain daripada itu, kadar zakat fitrah adalah RM10 seorang untuk beras super import (siam) dan RM24 seorang untuk beras jenis premium seperti basmathi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyempurnakan Multaqa Amil Zakat Negeri Terengganu 2023 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini baru-baru ini.
Sementara itu, seramai 954 amil telah dilantik untuk mengendalikan pungutan zakat fitrah sama ada melalui sistem e-Amil atau pungutan secara biasa bagi membantu melancarkan pengurusan zakat di Terengganu.
Tambahnya lagi, bermula 1 Ramadan ini, Maidam turut memperkenalkan konsep bayaran secara atas talian yang dipanggil e-Amil selain pembayaran secara konvensional.
Jelas beliau, antara ciri sistem tersebut ialah resit rasmi zakat akan dihantar secara digital kepada pembayar menerusi telefon bimbit dan e-mel.
Shaikh Harun juga berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM10 juta pada tahun ini, meningkat RM2 juta berbanding RM8 juta yang berjaya dikutip pada tahun lepas.
"Peningkatan ini berdasarkan tiga kadar bayaran zakat fitrah yang ditetapkan pada tahun ini dengan rata-rata umat Islam kita jangka akan bayar antara RM12 hingga RM15 seorang," katanya.
15 Mar 23
321
RM9.46 Juta Peruntukan Bantuan Pakaian Sekolah Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 15 Mac- Sebanyak RM9.46 juta diperuntukan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk bantuan pakaian sekolah yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 86,000 pelajar tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan baju sekolah itu telah mula diagihkan awal Februari lalu.
"Daerah pertama yang memulakan agihan adalah daerah Marang iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dan agihan terakhir ialah pada 15 Mac iaitu di DUN Permaisuri bagi daerah Setiu.
"Kaedah pembahagian bermula dengan proses pengumpulan data saiz dan kemaskini data oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKM) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS).
"Kemudian data tersebut disalurkan kepada YPKT untuk proses penyediaan pakaian itu dan agihan dijalankan bersama PKM serta i-MITS di tempat yang telah ditetapkan oleh ADUN masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Zuraida Md Noor (Adun Wanita) yang mengemukakan soalan berkaitan perkembangan bantuan baju sekolah yang diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga dan apakah kaedah pembahagiannya.
Hanafiah berkata, mengenai permasalahan yang timbul selepas proses agihan iaitu berkaitan saiz yang tidak sesuai, ianya akan diuruskan oleh YPKT.
"Proses penukaran saiz ini akan dibuat selama sebulan bermula 14 Mac sehingga 14 April depan bertempat di PKM/i-MITS masing-masing.
"Sebarang perubahan tempat penukaran boleh dibincangkan dan ditetapkan kemudian," katanya menjawab soalan tambahan Zuraida.
Sementara itu, bagi menjawab pertikaian Datuk Rozi Mamat (BN-Telemong) bahawa kaedah bantuan menggunakan saiz pakaian adalah kurang sesuai kerana hanya menguntungkan pihak pembekal sahaja, Hanafiah berkata itu kaedah terbaik mengambil kira keselesaan semua pihak ketika ini.
"Kalau nak bagi duit, kita tak pasti adakah ia akan digunakan untuk membeli pakaian sekolah atau sebaliknya. Kita menyambut baik sebarang cadangan atau saranan untuk menambah baik program ini pada masa akan datang," katanya.
15 Mar 23
447
Yayasan Darul Iman Bakal Miliki Aset Sendiri
KUALA TERENGGANU, 15 Mac - Proses menaik taraf Tabung Darul Iman kepada Yayasan Darul Iman akan membolehkan tabung kebajikan untuk golongan B40 itu mempunyai pemilikan aset tersendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, setakat ini penubuhan Yayasan Darul Iman masih lagi dalam peringkat penubuhan dan ia akan melalui beberapa proses.
“Antaranya penetapan penjawatan pegawai dan kakitangan, penyelarasan dari segi kos pengurusan tahunan dan juga beberapa item yang memerlukan pengesahan dan kelulusan daripada agensi serta jabatan yang berkaitan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Sulaiman Sulong (PAS-Pengkalan Berangan) mengenai status terkini penubuhan Yayasan Darul Iman pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mesyuarat Keempat Penggal Kelima DUN ke-14, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Hanafiah berkata, selain membolehkan pemilikan aset sendiri, mengikut undang-undang sesebuah yayasan boleh membuat penawaran bagi mengalakkan penderma untuk menderma ke tabung yayasan seperti penawaran ‘return back’ dan rebat.
Tambah beliau, pengagihan dana bantuan Tabung Darul Iman tidak mempunyai wang segera, bantuan yang disalurkan buat masa sekarang tertakluk kepada tatacara kewangan kerajaan negeri, dengan tertubuhnya Yayasan Darul Iman bantuan akan dapat disalurkan dengan segera dengan adanya bantuan segera prihatin.
“Fungsi yang dijalankan oleh Tabung Darul Iman sekarang hanya tertumpu kepada dua jenis bantuan iaitu bantuan kepada rakyat yang ditimpa bencana dan musibah dan bantuan perubatan kepada pesakit kronik.
“Dengan tertubuhnya Yayasan Darul Iman, fungsinya dapat diperluaskan dengan lebih berfokus,” ujarnya bagi menjawab soalan tambahan Sulaiman mengenai rasional dan kelebihan naik taraf tabung berkenaan.
Tambah beliau, penubuhan Yayasan Darul Iman juga dapat mengurangkan karenah birokrasi tatacara kewangan, sekali gus bantuan dapat disalurkan dnegan lebih cepat kerana tidak tertakluk dengan tatacara kewangan kerajaan negeri.
15 Mar 23
655
PMINT Meterai MoU Pajakan Tanah Dengan Nilai Pelaburan RM2.5 Bilion
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Xinda Development Sdn. Bhd. bagi pajakan tanah untuk membangunkan zon perindustrian baharu di Cheneh, Kemaman yang akan dikenali sebagai kawasan perindustrian Cheneh Baharu (tambahan).
15 Mar 23
298
PMINT Meterai MoU Pajakan Tanah Dengan Nilai Pelaburan RM2.5 Bilion
KUALA TERENGGANU, 15 Mac- Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Xinda Development Sdn. Bhd. bagi pajakan tanah untuk membangunkan zon perindustrian baharu di Cheneh, Kemaman yang akan dikenali sebagai kawasan perindustrian Cheneh Baharu (tambahan).
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, pembangunan kawasan baru itu akan dijalankan secara berfasa oleh syarikat pelabur dari China itu diatas tanah pajakan yang dibenarkan oleh kerajaan negeri selama 60 tahun.
"Fasa pertama melibatkan pajakan tanah berkeluasan 70.485 ekar bagi pembangunan kilang 'finished produk factory', semi finished factory' dan ruang pejabat.
"Xinda Development Sdn. Bhd. akan membangunkan kawasan tersebut bermula tahun ini dengan industri berasaskan produk seramik kuartz dan perlombongan dengan anggaran nilai
pelaburan bagi fasa satu bernilai RM600 juta dan menjana 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dalam tempoh lima tahun, " ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan MoU tersebut yang berlangsung di Hotel Paya Bunga, semalam.
Pada majlis itu, Permint Granite Sdn Bhd (Permint Granite) yang merupakan anak syarikat PMINT turut memeterai MoU bersama MyMineral Sdn Bhd. untuk membangunkan kuari kuartz juga di Cheneh, Kemaman.
Sementara, Xinda Development Sdn Bhd pula menandatangani 'Letter of Intent' dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan melibatkan perdagangan, pelaburan serta nanoteknologi.
Tengku Hassan berkata, bahan mentah daripada kuari itu akan dibekalkan kepada pengilang di kawasan pembangunan yang dibangunkan oleh Xinda Development Sdn Bhd.
Menurut Tengku Hassan, perancangan pembangunan pihak Xinda Development Sdn. Bhd. bagi keseluruhan fasa akan melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM2.5 bilion dengan mewujudkan sehingga 3,800 peluang pekerjaan.
"Ianya merangkumi perancangan pembangunan kilang finished product factory' dan 'Cheneh High Tech Park' pada masa hadapan yang sekaligus mampu meningkatkan pembangunan kepada kawasan sekitar, " ujarnya.
15 Mar 23
1520
Isu Muara Sungai Merang ke Parlimen Khamis Ini
Masalah muara Sungai Merang yang cetek menjadi keutamaan dalam sesi perbahasan di Persidangan Parlimen pada Khamis ini.
14 Mar 23
228
Sardor Kulmatov, Hero Malam Ini!
Jaringan tunggal pertahanan kelahiran Uzbekistan, Sardor Kulmatov membantu Terengganu FC menang 1-0 dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC).
13 Mar 23
288
Kerajaan Yakin Pertahan Kedudukan Selepas PRN
Kerajaan negeri yakin pemerintahan negeri Terengganu sedia ada akan dapat dipertahankan selepas Pilihan Raya Negeri yang dijangka berlangsung pada akhir Ogos nanti.
13 Mar 23
107
THT Juara Lagi!
Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengekalkan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 setelah melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas seteru utama, pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan terakhir MHL di Stadium Hoki Batu Buruk.
13 Mar 23
154
Relawan T-Volt Mula Misi Hari ini
Sukarelawan T-Volt hari ini memulakan aktiviti gotong-royong dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Johor T-Volt (2023) di Simpang Renggam, johor.
13 Mar 23
187