lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Dr. Sam Curi Tumpuan Bakal Sertai Perbahasan RMK-13 Hari Ini
Dr. Sam Curi Tumpuan Bakal Sertai Perbahasan RMK-13 Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos – Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijadualkan membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) di Dewan Rakyat pada jam 11.45 pagi ini, satu sesi yang dijangka menarik perhatian ramai khususnya rakyat Terengganu. Menurut beliau, ruang perbahasan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengupas pelbagai isu penting yang menyentuh masa depan negara dan kesejahteraan rakyat. "Insya-Allah, saya akan mengambil bahagian dalam perbahasan RMK-13. Perbahasan ini akan menyentuh isu-isu penting demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat. Mohon doa dan sokongan semua," ujarnya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Untuk rekod, RMK-13 merupakan pelan pembangunan lima tahun negara yang menjadi panduan dasar serta hala tuju kerajaan bagi tempoh 2026 hingga 2030.  
11 Aug 25
61
Siang Pandu Grab, Malam Jual Nasi Lemak - Ibu Tunggal Akhirnya Miliki Tanah
Siang Pandu Grab, Malam Jual Nasi Lemak - Ibu Tunggal Akhirnya Miliki Tanah
MARANG, 10 Ogos – Bertahun-tahun mengerah tenaga siang dan malam, memandu Grab pada waktu siang dan membungkus nasi lemak pada waktu malam, akhirnya penantian seorang ibu tunggal untuk memiliki tanah bagi membina kediaman sendiri berakhir dengan senyuman penuh kesyukuran. Hazlina Jusoh, 48, yang membesarkan empat anak sendirian, berkata pemberian tanah melalui Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) oleh kerajaan negeri itu umpama hadiah paling berharga dalam hidupnya selepas sekian lama hanya mampu menyewa rumah. “Syukur Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri dan khususnya Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Dengan tanah ini, saya akhirnya dapat memulakan pembinaan rumah sendiri,” katanya sebak. Majlis penyerahan dokumen RTB tersebut melibatkan kawasan Sungai Kerak 4 Fasa 3, Bukit Mawi, Bukit Gasing, Bukit Batu Putih dan Bukit Mak Abu di Dewan Majlis Daerah Marang, semalam. Bagi Mohd Aizulhairi Yahaya, 38, yang bekerja sebagai pembaca meter elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula, pemberian tanah itu umpama membuka pintu rezeki baru. “Sejak memohon lima tahun lalu, saya sentiasa berdoa. “Dengan harga tanah yang tinggi sekarang, agak mustahil untuk saya beli sendiri. Alhamdulillah, kerajaan negeri bukan sekadar berjanji, tetapi menunaikan janji itu. Terima kasih juga kepada Pejabat Daerah Marang dan pihak JPKK yang banyak membantu,” ujarnya. Sementara itu, Siti Nurul Ashikin Ariffin pula mengakui kehidupannya bersama suami yang bekerja biasa-biasa sahaja tidak pernah mudah. Katanya, bekerja sebagai tukang jahit, dia memahami betapa sukar untuk memiliki tanah sendiri. “Pemberian ini sangat-sangat bermakna. Ia hadiah terbesar buat keluarga kami. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana prihatin dengan nasib rakyat,” katanya. Penyampaian dokumen RTB ini sekali lagi membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, tidak ketinggalan memiliki tanah dan kediaman sendiri demi masa depan yang lebih terjamin.
10 Aug 25
2627
UPDI Rangkul Anugerah, Tokoh Media Terengganu Disanjung
UPDI Rangkul Anugerah, Tokoh Media Terengganu Disanjung
Dua peserta dari Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) mengungguli kategori Foto Terbaik Media Digital pada Majlis Apresiasi Media Terengganu 2025.
10 Aug 25
29
Terengganu Pacu Bukit Bubus ke Pentas Antarabangsa
Terengganu Pacu Bukit Bubus ke Pentas Antarabangsa
Kerajaan Terengganu memperkukuh agenda pelancongan sukan udara dengan memacu Bukit Bubus di Tembila sebagai hab bertaraf antarabangsa menerusi penganjuran Terengganu International Air Festival (TIAF), yang disasar mencapai kemuncak pada Tahun Melawat Terengganu 2027.
10 Aug 25
27
RMK-13 Dibentang PM Mengecewakan
RMK-13 Dibentang PM Mengecewakan
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa keutamaan pembangunan di Pantai Timur yang tidak diberi perhatian sewajarnya ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), baru-baru ini.
10 Aug 25
33
Persidangan Saintifik Biodiversiti Himpun 350 Penyelidik Dan Pendidik
Persidangan Saintifik Biodiversiti Himpun 350 Penyelidik Dan Pendidik
Seramai 350 penyelidik dan pendidik dari pelbagai institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta individu berkumpul di Terengganu bagi menyertai Persidangan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Tahun 2025.
10 Aug 25
19
Malaysia Mesti Pertahan Prinsip Sokong Perjuangan Palestin
Malaysia Mesti Pertahan Prinsip Sokong Perjuangan Palestin
Malaysia perlu terus mempertahankan prinsip asas dalam dasar luar negaranya iaitu menyokong mana-mana pihak yang berjuang menentang penjajahan, termasuk kumpulan Hamas yang kini berada di barisan hadapan mempertahankan tanah air Palestin daripada penjajah Zionis.
10 Aug 25
18
Budaya Songsang Ancam Masyarakat
Budaya Songsang Ancam Masyarakat
Budaya hidup bebas yang menyimpang daripada nilai agama dan adat ketimuran kini semakin menular dalam masyarakat, sekali gus menjadi ancaman serius terhadap jati diri rakyat dan masa depan generasi akan datang.
10 Aug 25
18
518 Penduduk Tak Sangka Terima Tanah daripada MB
518 Penduduk Tak Sangka Terima Tanah daripada MB
MARANG, 10 Ogos – Seramai 518 penduduk Rhu Rendang hari ini pulang dengan senyuman apabila menerima dokumen tanah yang dinantikan sejak sekian lama. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata agihan itu meliputi 425 surat hak milik dan 93 notis Borang 5A.  “Alhamdulillah, sejak 2018 kerajaan negeri telah meluluskan 3,784 lot tapak rumah dan pertanian di Marang, dan khusus di DUN Rhu Rendang sahaja 1,830 lot tanah telah berjaya diselesaikan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis agihan dokumen Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) membabitkan kawasan Sungai Kerak 4 Fasa 3, Bukit Mawi, Bukit Gasing, Bukit Batu Putih dan Bukit Mak Abu di Dewan Majlis Daerah Marang hari ini.  Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang mengucapkan tahniah kepada semua penerima, sambil mendoakan tanah tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan keluarga dan generasi akan datang.  
10 Aug 25
159
Projek Terengganu-PETRONAS-Arab Saudi Dalam Perbincangan Teknikal Akhir
Projek Terengganu-PETRONAS-Arab Saudi Dalam Perbincangan Teknikal Akhir
MARANG, 10 Ogos – Projek pembangunan tenaga solar membabitkan Kerajaan Terengganu, PETRONAS dan sebuah syarikat dari Arab Saudi, ACWA Power kini berada pada peringkat perbincangan terakhir sebelum dimuktamadkan. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek mega itu adalah salah satu daripada inisiatif yang dibangunkan di Tasik Kenyir yang dilancarkan baru-baru ini. “Sebenarnya ada dua projek berkaitan pembangunan tenaga solar di Tasik Kenyir. Projek ini juga berskala besar dan telah melalui perbincangan antara kerajaan negeri melalui anak syarikatnya bersama PETRONAS serta syarikat ACWA Power dari Arab Saudi. “Projek ini sedang berjalan dan kini berada di fasa akhir bagi penentuan perincian teknikal,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik dan Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) DUN Rhu Rendang, di sini, semalam. Mengulas lanjut mengenai satu lagi projek yang dirasmikan Perdana Menteri sebelum ini, Ahmad Samsuri berkata kajian rintis telah pun dijalankan. “‘Pilot study’ telah dibuat. Kalau pergi ke Tasik Kenyir, kita sudah dapat lihat panel solar berkapasiti kilowatt yang dipasang,” ujarnya.
10 Aug 25
303