Artikel "Utama" Terkini
Ariffin Harap Majoriti Kemenangan PAS di Alur Limbat Bertambah
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos- Calon PAS Alur Limbat, Ariffin Deraman berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dapat memberi majoriti kemenangan yang lebih besar kepada PAS-Perikatan Nasional (PN) di hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 pada 12 Ogos ini.
Pada PRU Ke-14, Ariffin daripada PAS menang dengan mendapat 13,330 undian ketika menentang Saiful Bahri Baharuddin daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 9,136 undi dengan majoriti undi sebanyak 4,194.
Sebelum itu semasa PRU-13, beliau yang pertama kali bertanding atas tiket PAS turut menang dengan majoriti 645 undi ketika menentang calon BN, Alias Abdullah.
“Saya telah diberi peluang oleh parti PAS untuk bertanding dalam PRU Ke-13, pertama kali masuk bertanding saya mendapat kemenangan tipis iaitu majoriti 645 undi. Ketika penggal pertama saya masih lagi jadi pembangkang.
“Pada PRU Ke-14, alhamdulillah diberikan undi yang besar iaitu saya menang lebih daripada 4,000 majoriti. Satu jumlah yang besar, bila saya menang kali kedua, saya diamanahkan sebagai exco kerajaan negeri iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri,
“Terima kasih kepada parti, kerajaan negeri yang telah beri peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian penggubal dasar Negeri Terengganu. Banyak yang saya belajar sepanjang lima tahun mentadbir negeri,” ujarnya.
Justeru katanya, beliau mengharapkan majoriti kemenangan pada kali ini akan lebih bertambah berbanding PRU Ke-14.
“Alur Limbat ini kawasan exco, macam-macam kelebihan yang boleh dibawa ke kawasan ini.
"Jadi kalau dulu kita dah undi PAS, dah beri kemenangan, kali ini saya berharap kita dapat tambah lagi majoriti kita," ujarnya.
Arinffin berkata, beliau yakin pengundi DUN Alur Limbat akan membuat pilihan yang bijak dengan terus memilih kerajaan yang dapat mentadbir Terengganu selari dengan prinsip maju, berkat dan sejahtera.
07 Aug 23
176
Pengundi Awal Perlu Buat Pilihan Bijak
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos- Pengundi awal yang akan menunaikan tanggungjawab pada Selasa (esok) diharap membuat keputusan tepat demi menentukan masa depan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15.
Calon PAS Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta polis bersama pasangan masing-masing perlu membuat pertimbangan sewajarnya dengan bijak sebelum memilih calon.
“Esok adalah hari mengundi awal. Dalam DUN Alur Limbat terdapat lebih daripada 100 pengundi awal, saya mendoakan pengundi-pengudi awal kita dapat buat pilihan yang terbaik tanpa takut kepada sesiapa.
“Fikirkan sejenak apa yang berlaku dalam negara dan negeri kita, saya yakin sahabat-sahabat semua bijak pandai dan tahu untuk buat pemilihan yang sebaiknya,” ujarnya.
Katanya, PRU (DUN) Ke-15 amat penting bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang mampan, berkebajikan, stabil dan bersih.
“Untuk itu, kita semua perlu memilih pemimpin dan parti yang benar-benar dapat bekerja buat rakyat dan negeri ini,” ujarnya.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRU (DUN) Ke-15 membabitkan enam negeri dan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada 29 Julai lepas dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos.
07 Aug 23
101
Kerusi DUN Ajil, Maliaman Yakin Peroleh Undi Majoriti Lebih Besar
HULU TERENGGANU, 6 Ogos - Calon PAS yang mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 15 (PRN DUN Ke 15 ), Maliaman Kassin yakin mampu mendapat majoriti yang lebih tinggi berbanding PRU14 lalu.
Beliau yang juga Mantan Pegawai Pendidikan memperoleh 8,132 undian ketika menentang Ghazali Taib daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 8,128 undi dengan perbezaan majoriti empat undi sementara calon PKR, Zamani Mamat sekadar mendapat 679 undi.
“Kita dah ada ‘fixed deposit’ sebanyak empat undi dan bergerak sejak kemenangan pada PRU14 lagi untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“Masyarakat dah melihat bagaimana khidmat sepanjang satu penggal dan kita juga berlaku adil tanpa mengira status politik dari sudut agihan bantuan, khidmat bakti masa Covid-19 dan lain-lain gerak kerja ketika bergelar wakil rakyat.
“Saya dapat lihat penerimaan rakyat diterjemahkan pada PRU15 baru ni di atas kertas undi yang mana di DUN Ajil sahaja kita dapat kemenangan untuk Ahli Parlimen Datuk Rosol Wahid yang bertanding atas tiket PAS lebih kurang 4,500 majoriti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Tambahnya, keputusan PRU15 adalah bukti penerimaan rakyat kepada PAS dan perubahan itu tidak boleh diabaikan pada PRN DUN kali ini.
“Untuk PRN akan datang, kita harap momentum ataupun 'mood' pengundi itu masih lagi kekal dan mengharapkan pengundi luar khususnya akan balik mengundi.
“Apapun, kita letakkan sandaran kepada Allah Taala... Insya-Allah lagipun kami bukan ego, yakin seratus peratus… tidak sebab kenyakinan ini berdasarkan takdir Allah Taala.
“Sasaran asasnya kita nak mengekalkan kemenangan PAS di DUN Ajil selain menambah jumlah majoriti berdasarkan gerak kerja parti, masalah yang berlaku pada parti lawan, diharapkan kemenangan memihak pada PAS,” ujarnya.
Kerusi DUN Ajil menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili bekas timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari serta penyandang kerusi tersebut daripada PAS, Maliaman Kassim dalam PRN DUN pada 12 Ogos depan.
06 Aug 23
362
KMIKT Komited Tawarkan Perkhidmatan Lebih Komprehensif
KUALA TERENGGANU, 6 Ogos- KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMIKT), anak syarikat bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (TDM) di bawah kelolaan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. terus komited dalam memastikan perkhidmatan yang lebih komprehensif dapat disediakan kepada masyarakat setempat.
Pengurus Besar KMIKT, Salina Long berkata, ianya termasuk dengan pembukaan satu pusat dialisis di dalam fasiliti KMIKT pada tahun hadapan.
"Dengan adanya pusat dialisis ini, KMIKT yakin ia dapat menampung keperluan pesakit yang memerlukan rawatan buah pinggang.
"Usaha ini selari dengan visi syarikat untuk menempatkan pelbagai perkhidmatan kesihatan dibawah satu bumbung sahaja,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di KMIKT.
Selain itu katanya, antara perancangan pada tahun hadapan juga adalah penawaran perkhidmatan baru seperti onkologi dan neurologi untuk menyokong perkhidmatan sedia ada.
"KMIKT juga bersedia untuk melabur dalam teknologi yang moden dan terkini untuk memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan adalah bermutu tinggi dan berkembang mengikut peredaran zaman, " ujarnya.
Tambah beliau, dalam memantapkan mutu perkhidmatan pelanggan juga, KMIKT berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi semua pelanggannya selari dengan pengiktirafan ISO: 9001:2015 dan BrandLauerate BestBrand Award yang telah di terima pada tahun 2022.
"Justeru itu, KMIKT kini terus komited untuk mendapatkan pensijilan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) yang merupakan satu akreditasi yang mengikut piawaian dan kualiti antarabangsa untuk sektor kesihatan.
"Dengan adanya akreditasi ini, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang selamat dan berkualiti adalah jaminan KMIKT kepada semua pelanggannya, " jelas Salina.
Mengulas lanjut, Salina memaklumkan, sejak penubuhan Servis Kardiologi dan Makmal Kateterisasi pada tahun 2020, seramai 3027 pesakit jantung telah berjaya dirawat sehingga Jun 2023.
"Angka ini dijangka akan terus meningkat berdasarkan permintaan yang sangat memberangsangkan daripada komuniti Pantai Timur.
"Antara rawatan bukan invasif yang ditawarkan di KMIKT adalah Angiogram & Angioplasti Koronari serta Kajian Elektrofisiologi Jantung, " ujarnya.
Menurut beliau, KMIKT merupakan satu-satunya hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan jantung di Negeri Terengganu.
04 Aug 23
186
Laporan Sudah Dibuat, Bila Zahid Akan Disiasat?
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Setelah empat hari laporan dilakukan berkenaan ucapan berbaur rasuah yang dilakukan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, rakyat Malaysia masih menunggu tindakan daripada pihak berkuasa.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, tindakan ke atas Zahid wajar dilakukan segera kerana ucapannya jelas bermatlamat meraih undi.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat laporan berkenaan isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad lepas.
"Hari ini (semalam) sudah hari Khamis, kami masih belum menerima sebarang makluman dan perkembangn sama ada laporan ini sudah bermula siasatan atau pun tidak," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang medianya, di Pusat Media PAS semalam.
Katanya, perkembangan semasa mengenai kes tersebut sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana ia membabitkan imej negara.
"Saya harap kes ini perlu disiasat segera, sebagaima segeranya siasatan dan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah sebelum daripada ini," katanya lagi.
04 Aug 23
239
'Anthony Ke Terengganu, Undi BN Dapat DAP' - PAS
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Kehadiran Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke ke Terengganu bagi program ramah mesra pada hari ini membuktikan undi BN dapat DAP.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, tidak pemimpin BN sepatutnya marah kerana itu merupakan hakikat yang perlu diterima berdasarkan kerjasama politik yang berlaku antara PH-BN sekarang.
"Saya nak ucapkan selamat datang kepada Anthony Loke ke Terengganu Darul Iman.
"Saya lihat pemimpin dan calon-calon UMNO/BN begitu gembira dan teruja sekali untuk menyambut kedatangan pemimpin utama DAP ini sehingga banyak sekali banner yang dipasang di seluruh Bandar Kuala Terengganu," ujarnya.
Beliau berkata demikian, semasa sidang medianya di Pusat Media PAS, di sini, hari ini.
Ujar Dr Alias, sebagaimana diketahui umum DAP merupakan parti tunggal dalam gabungan PH-BN yang mempunyai kerusi terbanyak.
"Barangkali kerana itulah pemimpin UMNO begitu ghairah menyambut beliau.
"Kehadiran beliau ke Terengganu sekali gus mengiyakan (membenarkan) dan memudahkan penjelasan kita tentang undi BN dapat DAP," ujarnya lagi.
03 Aug 23
614
KMIKT Catat Pendapatan Tertinggi Pada 2022
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Syarikat berkaitan kerajaan negeri, KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMIKT) berjaya menamatkan tahun kewangan 2022 dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa sejak beroperasi di premis baru berlokasi di Batu Buruk.
KMIKT dalam satu kenyataan memaklumkan, anak syarikat bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad di bawah kelolaan Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd itu mencatatkan keuntungan pertama dan tertinggi sejak beroperasi di premis baru itu sejak lima tahun lepas.
“Ini merupakan rekod baru dan tertinggi sejak syarikat ini di tubuhkan 17 tahun yang lalu.
“Sebelum ini keuntungan hanya dicatat pada tahun 2013 di premis lama,” ujar kenyataan itu.
Kenyataan tersebut berkata, faktor utama penyumbang kepada prestasi cemerlang KMIKT adalah peningkatan dalam bilangan pesakit dalam dan pesakit luar serta pertambahan kadar penghunian bilik sebanyak 82 peratus.
“Prestasi yang konsisten ini membuktikan KMIKT kekal cemerlang sebagai hospital pakar swasta pilihan dan dipercayai,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi KMIKT, Mazli Zakuan Mohd Noor berkata, dalam usaha untuk meningkatkan prestasi syarikat, KMIKT akan memberi tumpuan untuk meningkatkan perkhidmatan dan sub-kepakaran dengan menawarkan pelbagai servis kesihatan yang memenuhi permintaan pelanggan.
“Selain itu, fokus turut diberikan dalam meningkatkan penembusan pasaran kepada segmen pasaran baharu dan sedia ada di Pantai Timur,” ujarnya.
Tambah beliau, usaha berterusan untuk mewujudkan kerjasama dengan kedua-dua sektor awam dan swasta juga akan terus diperhebat.
“Setakat ini, kerjasama di antara KMIKT dan LPPKN masih lagi diteruskan untuk Program Saringan Mammogram dimana pencarum Wanita PERKESO yang berumur 40 tahun keatas layak untuk mendapatkan ujian saringan mammogram secara percuma di premis KMIKT,” jelasnya.
03 Aug 23
283
Tidak Sukar PN Tembusi Kubu Kuat BN Di Telemong
HULU TERENGGANU, 2 Ogos – Tidak mustahil Perikatan Nasional (PN) boleh menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong pada pilihan raya negeri (PRN) nanti jika fenomena gelombang hijau atau peningkatan sokongan pengundi terhadap PN berterusan seperti berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon Perikatan Nasional (PN) di Telemong, Zawawi Ismail berkata kejayaan PN menawan 31 daripada 32 DUN di Terengganu disifatkan rakyat dahagakan pemimpin yang membawa politik bersih, stabil dan prihatin.
“Kalau kita lihat keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 baru-baru ini iaitu peringkat palimen dan kita klasifikasikan dalam kontek DUN.. yang mana PAS/PN memenangi 31 kerusi daripada 32.. satu je kerusi yang PAS/PN kalah iaitu Telemong.
“Untuk PRN DUN, ini adalah cabaran berat bagi saya kerana saya perlu buktikan bersama kepimpinan penyelaras DUN dengan dibantu oleh kawasan dan negeri serta pusat.. untuk pastikan kita sapu bersih. selaras slogan PAS 32-0... Insya Allah, “ katanya kepada pemberita ketika ditemui.
Tambahnya, tindakan UMNO bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan juga tidak disenangi ahli-ahli parti berkenaan menyebabkan akan berlakunya undi protes.
Ini kerana, dalam gabungan PH terdapat juga parti DAP di mana bagi konteks negeri Terengganu, pengundi Melayu terlalu sukar untuk bekerjasama dan bersekongkol dengan DAP.
Justeru itu katanya, gelombang pada hari ini berlaku sebahagian penolakan ke atas UMNO itu sendiri yang tidak dapat menerima perubahan perjuangan.
“Kita juga dapat melihat golongan muda pada hari sudah bosan dengan telatah-telah UMNO yang banyak berlaku perkara-perkara yang tidak sesuai.Rakyat dah jemu dengan yang dilakukan pimpinan parti itu sendiri.. yang mereka rasakan UMNO ini perlu ditolak.. dan hasil itu kita lihat pada PRU ke 15.. gelombang tsunami. dan gelombang muda terutamanya,” ujarnya.
03 Aug 23
331
SPR Dicadang Sediakan Bas Bawa Balik Pengundi
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang menyediakan bas bagi membolehkan perantau di setiap negeri terlibat Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) pulang mengundi pada 12 Ogos ini.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, SPR perlu melakukan tindakan demikian bagi menyuburkan proses demokrasi setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan penyediaan perkhidmatan bas merupakan rasuah termasuk membayar tiket bas.
"Kita sebelum ini bercadang untuk menyediakan perkhidmatan tersebut, tetapi dengan syarat-syarat dikemukakan SPRM menyebabkan hasrat itu tidak dapat diteruskan.
"Cuba bayangkan pada hari itu semua hendak balik sedangkan bas ekspress tidak mencukupi kerana tidak dapat menampung keperluan para pengundi," ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, berkata demikian pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini semalam
Mengulas lanjut, pihaknya berharap akan ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin tentang demokrasi untuk membantu perantau pulang mengundi sebagai jalan terakhir.
"Saya ingat kalau kerajaan tidak boleh (sediakan bas) NGO akan membantu untuk bawa pulang mengundi, perkara ini tidak menghairankan (boleh berlaku).
"Kita juga memang telah mengerakkan kempen balik mengundi dengan berkongsi kenderaan," ujarnya lagi.
02 Aug 23
420
Gelombang Rakyat Bakal Tawan 32 DUN
HULU TERENGGANU, 1 Ogos - Tsunami Perikatan Nasional (PN) pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dijangka jauh lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu terutama di Terengganu.
Ketua Pemuda PAS DUN Telemong, Mohamad Yusuf Abdullah, 33, berkata, momentum PRN kali ini dengan gelombang hijau memperlihatkan angin perubahan rakyat untuk terus menyokong PN.
Menurut beliau, antara sebab rakyat menyokong PN apabila wujudnya kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH).
"Jelas bahawa sentimen kaum dan agama sentiasa menjadi faktor penentu dalam pilihan raya melibatkan parti-parti bersifat komunal dan normal.
"Ini termasuk undi protes terhadap BN bakal menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan besar PN pada PRN DUN ke 15 tidak lama lagi" ujarnya kepada pemberita.
Tambahnya lagi, Gelombang Sanusi di Kedah juga menjadi salah satu penyumbang penolakan terhadap BN/PH pada PRN nanti.
Jelas beliau, pencapaian PN pada PRU ke 15 lepas, jelas menunjukkan peralihan pengundi Melayu Islam menghantar isyarat gelombang besar bahawa mereka menolak BN.
Mohamad Yusuf juga berkata, rakyat semakin cerdik dengan politik dan semakin bijak memilih parti dan calon yang mana kriteria utama pemilihan pengundi adalah mahukan pemimpin yang bersih.
02 Aug 23
277