lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Cat Farish Teruja MB Sokong Penganjuran Havoc Asean Food Festival
Cat Farish Teruja MB Sokong Penganjuran Havoc Asean Food Festival
KUALA NERUS, 2 November - Penyanyi dan pelakon terkenal, Faris Ramli atau lebih dikenali sebagai Cat Faris serta isterinya Shikin Maembong teruja Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyokong Havoc Asean Food Festival. Katanya, pihaknya sangat berbesar hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh kepimpinan negeri dalam memastikan program berkenaan dapat dijayakan dengan penuh gilang gemilang. Beliau dan isterinya yang berniaga cekopis yang didatangkan dengan pelbagai perisa juga sangat bersyukur kerana hati pertama festival berkenaan telah mendapat sambutan yang cukup baik daripada pengunjung. "Walaupun hari pertama telah mendapat sambutan yang sangat baik, dan kitaorang masih berada di sini untuk menarik lebih ramai 'crowd' lagi untuk hadir dan memeriahkan festival ini. "Dapat sambutan yang sangat baik, Shikin pun sangat gembira dapat berniaga di negeri kelahirannya ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Havoc Asean Food Festival, yang diadakan di Pekarangan Kompleks Sukan Kuala Nerus, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Cat Faris mengharapkan agar program yang dianjurkan oleh Havoc Event & Management Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan Terengganu itu akan dihadiri oleh ramai pengunjung terutama oleh 'kaki makan' untuk merasai sendiri pengalaman menikmati makanan dari lima buah negara. "Datanglah jumpa kami dan vendor-vendor yang lain menampilkan 160 usahawan dan 20 daripadanya merupakan selebriti serta 'influencer' terkenal tanahair," ujarnya. Dalam pada itu Cat Farish menyatakan negeri Terengganu memiliki keunikannya yang tersendiri sehingga menjadi lokasi utama orang ramai melancong ke negeri ini. "Ini merupakan kali pertama datang Terengganu untuk program ini, sebelum ini telah datang bagi menjalankan pengambaran filem Remp-it 2 di sini," katanya.
02 Nov 23
313
PETRONAS Sumbang RM 298,100 Untuk Rumah Perlindungan HIV
PETRONAS Sumbang RM 298,100 Untuk Rumah Perlindungan HIV
HULU TERENGGANU, 2 November - Yayasan PETRONAS (YP) menerusi yayasan AIDS Malaysia (MAF) menyumbangkan sebanyak RM298,100 bagi membantu anggota Pertubuhan Komuniti Cakna Terengganu. Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Prof Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman berkata inisiatif itu bertujuan bagi meringankan beban penghuni komuniti Cakna yang terjejas dengan HIV/AIDS. Katanya, antara inisiatif tersebut adalah melalui perusahaan sosial cili boh secara komersial bagi menjana ekonomi sara hidup mereka. “Melalui platform itu serba sedikit dapat mengur angkan kadar kemiskinan serta kerentanan sosial yang berpunca daripada jangkitan HIV atau tekanan stigma dan diskriminasi yang masih lagi membelenggu anggota komuniti ini. “Dalam pada itu, program ini merupakan kesinambungan kerjasama murni yang telah termeterai selama ini di antara Yayasan PETRONAS dan Yayasan AIDS Malaysia dalam usaha membantu anggota komuniti yang terkesan dan terjejas dengan epidemik HIV,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Pelancaran dan Penyerahan Sumbangan oleh Yayasan Petronas kepada Komuniti Cakna Terengganu untuk Program Uplifting Lives: Homes, Projek Penghasilan Cili Boh bertempat di Rumah Perlindungan Baitul Cakna Lelaki, Komuniti Cakna Terengganu, PT6236, Kg Pelandan, Kuala Berang semalam. Turut hadir, Ketua Operasi, Yayasan Petronas, Tengku Noraida Tengku Mahmood, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Anita Suleiman dan Presiden Pertubuhan Komuniti Cakna Terengganu, Amran Ismail. Tambah Dr Adeeba, beliau berharap usaha ini memberikan impak terhadap kelestarian dana selain membantu mengembangkan lagi projek Komuniti Cakna Terengganu yang sedia ada kepada tahap yang lebih baik. Beliau juga menyatakan kesan daripada stigma dan diskriminasi daripada masyarakat awam terhadap golongan PLHIV menyukarkan mereka untuk mencari pekerjaan mahupun menceburi bidang perniagaan. “Kesan daripada stigma dan diskriminasi ini termasuklah kesukaran bagi golongan PLHIV dalam mencari perkerjaan mahupun memulakan perniagaan secara kecil- kecilan.  Sehubungan itu, MAF dan Yayasan PETRONAS mengambil pendekatan dengan mewujudkan inisiatif Perusahaan sosial cili boh ini sebagai salah satu usaha bagi membantu golongan rentan ini untuk memperolehi pendapatan,” ujarnya.                  
02 Nov 23
404
Havoc Asean Food Festival Himpun Makanan Lima Negara
Havoc Asean Food Festival Himpun Makanan Lima Negara
KUALA NERUS, 2 November - Havoc Event & Management Sdn Bhd dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Havoc Asean Food Festival dengan menghimpunkan makanan pelbagai variasi popular dari lima buah negara asia. Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Faizul Mohd Yusof berkata, orang ramai boleh merasai sendiri pengalaman menikmati masakan dari Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand termasuk Malaysia. Ujarnya, Terengganu menjadi lokasi pilihan untuk siri jelajah ke-14 sejak ia mula diadakan pada tahun 2019, kerana negeri ini merupakan tumpuan utama pelancong domestik dan antarabangsa untuk hadir. "Pihak kami berharap agar penganjuran kali ini akan mampu menarik seramai mungkin pengunjung yang bagi menikmati variasi makanan yang ada pada kali ini, 160 usahawan seluruh negeri termasuk 20 usahawan tempatan, juga selebriti dan pempengaruh bersedia melayan kehadiran pengunjung. "Pihak Havoc Event  & Management Sdn Bhd serta kerajaan negeri menjangkakan jumlah kehadiran sekitar 200,000 pengunjung sepanjang program diadakan empat hari program berlangsung," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap  pada perasmian program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar , di Perkarangan Kompleks Sukan Kuala Nerus, di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat. Mengulas lebih lanjut katanya, selain daripada menawarkan kepelbagaian makanan dari lima buah negara program akan turut diserikan dengan acara pentas berkonsepkan islamik yang selari dengan garis panduan kerajaan negeri. "Diantara acara yang akan diadakan ialah Program Ilmu : Ilmu Apa Hari Ini?, Majlis Selawat dan Qasidah Perdana, Persembahan Busker berkonspekan ketuhanan/lagu rakyat. "Juga menyediakan aktiviti kekelurgaan seperti Parrot Show, Petting Zoo, memanah, sukan rakyat dan pertandingan mewarna bagi kanak-kakak," ujarnya. Tambah beliau lebih istimewa, penaja utama Ade Azhar Trading juga menyediakan beberapa hadiah cabutan bertuah serta turut sama membawakan Yayasan Ade Azhar bagi pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Gaza yang turut menyediakan Tabung Kemanusiaan Palestin. Kemuncak acara akan diserikan dengan cabutan Xtravanga dimana mereka yang bertuah akan memenangi hadiah utama sebuah Kereta Perodua Bezza dan sebuah Motorsikal RX-Z.
02 Nov 23
545
Program ADUN Belia Lahirkan Generasi Pemimpin
Program ADUN Belia Lahirkan Generasi Pemimpin
02 Nov 23
61
Terengganu Memiliki Balai Cerap Moden dan Lengkap
Terengganu Memiliki Balai Cerap Moden dan Lengkap
KUALA TERENGGAU, 1 November - Terengganu bukan sahaja memiliki ramai alim ulama serta tenaga yang berkepakaran dalam bidang ilmu falak tetapi negeri ini mempunyai balai cerap paling moden dan serba lengkap. Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sejak dahulu Terengganu telah terkenal dengan kegemilangan ilmu falak. Katanya, sejarah kegemilangan itu telah memberi sumbangan dalam melahirkan sebahagian besar pegawai falak dan penggiat falak. "Sebagai contoh, Balai Cerap Kusza yang terletak di Bukit Merang, Setiu merupakan antara yang terawal dan banyak membuka penyelidikan danm penemuan baharu dalam ilmu falak. "Kebetulan, saya juga ketika ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), pada bulan September lalu saya telah melawat balai cerap berkenaan. "Alhamdulillah, banyak peralatan baharu dan program-program yang telah dijalankan bagi menarik minat orang ramai dalam mendalami ilmu falak dan meneroka penyelidikan-penyelidikan baru," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, di Hotel Grand Puteri, di sini, semalam. Dalam pada itu, Dr Sirajuddin berkeyakinan gabungan dan kerjasama strategik antara Jabatan Mufti negeri-negeri, Institusi Pengajian dan Persatuan falak akan merakyatkan lagi ilmu berkenaan untuk difahami dan dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat. "Malaysia tidak ketandusan ahli-ahli pakar terdiri daripada para alim ulama, ahli akademik Institut Pengajian Tinggi (IPT), ahli teknikal, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan seumpamnya. "Semua alim ulama dan ahli falak ini perlu bergabung dalam menghasilkan kerjasama yang mantap dalam membawa imej Malaysia untuk mempromosi dan mengangkat serta mengukuhkan bidang falak di peringkat global," ujarnya.
01 Nov 23
401
Terengganu Perluas Kawasan Tanaman Kelapa
Terengganu Perluas Kawasan Tanaman Kelapa
KUALA TERENGGANU, 1 November- Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan tanaman kelapa di Setiu yang bakal meningkatkan Kadar Kecukupan Sara Diri (SSR) kelapa di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek komersial penanaman kelapa di Kampung Banggol Mukim Tasik dan Mukim Caluk itu melibatkan pelaburan sebanyak RM19 juta, merupakan salah satu usaha memperluas kawasan penanaman kelapa khususnya di Terengganu. Katanya, bagi meningkatkan produktiviti tanaman dan hasil pengeluaran untuk tujuan komersial, pemilihan benih varieti kelapa yang sesuai dan mencukupi adalah dititik beratkan. “Antaranya kelapa MATAG, kelapa Rendah Merah Malaya (MRD), kelapa Rendah Kuning Malaya (MYD) dan kelapa Pandan. “Melalui pengeluaran kelapa yang dianggarkan lebih 18 juta biji kelapa setahun, Terengganu boleh meningkatkan SSR kelapa sehingga 148 peratus bagi tahun pertama tuaian, " ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Pejabat Daerah Setiu, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. dan LRT Agribusiness Sdn. Bhd. bagi Projek Komersial Penanaman Kelapa di Kampung Banggol Mukim Tasik dan Mukim Caluk, Setiu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, hari ini. Katanya, Pembangunan Projek Perintis Ladang Kelapa adalah satu daripada tiga komponen utama bagi Projek Komersial Penanaman Kelapa di Kampung Banggol ini selain daripada Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Hasil Pertanian Kelapa, Daerah Setiu dan Pengembangan Industri Hiliran kelapa melalui Pembangunan Kilang Pemprosesan Kelapa. “Komponen utama projek iaitu Projek Perintis Ladang Kelapa bakal menyaksikan dua pemain industri dalam sektor pertanian dan perladangan iaitu Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. dan anak syarikat Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd iaitu LRT Agribusiness Sdn. Bhd. berkolaborasi dalam membuka kawasan baru dengan keluasan bertanam seluas 490 hektar,” ujarnya. Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri turut peka dalam usaha menaiktaraf ekonomi serta pendapatan rakyat melalui komponen kedua projek iaitu dengan penubuhan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan &  Pembungkusan (CPPC) hasil Pertanian Kelapa, di daerah Setiu.  ”Kemudahan ini bertujuan memudahkan pengusaha ladang dan tanaman kelapa setempat memasarkan secara terus keluaran hasil tanaman mereka tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak selain dapat mengawal selia dari segi kualiti dan penggredan setiap buah kelapa yang diperolehi. Manakala katanya, berkonsepkan dari Ladang ke Pasaran, Projek Komersial Penanaman Kelapa ini turut menyasarkan untuk menempatkan komponen rantaian pengeluaran kelapa secara bersepadu di bawah satu bumbung dengan penubuhan kilang pemprosesan kelapa.  ”Kilang ini dijangka beroperasi sepenuhnya dalam tempoh lima tahun dan dijangka menempatkan peluang pekerjaan seramai 70 orang kepada rakyat negeri Terengganu khususnya penduduk sekitar Setiu,” ujarnya.  
01 Nov 23
267
Rakan Kongsi Bisnes, Dilanggar Dan Ditikam Hingga Mati
Rakan Kongsi Bisnes, Dilanggar Dan Ditikam Hingga Mati
KUALA TERENGGANU, 1 November – Seorang wanita ditemui maut dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan berdekatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Jalan Batu 23, dalam satu kejadian jam 3 pagi, hari ini. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli  Mazlan berkata siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa yang berusia 65 tahun dengan suspek yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya tentang agihan keuntungan hasil jualan tudung dan pakaian. “Mangsa kemudiannya bertindak keluar dari kereta Honda Jazz dinaiki mereka sebelum suspek melanggarnya sehingga tercampak ke dalam longkang kemudian menikam tubuh mangsa sebanyak 15 kali sehingga mati. "Suspek kemudiannya  meninggalkan lokasi dengan menumpang sebuah van yang kebetulan melalui lokasi kejadian tersebut tidak lama kemudian. "Wanita yang berusia 35 tahun tersebut telah berjaya ditahan di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 11 pagi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Barang Kes Narkotik Bagi Program Pelupusan Tahun 2023 Peringkat Kontinjen Terengganu bertempat di hadapan perkarangan IPK Terengganu. Menurutnya lagi, pihak polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging yang dibuang suspek berhampiran rumahnya yang digunakan sebagai senjata. Tambah beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses pengecaman dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk proses bedah siasat. Mazli berkata, permohonan perintah tahanan reman akan dibuat dihadapan majistret pada khamis (esok). "Suspek kini ditahan polis dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi siasatan lanjut,”ujarnya.
01 Nov 23
708
Polis Terengganu Lupus Dadah Bernilai RM6.2 Juta
Polis Terengganu Lupus Dadah Bernilai RM6.2 Juta
KUALA TERENGGANU, 2 November – Polis Terengganu akan  melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.2 juta yang dirampas sepanjang 27 tahun bermula 1996 hingga 2023. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli  Mazlan berkata  antara yang akan dilupuskan ialah heroin, methamphetamine, yaba, ketamin, ubat batuk, air ketum dan daun ketum. Katanya, dadah yang dilupus melibatkan 3,557 kertas siasatan yang semuanya telah selesai menjalani proses mahkamah.. “Pada hari ini, PDRM Kontinjen Terengganu di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan membuat penyerahan barang kes dadah untuk pelupusan kepada syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. yang berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar.  “Pelupusan perlu dijalankan oleh syarikat yang berdaftar memandangkan barang kes dadah adalah ‘buangan terjadual atau schedule waste (SW403)’ iaitu buangan terjadual di bawah jadual pertama, peraturan-perturan kualiti alam sekeliling (buangan terjadual) 2005,”katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Barang Kes Narkotik Bagi Program Pelupusan Tahun 2023 Peringkat Kontinjen Terengganu bertempat di hadapan perkarangan IPK Terengganu. Jelasnya,program pelupusan ini secara tidak langsung  mempamerkan ketelusan dan integriti PDRM dalam menjalankan tanggungjawab memastikan barang kes dadah dilupuskan sepertimana perintah mahkamah. “Ia juga membuktikan bahawa tiada barang kes dadah yang disalahgunakan setelah kes selesai di mana kita akan memastikan “no drug exhibits will be back on the streets”. Sementara itu, berdasarkan statistik kes dan tangkapan  dari bulan Januari sehingga Oktober, JSJN Terengganu telah mengambil tindakan ke atas seramai 838 orang di bawah seksyen 39c ADB 1952, manakala pada tahun lepas (2022) seramai 1,108 orang telah ditangkap dan dituduh.
01 Nov 23
173
Terengganu Jadi Tuan Rumah Muzakarah Falak Kebangsaan
Terengganu Jadi Tuan Rumah Muzakarah Falak Kebangsaan
KUALA TERENGGANU, 1 November - Terengganu telah terpilih menjadi tuan rumah sempena Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2023. Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, tema muzakarah yang diangkat pada kali ini ialah 'Melestarikan Kemajuan Falak Melalui Penyelidikan dan Penerbitan'. "Pelaksanaan muzakarah ini diselang seli penganjurannya dengan Munaqasyah Fiqh Falak Peringkat Kebangsaan. Hasrat utamanya adalah untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan di peringkat kebangsaan dalam bidang falak. "Turut membincangkan isu-isu semasa teknikal falak, bahkan sebagai salah satu medan perkongsian ilmu, strategi dan pengalaman agar selari bergerak dalam tuntutan zaman dan teknologi," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup program berkenaan di Hotel grand Puteri, di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM), Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Mufti negeri, Dato' Dr Muhammad Sabri Haron. Mengulas lebih lanjut, Dr Sirajuddin berkata pada muzakarah kali ini 10 tajuk yang selari dengan tuntutan semasa telah dibincangkan. "Seperti hala tuju falak dalam bidang penyelidikan dan penerbitan antaranya peranan dan cabaran bahagian falak di Jabatan Mufti Negeri, penghayatan takwim hijri dalam kehidupan harian, kepentingan ilmu falak turath dalam mendepani kemajuan teknologi, balai cerap dan lain-lain. "Alhamdulillah sebahagian besar daripada resolusi muzakarah yang lalu menjadi asas kepada kajian hukum dan fatwa, garis panduan untuk pertimbangan kerajaan. "Antaranya ialah isu perubahan parameter kedudukan Matahari di bawah ufuk bagi waktu solat Subuh, penyelarasan nama bulan takwim hijri, menghasilkan buku panduan cerapan hilal bagi rujukan jabatan mufti negeri-negeri dan Ahli Jawatankuasa Rukyah seluruh negara dan kajian ufuk bangunan tinggi bagi penentuan waktu solat," ujarnya lagi.
01 Nov 23
267
Kerajaan Perlu Perincikan Mekanisma Kawalan Harga
Kerajaan Perlu Perincikan Mekanisma Kawalan Harga
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober- Kerajaan perlu memperincikan bagaimana mekanisma kawalan yang dinyatakan untuk mengelakkan aktiviti pengambilan untung berlebihan apabila ayam bukan lagi dikategorikan sebagai barangan kawalan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, menamatkan subsidi bermakna harga ayam akan diapungkan berdasarkan kondisi pasaran termasuklah bagaimana keadaan permintaan dan pengeluaran mempengaruhi harga. “Saya letak sedikit kebimbangan bagaimana nanti peranan kartel dalam mencatur pengeluaran demi untuk meletakkan harga pada paras yang menguntungkan mereka. “Barangan kawalan memang dimaklumi ada harga siling. Tapi bagaimana dengan pengawalan harga bagi barangan bukan kategori kawalan?,” ujarnya seperti yang dipetik dalam laman facebook rasminya, hari ini. Mengulas lanjut katanya, jualan rahmah adalah langkah sementara dan terhad tetapi ianya bukan penyelesaian. “Bukanlah suatu fenomena yang baik untuk melihat rakyat beratur panjang setiap kali program jualan rahmah dibuat,” ujarnya. Katanya, apabila subsidi harga ayam tamat maka secara automatik harga ayam akan naik mendadak lebih-lebih lagi apabila nilai ringgit semakin lemah.  “Kesan langsung secara 'domino effect' dari kejatuhan nilai ringgit ini adalah kerana bahan mentah bagi pembuatan makanan ternakan yang diimport seperti jagung dan soya akan naik melambung juga. Rakyat kini sudah sedia susah. Ayam adalah sumber protein paling murah dan mudah,” ujarnya. Menurut beliau, dalam apa jua situasi ekonomi negara sekalipun, barangan makanan asas rakyat yang menjadi keperluan harian tidak sepatutnya diapungkan seolah menyerahkan nasib rakyat dalam situasi 'wait and see'.  
30 Oct 23
129