lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Tun M Kagum Pengusaha Produk Makanan di Terengganu
Tun M Kagum Pengusaha Produk Makanan di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 November - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji dua syarikat perusahaan makanan di Kuala Terengganu semasa lawatan kerja sebagai Penasihat Kehormat kepada empat negeri (SG4) di sini. Menurutnya, beliau bangga kerana ada pengusaha Melayu yang menggunakan cara moden mengeluarkan produk barangan makanan untuk eksport ke Australia, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Saudi, Ireland dan lain-lain.  Katanya, penggunaan mesin boleh percepat dan perbanyakkan produk mereka di samping menjaga konsistensi sesuatu produk.  “Lawatan tersebut diadakan di kilang pengusaha AdeqSue yang menyediakan makanan siap masak dalam bentuk pek (package), dan Muslim Food Industries. “Perusahaan tersebut mengeluarkan makanan seperti bihun, mee, laksa, kuetiau, bebola ikan dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran di laman facebook rasmi miliknya kelmarin. Tambah Tun Dr Mahathir, kedua-dua perusahaan itu menggunakan jentera mesin yang boleh hasilkan pengeluaran dalam jumlah besar dan memenuhi permintaan.  “Ia merupakan contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan kepada pengusaha lain yang berminat dalam bidang sebegini. "Industri pembuatan dan pembungkusan seperti ini mempunyai permintaan harian kerana barang makanan biasanya diperlukan setiap hari,” katanya. Selain itu, perusahaan ini juga memerlukan pengurusan logistik yang cekap bagi menentukan ia sampai ke pasaran. Jelasnya lagi, apabila sesuatu industri diadakan, ianya membuka peluang kerja kepada orang tempatan dan sekeliling.  Beliau berkata, keperluan logistik menghantar produk itu tadi juga adalah peluang kerja kerana kenderaan memerlukan pengendali seperti kelindan dan pemandu.  “Ini sahaja sudah beri pendapatan kepada orang tempatan dan kitaran ekonomi berlaku secara tidak langsung.  “Selain peluang kerja, saya dapati perusahaan seperti ini mengajar peniaga bagaimana membekal mengikut permintaan.  “Jika kita masak secara manual dalam jumlah sedikit, ini sekadar memenuhi permintaan sekeliling kita sahaja.  “Tetapi jika kita guna mesin atau jentera dan adaptasi kaedah pengeluaran secara besar-besaran, bukan sahaja permintaan sekeliling boleh dipenuhi malah permintaan di luar kawasan termasuk di luar negara juga kita mampu penuhi dan kuasai. “Kita perlu hantar barangan kita ke negara-negara lain, jadi pasaran bukan lagi sekadar di kampung atau dalam negara tetapi terus ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.        
05 Nov 23
3084
PETRONAS Sumbang RM 298,100 Untuk Rumah Perlindungan HIV
PETRONAS Sumbang RM 298,100 Untuk Rumah Perlindungan HIV
Yayasan PETRONAS (YP) menerusi yayasan AIDS Malaysia (MAF) menyumbangkan sebanyak RM298,100 bagi membantu anggota Pertubuhan Komuniti Cakna Terengganu.
05 Nov 23
6
Kadar Pengangguran Terengganu Turun ke 3.6 Peratus
Kadar Pengangguran Terengganu Turun ke 3.6 Peratus
Kadar pengangguran di Terengganu mencatat penurunan kepada 3.6 peratus tahun lalu berbanding 4 peratus tahun sebelumnya.
05 Nov 23
8
Terengganu Memiliki Balai Cerap Moden dan Lengkap
Terengganu Memiliki Balai Cerap Moden dan Lengkap
Terengganu bukan sahaja memiliki ramai alim ulama serta tenaga yang berkepakaran dalam bidang ilmu falak tetapi negeri ini mempunyai balai cerap paling moden dan serba lengkap.
05 Nov 23
232
Polis Terengganu Lupus Dadah Bernilai RM6.2 Juta
Polis Terengganu Lupus Dadah Bernilai RM6.2 Juta
Polis Terengganu akan  melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.2 juta yang dirampas sepanjang 27 tahun bermula 1996 hingga 2023.
05 Nov 23
88
Havoc Asean Food Festival Himpun Makanan Lima Negara
Havoc Asean Food Festival Himpun Makanan Lima Negara
Havoc Event & Management Sdn Bhd dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Havoc Asean Food Festival dengan menghimpunkan makanan pelbagai variasi popular dari lima buah negara asia.
05 Nov 23
245
Primula Raih Anugerah di IDEA Award 2023
Primula Raih Anugerah di IDEA Award 2023
KUALA TERENGGANU, 5 November - Primula Beach Hotel melakar satu lagi sejarah apabila meraih anugerah 'Consumer Choice Brand' pada malam Anugerah Usahawan Berprestij Islam (IDEA Award 2023). Pengurus Besar, Suaibah Harun berkata Anugerah IDEA Award 2023 menjadi platform yang luar biasa untuk mengiktiraf usaha cemerlang usahawan Muslim di Malaysia, serta menyokong pertumbuhan perniagaan komuniti Muslim yang cemerlang dan berdaya saing. Katanya, anugerah tersebut bukan sahaja milik Primula Beach Hotel tetapi juga tanda kejayaan bersama sebagai salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri. "Keunikan anugerah ini tidak hanya mengiktiraf pencapaian dalam bidang perniagaan, tetapi juga menilai kesediaan usahawan terbilang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT melalui perniagaan. "Sekali gus dalam usaha memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan serta manfaat kepada seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita ketika dihubungi. Anugerah berprestij ini dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders dan diadakan di Hotel St Regis Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan. Pemenang anugerah menerima trofi dengan ukiran khat 'Mari Menuju Kejayaan' sebagai simbolik pencapaian cemerlang mereka dalam dunia perniagaan.  IDEA Award 2023 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi.  Anugerah ini juga memupuk kerjasama dengan pemilik perniagaan bukan Islam yang mengamalkan ciri-ciri 'Muslim-friendly businesses'.  
05 Nov 23
253
Terengganu Jadi Tuan Rumah Muzakarah Falak Kebangsaan
Terengganu Jadi Tuan Rumah Muzakarah Falak Kebangsaan
Terengganu telah terpilih menjadi tuan rumah sempena Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2023.
05 Nov 23
91
MB, Presiden PAS Terima Kunjungan Tun M
MB, Presiden PAS Terima Kunjungan Tun M
KUALA TERENGGANU, 2 November – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada hari ini. Tun Dr Mahathir bertemu Ahmad Samsuri pada jam 10.30 pagi di bangunan Wisma Darul Iman dan mengadakan pertemuan selama dua jam. Ahmad Samsuri dalam catatan di akaun Facebook rasminya berkata pertemuan itu memperkemaskan lagi kerjasama antara negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad. “Buah fikiran serta pengalaman beliau begitu mahal buat kami.  “Terima kasih Tun M sudi datang ke negeri cantik, Terengganu Darul Iman,” ujar kenyataan itu. Tun Dr Mahathir kemudiannya beredar meninggalkan Wisma Darul Iman dan menuju ke rumah Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS) yang terletak di Rusile, Marang. Beliau menunaikan solat zuhur secara berjemaah di Masjid Rusile sebelum mengadakan pertemuan bersama Abdul Hadi. Tambah Ahmad Samsuri, apabila figura tokoh negarawan yang dihormati dan disegani bertemu, banyak bicara mereka.  “Kita yang masih muda ini, perlu banyak menuntut daripada kedua-duanya,” ujarnya. Selepas kunjungan hormat itu, Tun Dr Mahathir bersama delegasi sempat singgah di Warung Pok Nong sebelum berangkat pulang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).    
02 Nov 23
229
Terengganu Fokus Tenaga Boleh Baharu
Terengganu Fokus Tenaga Boleh Baharu
KUALA TERENGGANU, 2 November – Kerajaan negeri kini sedang giat melaksanakan program peralihan tenaga selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dengan memanfaatkan tenaga hidro dan tenaga solar. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya juga sedang mengkaji untuk menggunakan hydrogen hijau sebagai salah satu sumber tenaga hijau di negeri itu. Menurut beliau, Empangan Hidroelektrik Tasik kenyir adalah salah satu loji kuasa hidroelektrik terbesar di Malaysia, dan kerajaan negeri merancang untuk meningkatkan lagi keupayaan tenaga hijau dengan memasang loji fotovoltaik solar terapung di Tasik Kenyir. “Kerajaan negeri juga telah menandatangani MOU dengan PETRONAS Gas Berhad untuk mencari peluang dalam tenaga boleh diperbaharui terutamanya pada mini hidro,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-15 ECERDC peringkat Negeri Terengganu yang turut dihadiri kira-kira 300 pelabur di sini hari ini. Justeru itu, para pemain industri dan pelabur yang  berminat dijemput  untuk mengadakan perbincangan untuk topik tenaga boleh baharu yang berpotensi menjadi pemangkin perubahan kepada Terengganu. “Saya berharap untuk melibatkan diri dan bekerjasama dengan mana-mana pelabur,  secara kolektif meneroka peluang baharu dalam Tenaga Boleh Diperbaharui dan Tenaga Hijau, untuk memanfaatkan sumber kekayaan Terengganu dan mengukuhkan tarikan tawaran pelancongan yang banyak di negeri ini. “Dua minggu lepas, saya telah mengadakan perbincangan  dengan beberapa pemain serantau mengenai tenaga hidrogen di Terengganu, termasuk dengan orang Korea; dan seterusnya  pada Isnin (6 November) ini, saya akan mengadakan perbincangan serius dengan Ketua Menteri Sarawak di Kuching mengenai topik yang sama,” katanya lagi. Ahmad Samsuri juga  turut merakamkan penghargaan kepada ECERDC  kerana sejak 15 tahun lalu, Terengganu telah menerima banyak manfaat dari segi kemasukan pelaburan, pembangunan projek-projek infrastruktur dan logistik dan juga program-program pembangunan modal insan yang cukup signifikan buat rakyat negeri itu.  "ECERDC telah menarik pelaburan swasta komited berjumlah lebih RM380 juta dalam sektor pertanian di Terengganu sejak 2018 sehingga kini," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat berkata, sebanyak RM28.1 bilion nilai pelaburan telah berjaya direalisasikan ke negeri Terengganu sejak penubuhannya pada tahun 2008.  Tambahnya, lebih 43,000 peluang pekerjaan dan lebih 11,000 peluang keusahawanan telah berjaya diwujudkan kepada rakyat Terengganu setakat ini.
02 Nov 23
519